Aku Tak Kena Tol, Tapi Ini Berita Baik untuk Korang! - Diskaun Tol sempena CNY

Aku Tak Kena Tol, Tapi Ini Berita Baik untuk Korang! - Diskaun Tol sempena CNY

Tadi aku ada dapat info menarik yang mungkin berguna untuk korang yang nak balik kampung atau jalan-jalan sempena cuti Tahun Baru Cina nanti. Ada diskaun 50% untuk tol di semua lebuh raya seluruh Malaysia! Tapi, untuk Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang, diskaun ni tak termasuk ya sebab itu kawasan berdekatan sempadan.

Diskaun ni akan bermula dari pukul 12.01 pagi pada 27 Januari (Isnin) hingga pukul 11.59 malam 28 Januari (Selasa). Khas untuk kenderaan Kelas 1 je, jadi kalau korang guna kereta, memang boleh jimat banyak untuk perjalanan.

Aku rasa ini peluang baik untuk kita rancang perjalanan awal dan kurangkan bajet tol sambil meraikan perayaan. Lagipun, sejak tahun lepas, kerajaan dah umumkan tol percuma masa perayaan dah tak ada, jadi diskaun ni satu inisiatif baru yang patut kita manfaatkan.

Baca juga - Balik Kampung ke Pasir Gudang dan Kejutan Tol Percuma

Tapi cerita dia, aku balik kampung tak guna tol pun sebab perjalanan aku dari Kuantan ke Batu Pahat tak de tol. Hehe, tol berbayar ke tak, memang tak beri kesan langsung kat aku. Walaupun aku tak terlibat, aku rasa info ni berguna untuk korang yang rancang balik kampung jauh atau jalan-jalan. Jimat tol, kan seronok!

Jadi, untuk korang yang ada rancangan jalan jauh, save the date dan jom gunakan diskaun ni! Jangan lupa rancang perjalanan awal dan drive dengan selamat! 😊

Enjoy...!!!

Layan KFRY kat One Utama: Halal dan Serius Sedap!

Layan KFRY kat One Utama: Halal dan Serius Sedap!

Minggu lepas kan aku ada training di KL, jadi aku bawa family sekali. Kebetulan hotel tempat aku stay dekat dengan One Utama. Lepas jalan-jalan, kami decide nak cuba KFRY. Sebelum masuk, aku confirm dulu status Halal restoran ni. Aku cek kat website rasmi KFRY dan memang betul, semua cawangan KFRY di Malaysia Halal.

Menu wajib cuba? Korean Fried Chicken Cheese! Aku pilih yang tak pedas langsung, siap ada sesi menggulung cheese kat meja. Serius, semua teruja! Aku juga order set Korea lengkap dengan nasi, tteokbokki, udang, dan daging. Portion kat sini besar, dua menu je dah cukup untuk kami sekeluarga.


Salah satu momen paling menarik masa makan di KFRY adalah sesi masak dan gulung keju panas betul-betul depan mata kitorang. Diorang gunakan portable gas stove untuk cairkan keju, lepas tu gulung dengan penuh teliti dan gaya! Bau keju yang cair tu terus buat kami tak sabar nak rasa. Anak-anak pun seronok tengok. 

Kalau korang cari restoran Korea Halal, KFRY memang patut ada dalam list! Puas hati dan kenyang, memang pengalaman makan yang best.

Enjoy...!!!

SR Mini Giveaway 2025: Jom Meriahkan!

SR Mini Giveaway 2025: Jom Meriahkan!

Ok aku nak ajak korang join giveaway yang super fun ni! SR tengah buat SR Mini Giveaway 2025, dan aku pun tak nak lepaskan peluang ni. Memang seronok bila dapat peluang untuk berkongsi kegembiraan, kan? SR buat giveaway versi mini je, tapi tetap seronok dan penuh dengan hadiah yang menarik! Kalau korang ada masa, apa kata join sekali dan meriahkan lagi blog SR!

Syarat-syarat nak join giveaway ni sangat mudah:

  1. Ada blog dan pastikan korang follow blog SR ni.
  2. Copy banner di atas (yang comel tu!) dan buat satu post bertajuk SR Mini Giveaway 2025. Jangan lupa link ke post giveaway SR ni bila orang klik banner!
  3. Tinggalkan link post korang tu di bahagian komen blog SR.
  4. Hadiah hanya untuk pembaca yang beralamat di Malaysia sahaja.

Senang je kan? Dah siap, tunggu je hadiah yang menarik dalam kotak! Sama ada besar atau kecil, kita tak tahu lagi... yang penting meriahkan suasana!

So, jom join giveaway ni dan jangan lupa ajak kawan-kawan korang juga. Ayo, kita buat blog SR terus hidup dan penuh semangat! 

Selamat berjaya, semua! 

P.S: Bila dah siap post, tinggalkan link kat komen bawah ya! 

Enjoy...!!!

Stamp Cop Nama: Solusi Mudah dan Praktikal untuk Label Buku Sekolah Anak

Stamp Cop Nama: Solusi Mudah dan Praktikal untuk Label Buku Sekolah Anak

Musim persekolahan semakin dekat, dan salah satu persiapan penting yang tak boleh terlepas adalah melabelkan buku-buku sekolah anak-anak. Kalau dulu, aku gigih menulis nama satu persatu pada setiap buku, sekarang ada cara yang jauh lebih mudah dan pantas—stamp cop nama!

Kenapa Stamp Cop Nama Jadi Pilihan Ramai?

Stamp cop nama ni semakin popular kerana ia menjimatkan masa, kemas, dan sangat praktikal. Bayangkan, dalam beberapa saat sahaja, nama anak-anak boleh dicop pada buku-buku sekolah mereka dengan kemas dan seragam. Tak perlu risau tulisan tangan tak cantik atau salah ejaan.

Sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang bersekolah, aku sendiri merasakan stamp cop nama ni satu keperluan. Anak-anak aku pun seronok tengok nama mereka ‘diabadikan’ dengan cantik pada buku. Memang rasa puas hati!

Apa Kelebihan Stamp Cop Nama?

  1. Cepat & Mudah: Tak perlu habiskan masa menulis nama pada setiap buku atau alat tulis. Satu cop, siap!
  2. Kemas & Seragam: Tulisan cop nampak lebih profesional dan rapi.
  3. Tahan Lama: Dakwat pada stamp ini berkualiti, jadi ia tak mudah pudar walaupun sering disentuh.
  4. Berbaloi Harga: Kalau fikirkan masa dan tenaga yang dijimatkan, stamp cop nama ni sangat berbaloi.

Ramai Dah Beli, Apa Kata Mereka?

Stamp cop nama yang aku rekomen ni boleh didapati di Shopee. Pautan produknya ada di sini: Stamp Cop Nama Shopee. Ramai yang dah beli dan beri maklum balas positif. Produk ni mendapat rating tinggi, dan ramai ibu bapa yang puas hati dengan kualitinya.

Antara komen yang aku baca:

  • “Barang sampai cepat, packaging pun cantik. Dakwat tahan lama, tak menyesal beli!”
  • “Memang memudahkan kerja aku sebagai ibu. Nak buat persiapan sekolah anak tak stress dah!”

Jangan Tunggu Lama-Lama

Kalau korang belum ada stamp cop nama, ini masanya untuk dapatkan satu. Klik je link ni untuk beli: Stamp Cop Nama Shopee. Stok selalu laku keras, jadi jangan lepaskan peluang ni.

Dengan stamp cop nama, persiapan sekolah anak-anak jadi lebih mudah, cepat, dan teratur. Jom permudahkan hidup kita! 😊

Enjoy...!!!

Jalan-Jalan Cari Makan di Kampung Baru, KL – Syurga Makanan Wajib Singgah

Jalan-Jalan Cari Makan di Kampung Baru, KL – Syurga Makanan Wajib Singgah

Last week, aku ada training ISO kat IKM KL. Kebetulan cuti sekolah, aku ajak sekali family aku ikut. Training siang, malam pula masa untuk santai dengan keluarga. So, malam tu, kami decide untuk pusing-pusing cari makan kat Kampung Baru – salah satu tempat popular untuk makan-makan kalau korang ada kat KL.

Syurga Makanan Kampung Baru

Bukan aku je yang rasa, tapi aku yakin ramai orang KL setuju, Kampung Baru memang layak dapat gelaran Syurga Makanan. Dari kedai tepi jalan sampai restoran hipster, semuanya ada. Cuma kena sediakan duit je – pilihan makanan memang buat korang rambang mata.



Malam tu, aku dengan family try makanan Padang. Hidangan dia simple tapi menyelerakan – nasi putih, lauk-pauk, dan sate Padang. Yang buat sate ni unik ialah kuah dia. Kalau sate biasa guna kuah kacang, sate Padang ni ada kuah yang pekat macam dibuat dari tepung. Jujurnya, aku lebih suka kuah kacang klasik, tapi nak rasa kelainan sekali-sekala, bolehlah!

Baca juga - Pengalaman Seronok Bercuti di Kuala Lumpur Bersama Keluarga

Macam-Macam Ada!

Selain makanan Padang, Kampung Baru ni ada banyak lagi pilihan makanan:

  • Nasi Lemak (of course, makanan signature Malaysia).
  • Ikan Bakar – aku terkejut juga bila nampak cawangan Ana Ikan Bakar Petai dari Kuantan ada kat sini!
  • Macam-macam lagi kedai makan yang menggoda selera!

Malam tu memang meriah. Orang ramai, suasana kampung yang bercampur dengan vibe urban – aku rasa inilah yang buat Kampung Baru ni unik. Tak lupa, sempat jugalah ambil gambar untuk kenangan.

Baca juga - Santai di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Kuantan

Kenyang Perut, Suka Hati

Lepas puas makan dan pusing-pusing, kami balik ke hotel. Perut kenyang, mata pun dah berat. Sampai bilik, terus tidur sebab esok paginya aku ada sesi training lagi.

Kalau korang ada peluang ke KL, aku memang recommend korang singgah Kampung Baru. Serius, tempat ni bukan je tentang makanan sedap, tapi juga pengalaman dan suasana yang lain daripada tempat lain.

So, korang pernah try makanan apa kat Kampung Baru? Kongsikan la pengalaman korang! 😊

Enjoy...!!!

Comel Gila Mini Vespa ni untuk Anak-Anak – Hadiah Best yang Korang Wajib Check kat Shopee

Comel Gila Mini Vespa ni untuk Anak-Anak – Hadiah Best yang Korang Wajib Check kat Shopee

Hai semua! Aku nak share satu produk comel gila yang aku jumpa kat Shopee – Mini Vespa elektrik untuk anak-anak. Kalau korang tengah cari hadiah yang fun dan menyeronokkan untuk si kecil, serius, korang kena tengok Mini Vespa ni. Macam-macam warna ada (terutama pink yang memang adorable habis). Confirm anak-anak korang akan suka main kat rumah!


Kenapa Mini Vespa Ni Berbaloi Dibeli?

Produk ni bukan sekadar mainan biasa. Banyak ciri best yang buatkan ia berbaloi untuk korang add to cart sekarang:

  1. Saiz Compact, Sesuai untuk Rumah

    • Dengan dimensi sekitar 78 x 35 x 57 cm (untuk model 6V), Mini Vespa ni tak makan ruang. Anak-anak boleh main kat ruang tamu, halaman, atau dalam bilik.
  2. Pilihan Model 6V atau 12V

    • 6V Vespa sesuai untuk kanak-kanak yang lebih kecil, manakala 12V Vespa dilengkapi dengan sidecar untuk lebih keseronokan.
  3. Muat untuk Kanak-Kanak Umur 2 hingga 10 Tahun

    • Dengan berat maksimum sehingga 30kg (model 6V) atau 30kg + 20kg (model 12V), ia direka untuk tahan lama dan sesuai digunakan anak-anak yang sedang membesar.
  4. Ciri-Ciri Realistik

    • Ada lampu LED eksklusif, butang muzik, dan suara enjin yang seakan-akan real! Selain tu, ada juga pedal accelerator, brek taillight, dan kunci simulasi yang buat anak-anak rasa macam betul-betul bawa motor.
  5. Selamat dan Mudah Dikawal

    • Sistem kawalan tiga mod – maju, berhenti, dan undur – pastikan anak-anak boleh main dengan selamat tanpa risau.
  6. Tahan Lasak

    • Dibina dengan rangka besi keluli dan sarung PVC shatterproof, Mini Vespa ni kukuh untuk penggunaan jangka panjang.

Apa yang Korang Akan Dapat?

Pakej ni termasuk:

  • 1 Electric Bike
  • 1 Battery Charger
  • Sidecar (untuk model 12V).

Bateri pula tahan lama, boleh dicas sehingga 600 kali sebelum perlu diganti.

Review Pembeli Pun Positif!

Aku baca review kat Shopee, memang ramai yang puji produk ni. Semua kata anak-anak mereka happy gila dapat hadiah ni. Rata-rata berikan 5 bintang sebab kualiti bagus, mudah guna, dan paling penting – anak-anak puas hati!

Baca juga - Shopee Check! 183K Orang Dah Grab! Periuk Granite 12 PCS Ni Memang Power!

Jom Shopping Sekarang!

Korang tunggu apa lagi? Dengan harga berpatutan dan ciri-ciri premium, Mini Vespa ni memang hadiah terbaik untuk si kecil. Kalau korang nak tengok sendiri, boleh check di sini: Shopee - Mini Vespa Elektrik.

Belikan satu untuk anak-anak, dan tengok senyuman di wajah diorang. Sekali-sekala hadiahkan sesuatu yang bukan sekadar mainan, tapi kenangan manis untuk mereka!

Enjoy...!!!

Tahniah Izzuddin dan Sze Fei – Juara Terbuka India 2025!

Tahniah Izzuddin dan Sze Fei – Juara Terbuka India 2025!

Hai semua! Aku nak kongsi cerita gembira ni – beregu lelaki negara kita, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei, baru je mencipta sejarah dengan menjadi juara Terbuka India 2025! Serius, aku bangga gila dengan pencapaian mereka.

Semalam, diorang berjaya kalahkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam perlawanan akhir. Keputusan dia? 21-15, 13-21, 21-16 – lepas bertarung selama 53 minit. Korang bayangkan, lawan tu baru je jadi juara Malaysia Open minggu lepas, tapi Izzuddin dan Sze Fei tetap tenang dan tunjuk siapa bos!

Sejarah Baru untuk Badminton Malaysia

Kalau nak tahu, kali terakhir beregu lelaki negara menang di India Open ni ialah pada 2010 – waktu tu Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari yang bawa pulang kejuaraan. Lagi satu kemenangan sebelum tu pada 2009 oleh Choong Tan Fook-Lee Wan Wah. Jadi, kemenangan kali ni memang sangat-sangat bermakna.

Lagi best, kemenangan ni buatkan mereka bawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM316,000! Padu kan? Tapi yang lagi penting, diorang sekarang dah semakin hampir dengan gelaran nombor satu dunia. Kita doakan je mereka terus konsisten, sebab aku rasa diorang memang layak capai tahap tu.

Aksi yang Bikin Bangga

Aku rasa ramai peminat badminton Malaysia setuju, pasangan ni ada keserasian yang luar biasa. Dalam perlawanan, diorang bukan je tenang, tapi bijak membaca gerakan lawan. Itu yang buat kita semua kagum – bukan mudah nak kalahkan beregu top Korea macam tu.

Kemenangan ni memang jadi inspirasi buat kita semua untuk terus berusaha dalam apa saja yang kita buat. Kerja keras mereka dah terbukti membuahkan hasil.

Korang Mesti Sokong Mereka!

Aku harap korang pun terus sokong perjalanan Izzuddin dan Sze Fei lepas ni. Mereka adalah lambang harapan baru dalam dunia badminton Malaysia. Dengan ranking nombor dua dunia sekarang, aku yakin diorang boleh pergi lebih jauh.

So, jom kita sama-sama bangga dengan mereka dan ucapkan tahniah. Malaysia Boleh!

Enjoy...!!!

Buku Nota Eksklusif dengan Pen Premium: Buat Hadiah Birthday

Buku Nota Eksklusif dengan Pen Premium: Buat Hadiah Birthday

Bulan Januari ni istimewa sikit sebab birthday bini aku! Sebagai seorang cikgu yang memang hantu menulis, aku terfikir nak cari hadiah yang dia suka – simple tapi eksklusif. Walaupun sekarang ramai orang buat catatan dalam telefon atau laptop, dia tetap setia dengan buku nota. So, aku pun scroll Shopee dan jumpa buku nota eksklusif ni. Cantik gila, memang terus aku add to cart!

Apa Bestnya Buku Nota Ni?

  1. Cover Kulit PU yang Mewah

    • Material dia premium, rasa mahal bila pegang. Sesuai sangat kalau nak bagi hadiah untuk cikgu atau siapa-siapa yang suka sesuatu yang nampak elegan.
  2. Saiz Ideal: A5

    • Tak terlalu besar, tak terlalu kecil – ngam-ngam je kalau nak bawa ke sekolah, mesyuarat, atau buat catatan santai.
  3. Kertas Tebal, Tak Tempek Dakwat

    • 100 helai (200 muka surat) kertas 80gsm. Tulis dengan pen biasa atau pen basah, confirm dakwat tak tembus.
  4. Boleh Personalize Kulit Depan

    • Ini part paling menarik! Korang boleh request tulis nama, mesej, atau apa-apa yang korang nak dekat cover. Aku letak nama bini aku dengan mesej simple – “Happy Birthday Isteriku” Confirm dia senyum lebar! 😍
  5. Pakej Lengkap untuk Hadiah

    • Dalam satu set ni, korang dapat:
      • Buku nota kulit PU.
      • Pen logam premium dakwat hitam 0.5mm.
      • Refill ink untuk pen.
      • Kotak eksklusif + paper bag.

Kenapa Aku Pilih Buku Nota Ni?

Bini aku memang suka menulis – dari catatan kelas sampai jurnal harian, semua dia tulis tangan. Buku ni bukan je praktikal, tapi dengan design cantik dan pen premium, dia jadi hadiah penuh makna.

Baca juga - Planner Cikgu: Hadiah Istimewa untuk Guru-Guru Hebat!

Kalau Korang Tengah Cari Hadiah...

Serius, buku nota ni sesuai untuk siapa-siapa yang suka menulis atau plan-plan. Nak hadiahkan untuk cikgu, bos, kawan, atau orang tersayang, confirm puas hati. Kalau berminat, korang boleh tengok kat sini: Shopee - Buku Nota Eksklusif.

Reaksi Bini Aku? Priceless!

Masa aku bagi hadiah ni, muka dia terus berseri. Buku ni dah jadi kesayangan dia – guna untuk tulis jadual kelas, plan harian, dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang, hadiah simple tapi thoughtful macam ni memang lebih bermakna. Kalau korang tengah pening nak beli apa, aku highly recommend buku nota ni. ✨

Enjoy...!!!

Shopee Check! 183K Orang Dah Grab! Periuk Granite 12 PCS Ni Memang Power!

Shopee Check! 183K Orang Dah Grab! Periuk Granite 12 PCS Ni Memang Power!

Shopee check! Kalau korang tengah cari periuk viral yang "must-buy," ini dia – 12 PCS Granite Aluminium Cookware Set (Model: GL-12-S). Kenapa viral sangat? Bukan je sebab design dia yang moden dan elegan, tapi promosi sekarang ni memang gila-gila – DISKAUN 59%! 😱


Tak cukup dengan harga runtuh, periuk ni dah terjual sebanyak 183K unit. WOW, gila betul kan? Kalau produk ni boleh sold out sebanyak tu, mesti ada sebab. Jom kita tengok apa yang best sangat tentang periuk ni:

Kelebihan Produk

  1. Material Premium: Super Conductive Die Cast Aluminium

    • Periuk ni dibuat dengan aluminium yang tahan lama dan non-stick coating. Jangan risau lagi pasal lauk melekat dekat periuk – confirm licin setiap kali masak!
  2. Tahan Calar & Tahan Lasak

    • Dengan lapisan anti-calar, korang boleh guna periuk ni lama tanpa risaukan kesan calar atau kehausan.
  3. Multi-Functional

    • Sesuai untuk semua jenis dapur – halogen, elektrik, seramik, gas – semuanya boleh!
  4. Penjimatan Tenaga

    • Tapak periuk yang direka khas untuk menyebarkan haba secara sekata. Masakan jadi cepat masak, dan korang boleh jimat gas atau elektrik.
  5. Mesra Pengguna

    • Dilengkapi dengan pemegang tahan panas (stay cool handles), jadi tak perlu risau tangan melecur masa masak.
  6. Boleh Guna dalam Oven & Dishwasher

    • Nak baking ke, nak bersihkan dengan dishwasher – no problem. Memang praktikal untuk korang yang sibuk.




Set Lengkap (12 PCS)

Dalam satu pembelian, korang akan dapat:

  • 4 periuk casserole (20cm, 24cm, 28cm, 32cm)
  • 1 kuali deep fry (28cm)
  • 2 helai sarung tangan masak

Bayangkan, semua ni korang dapat dengan harga promosi yang tak masuk akal! 😍

Review Pelanggan

Korang boleh check sendiri komen-komen positif dari pembeli:
"Barang sampai cepat, packaging sangat kemas!"
"Non-stick dia memang terbaik, senang nak masak kari!"
"Set lengkap dengan design cantik, rasa macam MasterChef!"

Kenapa Tunggu Lagi?

Kalau korang nak tingkatkan skill masak sambil bergaya, ini pilihan terbaik untuk korang. Cepat grab sementara stok masih ada dan harga tengah murah! Klik link ni sekarang: Shopee - Granite Aluminium Cookware GL-12-S.

Jangan lupa share dengan kawan-kawan, sebab periuk ni memang wajib ada dekat dapur! 🥘✨

Enjoy...!!!
 Planner Cikgu: Hadiah Istimewa untuk Guru-Guru Hebat!

Planner Cikgu: Hadiah Istimewa untuk Guru-Guru Hebat!

Hari tu aku tengah belek-belek Shopee, tiba-tiba terjumpa satu benda yang aku rasa sangat menarik — Planner Cikgu 2025/2026! Serius, siapa yang kerja sebagaai guru mesti rasa benda ni sangat membantu. Bagi yang bukan cikgu, aku rasa ini idea hadiah yang sangat thoughtful untuk korang bagi pada cikgu anak-anak ke, saudara mara yang mengajar ke, atau kawan yang bergelar pendidik.

Planner ni bukan calang-calang planner, ya. Dia direka khas untuk cikgu-cikgu yang memang jenis suka bekerja secara teratur dan sistematik. Memang lengkap gila isinya! Aku tengok pun rasa nak beli, walaupun aku bukan cikgu. 

Apa Yang Ada Dalam Planner Cikgu?

Planner ni bukan sekadar buku nota biasa. Dalam tu, dia dah siap ada:

  1. Kalendar dan Takwim
    Semua tarikh penting cikgu macam cuti sekolah, jadual peperiksaan, dan sebagainya ada dalam ni. Tak payah lagi tercari-cari kat internet.

  2. Maklumat Penting Guru
    Ada bahagian khas untuk simpan data penting macam butiran peribadi, jadual kelas, atau apa-apa yang cikgu selalu kena rujuk.

  3. Perancangan Bulanan, Mingguan, dan Tahunan
    Bahagian ni memang lengkap. Cikgu boleh buat overview kerja untuk setahun terus, dan pecahkan kepada bulan dan minggu. Takdelah rasa kerja berlambak sebab semuanya dah diatur cantik.

  4. Pengurusan Kewangan
    Ni lagi satu bonus. Sesuai sangat untuk cikgu-cikgu yang nak urus bajet atau nak rekod perbelanjaan berkaitan kerja.

Kenapa Kena Dapatkan?

Bagi aku, planner ni bukan sekadar alat bantu kerja, tapi macam satu motivasi untuk guru-guru terus teratur dan produktif sepanjang tahun. Kalau ada murid-murid nak hadiahkan kepada cikgu yang mereka sayang pun, confirm cikgu tu rasa dihargai!

Baca juga - Aktiviti Cuti Sekolah Penuh Bermakna Bersama Anak-Anak

Macam Mana Nak Dapatkan?
Kalau korang berminat, boleh terus order di Shopee:

Harga pun berbaloi, dan aku rasa ni antara pelaburan yang sangat berguna, sama ada untuk diri sendiri atau untuk hadiahkan pada seseorang. Jadi, cikgu-cikgu atau sesiapa yang ada dalam hidup korang yang bergelar pendidik, ini hadiah yang sangat sempurna! ❤️

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com