Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan

Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan

Minum petang bersama keluarga


Assalamualaikum

Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan | Cuaca yang panas ni bila dapat meneguk air sejuk alangkah nikmatnya. Lebih-lebih lagi minum bersama keluarga yang tersayang di temani burung-burung merpati yang jinak. Indah betul. Salah satu tempat menarik yang boleh korang kunjungi untuk menikmati suasana yang PapaG ceritakan di atas tu tadi adalah di Taman Kerang Kuantan. Taman yang terletak berdekatan dengan Masjid Negeri amat lah strategik bagi mereka yang hendak bersantai bersama keluarga sambal-sambil menuggu-menuggu waktu masuk solat, boleh lah mencuba air jagung yang pure di Taman ini.


Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa taman ini di panggil dengan panggilan Taman Kerang. Masa mula-mula PapaG menjejakkan kaki di Kuantan 3 tahun lepas, agak pelik juga bila ada yang menyebut tentang nama taman ini. Ia di panggil Taman Kerang kerana terdapatnya satu replika yang berbentuk kerang dibina di taman ini. Jadi, nama taman ini diambil sempena pembinaan replika ini.

Bila tiba waktu petang, taman ini ramai dengan pengunjung. Selain menikmati air jagung pure yang ada di sini, para pengunjung boleh bersantai bersama keluarga atau teman dengan melakukan aktiviti seperti bermain kasut roder, berurut, car boot sale dan macam-macam lagi. Tetapi masa PapaG pergi aritu kami menikmati air jagung dengan keropok lekor sementara menuggu waktu asar masuk je.

Bercakap tentang air jagung yang kami nikmati, rasanya amatlah sedap sekali. Seriously. Rasa jagungnye tu sangat best. Dengan harga hanya RM 2.00 secawan, boleh PapaG katakan ianya amat berbaloi untuk anda cuba. Selain air jagung ada juga kerook lekor, dan beberapa kuih muih disediakan untuk para pengunjung.




Jadi sesiapa yang datang ke Kuantan ni jangan lupa untuk singgah di Masjid Negeri dan sekali arung singgah la jugak ke gerai ini. Mesti tak kecewa. Ok la sampai di sini coretan PapaG dalam entri kali ini. SELAMAT MENCUBA…

With Love
Papaglamlz

-sekian-
BELIEVE ME | Lelaki Diam Tapi Sayang

BELIEVE ME | Lelaki Diam Tapi Sayang


Petua bahagia rumah tangga


Assalamualaikum

Lelaki Diam Tapi Sayang | Sifat diam atau sunyi tanpa bahasa sangat sinonim dengan lelaki. PapaG sendiri kadang suka berdiam diri dari bercakap meriah-meriah. Tapi kalau menulis dalam blog ni kena la meriah. Hehehe. Tapi yang pasti sifat semulajadi lelaki ini adalah pendiam. Pendiam seorang lelaki itu bukan sebab mereka tidak suka bergaul, tetapi mereka lebih banyak berfikir. Tak macam perempuan. Meriah selalu. Dari pagi sampai ke petang membawa ke malam meriah dengan tawa hilai gurau senda dan macam-macam cerita yang hendak di cakap kan. Betul tak?


Macam yang PapaG cakapkan tadi, DIAM merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik tambah lagi satu blog macam PapaG). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka. Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai. Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Contohnya: Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami. 
Jadi, jangan ingat kami lelaki-lelaki ni kalau berdiam diri tanda tidak sayang dekat isteri yer. Jauh di sudut hati kami amat sayang sangat sangat sangat sangat sangat (OVER) dekat insan yang bernama isteri.Tapi kami tak agak tidak berapa bijak la nak luahkan secara verbal. Asal ade hint-hint tu harap faham la kan. Hehehe 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Happy Thaipusam

Happy Thaipusam

Good Morning


Ok simple je entri kali ini, PapaG just nak wish happy Thaipusam buat semua rakan-rakan yang menganut agama Hindu. Dan juga Happy Holiday semua.

With Love
PapaG
Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016

Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016

Siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke-30 2016


Assalamualaikum

Senarai Finalist AJL 30, 24 January 2016 | Seperti tahun-tahun sebelum ini. pastinya peminat Anugerah Juara Lagu (AJL) ternanti-nanti akan malam kemuncak anugerah ini. AJL pada tahun ini telah masuk 30 tahun penganjuran dengan membariskan finalist-finalist yang mantap buat peminat semua. Penganjur tetap anugerah ini iaitu TV3 semakin mantap mengukuhkan legasinya di dalam dunia penyiaran. Sudah pasti AJL pada tahun ini menjanjikan persembahan-persembahan yang menarik dari setiap peserta. Lebih-lebih lagi AJL pada tahun ini sekali lagi di taja oleh Dato' Seri Vida yang popular dengan tagline Qu Putih Qu Putih barulah putih. Tentunya menggamitkan lagi suasana pada malam itu nanti.

ajl-30

Berikut adalah senarai penyanyi dan kumpulan bersama lagu-lagu mereka yang berjaya mara ke pentas peringkat akhir AJL 30, dijadual bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Januari 2016 bermula jam 8.30 malam.

1. Hazama : Sampai Mati
2. Akim & The Majistret : Potret
3. Noh Salleh : Angin Kencang
4. Stacy : Not For Sale
5. Drama Band : Biarkanlah
6. Faizal Tahir : Assalamualaikum
7. Elizabeth Tan : Knock Knock
8. Caliph Buskers : Hanya Namamu
9. Bunkface : Malam Ini Kita Punya
10. Kaka Azraff & Aliff : Bukan Hal Aku  
11. Black : Mana Mungkin
12. Dayang : Tak Pernah Menyerah

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dato' Vida Cool Isu Penarikan Balik 2 Produknya

Dato' Vida Cool Isu Penarikan Balik 2 Produknya

Respon Datuk Seri Vida mengenai isu penarikan balik 2 produknya mengandungi bahan terlarang


Assalamualaikum

Dato' Vida Cool Isu Penarikan Balik 2 Produknya | Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menarik balik dua produk keluaran syarikatnya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block di pasaran Malaysia dan Brunei buat sementara waktu berkuatkuasa pada Jumaat. Perkara itu diputuskan Hasmiza atau Vida dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di sebuah hotel dekat sini Jumaat. “Kita akan hentikan keluaran dua produk ini berkuatkuasa serta merta buat sementara waktu.


“Ini bagi membolehkan kita melakukan penelitian terperinci terhadap dua produk tersebut,” katanya. Justeru beliau memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk kecantikan dan kesihatan yang lain seperti Pamoga, Qu Puteh Advance Set dan Millenia masih selamat untuk digunakan. “Walaupun dua produk tersebut dihentikan buat sementara waktu, saya yakin produk lain masih selamat untuk digunakan. “Oleh itu, pengguna jangan ragu dan panik terhadap isu tersebut. Apa yang penting kami mementingkan kesihatan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu sudah diuji pihak kementerian dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini, selain menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk berkenaan.

“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan sudah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. “Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk berkenaan. BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.

“Hasil ujian menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi. Malah, kerajaan Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk dua produk jenama Qu Puteh susulan didakwa mengandungi bahan berbahaya. Menurut laporan portal The Brunei Times, ujian dijalankan Jabatan Perkhidmatan Farmasi itu mendapati krim pemutih Qu Puteh Whitening Pro 9, Qu Puteh Whitening UV Block mengandungi kandungan raksa atau lebih dikenali sebagai merkuri. -Mstar

With Love
Papaglamz

-sekian-
Jom Part-time Jual Aiskrim Tapi Hasil Lumayan...!!!

Jom Part-time Jual Aiskrim Tapi Hasil Lumayan...!!!

Panduan business jual aiskrim


Assalamualaikum

Jom Part-time Jual Aiskrim Tapi Hasil Lumayan | Menjengah masuk tahun 2016 PapaG pasti ramai yang terasa akan tekanan ekonomi negara kita. Kuasa membeli kian mengecil. Jadi, ramai yang mencari alternatif untuk mencari pendapatan tambahan. Lebih-lebih lagi bila ada sorang menteri dalam negara kita yang mengesyorkan semua rakyat untuk melakuka 2 kerja. Jadi, dalam entri kali ini PapaG ingin berkongsi pada semua tentang satu peluang perniagaan yang mudah tapi pulangan yang besar.




Tahukah Anda? Anda boleh menjana pendapatan sampingan sehingga empat angka sebulan dengan hanya berniaga ais krim? Waow.. Ini adalah realiti. Ramai yang telah berjaya. Dan PapaG ingin berkongsi kejayaan mereka pada anda semua. Dalam setiap kejayaan pastinya ada rahsia tersendiri. Korang nak tak kalau PapaG kongsikan pada korang beberapa panduan dan tips yang mudah untuk anda memulakan perniagan mejual aiskrim anda? Boleh klik banner di bawah ni.


Ramai yang mencari-cari panduan untuk memulakan perniagaan. Jadi, buku panduan ini adalah antara yang terbaik yang boleh anda miliki. Sebab apa? Anda bakal di beri pendedahan tentang rahsia-rahsia tersembunyi dan berkesan untuk anda berjaya dalam perniagaan menjual aiskrim anda. PapaG konsikan Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...

Bahagian Pendahuluan.

Pada bahagian ini, anda akan diberikan pendedahan tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh. Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.

Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim
Dalam bab ini, anda akan diberi pendedahan dengan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?
Dalam bab itu juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. :)
Anda juga akan diterangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. :)

Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?
Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggang motor.
Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Anda akan diberitahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.
Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.


Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?
Lubuk dah tahu pun tak guna kalau tak tahu cara buat persiapan. Dah lah ais krim ni cepat cair.
Apa peralatan yang diperlukan? Sebelum proses? Semasa kerja operasi dijalankan? Bab ini kita perlu tahu agar kita tidak kelam-kabut nanti.
Semuanya ada di ceritakan dalam bab ini. Ada gambar. Insyaallah, mudah faham.

Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim
Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?
Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.
Jangan risau, dalam bab ini akan diterangkan terperinci apa bahan masakan dalam bentuk gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Siap jenama brand akan diberitahu.
Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!

Bab 4.1: Carta Alir Pemprosesan Aiskrim
Dengan carta alir ni, ia memudahkan anda nampak apa yang perlu didahulukan. Apa yang perlu dikemudiankan.
Tapi jangan risau. Dalam ebook ini anda dibekalkan dengan carta alir. Demi untuk memudahkan anda faham.

Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim.
Dalam bab ini anda akan tahu ada berapa jenis aiskrim di Malaysia ni? Apa yang membezakan jenis-jenis aiskrim ni?
Kenapa aiskrim jenis A lebih murah berbanding jenis B? Kenapa aiskrim yang kita beli dekat supermarket cepat cair?
Aiskrim yang bagaimana yang dikatakan mesra-pengguna? Jawapannya ada di dalam buku ini. Agar anda tak kekok bila diajukan soalan ini satu hari nanti.
Hebatkan e-book ni? Apalagi, cubalah kalau tak percaya! Klik banner di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Wajib Belajar...!!! Panduan Membasuh Uri

Wajib Belajar...!!! Panduan Membasuh Uri

Step by step mencuci uri


Assalamualaikum

Panduan Membasuh Uri | Menimang cahaya mata adalah satu perkara yang amat menggembirakan. Apa tidaknya kehadiran bunga syurga dalam rumah tangga bukan sahaja bakal menyerikan hidup pasangan suami isteri, malah ia juga sebagai pengikat kasih sayang mereka. Dalam keseronokan menerima orang baru dalam hidup, bagi lelaki atau suami ada satu perkara yang WAJIB anda tahu. Iaitu perihal membasuh uri. Tatacara menguruskan uri ni mudah je sebenarnya. Tapi kena belajar la. Jika dulu ayah dan ibu mertua PapaG yang mengajar bagaimana caranya nak mencuci dan menanam uri ni. 

Secara ringkasnya uri atau dalam bahasa sainsnya ialah placenta yang mana ia adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm. Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim..."

cara-basuh-uri

Dalam entri ini PapaG kongsikan sedikit bagaimana kaedah yang kita boleh gunakan untuk menguruskan uri anak kita tu. Semoga bermanfaat.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa

Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani'

With Love
Papaglamz

-sekian-
RESEPI SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM

RESEPI SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM

Resepi masakan ikan


Assalamualaikum

RESEPI SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM | Ya Allah melihatnya sahaja bikin hati teruja. Terus PapaG nak kongsi resepi ikan salmon bakar dari rakan facebook PapaG iaitu Atie Jumaat. Kita simpan dulu resepi ni dalam blog PapaG ni. Nanti ada masa kita buat yer. Thankz akak sharing resepi ini. Nanti dah buat saya share yer. Untuk korang semua apa kata cuba masab resepi ikan salmon ni. Macam best je kan. Selamat mencuba..

resepi-ikan-salmon

Bahan Ikan

Ikan Salmon 1 keping
Serbuk lada hitam 2sb
Paprika 1sb
Minyak bijan 1sb
Minyak zaitun 1sb

Caranya:

Lumurkan semua bahan ke ikan..
Perap 2 jam..Pastu bakar

Bahan Sos Lada Hitam

Serbuk lada hitam 3sb
Oregano 1sk
Paprika 1sk
Sos Tiram 1sb
Kicap manis 1sb
Gula perang 1sb
Susu HL 5sb
Air 1/2 cawan

Caranya: 

Campurkan semua sekali. Masak hingga mendidih..Tambahlah apa yang kurang ikut selera sendiri. Bila dah siap.. Curahkan sikit sos pada ikan yg telah dimasak.. Siap... Mudah je.. Heheh

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


Wanita Itu Dambaan Syurga Ku

Wanita Itu Dambaan Syurga Ku

Wanita Dambaan Syurga


Assalamualaikum

Wanita Dambaan Syurga | Baiklah, bila bercakap tentang pasangan idaman ni tentu sahaja kita sebagai manusia inginkan pasangan yang sempurna kan? Kalau lelaki mahukan wanita yang umpama bidadari seperti dalam syurga. Yang wanita pula mahukan lelaki yang romantis dan soleh serta lengkap serba serbi. Tapi ingat, manusia ini tidak ada yang sempurna. Allah SWT sahaja yang maha sempurna. Diri kita sendiri tidak lah sempurna. Adalah lebih elok jika di katakan pasangan kita itu pelengkap kekurangan kita. Dan kita pula pelengkap bagi kekurangan dia. Haaa ni la ciri-ciri pasangan idaman PapaG. Saling melengkapi. Yela, bukankah perkahwinan itu adalah pelengkap sebahagian dari iman kita? Jika kita berkahwin, maka lengkaplah iman di dalam hati. Insyallah.

Pada PapaG itu lah satu-satunya ciri pasangan yang diidam-idamkan. Ia melengkapi kekurangan yang ada pada diri ini. Sekiranya ciri-ciri itu ada, maka bersyukur pada Allah tidak terhingga.

Hubungan_Intim_Sex_Suami_Isteri

Perasan tak dalam dunia ini, semua Allah ciptakan berpasangan. Malam ada siangnya, cas positif ade cas negatifnya, lelaki mesti berpasangan dengan perempuan. Tak tau sekiranya ade yang berpasangan sesama jenis. Nauzubillah.. Jadinya, isteri itu pelengkap bagi suami. Sebagai insan yang serba kekurangan, tiada sebarang kesempurnaan yang berhak kita miliki. Sebab itu setiap pasangan haruslah saling melengkapi. Isteri pelengkap kekurangan suami dan begitu lah sebaliknya. 

Bagi PapaG, peranan isteri dalam sebuah rumah tangga amat besar sekali. Ok cuba bayangkan bermula seawal pagi lagi, isteri sudah sebok bersilat di dapur, kejutkan suami dan anak-anak. Bagi yang bekerja, balik dari kerja nak menguruskan rumah lagi. Fuhhh.. Maaf PapaG cakap awal-awal tak terlarat nak buat semua itu. Tapi, itulah kehebatan seorang wanita. Itulah kelebihan yang mampu mengisi kekurangan dalam diri PapaG.

Ya, PapaG akui, hidup berumah tangga begitu indah ala-ala di dalam syurga gitu. Tapi, harus diingat, pasang surut alam rumah tangga itu pasti. Apa yang harus dilakukan saling memahami dan bertolak ansur demi mencari jalan keluar untuk menuju kebahagiaan rumah tangga itu. Insyallah jika saling bermuafakat, keindahan di dalam rumah tangga akan tercapai.

Nah itulah dia ciri pasangan idaman PapaG. MELENGKAPI kekurangan diri PapaG. Harapnya, PapaG juga dapat menyempurnakan kekurangan yang ada di dalam diri isteri PapaG. Insyallah. Ternyata hidup PapaG zaman bujang dan sekarang ni banyak perbezaannya. Isteri PapaG begitu banyak menyokong dalam banyak hal. Lebih-lebih lagi dunia blogging. Mana yang yang tak elok dia akan menasihati untuk jadi lebih elok. Alhamdulillah kurniaan Allah begitu hebat. 

Terima kasih buat isteri Dambaan Syurga Ku Halimatu Sa'adiah (Ibu Dhia). Sayang ketat-ketat.

<3 <3 <3 <3 until janah okayyy.

With Love
Papaglamz

-sekian-
10 jalan utama di Kuala Lumpur ditutup sempena Thaipusam

10 jalan utama di Kuala Lumpur ditutup sempena Thaipusam

Jalan-jalan yang ditutup di Kuala Lumpur sempena Thaipusam


Assalamualaikum

Jalan-jalan yang ditutup di Kuala Lumpur sempena Thaipusam | Seperti sedia maklum pada hari Ahad (24 Januari 2016) masyarakat India yang beragama hindu akan menyambut perayaan hari Thaipusam. Seperti kebiasaannya, perayaan ini akan memperlihatkan kepada kira ritual-ritual dan juga perarakan yang menjadi kepercayaan kepada agama mereka. Sehubungan dengan itu, terdapat 10 jalan utama di ibu negara akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan ‘Pedati Perak’ bersempena sambutan ini.

Jalan-tutup-di-kl-sempena-thaipusam

Antara laluan terlibat dengan penutupan ini ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

"Perarakan pergi pada Jumaat akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui sepuluh jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves,"DSP S. Markandan.

Katanya perarakan pulang pula bermula 4 petang Isnin (25 Januari) dan dijangka berakhir pagi esoknya (26 Jan). Kumpulan perarakan akan bergerak dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh, Batu 5, Jalan Perhentian, Lorong Konvil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh.

Markandan berkata laluan yang ditutup turut melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee.

"Penutupan jalan yang berakhir Selasa depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut," katanya.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.

(Sumber : Astro Awani)

With Love
Papaglamz

-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com