Khamis dan Jumaat lepas, aku dan keluarga mertua ambil peluang bercuti ke Sugeh Resort, Janda Baik—resort milik Dato' Aliff Syukri. Rumah yang kami tempah dilengkapi private pool, jadi semua teruja untuk mandi sepuasnya dari siang sampai ke malam, malah ada yang sambung pagi! Kami memulakan perjalanan dengan makan tengah hari di Restoran Ladang Kopi sebelum check-in. Sambil menikmati hidangan, kami sempat berjumpa saudara yang tinggal berdekatan.
 |
OOTD depan restorant. Baju aku terpaling tak ikut tema. Huhu |
 |
Jom makan. Semua ada. |
Sebaik tiba di resort, budak-budak jadi paling bersemangat untuk rasmi kolam. Orang dewasa pula sibuk dengan tugasan masing-masing—ada yang mengemas dapur, sediakan peralatan BBQ, dan susun barang-barang. Lepas semua selesai, kami berkumpul di kolam, beraksi penuh gaya. Siap ada perlumbaan berenang dan pertandingan terjun air paling bergaya. Suasana meriah dan penuh gelak tawa!
 |
Family foto tanda hadir |
 |
My Family dengan Mak & Ayah
|
 |
Mandi pool ramai-ramai |
Malamnya, kaum lelaki mula bakar ayam dan kambing untuk BBQ. Sedikit "drama" berlaku bila arang lambat menyala, mungkin sebab waktu bakar tu masuk waktu Maghrib. Ataupun kitorang yang tak pro nak hidupkan arang. Hehehe. Tapi akhirnya, semuanya berjaya, dan hidangan BBQ disiapkan dengan sempurna. Kami makan malam ramai-ramai, sambil borak santai dan gelak sampai lupa waktu. Gelak tawa dan gurau senda masing-masing sangat menggamit suasana.
 |
BBQ onzzz |
 |
Si Hijau tu buat-buat pelik pulak. Hahaha |
 |
Dari kiri: Akmal (Adik Ipar aku), Aku, Zaki (Biras), Saddam (Biras. Orang kata kami kembar. Ermm) |
 |
Menu malam tu. Oden ada, BBQ ada dan macam-macam lagi |
Setel makan, masing-masing penat. Tapi tidak ya bagi budak-budak. ada yang sambung mandi lagi sampai la tengah malam termasuk anak-anak aku. Ni kalau aku biarkan maunye sampai esok paginya.
Baca juga - Layan Healing dengan Family di Sungai Lurus, Senggarang
Keesokan paginya, selepas sarapan bersama, masing-masing sambung mandi untuk kali terakhir sebelum check-out. Kami sempat bergambar sekitar resort yang cantik, dengan tasik, trampolin, dan spot OOTD yang menarik. Yang paling best, Sugeh Resort ada tawarkan tudung percuma dari koleksi Datin Saida jika buat Google review. Lagi banyak akaun Google, lagi banyak tudung boleh dapat—memang berbaloi!
Jom layan gambar OOT kitorang kat resort ni.
 |
Mak dengan Ayah mertua aku yang terpaling sweet |
 |
Keluarga aku la. Abang dan kakak long yang garang. Hahaha |
 |
Pak Ngah dengan Mak Ngah |
 |
Cik Ecah dan Uncle Saddam |
 |
Cik Nurul dengan Uncle Zaki |
 |
Pengantin baru...!!! Cik Pijah dan Uncle Syauqi |
 |
Ha ni si bungsu no.7. Single and available. Adik no.6 tak dapat join ade kelas kt IPG |
 |
Last gambar sebelum check out |
 |
Macam ni la bila tangan panjang, tugas jadi monopod amek selfie |
Percutian santai ni sangat menyeronokkan, penuh kenangan indah bersama keluarga. Insya-Allah, kami plan lagi percutian sebegini pada masa akan datang.
Enjoy...!!!