Santai di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Kuantan

Santai di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Kuantan

Kadang-kadang, bila datang rasa malas masak, makan kat luar jadi pilihan terbaik. Baru-baru ni, aku dan keluarga buat keputusan nak makan malam kat Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kalau korang orang Kuantan atau pernah ke sini, mesti tahu tempat ni popular dengan makanan laut segar yang lazat.

Sebagai penduduk Kuantan selama 12 tahun, Ana Ikan Bakar Petai ni memang antara tempat makan yang aku kerap pergi. Kalau family aku dari Johor datang melawat, tempat ni mesti masuk dalam senarai restoran yang aku cadangkan. Masakan dia sesuai dengan tekak kami, dan setiap kali makan kat sini, memang puas hati.

Menu Wajib Kami

Setiap kali datang, ada beberapa menu yang memang tak pernah kami skip. Ikan siakap bakar petai jadi menu wajib nombor satu. Paduan rasa pedas, manis, dan aroma petai memang padu! Selain tu, ada juga:

  • Ketam telur masin – lemak, berkrim, dan penuh rasa.
  • Sotong celup tepung – rangup di luar, lembut di dalam.
  • Kailan ikan masin – pelengkap hidangan yang seimbang.
  • Kadang-kadang, kami tambah lala masak sambal untuk variasi.


Setiap hidangan di sini memang sesuai untuk makan ramai-ramai.

Fasiliti yang Lengkap

Satu lagi sebab kenapa aku suka makan kat sini ialah fasiliti dia yang lengkap. Ada tandas dan surau yang selesa, jadi tak perlu risau kalau datang waktu maghrib. Bagi yang datang dengan anak kecil, ada juga taman permainan yang buat anak-anak seronok sambil kita makan dengan tenang.

Baca juga - Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik

Tips & Lokasi

Ana Ikan Bakar Petai ni terletak di kawasan Tanjung Lumpur, tak jauh dari bandar Kuantan. Kalau datang waktu puncak, terutama hujung minggu atau cuti sekolah, mungkin kena bersabar sikit sebab ramai orang. Tapi percayalah, makanan dia memang berbaloi dengan masa menunggu.

Baca juga - Makan Steamboat Buffet Dinner in the Sky di Menara Kuantan 188 - Priceless Moment

Jadi, kalau korang datang Kuantan dan nak cari tempat makan seafood yang sedap dan santai, aku sangat cadangkan Ana Ikan Bakar Petai. Rasa makanan dia memang tak pernah mengecewakan, sesuai untuk semua peringkat umur. Jangan lupa order menu wajib aku ya! ๐Ÿ˜„

Selamat menjamu selera!

Enjoy...!!!

Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik

Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik

Hai semua! aku dah duduk di Kuantan selama 12 tahun. Sepanjang masa ni, aku dah banyak explore tempat-tempat best kat sini. Jadi, kalau korang nak bercuti ke Kuantan, meh aku share beberapa lokasi menarik yang wajib korang lawati.

1. Teluk Cempedak: Pantai Ikonik Kuantan

Teluk Cempedak (TC) ni memang lokasi wajib kalau korang ke Kuantan. Pantai ni tak pernah mengecewakan dengan pasir putihnya, angin laut yang nyaman, dan deretan kafe tepi pantai. Malam-malam lagi meriah, ada gerai makanan dan buskers yang menghiburkan. Kalau korang suka lepak sambil dengar bunyi ombak, TC ni perfect!

2. Cherating: Pantai yang Tenang dengan Aktiviti Menarik

Cherating pula terkenal dengan suasana tenang dan pelbagai aktiviti. Nak luncur air? Boleh. Nak tengok penyu bertelur? Pun boleh! Cherating ni juga rumah kepada pusat kraftangan dan batik yang korang boleh lawati untuk beli cenderamata.

3. Sungai Lembing: Pekan Warisan yang Bersejarah

Pekan kecil ni memang penuh sejarah! Kat sini ada Muzium Sungai Lembing yang cerita pasal sejarah perlombongan bijih timah. Kalau korang suka adventure, cuba jejak masuk ke terowong lombong lama. Tambahan lagi, jangan lupa cuba cendol Sungai Lembing – memang legend!

Baca juga - Pengalaman Makan Shell Out di Touch Craving Shell Out (TCSO), Jalan Stadium Kuantan: Rasa dan Kenangan Bersama Keluarga

4. Air Terjun Sungai Pandan: Keindahan Semula Jadi

Ni antara tempat feveret aku! Air Terjun Sungai Pandan memang cantik dengan aliran air yang jernih dan kawasan mandi-manda yang luas. Bawak keluarga berkelah kat sini, confirm seronok. Tapi jangan lupa bawa tikar dan makanan, ya!

5. Bukit Panorama: Syurga Pencinta Matahari Terbit

Kalau korang jenis suka hiking, Bukit Panorama ni wajib try. Bangun awal pagi, panjat bukit ni, dan korang akan dapat tengok pemandangan matahari terbit yang memukau. Penat mendaki hilang terus bila sampai puncak. Jangan lupa bawak air sebab trek dia boleh tahan mencabar.

6. Air Terjun Pelangi: Keajaiban Alam yang Menakjubkan

Air Terjun Pelangi ni memang luar biasa. Korang kena datang waktu pagi untuk nampak pelangi yang terbentuk dari percikan air terjun. Perjalanan ke sini mungkin memakan masa sikit, tapi percayalah, ia sangat berbaloi!

7. Menara Kuantan 188: Ikon Baru Kuantan

Menara Kuantan 188 merupakan salah satu mercu tanda baru di Kuantan. Menara ini berdiri megah dengan ketinggian 188 meter, menjadikannya menara kedua tertinggi di Malaysia. Dari dek pemerhati, anda boleh menikmati pemandangan panorama bandar Kuantan, Sungai Kuantan, dan Laut China Selatan. Pada waktu malam, menara ini diterangi dengan lampu berwarna-warni yang menambahkan keindahan kawasan sekitar. Jangan lupa cuba restoran di atas menara untuk pengalaman makan sambil menikmati pemandangan!

Baca jugas - Makan Steamboat Buffet Dinner in the Sky di Menara Kuantan 188 - Priceless Moment

Kuantan ni sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik. Setiap kali aku explore, mesti ada benda baru yang aku jumpa. Kalau korang datang sini, jangan malu-malu tanya penduduk tempatan. Kami orang Kuantan memang suka recommend tempat-tempat best!

Selama 12 tahun duduk di Kuantan, aku rasa bertuah dapat menikmati keindahan dan keunikan tempat ni. Jadi, kalau korang plan nak bercuti ke Kuantan, jangan lupa singgah lokasi-lokasi ni. Percutian korang confirm takkan mengecewakan!

Apa tempat kegemaran korang di Kuantan? Share dengan aku kat komen! ๐Ÿ˜Š

Enjoy...!!!

 Reset Rumah, Reset Jiwa: Kemas Rumah dengan Anak-anak

Reset Rumah, Reset Jiwa: Kemas Rumah dengan Anak-anak

Ada satu perkara yang aku percaya, rumah yang kemas bukan sahaja sedap mata memandang, tapi juga beri ketenangan hati. Jadi, bila keadaan rumah mula berselerak dengan mainan, habuk halus di sudut, dan meja yang penuh dengan barangan entah dari mana, sudah tiba masanya untuk sesi "reset rumah".

Kali ini, aku ajak anak-anak aku si Husna dan Imtiyaz untuk sama-sama mengemas. Aku suka libatkan libatkan diorang dalam aktiviti ini sebab kita boleh arah-arah. hahahah. Bukan hanya untuk meringankan kerja tetapi juga untuk mengajar mereka tanggungjawab menjaga ruang yang kita kongsi bersama.

Kita mulakan dengan tugas yang paling mudah iaitu mengemas main table. Meja ini umpama "zon bebas" bagi anak-anak. Itulah tempat makan, buat kerja sekolah, tempat aku bukak laptop dan macam-macam lagi, jadi macam-macam benda boleh muncul di situ. Alat tulis, lego, dan berbagai lagi.

Tak sampai 10 minit, meja itu kembali bersih, seperti baru keluar dari katalog IKEA. Kitorang tersenyum bangga melihat hasil kerja masing-masing.


Seterusnya, giliran menyapu. Anak aku Husna bab menyapu ni die macam boleh harap sikit. Jadi, si kakak Imtiyaz aku suruh pungut-barang-barang yang berteraburan atas lantai. Aku pula tolong menyapu di sudut-sudut yang sukar dijangkau. Dalam 15 minit, setel semua runag kat rumah aku ni. Alhamdulillah. 

Bila semua dah siap, kami bertiga berdiri di tengah ruang tamu, menghela nafas puas hati sambil pandang sekeliling. Rumah terasa lebih segar, lebih lapang, dan lebih sedap mata memandang.

Kadang-kadang, sesi reset rumah macam ni bukan sahaja tentang mengemas ruang, tetapi juga tentang menyusun semula tenaga dan mood kami sekeluarga. Rumah kemas, hati pun rasa lapang. Alhamdulillah, misi hari ini tercapai!

Enjoy...!!!

Kuantan: Hujan Tanpa Henti dah 2 hari

Kuantan: Hujan Tanpa Henti dah 2 hari

Kalau nak tahu, hari ini dah masuk hari kedua hujan tanpa henti kat area rumah aku di Kuantan, Pahang. Rasanya macam semua benda kat luar dah basah lencun, dan bau tanah lembap semakin kuat menusuk ke hidung. Sambil duduk kat ruang tamu, aku tengok hujan yang tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti. Dalam hati, aku cuma mampu berdoa, “Ya Allah, janganlah banjir kali ni.”

Tadi aku sempat buka laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Rupanya beberapa daerah di Terengganu dan Pahang memang tengah dalam amaran hujan berterusan tahap waspada, bermula hari ni sampai 31 Disember 2024. Jadi, tak hairanlah kalau hujan macam ni berlarutan. Tapi buat masa ni, keadaan banjir kat Pahang masih lagi terkawal. Setakat jam 6:30 petang ni, Alhamdulillah, tiada laporan kawasan yang dinaiki air lagi.

Cuma, bila aku baca berita tentang Kelantan, hati jadi berat sikit. Daerah Kuala Krai dan Tanah Merah dah mula dinaiki air. Memang rasa sedih bila fikirkan keluarga-keluarga yang mungkin tengah sibuk pindahkan barang dan bersiap-sedia untuk berpindah ke pusat pemindahan. Semoga mereka semua tabah dan dilindungi dari musibah yang lebih teruk.

Melayan perasaan

Korang boleh klik link ni untuk update terkini keadaan semasa hujan atau banjir.

LAMAN WEB RASMI PUBLIC INFOBANJIR

Nota: Kalau ada pembaca yang tinggal di kawasan berisiko, tolonglah jangan ambil mudah. Sentiasa pantau maklumat terkini daripada pihak berkuasa dan bersedia untuk berpindah kalau perlu. Jangan lupa utamakan keselamatan, ya!

Enjoy...!!!

Diam-diam Dah Nak Masuk Tahun Baru 2025!

Diam-diam Dah Nak Masuk Tahun Baru 2025!

Hai korang, tak sedar kan? Diam-diam, kita dah nak masuk tahun baru 2025! Macam baru semalam je rasanya kita sambut tahun baru 2024, sekarang dah nak habis pun. Lagi beberapa hari je, kita akan melangkah ke tahun yang baru, dan yang lebih mengejutkan lagi, umur aku pun makin bertambah. Hahaha, tak sangka kan? Tahun depan aku dah masuk 37 tahun! Wah, rasa macam baru semalam je 30-an, sekarang dah dekat 40! Kalau pikir balik, macam-macam dah terjadi dalam hidup aku ni.

Kalau bercakap pasal kerja, alhamdulillah, tahun depan dah masuk 12 tahun aku bekerja di tempat yang sama. Tapi jangan salah faham, walaupun tempat yang sama, posisi aku selalu berubah-ubah. Dulu, aku start sebagai lab technician. Tak lama lepas tu, kena masuk shift, pastu balik ke normal balik. Banyak sangat warna-warni dalam dunia pekerjaan aku ni. Ada yang kelakar, ada yang sedih, dan ada juga yang menggembirakan. Kadang-kadang teringat balik semua pengalaman tu, rasa macam banyak benda yang aku belajar. Ada masa rasa nak give up, tapi alhamdulillah, aku masih bertahan sampai sekarang.

Tahun ni pulak, dah 2 tahun aku jadi chemist. Mula-mula masuk, rasa macam tak percaya je, tapi lama-lama rasa seronok juga. Ada cabaran, ada dugaan, tapi aku cuba buat yang terbaik. Dalam dunia kerja ni, tak ada yang mudah kan? Ada hari-hari yang rasa macam nak berhenti, tapi bila fikir balik, semua tu adalah proses. Kita belajar, kita berkembang. Aku percaya kalau kita buat yang terbaik, InsyaAllah, hasilnya pun akan terbaik.

Baca juga - Pengalaman Jadi Bendahari Masjid: Antara Amanah, Cabaran, dan Pembelajaran

Tapi, cukup-cukuplah cerita pasal kerja. Tahun baru, mesti kena ada azam baru! Kalau azam tahun lepas tu tak tercapai, jangan risau, boleh carry forward je ke tahun depan. Hehehe. Untuk aku, azam tahun depan, aku nak buat yang terbaik dalam pekerjaan aku. Nak terus belajar, terus berkembang, dan pastikan aku tak mudah putus asa. Selain tu, harap tahun depan lebih banyak peluang dan rezeki yang datang. Semoga segala usaha dan kerja keras kita diberkati, InsyaAllah.

So, korang macam mana? Azam tahun ni dah settle ke belum? Atau nak carry forward je untuk tahun depan? Hahaha. Jangan lupa, tahun baru ni, kita semua ada peluang untuk mulakan sesuatu yang baru, jadi jangan sia-siakan. Semoga tahun 2025 nanti penuh dengan kegembiraan, kejayaan, dan keberkatan untuk kita semua.

Selamat tinggal 2024, dan selamat datang 2025! Let's make it a great one! ๐ŸŽ‰

Enjoy...!!!

Weekend with Family: Lepak Wakaka TMG lepas Shopping

Weekend with Family: Lepak Wakaka TMG lepas Shopping

Hujung minggu memang masa yang paling dinantikan oleh kami sekeluarga. Biasanya, aktiviti utama kitorang hangout sama-sama, pusing-pusing area Kuantan, beli barang dapur, dan makan-makan. Hari ini pun tak jauh bezanya, cuma lokasi wajib kami iaitu TMG (Tunas Manja) tetap jadi destinasi utama.

TMG ni memang boleh kata bersepah dekat Kuantan. Pilihan pun banyak, senang nak dapat apa yang diperlukan. Jadi, lepas kitorang setel pusing-pusing cari barang dapur (dan pastikan semua keperluan lengkap), barulah boleh tenang untuk rehat sekejap.

Lepak kat Wakaka

Habis shopping, kami singgah di Wakaka, lokasi wajib setiap kali penat membeli-belah. Hari ni anak-anak pilih menu kegemaran diorang, wafer coklat dan peanut butter. Kami beli dua je, cukup untuk kongsi-kongsi. Jangan risau, masing-masing dah ada “sistem giliran” supaya tak ada yang merajuk!


Sambil makan, aku sempat belek-belek semula resit belian tadi. Biasalah, kena pastikan tak ada kesilapan harga atau barang tertinggal. Kalau ada apa-apa yang tak kena, bolehlah terus claim kat kaunter TMG tadi sebelum balik.

Menu Sederhana, Kebahagiaan Besar

Lepak kat Wakaka ni memang simple, tapi suasananya cukup santai. Anak-anak seronok dengan wafer diorang. Sementara aku dengan isteri menikmati minuman coklat bubble tea. Orang kata ini baru “alas perut” je. Kitorang memang plan nak makan berat pulak lepas ni.

Baca juga - Pengalaman Makan Shell Out di Touch Craving Shell Out (TCSO), Jalan Stadium Kuantan: Rasa dan Kenangan Bersama Keluarga

Apapun, walaupun nampak macam rutin biasa, masa-masa macam ni yang sebenarnya jadi kenangan indah buat kami sekeluarga. Shopping, makan, lepak—all in one. Lagipun, hujung minggu ni kan untuk “reset” semangat sebelum kembali ke hari-hari sibuk. Apa pulak aktiviti korang weekend ni?

Enjoy...!!!

Lukisan Keluarga Paling Comel: Hadiah Istimewa dari Husna

Lukisan Keluarga Paling Comel: Hadiah Istimewa dari Husna

Hari ini, aku ingin abadikan satu kenangan manis yang dihasilkan oleh anak kedua aku, Husna. Dia melukis satu gambar keluarga kami yang sangat comel dan penuh makna. Dalam lukisan ini, ada aku sebagai ayah, isteri aku sebagai ibu, kakak sulung Imtiyaz, Husna sendiri, dan si bongsu Solehah. Semua anak aku adalah perempuan, dan setiap mereka ada keistimewaan masing-masing, tapi Husna lain macam sikit. Biasa la orang kata anak nombor dua ni Hebat...!!!

Apa yang buat aku tersentuh ialah Husna melukis dirinya sendiri dengan baju yang sama warna dengan aku. Ini seolah-olah menggambarkan betapa rapatnya hubungan kami berdua (padahal aku selalu je marah-marah kat die. Hehehe). Husna memang seorang anak yang suka ikut apa yang aku buat, malah dia sangat admire aku. Kalau ada sesuatu yang aku lakukan, dia akan cuba meniru, bukan kerana terpaksa, tapi kerana dia betul-betul nak jadi seperti aku. Pernah tu aku beli almari yang kene pasang sendiri, die pun sebok nak tolong aku buat sama-sama.

Dan dalam keluarga kami, Husna sering jadi teman setia aku. Kalau kami keluar berjalan atau pergi bercuti, dia mesti nak duduk kat kerusi depan sebelah aku. Kakak dan adiknya selalunya duduk di belakang, tapi Husna, dia sentiasa di depan, menemani aku memandu sambil berbual atau menikmati pemandangan. Sampai la die tertidur. Hihihi

Baca juga - Seronoknya Buat Kek Coklat dengan Anak-anak

Lukisan ini bukan sekadar coretan biasa. Ia penuh dengan makna dan menunjukkan cara Husna melihat kami sebagai sebuah keluarga. Walaupun dia masih kecil, lukisan ini menggambarkan betapa dia memahami keakraban dan kasih sayang yang ada dalam keluarga kami.

Terima kasih, Husna, untuk hadiah yang comel ini. Bila kamu semua dah besar nanti, lukisan ini akan jadi satu kenangan berharga yang akan kita kenang bersama. ๐Ÿ˜Š

Enjoy...!!!

Mendebarkan...!!! Tiga Lelaki Berani di Pool of Death

Mendebarkan...!!! Tiga Lelaki Berani di Pool of Death

Baru-baru ini, aku terjumpa satu video yang betul-betul buat aku kecut perut di YouTube. Video tu menunjukkan tiga orang lelaki membuat aksi mendebarkan di Pool of Death, satu tempat berbahaya tetapi sangat popular di Kauai, Hawaii. Tempat ini memang dikenali dengan keindahan alam semula jadi yang memukau, tetapi ombak ganasnya langsung tidak boleh dipandang remeh.

Dalam video tersebut, lelaki-lelaki ini kelihatan begitu berani (atau mungkin terlalu yakin). Mereka berenang dalam kolam itu, yang pada awalnya nampak tenang. Tapi, bila ombak besar datang secara tiba-tiba, air melimpah masuk ke kolam, mencipta arus yang kuat dan menghentam batuan sekitarnya. Aku betul-betul cemas melihat bagaimana mereka berusaha untuk kekal terapung dan mengelak daripada dihentam batuan kasar. Sungguh mendebarkan!

Selepas menonton video itu, aku jadi ingin tahu lebih lanjut tentang Pool of Death ini. Aku teruskan pencarian di Google dan apa yang aku temui betul-betul mengerikan. Rupa-rupanya, kolam ini bukan sekadar kolam biasa. Ia adalah kolam pasang surut (tidal pool) yang terbentuk di tepi laut dan diisi oleh air laut yang masuk melalui celah-celah batuan vulkanik. Arus yang terbentuk akibat ombak boleh menjadi sangat deras dan tidak dijangka.

Menurut sumber yang aku baca, Pool of Death memang terkenal sebagai salah satu tempat paling berbahaya di dunia untuk berenang. Tempat ini pernah menjadi viral satu masa dulu kerana keindahannya yang luar biasa, tetapi ia juga telah mencatatkan beberapa insiden tragis. Salah satu kisah yang paling menyayat hati adalah kematian beberapa pengunjung yang terperangkap dalam arus ganas kolam ini. Batuannya yang licin dan kasar pula meningkatkan risiko kecederaan jika seseorang dihentam ombak ke dinding kolam.

Aku jadi lebih insaf selepas baca semua ini. Apa yang nampak menyeronokkan dan mencabar dalam video sebenarnya adalah situasi yang sangat bahaya. Pengalaman menonton video ini mengingatkan aku bahawa keindahan alam semula jadi bukan untuk diperlekehkan. Pool of Death adalah contoh jelas bagaimana sesuatu yang kelihatan menawan boleh bertukar menjadi ancaman maut.

Kepada sesiapa yang bercadang untuk melancong ke Kauai, aku sarankan untuk menikmati pemandangan Pool of Death dari jauh sahaja. Jangan sesekali mencuba nasib berenang di sana. Ingatlah, keselamatan lebih penting daripada aksi mendebarkan yang boleh membawa risiko nyawa.


Enjoy...!!!
Layan Healing dengan Family di Sungai Lurus, Senggarang

Layan Healing dengan Family di Sungai Lurus, Senggarang

Minggu lepas, aku sempat balik kampung dan meluangkan masa untuk "healing" bersama keluarga. Destinasi pilihan kali ini adalah Sungai Lurus, Senggarang. Tempat ini pernah viral satu masa dahulu, dan aku akhirnya berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman di sana. Memang tak mengecewakan!


Baca juga - Cuti Balik Kampung jom Singgah Kari Kambing 40 Hari

Sungai Lurus terkenal dengan deretan gerai makan yang terletak di tepi pantai. Sambil menikmati hidangan, kita boleh layan perasaan sambil menghirup udara laut yang segar. Petang tu, kitorang sekeluarga singgah di salah satu gerai yang popular di situ, Gerai Anjung Santai Najihah. Menu yang kami pesan memang meriah: kerang, kupang, ketam masak sambal, dan beberapa hidangan lain yang tak kurang hebatnya.

Mak dan bapak mertua aku nampak betul-betul seronok. Yelah, mana tak gembira bila dapat berkumpul dengan anak-anak, cucu, dan menantu semuanya sekali depan mata. Suasana jadi lagi meriah dengan angin pantai yang menyejukkan. Makan di tempat yang asyik macam ni, memang jadi memori indah untuk semua.



Habis makan, kami tak terus balik. Lepas kenyang, kitorang sambung "healing" di Pantai Perpat pula. Tapi itu cerita lain yang aku akan kongsikan nanti. Kalau korang ada masa lapang, aku betul-betul sarankan untuk cuba datang ke Sungai Lurus. Bukan sahaja makanannya sedap, tapi suasananya pun sangat menenangkan jiwa.

Sekali-sekala, seronok juga lari dari kesibukan bandar dan luangkan masa dengan orang tersayang di tempat yang indah macam ni. Tak sabar nak rancang trip lain pula lepas ni!

Enjoy...!!!

Drama Curang Tanpa Niat, Lagu Bukan Lagi Kita, dan Debut Nadeera di AJL: Memori Baru Akan Terukir?

Drama Curang Tanpa Niat, Lagu Bukan Lagi Kita, dan Debut Nadeera di AJL: Memori Baru Akan Terukir?

Tak sangka, aku dah start tertengok-tengok highlight drama Curang Tanpa Niat kat TikTok. Banyak sangat scene menarik yang lalu kat feed aku—drama, konflik rumah tangga, dan emosi yang berat, tapi belum sempat nak tengok full lagi. Masuk minggu ni dah episod ke-4, tapi aku masih lagi "on the fence". Mungkin akan terlayan jugak nanti kat Astro bersama bini aku—sama-sama marathon drama, kan? Tapi tu nantilah, kena tunggu masa free sikit.

Yang pasti, soundtrack drama ni memang dah buat aku layan habis. Lagu Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita, yang katanya bakal bertanding di AJL nanti, memang menusuk jiwa. Siapa sangka, kemunculan pertama Nadeera di pentas AJL mungkin akan jadi turning point besar untuk dia? Lagu ni macam ada aura magis—setiap kali dengar, terasa macam ada cerita sendiri yang tersimpan dalam liriknya.

Kalau korang tak familiar, Nadeera ni aku mula kenal masa program Lagu Cinta Kita kat TV3. Masa tu, dia duet dengan partner lelaki, dan mereka terus jadi juara. Suara Nadeera memang luar biasa—unik, lunak, dan ada feel yang sampai ke hati.

Dan sekarang, lagu dia yang tengah viral ni, yang menjadi OST Curang Tanpa Niat. Jom hayati lirik penuh lagu Bukan Lagi Kita:


Bukan Lagi Kita
Nadeera Zaini

Aku tak sempurna
Namun ku tetap cuba
Menjadi yang terbaik untuk kamu

Namun akhirnya
Kita tak lagi bersama
Mungkin ini takdir yang tertulis untuk kita

Chorus
Bukan lagi kita
Yang melakar bahagia
Kini tinggal kenangan, serpihan jiwa

Bukan lagi kita
Yang pernah bercinta
Segalanya pudar, hilang warna

Biarlah aku pergi
Lupakan semua janji
Walau hati ini masih terluka

Aku tak sempurna
Namun ku tetap cuba
Menjadi yang terbaik untuk kamu

Bridge
Setiap kenangan itu
Kan kekal dalam waktu
Namun cinta tak bisa dipaksa

Chorus
Bukan lagi kita
Yang melakar bahagia
Kini tinggal kenangan, serpihan jiwa

Bukan lagi kita
Yang pernah bercinta
Segalanya pudar, hilang warna


Liriknya memang berat, penuh emosi, dan kalau dengar dengan muziknya sekali, confirm boleh buat hati terusik. Memang kena sangat dengan mood drama Curang Tanpa Niat, yang banyak main dengan tema cinta, kecurangan, dan luka hati.

Baca juga - Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Kalau betul lagu ni masuk AJL nanti, aku rasa Nadeera ada peluang besar untuk mencabar nama-nama besar macam Aina Abdul. Good luck, dear Nadeera! Semoga pentas AJL jadi batu loncatan untuk terus bersinar dalam industri muzik tanah air.

Bagi aku, layan highlight TikTok dulu pun dah cukup buat aku excited. Tapi tak mustahil aku akan layan full episod drama Curang Tanpa Niat sambil ulang lagu Bukan Lagi Kita berulang kali. Kalau korang pun sama, jom support Nadeera dan bakat besar yang dia bawa!

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com