Biobax Spray Merawat Sakit Lutut Dan Pinggang Tanpa SUNTIKAN

Biobax Spray Merawat Sakit Lutut Dan Pinggang Tanpa SUNTIKAN

Rawatan sakit sendi


Assalamualaikum

Biobax Spray Merawat Sakit Lutut Dan Pinggang Tanpa SUNTIKAN | Sakit sendi, urat, lutut dan pinggang sangat mengganggu aktiviti seharian. Lebih parah lagi bagi sakit yang sudah parah dan ada yang perlukan pembedahan ataupun suntikan ubat-ubatan. Itu dikira tahap yang kronik. Sebelum PapaG bercerita panjang, Tahu tak korang macam mana sakit lutut ni boleh terjadi? Sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur. Sakit lutut boleh berpunca daripada Kecederaan, Sakit Sendi, Sakit Tulang, Sakit Otot Dan Arthritis. Dari kesemua yang disenaraikan di atas yang paling kerap terjadi adalah ARTHRITIS.


PapaG percaya sakit-sakit sendi, tulang belakang dan lutut ni biasanya dialami oleh orang-orang tua. Tak kurang juga atlit-atlit sukan berisko untuk mengalami sakit lutu atau sendi. Jadi, untuk megelakkan atau megurangkan kesakitan sendi dan lutut anda, apa kata gunakan Biobaxx Cool Theraphy sebagai satu jalan alternatif. Sementara kesakitan tu belum serious, baik kita cegah dari awal kan? Utuk pengatahuan semua, rawatan sakit sendi atau lutut di hospital-horpital kosnya mencecah sehingga RM10K tau. Tapi, dengan BIobax Cool Theraphy korang cuma bayak RM 80.00 je untuk satu botol dan sapu kan pada tempat yang sakit tu. Murah dan mudah kan.

6 TIPS MELEGAKAN SAKIT PINGGANG DARI BIOBAX COOL THERAPHY

  1. Tidur diatas tilam yang keras seperti tilam yang diperbuat daripada kekabu. Ianya sangat baik untuk merehatkan tulang belakang.
  2. Letakkan kain, baju atau bantal kecil dan nipis pada bahagian pinggang jika tidur terlentang.
  3. Jika duduk terlalu lama diatas kerusi, letakkan bantal di bahagian belakang badan  sebagai penyokong pinggang anda. Contohnya  kerusi di pejabat dan kerusi kereta.
  4. Jangan letakkan dompet yang tebal di poket belakang. Kerana ia akan menyebabkan struktur punggung menjadi tidak rata ketika duduk yang akan memberi kesan kepada pinggang. Sebaiknya letakkan dompet di poket depan.
  5. Dapatkan khidmat urutan traditional yang bagus. Kemungkinan terdapat urat-urat yang tersimpul atau tersumbat. Urutan akan melancarkan perjalanan darah dan melegakan sakit yang dialami.
  6. Boleh spray kan sahaja BIOBAX COOL THERAPHY di tempat yang kurang selesa untuk melegakan sakit belakang.


7 SEBAB KENAPA PERLU MEMILIH  BIOBAX COOL THERAPHY :-

  1. Mudah meresap dalam kulit.
  2. Tidak melekit seperti minyak-minyak lain.
  3. Bau yang sangat-sangat harum. Juga boleh digunakan untuk tenangkan fikiran.
  4. 1 botol boleh tahan 2 bulan. Botol ringan mudah di bawa kemana-mana.
  5. Ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  6. Diperbuat dari bahan-bahan organik seperti Eucalyptus Oil, Habbatus Sauda dan Olive Oil.
  7. Sesuai untuk Sakit Pinggang, Sakit Belakang, Sakit Lutut, Sakit Sendi, Selsema, Resdung, Stress dan juga sesuai untuk Ibu Mengandung.




HARGA BIOBAX COOL THERAPHY

Harga Biobax Cool Theraphy ni hanya RM80 SAHAJA (termasuk kos pos).

Biobax cool therapy masih boleh didapati dengan harga promosi RM80 termasuk postage. Apa lagi kakak-kakak, abang-abang, jom belikan untuk diri sendiri atau untuk mak ayah yang mengalami sakit sendi dan sakit belakang. Boleh jadikan hadiah untuk yang tersayang. Untuk wife yang tengah preggy sakit pinggang atau dalam pantang. Yang paling PENTING biobax ni organik tau! Selsema boleh. Resdung boleh. Wahhhh rugi tak dapatkan tau. Untuk maklumat lanjut mengenai biobax cool theraphy boleh whatsapp PapaG +60 19‑61413933

With Love
Papaglamz

-sekian-
Beza Atau Tidak Makanan dan Bukan Makanan Bagi Si Kecil?

Beza Atau Tidak Makanan dan Bukan Makanan Bagi Si Kecil?

Cerita tentang si comel


Assalamualaikum

Beza Atau Tidak Makanan dan Bukan Makanan Bagi Si Kecil? | Melihat anak membesar tentunya membuatkan kita rasa gembira. Lebih-lebih lagi jika satu persatu benda baru yang mereka dapat buat dan begitu beriya nak tunjuk pada kita kan? Tentu sebagai ibu bapa kita rasa sangat bangga dan gembira. Seiring dengan pembesaran anak-anak ni, apa yang dapat PapaG perhatikan ialah mereka sangat curious atau ingin tahu yang sangat tinggi. Segala benda ingin di pegangnya dan dilihat. Lebih menakutkan PapaG ialah bila anak-anak kecil ni suka sangat memasukkan barang-barang dalam mulut. Apa sahaja yang mereka jumpa mesti masuk dalam mulut.

Gambar-si-comel

Macam anak PapaG sendiri yang kian membesar dan dalam diam-diam dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Macam cepat je masa berlalu kan? Nak dapat anak lagi? Insyallah doakan yang terbaik untuk kami. Kami tak menolak jika diberi rezeki lagi sekali untuk menimang cahaya mata yang kedua. Insyallah. Ok lah berbalik pada topik. Seperti anak-anak lain, Imityaz juga suka masukkan benda dalam mulut. Terbaru, wife membelikan satu set pemadam yang mempunyai tulisan huruf A-Z dan juga pemadam comel pelbagai bentuk. Sebenarnya wife beli untuk beri hadiah pada anak muridnya di sekolah. Tapi bila Imtiyaz ternampak dia pun nak main dengan pemadam tu.

For the first sangat baik dia main. Sopan santun je. Susun-susun sambil menyebut setiap huruf dengan pelatnya yang tersendiri. Tapi lama kelamaan macam ada sesuatu di dalam mulut dia. Bila di lihat dengan dekat, dimakannya pemadam tu. Ya Allah dah la bergetah. BAHAYA…!!! Tanpa berlengah terus PapaG simpan tinggi-tinggi sampai cucur atap. Heheheh. Bahayakan? Nasib la tak ditelannya. Satu kerja kena bawak klinik pulak nanti.

Jadi, awasi anak-anak. Jangan bagi main sangat benda-benda yang kecil. Sebab diorang ni bukan tahu nak bezakan antara makanan dan juga bukan makanan. Ingat cegah sebelum kena. Ini adalah pengajaran buat kami. Jadi korang pun kena la berhati-hati.

With Love
Papaglamz

-sekian-
IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda
fesyen-muslimah


Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.

fesyen-muslimah













A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on



Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat

Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:

Facebook Page : IZ Hijabist



Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

With Love
Papaglamz

-sekian-
Bandaraya Automotive Porcshe dan Mercedes di Stuggart, Germany

Bandaraya Automotive Porcshe dan Mercedes di Stuggart, Germany

Jelajah Germany by Papaglamz


Assalamualaikum

Bandaraya Automotive Porcshe dan Mercedes di Stuggart, Germany | Dah nak 2 bulan juga PapaG kembali dari German. Saje belek-belek album gambar di sana, rupanya ada satu tempat yang PapaG tak kongsikan pada semua. Stuggart merupakan daerah yang popular di German ni tau. Bandar ini sangat popular dengan pusat penghasilan kereta-kereta mewah dan berprofile tinggi iaitu Porcshe dan Mercedes.

Seriously rasa sangat bertuah dapat pusing-pusing sambil cuci mata di bandar stuggart dengan kawan-kawan dari Malaysia. Selain terkenal dengan pusat penghasilan kereta mewah, Stuggart juga terkenal dengan stadium bola sepak yang di panggil Mercedes Benz Arena. Di sinilah diadakan berbagai perlawanan-perlawanan bola sepak samada perlawanan antarabangsa ataupun perlawanan liga dalam negeri.

Kebetulan masa PapaG ke sini, ada game bola sepak. Dapat la merasai kemeriahaan orang-orang di sini menonton perlawanan. Memang meriah. Jom PapaG kongsikan pada korang semua gambar-gambar menarik yang PapaG sempat ambil di Stuggart Germany.






Selain daripada terkenal dengan Porcshe dan Mercedesnya, Stuggart juga terkenal dengan Stuggart Platz. Stuggart Platz merupakan satu dataran yang sangat ramai pengunjung. Di sini kita dapat lihat bangunan-bangunan dan monumen-monumen bersejarah bandar Stuggart. Selain tu dataran ini juga boleh dikatakan sebagai tempat untuk membeli belah. Banyak GILA shopping complex kat sini. Kalau berduit boleh la borong barang satu Stuggart ni bawa balik. Hehehe. 





Itulah tadi antara tarikan yang terdapat di bandar Stuggart Germany. Seriously bila tengok semula gambar-gambar ni rasa rindu pula dengan German. Rindu pegi kerja naik train, rindu lepas makan kemas meja sendiri rindu, makan aiskrim walaupun tengah-tengah winter yang sejuk tu kan dan macam-macam lagi. PapaG rasa nilah antara pengalaman dalam hidup yang tak dapat nak dilupakan. Insyallah kalau ada rezeki dapat pergi lagi. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng


Assalamualaikum

Resepi Nasi Goreng Pattaya | Dalam banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng pattaya adalah antara nasi goreng yang paling PapaG suka. Nak masak mudah je. Cuma yang paling rumit tu adalah nak buat kulit pembungkus yang menggunakan telur tu. Kadang kala kalau tak kena gayanya kuit akan pecah. Tapi boleh je nak cuba kan.


Resepi nasi goreng pattaya


Bahan:

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.

2.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.

3.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.

4.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.

5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.

3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.

4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.

5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.

6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.

7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-



Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Resepi Nasi Goreng Cina Simple

Resepi Nasi Goreng Cina Simple

Resepi Nasi Goreng


Assalamualaikum
Resepi Nasi Goreng Cina Simple | Tidak dinafikan masakan nasi goreng adalah antara menu pilihan yang mudah untuk disediakan. PapaG percaya majoriti orang Malaysia bersarapan dengan nasi goreng kan. Ok kali ni PapaG nak kongsikan resepi Nasi Goreng Cina yang mudah. 


Bahan bahan

1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran

Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara

Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.

Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi. 

Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah kan nak buat nasi goreng cina ni? Selamat mencuba....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Credit : Fb Makan Lepak Minum

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Izzatie Selesa Meluah Rasa Bersama Pembaca

Izzatie Selesa Meluah Rasa Bersama Pembaca

Blogger Pilihan Papaglamz.com dan EFG


Assalamualaikum

Izzatie Selesa Meluah Rasa Bersama Pembaca | Menjadi lumrah seorang blogger. Idea penulisan selalunya berkisar dengan kehidupan yang dilalui. Seperti PapaG, kebanyakn entri-entri yang PapaG sajikan buat pembaca majoritinya berkisar tentang kehidupan PapaG seharian. Tentang keluarga, anak, kerjaya dan bermacam lagi. Begitu juga dengan seorang blogger yang PapaG kenal di dalam Exchange Feed Group. Izzati Suhaide blogger muda yang telah 5 tahun menerjah dunia blogger mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau begitu selesa untuk meluah rasa dalam penulisan-penulisannya yang bersahaja bersama pembaca. Nak tahu sila terjah blogger beliau.


Setiap coretan didalam entri-entri Izzati sudah pasti memberi seribu makna pada diri sendiri dan juga menjadi halwa mata bagi pembaca yang mengikuti kisah hidup seorang wanita yang bercita-cita ingin menjadi pakar motivasi ini. Walau terkadang diuji dengan berbagai cabaran dalam hidup, Izzati tetap bangkit demi mengejar kejayaan yang ingin dikecapi. Sesuai sangat dengan matlamat dalam hidupnya yang sentiasa pandang ke hadapan walau apa jua cubaan yang mendatang dan yang penting jangan pernah putus asa dalam hidup.

Wanita dan cinta memang tidak dapat dipisahkan. Betul tak? Seiring dengan sifat kewanitaan itu, Izzati kadang kala berkongsi cerita-cerita cinta dan juga motivasi kehidupan buat para pembaca. Dengan harapan apa yang ditulis sedikit sebanyak menjadi panduan atau dorongan buat pembaca untuk terus mengecapi impian yang diimpikan dalam hidup. Insyallah. Entri-entri sebegini membuat kan blog Coretan Zatie Suhaide mempunyai niche blog lifestyle Blog yang begitu sarat dengan perkongsian tentang diri, panduan-panduan, agama, cinta, wanita dan lain-lain lagi. Dan yang pasti ianya sangat berinfomatif. Rugi kalau tak baca sendiri.

Mencuba nasib dalam dunia perniagaan

Selain berblog, Izzatie bijak menggunakan medium maya ini dengan memulakan langkah barunya dalam dunia perniagaan. Sudah pasti langkah bijak ini pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti. PapaG doakan semoga Izzatie terus meningkatkan komitmen untuk memastikan apa yang Izzatie lakukan ini tidak akan berhenti di tengah jalan. Insyallah. Semoga berjaya.....!!!!!


Kalau anda semua ingin melihat Koleksi Fesyen Muslimah Terkini boleh la KlikDiSini. Sudah pasti bermacam fesyen-fesyen muslimah boleh anda dapatkan disana.

Nak berkenalan lebih lanjut dengan Izzatie Suhaide? Jom klik sini :

Izzati Suhaide

With Love
Papaglamz

-sekian-
AMARAN | JANGAN PERGI Butik Qaseh Zamri di Bandar Country Homes, Rawang

AMARAN | JANGAN PERGI Butik Qaseh Zamri di Bandar Country Homes, Rawang

Butik Online Qaseh Zamri Collection


Assalamualaikum

JANGAN PERGI Butik Qaseh Zamri di Bandar Country Homes | PapaG percaya kini ramai yang nak semuanya mudah kan? Segala serbi nak mudah. Termasuklah nak shopping pun nak mudah. Sebab tu sekarang ni ramai yang buka butik online. Macam Butik Online Qaseh Zamri ni. Dulu butik ini beroperasi secara online. Tapi sekarang dah ade butik sendiri di Bandar Country Homes, Rawang. Tapi kan, PapaG tak recommend sangat korang semua pergi butik Qaseh Zamri di Rawang ni. Nak tahu kenapa?

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

2 Sebab-sebab JANGAN PERGI Butik Qaseh Zamri di Bandar Country Home

1. Butik Qaseh Zamri adalah butik online terbaik 

Salah satu sebab kenapa korang tak payah nak susah-susah pergi ke butik Qaseh Zamri ni ialah butik ini telah lama menjalankan perniagaan secara atas talian. Dah banyak pengalaman yang mereka dapat dalam melayan pelanggan-pelanggan bagi memastikan pelanggan online mereka puas hati. Lebih-lebih lagi servis penghantaran, bukan menjual barang yang tipu sebagai contoh promosi dalam online lain, tetapi bila dapat barang lain pulak dan macam-macam lagi. Jadi, jangan datang ke butik Qaseh Zamri tau sebab mudah kan berurusan di online. Bak kata sorang kawan PapaG ni:
Kalau setakat nak beli sehelai shawl tapi mesti memandu ke tengah kota dan berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang meletihkan tu, sangat tak berbaloi..!! Baik beli online sahaja. Tak perlu nak berpeluh-peluh bersesak dengan orang ramai juga kan.. :) - Dramaticuniq.com
TAPI...!!! Kalau korang nak pergi butik Qaseh Zamri kat Rawang tu pun boleh je. Apa salahnye. PapaG just bagi suggestion bagi memudahkan korang. Tiada paksaan la. Hehehe

2. Detail produk online sangat lengkap dan memudahkan untuk memilih

Normal la kan sebagai pembeli, sebelum membeli nak tengok-tengok barang dulu. Cantik ke tak. Sesuai dengan citarasa ke tidak. Warna kena dengan tema ke tidak. Dan macam-macam lagi la perincian yang kita nak tengok. Butik Online Qaseh Zamri menyediakan pelbagai jenis kain, shawl, baju raya dan baju pengantin. Dan kesemua produk ini korang boleh lihat dengan jelas segala perincian-perincianya secara online jer. Tak payah la nak susah-susah naik kenderaan menghadap jammed segala bagai nak pergi butik diorang di Bandar Country Homes, Rawang tu. Nah PapaG kongsikan sedikit gambar koleksi-koleksi kain dan juga shawl yang ada di laman instagam dan facebook Butik Qaseh Zamri.

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Haaa cantik kan? Tak payah nak susah-susah pergi ke butik, cuci mata online je. By the way, satu Malaysia boleh cuci mata kan? Tak payah pergi butik pun dah boleh tengok-tengok. Tapi kalau korang gigih juga nak pergi apa salahnya. Alang-alang gigih tu beli la banyak-banyak. Borong satu kedai pun boleh. Hehehe.

Walaubagaimanapun cara korang nak shopping di Butik Qaseh Zamri ni, tak kisah la yang penting korang selesa. Apa yang PapaG kongsikan ni adalah sebagai panduan untuk memudahkan korang. Kalau selesa shopping secara online, jangan pergi ke butik Qaseh Zamri ni. Tapi kalau selesa walk in ke butik pun boleh juga yang penting anda semua bahagia. #JanganKecamSaya

Oh lupa. Sebelum PapaG mengundurkan diri. Berita baik untuk anda yang sedang mencari baju sedondon untuk dayang-dayang pengantin ni, anda boleh sewa sahaja di Butik Qaseh Zamri Collection. Sangat mudah dan menjimatkan kan. Boleh la bincang secara lebih lanjut bersama pemilik butik nanti ya. Korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan berikut dengan mudah, cepat dan harga yang berpatutan :
  • Menerima tempahan jahitan pakaian
  • Menyediakan koleksi pakaian untuk dijual dan disewa
  • Menyediakan koleksi kain English Cotton dan kain Sulam Bandung
  • Boleh menyewa sut dan baju pengiring pengantin
  • Menyediakan khidmat tempahan shawl untuk dijadikan gift majlis harij adi, majlis perpisahan dan sebagainya dalam kotak bertingkap (window box gift) yang menarik dengan harga dan pakej yang berpatutan. 

Ayuh jangan berlengah lagi : 

Qaseh Zamri Collection
No.3a Jalan 1/1
Bandar Country Homes
48000 Rawang
Selangor

Hubungi : 013-3240813

Facebook Page : Qaseh Zamri

With Love
Papaglamz

-sekian-

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia

Tanda cinta seorang lelaki


Assalamualaikum

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia | Ramai suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya. Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka (Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

tanda-cinta-seorang-lelaki

Tapi kan korang kena la faham, biasanya lelaki atau suami memang tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan KERAP seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka. Tapi, kami-kami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa kami ni sangat mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.

Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan. Contohnya, Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami. Dan sebagainya. Jangan sebab tak ucapkan kata-kata cinta terus cop kami ni tak sayang kat korang. Tak baik tau...!!! Sedih kami... (-_-)

Sah-sah terpengaruh dengan cerita-cerita adaptasi novel masa kini kan? Nak suami yang penyabar, sweet, kacak, hensem, kaya, murah dengan kata-kata cinta dan senyuman dan macam-macam lagi la yang kesemuanya adalah KHAYALAN semata-mata. Mana nak dapat lelaki yang macam tu? Ko tunggu la sampai bulan jatuh ke riba pun tak mungkin ade. Hehehe. Just bersyukur la dan redha andai dapat suami yang beriman, baik, ikhlas meyayangi, dan mampu beri kebahagiaan didunia dan akhirat. Macam PapaG.. Upsssss....!!!!! #Tetiba

p/s : Maaf jangan kecam saya. (^_^)y

Tags:
Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki

Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki

Jam tangan aksesori pelengkap gaya seorang lelaki


Assalamualaikum

Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki | Dalam bergaya lelaki dan wanita amat jauh bezanya kan? Gaya bagi seorang lelaki adalah lebih simple berbanding wanita. Bak kata orang simple but nice. Dalam banyak-banyak aksesori gaya bagi seorang lelaki, jam tangan merupakan aksesori yang paling mudah dan senang untuk digayakan bagi setiap lelaki. Jika dulu, mungkin ramai lelaki memilih untuk memakai jam tangan yang berwarna gold kerana ingin menunjukkan kemewahan dan elegan. Tetapi tidak kini, lelaki kini lebih memikirkan kekemasan dan kesederhanaan tetapi masih menunjukkan sifat elegan.

gaya-jam-tangan-lelaki

Kalau korang nak tahu bagi kebanyakan lelaki, jam tangan adalah aksesori utama untuk mereka. Ada sesetengah lelaki mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, maka makin bergaya. Ada pula yang meminati nilai estetika dan sentimental yang ada pada jam serta mengumpulnya sebagai hobi. Jam tangan juga menjadi pilihan popular dalam senarai hadiah dan hantaran kahwin masa kini. Bagi PapaG cukup andai mampu untuk membeli dan nampak cantik walau harga tidak berapa mahal dan membebankan itu sudah cukup. Jangan pula di sebabkan mahu yang mahal, terpaksa mengikat perut pula nantikan?

gaya-jam-tangan-lelaki
Jam tangan digital

Jam tangan dipasaran kini kebanyakannya mempunyai dua pilihan iaitu dalam bentuk digital dan juga analog. Antara duajenis ni, yang mana pilihan korang? PapaG suka jam yang analog. Ia nampak lebih matang jika seorang lelaki memakainya dan nampak lebih KACAK macam PapaG ni. Hehehe. Untuk digital biasanya ia diminati oleh lelaki-lelaki yag menyukai aktiviti lasak seperti bersukan, hiking dan sebagainya. Ini kerana jam berbentuk digital memudahkan mereka untuk merekod waktu sebagai contoh waktu larian, stop watch dan sebagainya. Dan kebanyakan jam digital mempunyai fungsi-fungsi yang lain sebagai contoh boleh mengira heart bit, mengira kalori yang hilang selepas latihan dan macam-macam lagi. Fungsi-fungsi ini mengikut jenis, jenama dan teknologi yang ada dalam jam tu sendiri.

Jadi kesimpulannya seitap lelaki perlukan jam tangang. Bukan hanya untuk bergaya. Tetapi juga sebagai alat penunjuk masa supaya kita lebih disiplin dalam mengikut jadual waktu harian kita.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com