18.4.16

Beza Atau Tidak Makanan dan Bukan Makanan Bagi Si Kecil?

Cerita tentang si comel


Assalamualaikum

Beza Atau Tidak Makanan dan Bukan Makanan Bagi Si Kecil? | Melihat anak membesar tentunya membuatkan kita rasa gembira. Lebih-lebih lagi jika satu persatu benda baru yang mereka dapat buat dan begitu beriya nak tunjuk pada kita kan? Tentu sebagai ibu bapa kita rasa sangat bangga dan gembira. Seiring dengan pembesaran anak-anak ni, apa yang dapat PapaG perhatikan ialah mereka sangat curious atau ingin tahu yang sangat tinggi. Segala benda ingin di pegangnya dan dilihat. Lebih menakutkan PapaG ialah bila anak-anak kecil ni suka sangat memasukkan barang-barang dalam mulut. Apa sahaja yang mereka jumpa mesti masuk dalam mulut.

Gambar-si-comel

Macam anak PapaG sendiri yang kian membesar dan dalam diam-diam dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Macam cepat je masa berlalu kan? Nak dapat anak lagi? Insyallah doakan yang terbaik untuk kami. Kami tak menolak jika diberi rezeki lagi sekali untuk menimang cahaya mata yang kedua. Insyallah. Ok lah berbalik pada topik. Seperti anak-anak lain, Imityaz juga suka masukkan benda dalam mulut. Terbaru, wife membelikan satu set pemadam yang mempunyai tulisan huruf A-Z dan juga pemadam comel pelbagai bentuk. Sebenarnya wife beli untuk beri hadiah pada anak muridnya di sekolah. Tapi bila Imtiyaz ternampak dia pun nak main dengan pemadam tu.

For the first sangat baik dia main. Sopan santun je. Susun-susun sambil menyebut setiap huruf dengan pelatnya yang tersendiri. Tapi lama kelamaan macam ada sesuatu di dalam mulut dia. Bila di lihat dengan dekat, dimakannya pemadam tu. Ya Allah dah la bergetah. BAHAYA…!!! Tanpa berlengah terus PapaG simpan tinggi-tinggi sampai cucur atap. Heheheh. Bahayakan? Nasib la tak ditelannya. Satu kerja kena bawak klinik pulak nanti.

Jadi, awasi anak-anak. Jangan bagi main sangat benda-benda yang kecil. Sebab diorang ni bukan tahu nak bezakan antara makanan dan juga bukan makanan. Ingat cegah sebelum kena. Ini adalah pengajaran buat kami. Jadi korang pun kena la berhati-hati.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com