12.4.16

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia

Tanda cinta seorang lelaki


Assalamualaikum

Lelaki Ni Susah Betul Nak Tunjuk TANDA SAYANGNYA Pada Si Dia | Ramai suami mencintai isteri mereka tetapi tidak mempamerkannya. Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka (Sukan, kereta, gadjet atau politik). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

tanda-cinta-seorang-lelaki

Tapi kan korang kena la faham, biasanya lelaki atau suami memang tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan KERAP seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka. Tapi, kami-kami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa kami ni sangat mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai.

Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan. Contohnya, Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami. Dan sebagainya. Jangan sebab tak ucapkan kata-kata cinta terus cop kami ni tak sayang kat korang. Tak baik tau...!!! Sedih kami... (-_-)

Sah-sah terpengaruh dengan cerita-cerita adaptasi novel masa kini kan? Nak suami yang penyabar, sweet, kacak, hensem, kaya, murah dengan kata-kata cinta dan senyuman dan macam-macam lagi la yang kesemuanya adalah KHAYALAN semata-mata. Mana nak dapat lelaki yang macam tu? Ko tunggu la sampai bulan jatuh ke riba pun tak mungkin ade. Hehehe. Just bersyukur la dan redha andai dapat suami yang beriman, baik, ikhlas meyayangi, dan mampu beri kebahagiaan didunia dan akhirat. Macam PapaG.. Upsssss....!!!!! #Tetiba

p/s : Maaf jangan kecam saya. (^_^)y

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com