7.4.16

Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia

Cincin Aksesori Simple Buat Lelaki Tapi Nampak Bergaya


Assalamualaikum

Wedding Ring Itu Mengikat Aku Untuk Setia | Cincin di jari manis nampak begitu indah. Biasanya bila someone dah memakai cincin itu tandanya sudah dimiliki. Kalau perempuan, biasanya ada tiga cincin yang mesti diorang ada. Cincin risik, tunang dan nikah. Lelaki mesti ada satu iaitu wedding ring. Tapi sekarang lain. Kini, cincin dijadikan sebagai satu aksesori dalam bergaya. Telah lahir berbagai jenis cincin yang diperbuat daripada bermacam jenis material yang boleh disuai padan dengan penggayaan yang tersendiri.


Bagi lelaki, cincin yang sering menjadi pilihan ialah cincin silver dan juga cincin yang berbatu. Kalau korang nak tahu untuk cincin batu atau akik ni ade sesetengah yang percaya ia mempunyai khasiat-khasiat tersendiri jika dipakai. PapaG sendiri mempunyai sebentuk cincin yang diperbuat dari silver dan bertatahkan pemata. Cincin hadiah dari wife masa kami bernikah dulu jarang PapaG buka. Sentiasa terpakai dijari manis ku ini yer. Hehehe.

PapaG dulu jarang nak pakai-pakai cincin ni. Tapi wedding ring yang wife hadiahkan ni rasa lain pulak. Tak tahu kenapa. First time pakai, rasa sangat selesa. Mungkin wedding ring ada aura-aura tersendiri kot. Hahaha. Tapi yang pasti dari lepas kawin sehingga hari ini cincin ini sentiasa ada di jari I yee. Harap yang bagi tu faham-faham le kita sayang kat die ke tak kaaannn….!!! Hikhikhik.

Korang yang baca entri ni ad cincin tak? Mesti setiap cincin yang ada dijari tu mempunyai kisah dan maksud tersendiri. Betul tak? Jom share kat PapaG berapa banyak cincin yang korang ada? PapaG ada satu ni jer.

p/s : Rasa jadi tak tajuk nak so called drama Akasia TV3..? Hikhik

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. Ada laaa ..namapon cincin kawen takkan tak adoo .tapi tak pakai sgt sbb byk batu2 permata gtuu..tersangkut kat tdung laa..terkena mesin basuh laaa...terkepit laa..jadi jarang laa pakai ..pakai cincin yg tak byk batu batu permata jer pejal oii..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com