12.4.16

Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki

Jam tangan aksesori pelengkap gaya seorang lelaki


Assalamualaikum

Jam Tangan Pelengkap Gaya Elegan Bersahaja Seorang Lelaki | Dalam bergaya lelaki dan wanita amat jauh bezanya kan? Gaya bagi seorang lelaki adalah lebih simple berbanding wanita. Bak kata orang simple but nice. Dalam banyak-banyak aksesori gaya bagi seorang lelaki, jam tangan merupakan aksesori yang paling mudah dan senang untuk digayakan bagi setiap lelaki. Jika dulu, mungkin ramai lelaki memilih untuk memakai jam tangan yang berwarna gold kerana ingin menunjukkan kemewahan dan elegan. Tetapi tidak kini, lelaki kini lebih memikirkan kekemasan dan kesederhanaan tetapi masih menunjukkan sifat elegan.

gaya-jam-tangan-lelaki

Kalau korang nak tahu bagi kebanyakan lelaki, jam tangan adalah aksesori utama untuk mereka. Ada sesetengah lelaki mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, maka makin bergaya. Ada pula yang meminati nilai estetika dan sentimental yang ada pada jam serta mengumpulnya sebagai hobi. Jam tangan juga menjadi pilihan popular dalam senarai hadiah dan hantaran kahwin masa kini. Bagi PapaG cukup andai mampu untuk membeli dan nampak cantik walau harga tidak berapa mahal dan membebankan itu sudah cukup. Jangan pula di sebabkan mahu yang mahal, terpaksa mengikat perut pula nantikan?

gaya-jam-tangan-lelaki
Jam tangan digital

Jam tangan dipasaran kini kebanyakannya mempunyai dua pilihan iaitu dalam bentuk digital dan juga analog. Antara duajenis ni, yang mana pilihan korang? PapaG suka jam yang analog. Ia nampak lebih matang jika seorang lelaki memakainya dan nampak lebih KACAK macam PapaG ni. Hehehe. Untuk digital biasanya ia diminati oleh lelaki-lelaki yag menyukai aktiviti lasak seperti bersukan, hiking dan sebagainya. Ini kerana jam berbentuk digital memudahkan mereka untuk merekod waktu sebagai contoh waktu larian, stop watch dan sebagainya. Dan kebanyakan jam digital mempunyai fungsi-fungsi yang lain sebagai contoh boleh mengira heart bit, mengira kalori yang hilang selepas latihan dan macam-macam lagi. Fungsi-fungsi ini mengikut jenis, jenama dan teknologi yang ada dalam jam tu sendiri.

Jadi kesimpulannya seitap lelaki perlukan jam tangang. Bukan hanya untuk bergaya. Tetapi juga sebagai alat penunjuk masa supaya kita lebih disiplin dalam mengikut jadual waktu harian kita.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com