Proton e.Mas 7: Kereta Elektrik yang Elegan, Pintar, dan Wow!

Proton e.Mas 7: Kereta Elektrik yang Elegan, Pintar, dan Wow!

Hei, aku baru dengar berita best ni! Proton bakal keluarkan kereta elektrik baharu, dan nama dia Proton e.Mas 7. Serius, kereta ni bukan biasa-biasa. Kali ni, Proton betul-betul naik level—lebih mewah, elegan, dan penuh teknologi pintar.  

Apa yang Best Sangat Pasal Proton e.Mas 7?  

Kalau kau tanya aku, kereta ni memang macam kereta masa depan. Proton e.Mas 7 ni dicipta khas untuk mereka yang nak gaya hidup moden tapi masih peduli pasal alam sekitar. Jom aku cerita sikit pasal ciri-ciri dia:  



1. Reka Bentuk Elegan

Tengok sekali, terus jatuh hati. Kereta ni memang cun habis dengan reka bentuk moden yang nampak premium. Kalau kau bawa keluar jalan, confirm ramai yang pandang dua kali.  

2. Teknologi Pintar

Kau tau tak, Proton e.Mas 7 ni ada teknologi AI yang super pintar? Kau boleh kawal banyak benda guna suara je. Dia juga ada fungsi pemanduan separa automatik. Nak pemanduan mudah dan santai? Proton e.Mas 7 boleh buat!  

3. Cekap dan Mesra Alam

Kereta elektrik ni guna bateri yang tahan lama dan ada ciri pengecasan pantas. So, tak payahlah risau sangat pasal caj habis masa tengah jalan. Yang penting, kereta ni bantu kurangkan pencemaran.  

Kenapa Kau Patut Tahu Pasal e.Mas 7?  

Aku rasa, Proton e.Mas 7 ni sesuai untuk semua yang nak gabungkan gaya hidup moden dengan teknologi hijau. Kalau kau jenis suka benda yang canggih dan mesra alam, ini pilihan terbaik.  

Nak Tau Lebih Lanjut?  

Aku tahu kau mesti curious nak tahu lebih pasal Proton e.Mas 7 ni, kan? Jangan risau, kau boleh check out semua info pasal kereta ni dekat [emas.proton.com]. Jangan lupa klik tau!  

Enjoy...!!!

Kos Haji 2025 Tabung Haji

Kos Haji 2025 Tabung Haji

Pagi tadi, aku tengah scroll telefon. Bosan-bosan, aku terfikir nak cari info pasal kos haji untuk tahun 2025. Aku pun buka Google, taip "Kos Haji 2025 Tabung Haji." Hasil carian terus keluar, aku klik link rasmi Tabung Haji ni: [Kos Haji dan Bayaran].

Bila tengok angka yang tertera, aku tergamam. Total kos haji tahun 2025 ialah RM33,000 seorang! Aku terus teringat cerita mak dan bapak aku. Mereka pergi haji tahun 2003. Masa tu, kos haji tak sampai pun RM10,000 seorang. Tapi sekarang? Kosnya dah jauh berbeza.  

Namun, aku baca lagi maklumat di laman tu. Rupanya, kerajaan Malaysia masih meneruskan bantuan subsidi untuk golongan tertentu. Untuk golongan B40, mereka hanya perlu bayar RM15,000. Golongan M40 pula dapat subsidi yang lebih rendah, jadi mereka perlu bayar RM25,500, manakala golongan T20 kena tanggung kos penuh sebanyak RM33,000. Aku rasa bersyukur sikit bila tahu ada subsidi ni, terutama untuk golongan yang kurang mampu. Tapi tetaplah, kos ini bukan kecil.

Aku termenung sekejap. Rasa macam nak kembali ke zaman mak dan bapak aku dulu, zaman harga barang dan kos hidup jauh lebih murah. Tapi inilah realiti kita sekarang. Apa lagi boleh buat selain bersabar, terus berusaha, dan pandai urus kewangan?

Dalam hati aku doa, “Ya Allah, permudahkanlah rezeki dan peluang untuk aku dan keluarga pergi haji satu hari nanti. Janganlah jadikan kos sebagai penghalang kami menunaikan panggilan-Mu.”

Jom sama-sama tekad nak mula simpan lebih konsisten lepas ni. Walaupun kos tinggi, aku tahu pengalaman menunaikan haji tak ternilai harganya. Zaman boleh berubah, tapi niat kita untuk ibadah kena kekal kuat.

Insyallah..!!

Malam Santai Bersama Keluarga di Tasek dan Family Mart Kotasas, Kuantan

Malam Santai Bersama Keluarga di Tasek dan Family Mart Kotasas, Kuantan

Malam itu, suasana tenang dengan angin malam yang sepoi-sepoi. Aku, isteri, dan anak-anak memutuskan untuk menghabiskan waktu bersama. Selepas makan malam, kitorang decide nak jalan-jalan area Tasek Kotasas, Kuantan. Selain Tasek, Anak-anak melompat kegirangan bila aku sebut nak masuk Family Mart.

Sebelum sampai ke Family Mart, kami singgah di kawasan tasik Kotasas. Lampu-lampu neon di sekitar tasik memantulkan sinar indah di permukaan air, mencipta pemandangan yang cukup memukau. Malam ni langit nampak sangat cerah dengan bulan penuh menambahkan lagi kecerahan malam. Anak-anak terpesona, sambil menunjuk-nunjuk lampu dan cahaya bulan yang menyinari malam. Kitorang duduk santai, menikmati suasana damai, sambil berbual tentang hari masing-masing. 

Selepas puas menikmati pemandangan, kami terus ke Family Mart. Sebaik melangkah masuk, aroma oden yang hangat menyapa hidung, memanggil kami untuk mencuba. Oleh sebab kami baru je lepas dinner, kami just nak merasa-rasa oden. Kitorang beli 3 ketul fish cake cheese dengan instant mee.  Sambil menikmati oden, kami duduk di luar Family Mart, menghirup udara malam yang nyaman.  

Tak lengkap rasanya kalau ke Family Mart tanpa aiskrim. Kami berkongsi airkrim Sofuto matcha sebagai pemanis mulut. Gelak ketawa mereka membuatkan malam itu terasa sempurna, walaupun hanya sederhana. 

Menjelang pukul 11 malam, kami berkemas untuk pulang. Anak-anak kelihatan sedikit berat hati untuk meninggalkan suasana santai itu, tetapi kami mengingatkan mereka tentang sekolah dan kerja esok pagi. Malam itu memang sederhana, tetapi penuh kenangan indah. Kadang-kadang, kebahagiaan itu bukan tentang kemewahan, tetapi saat-saat manis bersama orang tersayang.

Enjoy...!!!

Makan Malam Santai di Sara Thai Kitchen Balok

Makan Malam Santai di Sara Thai Kitchen Balok

Jumaat malam sabtu yang lepas, aku dan keluarga memilih untuk makan di luar. Restoran Sara Thai Kitchen di Balok, Kuantan, jadi destinasi pilihan kami. Sebenarnya, bukan kali pertama kami ke sini. Kalau nak diikutkan, dah kerap juga kami makan di sini. Tak ada sebab istimewa pun, cuma saja nak rasa dan menikmati hidangan kegemaran kitorang kat sini.

Sara Thai Kitchen ni memang terkenal di Kuantan, dan ada dua cawangan. Satu di Balok dan satu lagi di bandar. Kalau ada kawan-kawan dari luar datang Kuantan, memang aku akan cadangkan tempat ni. Menu dia lengkap, dari masakan Thai sampai ke hidangan tempatan.  

Malam ni, macam biasa, kami pesan menu kegemaran kitorang, siakap masak tiga rasa, kerabu kangkung, dan ayam gajus. Tak lupa juga beberapa menu tambahan lain. Tak perlu tunggu lama, hidangan pun sampai, dan terus bau harum masakan Thai tu buat kami semua teruja. 

Sambil makan, meja kami penuh dengan cerita. Anak-anak sibuk nak cerita hal mereka. Dari kisah sekolah, kawan-kawan, sampai ke cerita-cerita lucu yang entah dari mana mereka dapat. Ada masa kami semua ketawa sampai tak sempat nak suap nasi.  

Isteriku pula mula berkongsi tentang hal di tempat kerja, sambil mencelah untuk memastikan setiap orang dapat merasa hidangan yang ada. Aku? Aku duduk diam, dengar cerita mereka sambil menikmati siakap tiga rasa yang memang “on point”.  

Makanan di Sara Thai Kitchen ni tak pernah mengecewakan. Kuah siakap tiga rasa yang manis, masam, dan pedas tu memang sesuai dengan selera kami sekeluarga. Kerabu kangkung pula rangup dan cukup masam pedasnya. Ayam gajus? Memang jadi rebutan anak-anak. Dalam tak sedar, pinggan-pinggan mula kosong.  

Walaupun tak ada apa-apa sambutan istimewa malam ni, waktu makan macam ni memang jadi waktu berkualiti kami sekeluarga. Tak perlu ke tempat mewah atau jauh-jauh pun. Apa yang penting, kami dapat duduk sama-sama, makan dengan selesa, dan saling mendengar cerita masing-masing.  

Dalam perjalanan pulang, perut kenyang, hati senang. Aku pandang isteri dan anak-anak, rasa bersyukur sangat. Sara Thai Kitchen ni memang tak pernah gagal menceriakan malam kami. Kalau korang ke Kuantan, jangan lupa singgah, ya!  

Enjoy..!!

Kenangan Manis di BASF Fun Run 2023

Kenangan Manis di BASF Fun Run 2023

Pada tahun 2023, aku dan keluarga menyertai satu program yang cukup menarik—BASF Fun Run 2023. Program ini adalah antara acara tahunan tempat kerja aku, yang kali ini berlangsung di Bukit Cerakah, Shah Alam. Dengan suasana pagi yang segar dan penuh semangat, acara pada hari Sabtu itu bermula jam 7 pagi dan berakhir sekitar jam 1 petang.  


Seawal pagi, lebih seribu peserta yang terdiri daripada staf BASF Malaysia dan BASF Petronas Chemical berkumpul di Bukit Cerkah. Suasana riuh-rendah, penuh gelak tawa dan wajah-wajah ceria. Tepat jam 8.30 pagi, kami memulakan sesi senam aerobik. Aku sendiri yang jarang-jarang bersenam, cuba juga mengikuti rentak muzik dan arahan jurulatih. Sungguh menghiburkan melihat semua orang, dari yang serius bersenam hingga yang hanya bergoyang-goyang santai.  


Jam 9 pagi, acara utama fun run pun bermula. Namanya pun "fun run" kan, jadi tiada tekanan untuk berlari sepantas kilat. Ada yang begitu bersemangat, memecut ke depan seperti pelari profesional. Ada juga yang mengambil pendekatan santai cuma berjalan bersama keluarga sambil berbual dan menikmati suasana hijau Bukit Cerakah. Aku? Aku memilih konsep "melenggang kangkung", berjalan perlahan bersama isteri dan anak-anak, menikmati keindahan alam sambil berbual mesra dengan rakan-rakan.  


Selepas acara larian tamat, tibalah saat yang dinanti-nanti ramai peserta iaitu cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan memang menarik, dari peralatan elektronik hingga baucar percutian. Malangnya, nasib tidak menyebelahi aku kali ini. Tapi tidak mengapa. Itu semua rezeki kan. Kita redha je.

Sekitar jam 1 petang, program pun selesai. Namun, hari kami di Shah Alam belum berakhir. Kami terus check-in di Hotel Mardiah yang terletak di tengah bandar. Anak-anak seperti biasa, mula merengek minta mandi kolam renang. Aku dan isteri yang juga seronok melayan gelagat mereka, mengikut saja. Selepas puas berenang, malam itu kami mengambil peluang untuk menjelajah sekitar Shah Alam. 

 

Memandangkan aku pernah belajar di UiTM Shah Alam, aku rasa nostalgia. Aku bawa isteri dan anak-anak ke kampus untuk berkongsi kenangan masa muda. Dari bangunan fakulti, kafe-kafe lama, hingga tempat aku selalu lepak belajar, semuanya menjadi cerita menarik untuk anak-anak.  

Selepas puas bernostalgia, kami kembali ke hotel untuk berehat. Keesokan paginya, sebelum check-out, anak-anak sempat lagi bermain di kolam renang. Selepas itu, kami berangkat pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan, kami singgah di beberapa R&R untuk membeli buah tangan seperti kuih-muih dan keropok untuk jiran-jiran dan kawan-kawan di kawasan rumah.  

Perjalanan pulang itu penuh dengan gelak tawa dan perasaan seronok. BASF Fun Run 2023 bukan sahaja menjadi acara sukan, tetapi juga satu pengalaman yang mengeratkan hubungan keluarga dan mengimbau memori lama. Memang seronok! Tak sabar menantikan acara yang seterusnya.

Enjoy...!!!

 BPC SHQ Dinner 2023: Malam Penuh Warna dan Kenangan

BPC SHQ Dinner 2023: Malam Penuh Warna dan Kenangan

Pada penghujung tahun 2023, kitorang dari department BPC-SHQ telah menganjurkan satu majlis makan malam yang tidak akan dilupakan – BPC SHQ Dinner 2023. Malam istimewa ini bertemakan Arabian Night, dan aku berpeluang menjadi sebahagian daripada team organiser. Lebih menarik lagi, aku jadi MC (pengacara majlis) dengan sorang lagi geng, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.


Majlis bermula tepat jam 7.30 malam di Ballroom Swiss-Bel hotel Kuantan yang dihias indah, sesuai dengan tema Arabian Night. Setiap sudut dipenuhi elemen Arabik yang menarik dan berjaya menciptakan suasana magis. Para tetamu, termasuk staff dan ahli keluarga, hadir dengan busana yang memukau. Ada yang berbaju kaftan, berjubah, lengkap dengan serban dan aksesori, menjadikan tema kami benar-benar "menjadi".

Makanan yang dihidangkan juga tidak kurang hebatnya. Buffet malam itu menawarkan pelbagai hidangan lazat.

Untuk menambah keterujaan, goodies bag yang penuh dengan hadiah menarik diberikan kepada setiap tetamu yang hadir. Selain itu, acara cabutan bertuah menjadi kemuncak yang ditunggu-tunggu. Pelbagai hadiah lumayan seperti hamper besar, kamera, baucar percutian, dan banyak lagi berjaya menceriakan malam kami. Riak wajah gembira mereka yang memenangi hadiah menjadi kenangan manis buat kami sebagai penganjur.


Photobooth yang disediakan juga tidak pernah kosong. Semua tetamu mengambil peluang bergambar dengan prop-prop menarik yang disediakan, mencipta kenangan indah bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Malam itu terasa seperti pesta 'snap photo' dengan gelak tawa dan senyuman di sana sini.

Yang paling mencuit hati adalah persembahan tarian daripada anak-anak kecil yang turut hadir. Mereka tampil dengan pakaian comel, menari penuh semangat, mencuri perhatian dan hati semua tetamu. Sorakan dan tepukan gemuruh diberikan sebagai tanda sokongan.

Majlis akhirnya berakhir sekitar jam 11 malam, meninggalkan kami dengan rasa puas dan bahagia. Bagi aku, penganjuran dinner kali ini sangat berjaya, dengan setiap elemen berjalan lancar seperti yang dirancang. Aku sangat bangga menjadi sebahagian daripada team yang menjayakan malam yang penuh warna dan kegembiraan ini.

BPC SHQ Dinner 2023 bukan sahaja menjadi malam yang menggembirakan tetapi juga mempererat hubungan sesama staf dan keluarga. Ia membuktikan bahawa dengan kerjasama dan semangat, sesuatu yang luar biasa dapat dicipta. Aku pasti, kenangan ini akan kekal dalam ingatan semua yang hadir.

Sampai jumpa di dinner tahun depan!

Enjoy..!!

Pengalaman Seronok Bercuti di Kuala Lumpur Bersama Keluarga

Pengalaman Seronok Bercuti di Kuala Lumpur Bersama Keluarga

Pada bulan Mac 2024, semasa cuti sekolah, aku dan keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur. Percutian ini bukan sahaja untuk berehat tetapi juga untuk mencipta kenangan indah bersama anak-anak. Kitorang bertolak dari Kuantan pada pagi Jumaat, menaiki kereta. Sepanjang perjalanan, gelak tawa anak-anak menghangatkan suasana.

Setibanya di Kuala Lumpur, kami menginap di Concorde Hotel, sebuah hotel yang selesa dan strategik. Selepas berehat sekejap, kami memulakan pengembaraan dengan melawat KLCC. Anak-anak aku sangat teruja melihat bangunan pencakar langit yang ikonik itu. Di sana, kami bergambar berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. Seronok ya masing-masing. Senyuman kat wajah mereka cukup menggambarkan betapa seronoknya mereka.



Selepas puas menikmati keindahan KLCC, kami menuju ke Aquaria. Pengalaman melihat pelbagai jenis ikan dan hidupan laut sungguh mengagumkan. Anak-anak aku teruja melihat ikan jerung dan pari berenang di atas terowong kaca. Setiap detik di Aquaria penuh dengan keterujaan dan kekaguman. 


Pada malamnya, kami memilih untuk berehat sahaja di hotel. Anak-anak aku gembira bermain di bilik, sementara aku dan isteri menikmati pemandangan malam bandar Kuala Lumpur dari jendela bilik hotel kami.

Hari Sabtu, kami meneruskan pengembaraan ke Petrosains. Ini adalah tempat yang benar-benar mendidik dan menyeronokkan. Anak-anak sangat teruja mencuba pelbagai aktiviti interaktif, seperti bermain dengan simulasi minyak dan gas serta mencuba pengalaman menaiki simulator helikopter. Aku sendiri teruja melihat mereka begitu asyik belajar sambil bermain. Kami menghabiskan hampir separuh hari di sini kerana terdapat begitu banyak tarikan menarik.

Selain tempat-tempat yang kami lawati, pengalaman pertama anak-anak menaiki LRT juga menjadi kenangan manis. Mereka begitu teruja melihat kereta api yang meluncur laju dan menikmati perjalanan sambil melihat pemandangan bandar. Di dalam LRT, mereka tidak berhenti bertanya soalan, penuh dengan rasa ingin tahu. Untuk perjalanan yang lain, kami juga menggunakan Grab, yang sangat memudahkan pergerakan kami di bandar besar ini.


Oh lupa..!! Setiap petang, kami tidak ketinggalan untuk mandi di kolam renang hotel. Ini adalah aktiviti kegemaran anak-anak. Mereka berenang, bermain air, dan ketawa tanpa henti. Aku dengan isteri aku pun turut menikmati masa santai ini sambil melihat keceriaan mereka.


Pada hari terakhir, kami bangun lewat sedikit untuk berehat selepas jadual yang padat. Lepas je sarapan di hotel, anak-anak aku minta nak mandi di kolam renang sekali lagi. Mereka bermain sehingga puas, dan kami akhirnya bersiap-siap untuk check-out. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di R&R untuk membeli buah tangan seperti kerepek dan kuih-muih buat jiran-jiran. Ini adalah tradisi kecil kami setiap kali bercuti, sebagai tanda ingatan dan persahabatan.

Percutian di Kuala Lumpur ini benar-benar memberi pengalaman yang berharga buat kami sekeluarga. Selain berseronok, kami dapat meluangkan masa berkualiti bersama. Anak-anak saya bukan sahaja mendapat pengalaman baru tetapi juga belajar banyak perkara menarik di tempat-tempat yang kami lawati. Percutian ini pasti akan menjadi salah satu kenangan terindah kami. 

Jika korang nak pergi bercuti, boleh je nak try bercuti di KL. Walaupun ia bandar yang padat dan sibuk, not bad la. Kuala Lumpur sememangnya pilihan yang hebat!

Enjoy...!!

Hari Istimewa Dayang-Dayang Kecil di Sekolah Kebangsaan Beserah

Hari Istimewa Dayang-Dayang Kecil di Sekolah Kebangsaan Beserah

Hari tu, Sekolah Kebangsaan Beserah bergegar dengan suasana yang meriah. Hari Anugerah Kecemerlangan tahun ini menjadi lebih istimewa kerana melibatkan kehadiran VIP yang diraikan dengan penuh adat tradisional. Namun, yang paling mencuri perhatian pada hari tersebut adalah tiga gadis cilik comel yang menjadi dayang-dayang, iaitu anak-anak aku la.


Mereka tampil menawan dalam busana biru yang anggun, dipadankan dengan tudung biru kelabu lembut dihiasi aksesori keemasan. Dengan tangan kecil mereka memegang dulang berisi gubahan bunga indah, ketiga-tiga anak aku nampak macam puteri raja kecil yang bersedia untuk menjalankan tugas istimewa diorang.


Majlis dimulakan dengan iringan paluan kompang yang menggema di seluruh dewan. Para tetamu berdiri memberi hormat apabila VIP tiba, dan di tengah-tengah suasana penuh meriah tu, anak-anak aku melangkah dengan penuh keyakinan. Sebagai dayang-dayang, mereka mengapit VIP yang berjalan menuju pentas utama, sambil memberikan senyuman manis kepada semua hadirin. 

Raut wajah mereka yang sedikit gugup pada mulanya berubah menjadi ceria apabila mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada para guru dan ibu bapa yang hadir. Sesampainya di pentas, mereka dengan penuh sopan menyerahkan dulang bunga sebagai tanda penghormatan, membuatkan suasana menjadi semakin istimewa. 

Selepas majlis tamat, ramai yang memuji keberanian dan kecomelan mereka. "Dayang-dayang cilik ini memang memukau! Comelnya dia...," kata seorang guru sambil tersenyum. Anak-anak aku pun apa lagi kembang kempis la kena puji. Diorang pun nampak gembira dan bangga dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna pada hari tersebut.  

Hari Anugerah Kecemerlangan di Sekolah Kebangsaan Beserah tahun ini tidak hanya menjadi kenangan manis buat para pelajar yang menerima anugerah, tetapi juga buat anak-anak aku yang menjadi sebahagian daripada acara istimewa ini. Semoga kenangan ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk mereka terus berani melangkah ke hadapan.

Enjoy...!!


Kids Lab - Magis di Open Day BASF PETRONAS Chemical 2024

Kids Lab - Magis di Open Day BASF PETRONAS Chemical 2024

Pada 12 Oktober 2024 yang lalu, tempat kerja aku, BASF PETRONAS Chemical (BPC), mengadakan Open Day yang meriah. Acara ini adalah peluang istimewa kerana kilang kami dibuka kepada orang awam, memberikan mereka pengalaman melihat sendiri proses industri kimia secara dekat. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur seperti process plant tour, pameran-pameran, jamuan makan, dan yang paling mencuri perhatian — Kids Lab. 


Ketua KRONI buat taklimat terakhir sebelum start

Aku dan pasukan "KRONI" diberi tanggungjawab sebagai penganjur Kids Lab. Ini adalah satu ruang eksklusif untuk anak-anak staf BPC, di mana mereka boleh melakukan eksperimen bersama keluarga masing-masing. Kami menyediakan basic PPE kecil dan comel yang menyerupai pakaian makmal sebenar dan kit eksperimen untuk mereka lakukan. Momen ini bukan sekadar pembelajaran, tetapi juga peluang untuk anak-anak dan ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama-sama dalam suasana kreatif.  

Tema kami? “The Witches”! Geng KRONI mengenakan pakaian bertemakan ahli sihir, lengkap dengan topi runcing. Tapi aku, seperti biasa, tampil sedikit berbeza — berjubah labuh serba hitam. Ada yang menyangka aku “hantu makmal” dan sempat bergurau ketakutan. Gelak tawa itu menjadikan suasana lebih ceria!  

Baca juga - "Persuasive Communication" - Training Chill-chill, Tapi Banyak Benda Aku Dapat!


Anak-anak kau pun join the club

Seawal jam 9 pagi, Kids Lab sudah penuh sesak. Anak-anak dan ibu bapa memenuhi ruang, penuh teruja dengan eksperimen-eksperimen yang kami sediakan. Dari mencampur warna, test sensory, menapis air yang kotor hinggalah membuat slime, setiap aktiviti disambut dengan keriangan. Aku dan geng-geng tak henti-henti melayan para peserta hingga jam 4 petang. Melihat senyuman dan keterujaan mereka, rasa penat kami hilang seketika. 

With my family

Namun, cerita sebenar bermula sehari sebelum hari kejadian. Pada pagi Jumaat, 11 Oktober, kami sudah sibuk macam nak mengadakan kenduri. Dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, geng Kids Lab bertungkus lumus menyediakan beg yang diisi dengan kit eksperimen. Ada yang menyusun bahan, ada yang memeriksa peralatan, dan ada yang memastikan setiap beg cukup untuk peserta esoknya. Walaupun penat, suasana kerja berpasukan ini cukup menyeronokkan.  



Alhamdulillah, Open Day kali ini berjalan dengan lancar. Walaupun ada satu dua perkara kecil yang boleh diperbaiki, aku rasa program ini berjaya memenuhi tujuan asalnya — membawa dunia kimia lebih dekat kepada masyarakat. 

Dan yang paling penting, Kids Lab menjadi perhatian utama! Penuh keriangan, tawa, dan sedikit “magic” dari tema kami. Aku pasti ini akan menjadi kenangan manis, bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi juga untuk kami yang terlibat sebagai penganjur.  

Yang penting, *Kids Lab* memang yang terbaik. Hahahaha!  

Enjoy..!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com