Dividen ASB 2024: Berapa Agaknya?

Dividen ASB 2024: Berapa Agaknya?

Setiap hujung tahun, perasaan tak sabar pasti datang bila berbicara soal dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB). Sebagai pemegang akaun ASB Financial yang dah lima tahun konsisten melabur, memang jadi kebiasaan untuk ternanti-nanti pengumuman dividen oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tahun 2024 ni, macam mana agaknya kadar dividen? Adakah lebih baik, atau sekadar konsisten dengan tahun-tahun sebelumnya?

Tren Dividen ASB Sebelum 2024

Kalau tengok rekod dividen ASB sejak beberapa tahun kebelakangan, ada turun naik yang ketara. Meh aku kongsikan analisa ringkas kadar dividen ASB hingga 2023 (berdasarkan bacaan player-player ASB):

  1. 2020: Dividen 4.25 sen + Bonus 0.75 sen
    Tahun ini ekonomi global agak tertekan sebab pandemik COVID-19. Banyak sektor terjejas, dan pulangannya lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

  2. 2021: Dividen 4.25 sen + Bonus 0.50 sen
    Masih dalam fasa pemulihan, kadar dividen kekal sederhana. Walaupun ada sedikit bonus, jumlah keseluruhan masih dalam julat yang sama.

  3. 2022: Dividen 5.00 sen
    Tahun ini menunjukkan peningkatan kecil. Bonus tiada, tapi pelabur tetap bersyukur dengan kenaikan dividen.

  4. 2023: Dividen 5.10 sen
    Kadar dividen terus menunjukkan peningkatan tipis. Ekonomi domestik dan global mula stabil, memberi impak positif kepada pelaburan.

Harapan untuk Dividen ASB 2024

Melihat kepada trend yang semakin baik, harapan untuk tahun 2024 pastinya tinggi. Namun, banyak faktor mempengaruhi pulangan, termasuk prestasi ekonomi global, kadar faedah, dan strategi pelaburan PNB. Apa yang penting, pelabur perlu sentiasa realistik dan faham konsep pelaburan jangka panjang.

Kenapa ASB Pilihan Aku?

Selama lima tahun ni, ASB dah jadi sebahagian daripada perancangan kewangan aku. Selain dividen tahunan, ASB terkenal dengan risiko rendah dan modal yang terjamin. Ini sangat sesuai untuk individu yang ingin membina tabungan secara konsisten.

Tips Sabar Menanti Dividen ASB

  1. Semak Rekod Pelaburan
    Ambil peluang untuk tengok balik berapa banyak yang dah dilaburkan sepanjang tahun. Rancang bagaimana nak gunakan dividen dengan bijak.

  2. Jaga Ekspektasi
    Penting untuk tidak terlalu berharap pulangan besar setiap tahun. Konsistensi lebih penting daripada mengejar keuntungan segera.

  3. Kekal Update dengan Pengumuman PNB
    Sentiasa peka dengan tarikh pengumuman dividen. Biasanya, PNB akan membuat pengumuman rasmi pada Disember atau awal Januari.

Menunggu dividen ASB 2024 memang satu pengalaman mendebarkan bagi pelabur macam aku. Apa pun kadarnya, ASB tetap pilihan utama untuk pelaburan yang stabil. Kalau korang juga ternanti-nanti macam aku, jom kita terus konsisten melabur dan jadikan ASB sebagai sebahagian daripada strategi kewangan yang mampan.

Selamat menanti pengumuman dividen! 😊

Enjoy...!!!

FAIRUS Buat Giveaway

FAIRUS Buat Giveaway

FAIRUS Buat Giveaway

Lamanya tak join giveaway. 2 - 3 tahun dah tak aktif blog. Dari blog ade domain sendiri sampai dah takde domain. Kita pakai blogspot je la sekarang. Tenang-tenang je. Adsense pun tak tau la ade lagi ketak. Kita slow-slow dan pelan-pelan kayuh la. 

Ok..!! Kali ni try nak aktif semula. Lets join mana-mana Giveaway yang ada. Boleh blog walking ramai-ramai. Insyallah.

You guys yang nak join giveaway ni boleh klik banner kat bawah ni. Follow je instruction mudah nak join. 

Kepada Tuan Fairuz, aku tak tau kenapa. Dah banyak kali cuba nak follow blog kamu tapi asyik fail je. Sarang lebah banyak sangat kot. Hahaha. 


Actually not much yang aku boleh cakap tentang blog Tuan Fairuz ni. Yela, baru first time jejak kaki. But, there is certain thing yang aku boleh cakap: 

  1. Blog sangat clean. Masuk-masuk terus terpampang entri kat front page. Loading tak lama. So tak bosan menuggu. Congratz..!!!
  2. Mungkin aku boleh panggil Fairuz sebagai bakal Sejarawan Negara. Hahaha. Sebab melihat headline-headline artikel kat blog beliau begitu berSEJARAH ya. But it's nice..! Jarang anak muda begitu minat dengan sejarah-sejarah kenegaraan ni. Keep it up..!! (Kita baca archived blog je waakk. Hehehe)
  3. Walauapapun genre atau niche blog yang cuba diketengahkan, i wish you good luck. Aku pun dah lama tinggal dunia blog ni. So, aku consider bermula dari ZERO semula. 
Apapun, goodluck..!!!

Enjoy...!!!
Pengalaman Makan Shell Out di Touch Craving Shell Out (TCSO), Jalan Stadium Kuantan: Rasa dan Kenangan Bersama Keluarga

Pengalaman Makan Shell Out di Touch Craving Shell Out (TCSO), Jalan Stadium Kuantan: Rasa dan Kenangan Bersama Keluarga

Kadang-kadang, meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati hidangan enak adalah terapi terbaik untuk melepaskan penat bekerja. Baru-baru ini, aku membawa isteri dan anak-anak makan malam di Touch Craving Shell Out (TCSO), Jalan Stadium Kuantan. Ini merupakan kali kedua aku ke sini. Sebelum ini, aku pernah datang bersama rakan sekerja, dan rasa makanan di sini benar-benar "on point" sehingga aku rasa wajib untuk repeat dengan keluarga.

Pelbagai Pilihan Set Shell Out

TCSO menawarkan pelbagai pilihan set shell out yang sesuai untuk semua bajet. Daripada set premium dengan lobster kepada set basic yang lebih mesra poket, semuanya ada. Malam itu, aku memilih Set Basic untuk 3 orang. Walaupun dinamakan untuk 3 orang, kuantiti hidangannya sangat banyak sehingga cukup untuk kami berlima.

Dalam set ini, ada pelbagai jenis makanan laut seperti:

  • Ketam
  • Kerang
  • Lala
  • Sotong
  • Kupang

Setiap hidangan juga disertakan dengan nasi. Pelanggan boleh memilih kuah sama ada pedas atau tidak pedas. Kami memilih kuah pedas, dan rasanya memang padu – cukup rasa, tidak terlalu pedas, dan penuh dengan aroma rempah.

Suasana Kedai yang Selesa

Apa yang membuatkan TCSO lebih istimewa ialah suasana kedainya. Ia mempunyai dua tingkat, dan lokasi kedainya yang bersebelahan dengan court bola menambah daya tarikannya. Sambil makan, kami dapat menikmati suasana santai melihat orang bermain bola.

Lebih menarik, di tingkat atas kedai ini terdapat mini playground untuk anak-anak. Anak-anak kami sangat seronok bermain di situ sementara kami menikmati hidangan dengan lebih tenang.

Harga Berpatutan, Rasa Berbaloi

Salah satu sebab aku suka ke TCSO ialah harga hidangannya yang berpatutan. Dengan kualiti makanan laut yang segar dan rasa kuah yang memikat, setiap ringgit yang dibelanjakan terasa berbaloi.

Jika anda berada di Kuantan dan mencari tempat makan malam yang menarik, santai, dan sesuai untuk keluarga, Touch Craving Shell Out (TCSO) adalah pilihan yang patut anda cuba. Sama ada datang bersama keluarga atau rakan-rakan, suasana mesra dan makanan yang sedap pasti menjadikan pengalaman makan anda lebih bermakna.

Jadi, bila lagi nak belanja keluarga di sini? Jangan lupa cuba lobster mereka kalau anda penggemar makanan laut!

Enjoy...!!!

Akak Norayati Menang Kereta BYD Atto 3 dari Bank Rakyat – Rezeki Tahun Baru!

Akak Norayati Menang Kereta BYD Atto 3 dari Bank Rakyat – Rezeki Tahun Baru!

Tahniah kepada Akak Norayati yang baru-baru ini menerima hadiah utama sebuah kereta elektrik BYD Atto 3 daripada Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat! Rezeki yang tak disangka-sangka ini telah membawa kegembiraan besar buatnya dan keluarganya.

Ceritanya bermula dengan drama kecil apabila Akak Norayati menerima panggilan daripada pihak Bank Rakyat. Pada awalnya, dia menyangka panggilan itu adalah penipuan kerana banyak kes scammer zaman sekarang. Namun, selepas menerima pengesahan rasmi daripada pihak bank, barulah dia percaya bahawa dia adalah salah seorang pemenang bertuah kempen ini.

Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pelanggan yang membuat pembiayaan peribadi dengan Bank Rakyat. Salah satu hadiah utama kempen ini ialah kereta BYD Atto 3, sebuah kereta elektrik moden dan mesra alam. Dengan teknologi canggih dan reka bentuk yang elegan, kereta ini menjadi idaman ramai.

Hari penyampaian hadiah berlangsung dengan penuh semangat dan keceriaan. Akak Norayati bergambar dengan kereta barunya yang dihiasi dengan riben merah besar—betul-betul seperti adegan dalam filem! Kereta ini tiba tepat pada masanya sebagai hadiah tahun baru, memberikan makna istimewa untuk permulaan tahun yang lebih baik.

Untuk anda yang ingin tahu, Bank Rakyat sering mengadakan kempen menarik seperti ini. Dengan menyertai pembiayaan peribadi Bank Rakyat, anda bukan sahaja mendapat akses kepada pakej pembiayaan yang fleksibel, tetapi juga peluang untuk memenangi hadiah lumayan.

Tahniah sekali lagi kepada Akak Norayati atas kemenangan ini! Semoga kereta BYD Atto 3 membawa lebih banyak keberkatan dan kegembiraan dalam hidupnya.

Enjoy...!!!

Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024

Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024

Pada 29 dan 30 November 2024, department tempat aku kerja mengadakan aktiviti team building di Manggala Resort, Kuantan. Program kali ini melibatkan dua pasukan utama, iaitu team Quality (yang termasuk lab team) dan Quality Management team dan ade beberapa dari Product Safety. Suasana cukup meriah, dan sepanjang dua hari itu, kami bukan sahaja berpeluh habis tetapi juga penuh dengan gelak ketawa.

Hari Pertama: Jumaat Petang yang Meriah dan Penat

Kami semua mula berkumpul di resort pada jam 3 petang. Selepas sesi taklimat ringkas, aktiviti pertama pun bermula iaitu telematch! Wah, ini memang cabaran yang tak boleh dilupakan. Ada pelbagai permainan yang menguji stamina dan kreativiti, seperti lari dalam guni, makan biskut tanpa tangan, dan beberapa lagi cabaran pelik yang menggamit memori. Walaupun rasa macam nak pengsan sebab penat, semangat pasukan tetap kuat. Hasilnya, team aku berjaya meraih tempat kedua! Memang bangga habis, walaupun badan dah rasa macam nak tumbang.  



Habis telematch, lebih kurang pukul 5.30 petang, kami check-in ke bilik masing-masing. Perkara pertama yang semua orang buat? Mandi swimming pool ramai-ramai. Istimewanya di Manggala Resort ni, setiap bilik ada private pool, jadi memang rasa eksklusif betul. Suasana santai sambil lepak dengan teammates buat semua penat tadi rasa berbaloi.

Malam: Dinner Ala Kain Sarung

Bila malam menjelma, kami berkumpul untuk makan malam. Tema kali ini santai habis. Semua kena pakai kain sarung. Aku pula pilih gaya “pak cik baru balik masjid” berkain pelikat, T-shirt putih, dan kopiah. Serius, gaya ni memang santai habis! Tapi bila sampai bab makan malam... No komen. Tibaaaa! Hahaha. Tak apalah, yang penting suasana. 


Lepas makan, kami sambung dengan satu permainan yang spontan. Namanya lebih kurang macam Werewolf "Nightmare in Prison". Kalau nak diikutkan, permainan ni macam kita kan berteka-teki antara satu sama lain dan strategi, ada elemen mencari “wolf” dalam kalangan kami. Bayangkan, kami main sampai pukul 2 pagi! Memang highlight malam tu. Gelak ketawa, debat, dan “accuse” sesama sendiri buat semua orang lupa penat. Aku rasa permainan ni akan jadi memori paling best untuk team building kali ni.


Hari Kedua: Top Team Challenge dan Closing

Keesokan paginya, selepas sarapan, kami teruskan dengan aktiviti Top Team Challenge, ala-ala latihan kepimpinan. Salah satu aktiviti menarik dalam cabaran ini adalah permainan LEGO Serious Play. Kami diberikan satu set LEGO dan diminta untuk membina model yang menggambarkan visi atau kekuatan pasukan kami. Aktiviti ni memang lain daripada yang lain! Sepanjang sesi, semua orang sibuk menyusun blok LEGO, memberikan idea kreatif, dan cuba menyampaikan mesej melalui binaan masing-masing. Sesi cabaran berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Sebelum pulang, kami sempat ambil gambar kenangan beramai-ramai sebagai tanda perpisahan dari program yang penuh memori ini.



Tamatlah BPC SHQ Team Building 2024

Walaupun hanya dua hari, pengalaman di Manggala Resort ni memang meninggalkan kenangan tersendiri. Dari telematch yang memenatkan, mandi pool yang eksklusif, dinner ala santai, hingga ke highlight permainan tengah malam, semuanya buat kami rasa lebih erat sebagai sebuah keluarga SHQ (tibaaaaaa). Balik dari team building, kepala penuh dengan memori seronok dan badan penuh dengan semangat baru untuk terus maju bersama-sama. Gittuuuuuuuuuuuuuuu. Hahahahah.

Ok la. Enjoy..!!! Babai..

Proton e.Mas 7: Kereta Elektrik yang Elegan, Pintar, dan Wow!

Proton e.Mas 7: Kereta Elektrik yang Elegan, Pintar, dan Wow!

Hei, aku baru dengar berita best ni! Proton bakal keluarkan kereta elektrik baharu, dan nama dia Proton e.Mas 7. Serius, kereta ni bukan biasa-biasa. Kali ni, Proton betul-betul naik level—lebih mewah, elegan, dan penuh teknologi pintar.  

Apa yang Best Sangat Pasal Proton e.Mas 7?  

Kalau kau tanya aku, kereta ni memang macam kereta masa depan. Proton e.Mas 7 ni dicipta khas untuk mereka yang nak gaya hidup moden tapi masih peduli pasal alam sekitar. Jom aku cerita sikit pasal ciri-ciri dia:  



1. Reka Bentuk Elegan

Tengok sekali, terus jatuh hati. Kereta ni memang cun habis dengan reka bentuk moden yang nampak premium. Kalau kau bawa keluar jalan, confirm ramai yang pandang dua kali.  

2. Teknologi Pintar

Kau tau tak, Proton e.Mas 7 ni ada teknologi AI yang super pintar? Kau boleh kawal banyak benda guna suara je. Dia juga ada fungsi pemanduan separa automatik. Nak pemanduan mudah dan santai? Proton e.Mas 7 boleh buat!  

3. Cekap dan Mesra Alam

Kereta elektrik ni guna bateri yang tahan lama dan ada ciri pengecasan pantas. So, tak payahlah risau sangat pasal caj habis masa tengah jalan. Yang penting, kereta ni bantu kurangkan pencemaran.  

Kenapa Kau Patut Tahu Pasal e.Mas 7?  

Aku rasa, Proton e.Mas 7 ni sesuai untuk semua yang nak gabungkan gaya hidup moden dengan teknologi hijau. Kalau kau jenis suka benda yang canggih dan mesra alam, ini pilihan terbaik.  

Nak Tau Lebih Lanjut?  

Aku tahu kau mesti curious nak tahu lebih pasal Proton e.Mas 7 ni, kan? Jangan risau, kau boleh check out semua info pasal kereta ni dekat [emas.proton.com]. Jangan lupa klik tau!  

Enjoy...!!!

Kos Haji 2025 Tabung Haji

Kos Haji 2025 Tabung Haji

Pagi tadi, aku tengah scroll telefon. Bosan-bosan, aku terfikir nak cari info pasal kos haji untuk tahun 2025. Aku pun buka Google, taip "Kos Haji 2025 Tabung Haji." Hasil carian terus keluar, aku klik link rasmi Tabung Haji ni: [Kos Haji dan Bayaran].

Bila tengok angka yang tertera, aku tergamam. Total kos haji tahun 2025 ialah RM33,000 seorang! Aku terus teringat cerita mak dan bapak aku. Mereka pergi haji tahun 2003. Masa tu, kos haji tak sampai pun RM10,000 seorang. Tapi sekarang? Kosnya dah jauh berbeza.  

Namun, aku baca lagi maklumat di laman tu. Rupanya, kerajaan Malaysia masih meneruskan bantuan subsidi untuk golongan tertentu. Untuk golongan B40, mereka hanya perlu bayar RM15,000. Golongan M40 pula dapat subsidi yang lebih rendah, jadi mereka perlu bayar RM25,500, manakala golongan T20 kena tanggung kos penuh sebanyak RM33,000. Aku rasa bersyukur sikit bila tahu ada subsidi ni, terutama untuk golongan yang kurang mampu. Tapi tetaplah, kos ini bukan kecil.

Aku termenung sekejap. Rasa macam nak kembali ke zaman mak dan bapak aku dulu, zaman harga barang dan kos hidup jauh lebih murah. Tapi inilah realiti kita sekarang. Apa lagi boleh buat selain bersabar, terus berusaha, dan pandai urus kewangan?

Dalam hati aku doa, “Ya Allah, permudahkanlah rezeki dan peluang untuk aku dan keluarga pergi haji satu hari nanti. Janganlah jadikan kos sebagai penghalang kami menunaikan panggilan-Mu.”

Jom sama-sama tekad nak mula simpan lebih konsisten lepas ni. Walaupun kos tinggi, aku tahu pengalaman menunaikan haji tak ternilai harganya. Zaman boleh berubah, tapi niat kita untuk ibadah kena kekal kuat.

Insyallah..!!

Malam Santai Bersama Keluarga di Tasek dan Family Mart Kotasas, Kuantan

Malam Santai Bersama Keluarga di Tasek dan Family Mart Kotasas, Kuantan

Malam itu, suasana tenang dengan angin malam yang sepoi-sepoi. Aku, isteri, dan anak-anak memutuskan untuk menghabiskan waktu bersama. Selepas makan malam, kitorang decide nak jalan-jalan area Tasek Kotasas, Kuantan. Selain Tasek, Anak-anak melompat kegirangan bila aku sebut nak masuk Family Mart.

Sebelum sampai ke Family Mart, kami singgah di kawasan tasik Kotasas. Lampu-lampu neon di sekitar tasik memantulkan sinar indah di permukaan air, mencipta pemandangan yang cukup memukau. Malam ni langit nampak sangat cerah dengan bulan penuh menambahkan lagi kecerahan malam. Anak-anak terpesona, sambil menunjuk-nunjuk lampu dan cahaya bulan yang menyinari malam. Kitorang duduk santai, menikmati suasana damai, sambil berbual tentang hari masing-masing. 

Selepas puas menikmati pemandangan, kami terus ke Family Mart. Sebaik melangkah masuk, aroma oden yang hangat menyapa hidung, memanggil kami untuk mencuba. Oleh sebab kami baru je lepas dinner, kami just nak merasa-rasa oden. Kitorang beli 3 ketul fish cake cheese dengan instant mee.  Sambil menikmati oden, kami duduk di luar Family Mart, menghirup udara malam yang nyaman.  

Tak lengkap rasanya kalau ke Family Mart tanpa aiskrim. Kami berkongsi airkrim Sofuto matcha sebagai pemanis mulut. Gelak ketawa mereka membuatkan malam itu terasa sempurna, walaupun hanya sederhana. 

Menjelang pukul 11 malam, kami berkemas untuk pulang. Anak-anak kelihatan sedikit berat hati untuk meninggalkan suasana santai itu, tetapi kami mengingatkan mereka tentang sekolah dan kerja esok pagi. Malam itu memang sederhana, tetapi penuh kenangan indah. Kadang-kadang, kebahagiaan itu bukan tentang kemewahan, tetapi saat-saat manis bersama orang tersayang.

Enjoy...!!!

Makan Malam Santai di Sara Thai Kitchen Balok

Makan Malam Santai di Sara Thai Kitchen Balok

Jumaat malam sabtu yang lepas, aku dan keluarga memilih untuk makan di luar. Restoran Sara Thai Kitchen di Balok, Kuantan, jadi destinasi pilihan kami. Sebenarnya, bukan kali pertama kami ke sini. Kalau nak diikutkan, dah kerap juga kami makan di sini. Tak ada sebab istimewa pun, cuma saja nak rasa dan menikmati hidangan kegemaran kitorang kat sini.

Sara Thai Kitchen ni memang terkenal di Kuantan, dan ada dua cawangan. Satu di Balok dan satu lagi di bandar. Kalau ada kawan-kawan dari luar datang Kuantan, memang aku akan cadangkan tempat ni. Menu dia lengkap, dari masakan Thai sampai ke hidangan tempatan.  

Malam ni, macam biasa, kami pesan menu kegemaran kitorang, siakap masak tiga rasa, kerabu kangkung, dan ayam gajus. Tak lupa juga beberapa menu tambahan lain. Tak perlu tunggu lama, hidangan pun sampai, dan terus bau harum masakan Thai tu buat kami semua teruja. 

Sambil makan, meja kami penuh dengan cerita. Anak-anak sibuk nak cerita hal mereka. Dari kisah sekolah, kawan-kawan, sampai ke cerita-cerita lucu yang entah dari mana mereka dapat. Ada masa kami semua ketawa sampai tak sempat nak suap nasi.  

Isteriku pula mula berkongsi tentang hal di tempat kerja, sambil mencelah untuk memastikan setiap orang dapat merasa hidangan yang ada. Aku? Aku duduk diam, dengar cerita mereka sambil menikmati siakap tiga rasa yang memang “on point”.  

Makanan di Sara Thai Kitchen ni tak pernah mengecewakan. Kuah siakap tiga rasa yang manis, masam, dan pedas tu memang sesuai dengan selera kami sekeluarga. Kerabu kangkung pula rangup dan cukup masam pedasnya. Ayam gajus? Memang jadi rebutan anak-anak. Dalam tak sedar, pinggan-pinggan mula kosong.  

Walaupun tak ada apa-apa sambutan istimewa malam ni, waktu makan macam ni memang jadi waktu berkualiti kami sekeluarga. Tak perlu ke tempat mewah atau jauh-jauh pun. Apa yang penting, kami dapat duduk sama-sama, makan dengan selesa, dan saling mendengar cerita masing-masing.  

Dalam perjalanan pulang, perut kenyang, hati senang. Aku pandang isteri dan anak-anak, rasa bersyukur sangat. Sara Thai Kitchen ni memang tak pernah gagal menceriakan malam kami. Kalau korang ke Kuantan, jangan lupa singgah, ya!  

Enjoy..!!

Kenangan Manis di BASF Fun Run 2023

Kenangan Manis di BASF Fun Run 2023

Pada tahun 2023, aku dan keluarga menyertai satu program yang cukup menarik—BASF Fun Run 2023. Program ini adalah antara acara tahunan tempat kerja aku, yang kali ini berlangsung di Bukit Cerakah, Shah Alam. Dengan suasana pagi yang segar dan penuh semangat, acara pada hari Sabtu itu bermula jam 7 pagi dan berakhir sekitar jam 1 petang.  


Seawal pagi, lebih seribu peserta yang terdiri daripada staf BASF Malaysia dan BASF Petronas Chemical berkumpul di Bukit Cerkah. Suasana riuh-rendah, penuh gelak tawa dan wajah-wajah ceria. Tepat jam 8.30 pagi, kami memulakan sesi senam aerobik. Aku sendiri yang jarang-jarang bersenam, cuba juga mengikuti rentak muzik dan arahan jurulatih. Sungguh menghiburkan melihat semua orang, dari yang serius bersenam hingga yang hanya bergoyang-goyang santai.  


Jam 9 pagi, acara utama fun run pun bermula. Namanya pun "fun run" kan, jadi tiada tekanan untuk berlari sepantas kilat. Ada yang begitu bersemangat, memecut ke depan seperti pelari profesional. Ada juga yang mengambil pendekatan santai cuma berjalan bersama keluarga sambil berbual dan menikmati suasana hijau Bukit Cerakah. Aku? Aku memilih konsep "melenggang kangkung", berjalan perlahan bersama isteri dan anak-anak, menikmati keindahan alam sambil berbual mesra dengan rakan-rakan.  


Selepas acara larian tamat, tibalah saat yang dinanti-nanti ramai peserta iaitu cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan memang menarik, dari peralatan elektronik hingga baucar percutian. Malangnya, nasib tidak menyebelahi aku kali ini. Tapi tidak mengapa. Itu semua rezeki kan. Kita redha je.

Sekitar jam 1 petang, program pun selesai. Namun, hari kami di Shah Alam belum berakhir. Kami terus check-in di Hotel Mardiah yang terletak di tengah bandar. Anak-anak seperti biasa, mula merengek minta mandi kolam renang. Aku dan isteri yang juga seronok melayan gelagat mereka, mengikut saja. Selepas puas berenang, malam itu kami mengambil peluang untuk menjelajah sekitar Shah Alam. 

 

Memandangkan aku pernah belajar di UiTM Shah Alam, aku rasa nostalgia. Aku bawa isteri dan anak-anak ke kampus untuk berkongsi kenangan masa muda. Dari bangunan fakulti, kafe-kafe lama, hingga tempat aku selalu lepak belajar, semuanya menjadi cerita menarik untuk anak-anak.  

Selepas puas bernostalgia, kami kembali ke hotel untuk berehat. Keesokan paginya, sebelum check-out, anak-anak sempat lagi bermain di kolam renang. Selepas itu, kami berangkat pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan, kami singgah di beberapa R&R untuk membeli buah tangan seperti kuih-muih dan keropok untuk jiran-jiran dan kawan-kawan di kawasan rumah.  

Perjalanan pulang itu penuh dengan gelak tawa dan perasaan seronok. BASF Fun Run 2023 bukan sahaja menjadi acara sukan, tetapi juga satu pengalaman yang mengeratkan hubungan keluarga dan mengimbau memori lama. Memang seronok! Tak sabar menantikan acara yang seterusnya.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com