Menunggang Kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan

Menunggang Kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan

Sunnah menunggang kuda, Sukan sunnah, Kelebihan menunggang kuda


Assalamualaikum

Menunggang kuda merupakan satu aktiviti yang sihat dan ia juga adalah salah satu sukan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW. Baru-baru ini PapaG berkesempatan menunggang kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan. Alhamdulillah dapat la merasa menunggang kuda bersama Imtiyaz. Bagi mereka yang datang ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan ini. Lokasinya mudah sahaja. Ia berdekatan dengan Kelab Golf Diraja Pahang, jalan menuju ke Teluk Cempedak.

Sukan-berkuda-sukan-sunnah-dan-menyihatkan-Zoo-Kuantan


Sukan-berkuda-sukan-sunnah-dan-menyihatkan-Zoo-Kuantan


Di Mini Zoo Taman Teruntum ni tak la sebesar zoo negara. Keluasan zoo ini kecil sahaja. Ada la beberapa haiwan-haiwan yang dapat dilihat di dalam zoo ini. Dan yang pasti, aktiviti paling menyeronokkan ialah menunggang kuda. Yela, bukan selalu kan. Harganya juga berpatutan. Hanya RM 5 untuk satu pusingan. 

Sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan bila kita menunggang kuda. Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ‘ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Sumber: Heliconia

Jadi, jom nikmati aktiviti menunggang kuda di Mini Zoo Taman Teruntum. Walaupun hanya mini zoo, tapi anda pasti dapat menimpa pengalaman berharga. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor

5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor

Perkara menarik tentang negeri johor, Johor Darul Ta'zim, JDT, Luaskan Kuasamu Johor, Zapin, Laksa Johor, Johor Outlet Premium


Assalamualaikum

Bertemu lagi. Alhamdulillah Papaglamz masih mampu lagi menaip di lembaran maya ini. Terasa nak berserita tentang keunikan negeri Johor la. Korang nak tahu tak PERKARA-PERKARA MENARIK TENTANG NEGERI JOHOR? Jom PapaG kongsikan.

1. Laksa Johor

Setiap negeri tentu sahaja mempunyai makanan rasmi mereka sendiri kan? Jadi, kat johor ni makanan yang famous orang akan tanya mestilah laksa johor. Laksa johor adalah lain daripada laksa-laksa yang lain. Nak tau ape yang berbeza? Yang bezanya ialah kuah die dan mee yang di gunakan. Kuah dia santan based dan mee dia guna spagethi. Laksa Johor ni favourite Papaglamz tau. Biasa time-time kenduri ade laksa johor, memang yang ni la akan Papaglamz jamah dulu. Yang lain kemudian.


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

2. Nasi Ambeng

Selain laksa johor. Bagi masyarakat jawa di Johor, mereka popular dengan nasi ambeng. Papaglamz sure ramai yang tau pasal nasi ambeng ni. Biasenya nasi ambeng ni di hidang time-time majlis kenduri tahlil atau potong jambul dan majlis kenduri kesyukuran di rumah-rumah atau surau. Susah tau sekarang ni nak cari nasi ambeng yang di makan masa kenduri. Kebanyakanya sekarang guna style buffete. Korang mesti nak tau kan ape yang terdapat dalam nasi ambeng ni? Secara asasnya, di dalam sebuah hidangan nasi ambeng yang wajib ade ialah nasi, ayam masak kicap (resepi asal) ataupun kari ataupun masak merah, mee goreng, serunding, sambal goreng, masak lodeh, dan ikan kering. Ni yang asas la. Ade orang tambah lagi macam-macam. Bagi Papaglamz nasi ambeng paling best. Lelagi makan time kenduri tahlil kat rumah orang. Makan dalam dulang ramai-ramai. Tetibe rindu nak balik kampung. Sob sob sob.

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium


3. Zapin

Selain makanan, di Johor juga terdapat budaya yang unik dari negeri-negeri lain. Sebagai contoh, negeri Johor sangat terkenal dengan seni tarian zapinnya. Bermacam-macam jenis tarian zapin yang ada kat johor ni. Zapin Tenglu, Zapin Parit Makasar, Zapin Teluk Belanga, Zapin Melayu Asli, Zapin Pekajang dan banyak lagi. Pendedahan seni tarian zapin ni bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Diorang ni siap ade pertandingan zapin antara sekolah-sekolah tadika. Comel kan? Selain bebudak kecik, belia-belia jugak ade yang menyertai zapin ni di kolej-kolej ataupun universiti-universiti masing. Tak kalah jugak bagi golongan emas, mereka juga lincah berzapin. By the way, Papaglamz juga dulu penzapin tegar. Tapi sesejak dah kawen ni slow down dah. Nampak tak sedap pulak mata memandang tua-tua masih lagi terkinja-kinja di atad pentas tu kan. Huhuhu


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium


4. Kuda Kepang

Selain zapin, masyarakat johor juga terkenal dengan seni tari kuda kepang. Sejarahnya, budaya tarian kuda kepang ni berasal dari tanah jawa. Oleh sebab ramai penduduk tanah jawa yang berpindah di negeri johor semasa pemrintahan belanda, seni tari kuda kepang juga dibawa masuk ke sini. Tapi, kuda kepang ni ada unsur-unsur khurafatnya. Papaglamz memang tak berani nak tengok rapat-rapat. Secara asasnya bila cakap tentang kuda kepang je mesti orang akan cakap pasal isim. Isim ni macam rasukan gitu la. Kira bila kita berkuda kepang, ada satu entitiain yang telah memasuki badan si pemain kuda kepang tu. Tu yang boleh makan kaca, panjat pokok kelapa yang tinggi, kupas kelapa guna gigi dan macam-macam lagi la yang di luar kemampuan manusia biasa mereka buat. Haish seram la. Mintak di jauhkan la dari Papaglamz.


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

5. Shopping di Johor Premium Outlet (JPO)

JPO memang tampat wajib singgah kalau kat johor ni. Semua barang-barang branded dan mahal-mahal ok. Sape yang kaya tu sila la jalan kat JPO ni. Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai memudahkan para pelancong untuk singgah di JPO membeli cenderamata. Tapi... Papaglamz tak pernah pun pergi JPO ni. Hahaha. #Kbai.

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Jadi, sampai sini je lah perakara menarik tentang johor. Sebenarnya banyak lagi. Meh Papaglamz list kan:
  • Danga Bay.
  • Tanjung Piai - Tempat paling hujung di benua Asia.
  • Pantai-Pantai menarik.
  • Anak-anak muda yang ayu dan tampan.
  • Stadium Larkin yang mantap.. LUASKAN KUASA MU. Hahaha.
Ok la tu jer. 

-sekian-
Lengkuas Muda Baik Untuk Wanita Selepas Bersalin?

Lengkuas Muda Baik Untuk Wanita Selepas Bersalin?

Tip berpantang dengan lengkuas


Assalamualaikum

Baru-baru ni PapaG ada terbaca satu artikel tentang kebaikan Lengkuas bagi wanita-wanita selepas bersalin? Teruja sekejap sebab tak pernah tahu langsung. Semasa isteri PapaG berpantang anak yang pertama aritu, tak pernah pula mak PapaG cakap tentang khasiat lengkuas. Jadi lepas ni, nak suruh isteri PapaG makan lengkuas kalau berpantang. 

Tip-berpantang-dengan-lengkuas-Menu-orang-berpantang-Menu-sihat-Health-Recipe

Korang selalu ke dengar tentang lengkuas? 

Lengkuas ni boleh di kategorikan sebagai tumbuhan ubi-ubian. Sebab buahnya di dalam tanah. Lengkuas biasanya orang guna sebagai bahan tambahan di dalam masakan. Oleh kerana lengkuas ni mempunyai bau, apabila di campurkan kedalam masakan, ia akan membuat aroma makanan itu bertambah enak dan lazat.

Boleh juga dikatakan lengkuas ini termasuk di dalam kategori herba. Yela khasiatnya yang banyak bagaikan herba-herba asli yang wujud di dunia ini. Korang mesti nak tahu antara khasiat-khasiat lengkuas yang lain kan?

Antara khasiat lengkuas termasuklah mengubati:


  1. Kembung, sebab.
  2. Paru-paru (semput)
  3. Kurap
  4. Eksema
  5. Demam disertai pembesaran limpah
  6. Pembersihan selepas bersalin (nifas)
  7. Radang telinga
  8. Brontokhitis
  9. Masuk angin
  10. Diare
  11. Sakit gigi
  12. Obat kuat (aphrodisiak)
Haa banyak kan khasiat lengkuas ni? Patut la dulu mak PapaG pernah minum air rebusan lengkuas macam tu jer. Rupanya banyak khasiat lengkuas untuk menjaga kesihatan. Untuk ibu yang sedang berpantang tu jangan lupa terjah entri 17 Resepi Menu Masakan Buat Ibu Sedang Berpantang atau Selepas Bersalin untuk melihat menu-menu baik bagi memulihka kesihatan. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lengkuas. Selamat mencuba. Wallahualam


With Love
Papaglamz

-sekian-


Dengan Berbisik Anak Mudah Mendengar Kata?

Dengan Berbisik Anak Mudah Mendengar Kata?

Petua anak dengar kata,  Cara nasihat anak agar dengar kata


Assalamualaikum

Anak... Anak.. Anak.. Kadang letih melayan kerenah dia. Kerenah anak-anak yang hendak membesar memang sangat mencabar. Tak dapat bayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu mampu beranak ramai. Kadang tu susah hendak membuatkan anak-anak mendengar kata kita. Bila kita marha, menjerit dan sebagainya bukanlah satu jalan penyelesaian untuk membuatkan anak-anak kita mendengar kata kita.

Cara-nasihat-anak-agar-dengar-kata

Alangkah indahnya jika anak-anak dapat mendengar kata tanpa perlu kita menjerit-jerit memarahinya. Mungkin dengan komunikasi yang baik dapat kita gunakan dalam mengatasi masalah ini. Daripada cuba memaksa anak-anak untuk mendengar kata dengan paksaan dan sebagainya mungkin kita boleh cuba beberapa cara di bawah untuk mengatasi masalah ini:

Jalinkan hubungan

Hubungan di sini membawa maksud membina keserasian ataupun ikatan yang mesra antara anak dan juga ibu bapa. Apabila hubungan antara ibu bapa dan anak-anak kuat, maka akan mudahlah anak-anak anda untuk bertindakbalas dengan segala arahan ataupun kata-kata anda sebagai ibu bapa. Antara cara-cara yang boleh digunapakai untuk menguatkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa ialah dengan bermain bersama, membaca bersama, melakukan aktiviti bersama dan ketawa bersama. Insyallah ikatan yang lebih arab antara anak dan ibu bapa menjadikan mereka lebih mendengar kata-kata dari anda.

Berbisik atau rendahkan suara

Bagi anak-anak berbisik merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan. Mereka rasa gembira sekiranya seseorang berbisik di telinganya. Cuba anda lakukan, pasti anak-anak akan tersenyum riang. Berbisik di sini membawa maksud, perlahankan suara anda jika bercakap dengan anak-anak. Gunakan nada manja atau kasih sayang bukan nada geram atau marah. Insyallah anak-anak anda akan lebih mudah mendengar kata.

Gunakan bahasa badan atau pandangan mata

Daripada anda menjerit-jerit dari jauh untuk meminta anak anda membuat sesuatu, apa kata anda mendekati anak anda. Pandang pada matanya dengan senyuman dan berkata dengan kasih sayang perimintaan anda. Insyallah anak-anak akan mudah mengikuti apa yang anda inginkan. Orang kata, sopan dalam mengganggu aktiviti anak. 

Ulangi permintaan anda

Apabila anda telah bercakap pada anak anda akan permintaan anda, cuba suruh mereka ulang kembali. Ini bagi memastikan maklumat yang anda ingin sampaikan telah mereka terima. Insyallah jika anak anda mampu mengulangi apa yang anda ingin kan, mereka akan mudah faham dan permintaan anda akan diikuti oleh anak anda.

 Hormati dan hargai anak anda

Andainya anak anda telah melakukan apa yang anda ingin kan, apa kata hargai mereka. Mungkin cukup dengan ucapan terima kasih dan sebuah kucupan mesra ditambah dengan pelukan hangat dari ibu atau ayah. Pastinya mereka gembira dan hubungan anda dengan mereka pasti bertambah erat. Insyallah

Sebenarnya anak-anak kita boleh mendengar kata dengan mudah. Tetapi ia bermula dari kita sebagai ibu bapa. Bagaiman tindakan yang kita ambil dalam memberi arahan-arahan pada anak-anak dan corak atau tabiat percakapan kita dengan mereka. Itu semua memberi kesan. Jadi, ubah cara percakapan anda dengan anak-anak. Isyallah mereka akan mudah mendengar kata. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Permata Hati Ayah Ibu

Permata Hati Ayah Ibu



Kata-kata buat anak, Anak soleh dan solehah


Assalamualaikum

Selamat pagi salam ceria buat semua pembaca Papaglamz.com yang PapaG kasihi. Hari ni pelajar-pelajar darjah 6 akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR). Jadi PapaG doakan semoga anak-anak semua di beri ketenangan dan kemudahan dalam menjawab semua soalan-soalan nanti. Insyallah.
Permata-Hati-Ayah-Ibu

Anak-anak sekalian, ingat anda ialah permata buat kami kedua ayah dan ibu mu. Anak-anak yang mendapat didikan yang sempurna insyallah akan menjadi benteng dari Azab Allah SWT. Pastinya kami bahagia sekiranya dapat melihat anak-anak yang mereka didik membesar dengan baik dan menjadi anak soleh dan solehah. Orang kata sejuk perut ibu mengandung.

Wahai permata hati ayah ibu, dalam menjaga anak-anak ni kadang kala kita diuji dengan kesabaran kan? Pelbagai kerenah juga tingkah laku anak-anak yang boleh mengugat kesabaran. Tapi sebagai ibu bapa kita harus sabar. Jangan cepat melenting. Sabar itu kan sebahagian dari iman. Saaabooorr jelaaa. Hehehe

Sebagai seorang anak ni kita wajib berbakti kepada kedua orang tua kita. PapaG juga seorang anak yang menjadi permata hati mereka. Ia bertujuan untuk membahagiakan mereka tatkala meniti hari tua. Dalam islam meletakkan darjat ibu bapa dalam kedudukan yang mulia. Sebagai anak, apa salahnya kita memberi kasih sayang yang sewajarnya pada mereka. Ye la, masa kita kecil, di tatangnya kita umpama minyak yang penuh. Bila kita sudah dewasa, kenanglah jasa meraka.

Akhir kata dari PapaG, ingat jangan derhaka pada ayah dan ibu. Sebuah hadis ada mengatakan:
“Semua dosa akan ditangguhkan Allah, iaitu balasan menurut kehendaknya sehingga hari kiamat kecuali balasan menderhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pad masa hidupnya sebelum mati.” (Riwayat Al-Hakam) 

Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi Panas Membara

Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi Panas Membara

Resepi Masakan Ikan yang mudah dan menyelerakan


Assalamualaikum

Dalam kita melakukan tugas dan aktiviti seharian, tidak salah seandainya kita bersama keluarga merehatkan minda di rumah. Bersantai dengan keluarga di syurga rumah tangga yang kita bina. Apa kata jadikan rumah kita sebagai tempat percutian yang menarik. Sebenarnya macam-macam aktiviti yang boleh di lakukan di rumah. Contohnya memasak. Memasak bersama keluarga memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau bereksperiment menu-menu masakan. Baru-baru ini Ibu Dhia ada masakakan PapaG menu Ikan Goreng Tumis Cili Padi untuk makan malam kami.

Kebetulan semasa PapaG pergi pasar ade ternampak ikan yang segar Jadi PapaG beli la sedikit cukup-cukup untuk kami berdua. Ikan goreng tumis cili padi ni mudah sahaja cara nak buatnya. Setengah orang ade yang gunakan cili kering atau pun cili boh. Tapi untuk resepi kali ini kami gunakan cili padi yang berwarna merah. Memang pedas mencengkam la. Kami sekeluarga suka sekiranya masakan tu pedas sedikit. Orang kata lidah jawa kan. Hehehe.


Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi

Bahan-bahan

Ikan yang di goreng
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi warna merah
Sedikit bilis
Garam
Gula
Air asam jawa
Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak Ikan Goreng Tumis Cili Padi
  • Goreng ikan.
  • Tumbuk bawang merah, putih, bilis, dan cili.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi.
  • Setelah naik bau, sesuaikan rasa dengan mencampurkan air asam, garam dan gula.
  • Setelah siap, masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
  • Siap dan boleh la di hidang

Mudahkan? Ikan goreng tumis cili padi sedap kalau di makan dengan nasi putih panas-panas. epas tu di tambah pula dengan sayur labu air masak lada hitam macam resepi yang PapaG kongsikan sebelum ini. Memang terangkat la. Hehehe. Ok la selamat mencuba. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Kuantan di Landa Jerebu?

Kuantan di Landa Jerebu?

Air Pollutant Index (API), Indek Pencemaran Udara, Jerebu di Kuantan


Assalamualaikum

Masa entri ni di tulis, PapaG baru balik dari kerja. Cuma ingin berkongsi sesuatu buat pembaca semua. Hari ini PapaG rasakan Kuantan di landa jerebu je. Ye la, masa di kilang, kelihatan persekitaran di kuantan berasap. Kemudian semasa balik dari kerja pun PapaG nampak keadaan yang berasap umpama jerebu. Adakah Kuantan sedang di landa jerebu lagi? Rasanya awal-awal tahun 2015 hari tu, Kuantan telah mengalami jerebu dengan bacaan Air Polutant Index (API) yang tinggi. Mungkin kini ia datang kembali. Lagi pun, agak lama juga tak hujan kat kuantan ni.

Air PollutantIndex (API)

Air Pollutant Index (API) atau dalam bahasa melayu dipanggil Indek Pencemaran Udara. Bacaan index inilah yang akan menjadi satu kayu pengukur tahap keseriusan jerebu ataupu pencemaran udara di sesuatu kawasan. Untuk anda mengetahui indek pencemaran udara di kawasan anda, anda boleh mengekses masuk ke laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Semulajadi dan Persekitaran (Klik Di Sini). Untuk pengetahuan semua, bacaan indek ini akan di kemaskini seiap hari. Jadi, boleh la kita melihat sebagai langkah berjaga-jaga buat kita.

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
300 --------Berbahaya

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya jerbu melanda?

  • Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
  • Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
  • Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
  • Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
  • Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
  • Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
  • Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
  • Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
  • Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
  • Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
  • Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
  • Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
  • Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
  • Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
  • Pengharaman pembakaran secara terbuka
  • Kawalan lebih ketat kepada industri.
  • Mengurangkan waktu persekolahan.
  • Mengurangkan masa bekerja
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
  • Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
  • Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara

Harapnya tak la teruk sangat sekiranya Kuantan di landa jerebu lagi. Semoga entri ini berfaedah buat semua. Ingat berhati-hati dengan pencemaran uadara kerana ia boleh memudaratkn kesihatan. Cuba amalkan perkara yang PapaG kongsikan di atas tu. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-
Kanser | Kerana Cinta Semangatnya Untuk Hidup Terus Membara

Kanser | Kerana Cinta Semangatnya Untuk Hidup Terus Membara

Penderita pesakit kanser, Kerana cinta semangat terus membara untuk hidup, Cancer, Majlis Kanser Malaysia (MAKNA)


Assalamualaikum

Bila berbicara tentang cinta, skopnya sangat luas. Bukan hanya cinta lelaki dan wanita sahaja. Malah ia lebih dari itu. Ada cinta yang di cipta antara ibu dan anak. Dan ada cinta yang tercipta untuk keluarga. Cinta juga mampu menjadikan seseorang itu bersemangat untuk meneruskan hidup sekiranya kita di timpa pelbagai musibah dan dugaan. PapaG terpanggil untuk berkongsi kisah duka yang berakhir dengan suka berkat semangat dari cintanya pada anak-anak membantunya dalam mengharungi hari-harinya sebagai seorang penghidap kanser payudara. 


Riak wajah ceria Norina Aziz, 49, yang lebih mesra disapa Kak Ina berubah muram saat teringatkan kembali detik mengejut apabila disahkan mengidap kanser payudara sekitar bulan September 2009. Ibarat kata pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ bergenang air mata si ibu tunggal ini menceritakan semula keperitan hidup yang terpaksa ditempuhi seorang diri selepas kematian suami tercinta 14 tahun lalu.

“Dunia gelap gelita, saat itu hanya terpikirkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Demi mereka saya kuatkan semangat kerana tidak mahu anak melalui pengalaman saya kematian ibu sewaktu masih kecil.
“Kehidupan kami sebelum ini bukan senang hanya bergantung kepada hasil pendapatan memasak di kantin. Namun sekurangnya sihat untuk bekerja tetapi semuanya berubah setelah saya jatuh sakit,” katanya yang berasal dari Bagan Dalam, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kesan awal, rujuk ke hospital.

Pengalaman pahit ini bermula apabila dia mengesan wujud kelainan pada anggota badannya, apabila terasa ada ketulan kecil seakan-akan biji asing sewaktu ditekan di kawasan bahagian atas payudara sebelah kanannya.
“Bimbang berlaku sesuatu yang buruk saya segera mendapatkan pemeriksaan awal di klinik kesihatan berdekatan sebelum diminta untuk rujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi pemeriksaan lanjut.
“Dalam tempoh sebulan lebih macam-macam ujian terpaksa ditempuhi untuk mengesan penyakit. Akhirnya doktor mengesahkan saya mengidap kanser payudara dan diminta menjalani pembedahan kecil.
“Waktu itu pelbagai perasaan berperang dalam diri sedih, bimbang, takut. Dalam kepala asyik teringatkan anak. Syukurlah kakitangan hospital termasuk badan sokongan pesakit kanser, jiran banyak memberi semangat untuk melawan penyakit,” katanya.
Pembedahan kali pertama berjalan seperti dirancang, namun setelah membuat rawatan susulan ternyata saki baki sel-sel kanser masih ada memaksa pembedahan kali kedua membuang keseluruhan payudara kanan terpaksa dilaksanakan pada Januari 2010.

Dugaan demi dugaan, kuatkan semangat untuk pulih.

Selepas selesai pembedahan kali kedua, dia menjalani pelbagai prosedur lain termasuk mencuci luka dan kemoterapi yang ditetapkan untuk memastikan betul-betul bebas daripada kanser berkenaan.
“Selalunya kemoterapi berjalan dalam tempoh enam bulan, namun saya berlangsung hingga setahun lebih berikutan tahap kesihatan diri tidak menentu dan apabila tidak sihat terpaksa menangguh sementara rawatan.
“Bukan mudah untuk menghadapi kesan sampingan sepanjang tempoh menjalani kemoterapi termasuklah rambut gugur, kawasan mulut menjadi kering, hilang selera makan tetapi saya tetap lawan supaya cepat sembuh,” katanya.
Penderitaan yang dialami turut mengajar anak-anaknya supaya berdikari menguruskan diri sendiri walaupun ketiga-tiga mereka adalah lelaki. Anak sulung kini melanjutkan pelajaran di politeknik, kedua di tingkatan lima sebuah sekolah teknik serta ketiga di tingkatan dua.
“Dalam tempoh berkenaan, mereka sendiri masak nasi, baju baju dan kemas rumah. Saya tidak larat untuk bergerak sebaliknya hanya terbaring sahaja. Jika mereka ke sekolah akan ada jiran menghantar makanan ke rumah.
“Walaupun hilang punca pendapatan, namun rezeki Allah tidak putus. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan bulanan RM300 untuk anak meneruskan persekolahan mereka,” katanya.
Mendung suram berarak pergi.

Ketabahannya mengharungi ujian berat semata-mata memikirkan masa depan anak-anak akhirnya terbayar apabila ditawarkan bekerja menjadi tukang jahit di bawah pengurusan Badan Sokongan Pesakit Kanser, Hospital Seberang Jaya pada pertengahan 2010.
“Saya terima tawaran itu walaupun tidak mempunyai sebarang asas dalam bidang jahitan sewaktu mula bekerja. Namun berkat tunjuk ajar kakitangan hospital saya mampu menjahit baju kurung, langsir, cadar, barangan kraftangan seperti beg kain, bekas pensil.
“Kehidupan kami sekeluarga kini semakin baik apabila memperoleh pendapatan hasil menjahit kira-kira RM1000 sebulan, saya mampu membeli sebuah motosikal untuk berulang-alik ke hospital serta menanggung keluarga,” katanya.
Biarpun masih bergantung kepada bekalan ubatan untuk tempoh lima tahun selepas pembedahan, dia mengakui hidupnya semakin ceria dan bersemangat untuk terus hidup. Kisah hidupnya tidak terhenti setakat itu sebaliknya dia bersama beberapa rakan senasib Sharifah Maziam Syed Romly,46, dan Faridah Sheni Hussain, 67 seringkali berkongsi pengalaman yang ditempuhi mereka untuk menjadi pembakar semangat kepada pesakit baru melawan kanser.

Aktif sertai aktiviti badan sokongan pesakit kanser.

Penglibatannya dalam badan bukan kerajaan (NGO) badan sokongan pesakit kanser membuka ruang untuk membantu lebih ramai kalangan pesakit yang melalui nasib sama.
“Banyak aktiviti yang dianjurkan termasuk menjual pelbagai produk kraftangan, makanan, lawatan ke tempat menarik seperti Kelantan dan Pulau Langkawi. Aktiviti seperti ini menyeronokkan serta mengeratkan hubungan pesakit dengan kakitangan hospital.
“Melalui badan ini juga, bekas pesakit turut berpeluang memberi sokongan berterusan kepada pesakit baru melalui sesi kaunseling, bimbingan dari segi mengurusan emosi, pemakanan dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan golongan wanita di luar sana supaya segera mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa doktor sebelum terlambat kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa.

Di petik dari : Sumber

Begitulah dapat dilihat betapa ketabahan sesorang wanita yang kehilangan suami dan pada masa yang sama disakan menghidapi penyakit kanser. Namun demi anak-anak dan keluarga, beliau terus tabah dan bersemangat untuk meneruskan hidup ini. PapaG doakan semoga Puan Norina terus cekal dan terus bersemangat serta diberi kesembuhan yang terbaik. Insyallah

With Love
Papaglamz

-sekian-
Mahu Mencari Cinta Yang Bagaimana?

Mahu Mencari Cinta Yang Bagaimana?

Mencari Cinta Sejati, Mencari Cinta Kerana Allah, Nasihat Semangat Cinta, Cinta Nafsu, Cinta Menuju Ke Syurga


Assalamualaikum

Ternyata cinta itu membahagiakan bagi mereka yang sebenar-benarnya mencari cinta yang ingin menuju kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Beruntung bagi mereka telah pun berjaya dalam mencari cinta sejatinya. Seseorang yang telah menemui cinta sejati dan memahami erti cinta yang sebenarnya pasti berada dalam suasana yang bahagia. Pencari cinta sejati sudah pasti akan berusaha mencintai serta menyayangi pasangannya sepenuh hati dalam menuju bahtera cinta abadi di Syurga nanti. 

Mencari-Cinta-Sejati-Mencari-Cinta-Kerana-Allah-Nasihat-Semangat-Cinta-Cinta-Nafsu-Cinta-Menuju-Ke-Syurga

Kebahagiaan bagi pasangan yang mencari cinta sejati di capai pabila setiap pelaku cerita dalam cerita cinta sejati itu memilih untuk saling membahagiakan dan juga saling menyayangi. Ada orang mengatakan bahawa jika ingin bahagia, kita harus memberi kebahagiaan pada orang lain. Dan jika kita ingin di sayangi, kita harus menyayangi orang lain. Itu lah hukum karma dalam hidup. You get what you give. Sentiasalah berbuat baik kepada pasangan dengan menjaga, meyayangi dan segala yang baik. Insyallah memberi yang baik pasti anda akan mendapat yang baik juga. 

Itu kisah bagi pencari cinta sejati. Bagimana jika seseorang itu hanya mencari cinta yang berlandaskan nafsu semata? Mungkin cinta yang ditafsirkan olehnya hanyalah sebagai satu proses memuaskan nafsu semata tanpa ada sedikit rasa kebertanggungjawaban. Mereka sering menganggap bahawa nafsu itu adalah cinta. Awas...!!! Jika anda mencari cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata, ia merbahaya. Waktu ini, segala atuk nenek syaitan akan berusaha sepenuh hati mereka untuk menggoda anda agar terjerumus ke dalam lembah dosa iaitu ZINA.

Selain itu, bagi mereka yang mencari cinta yang berlandskan nafsu semata-mata, mudah untuk merasa kecewa. Pernah dengar pepatah malayu mengatakan habis manis sepah di buang? Apabila nafsu telah di penuhi, cinta akan dibuang ketepi. Bila cinta telah di buang, pastinya kekecewaan akan menyelubungi hati. Betul tak? 

Andai anda takut kecewa dalam cinta. Carilah cinta yang hakiki. Cinta dari Maha Pemberi dan Maha Pencipta rasa cinta. Pastinya anda bahagia. Cintakan bunga bunga akan layu, Cintakan manusia, manusia akan mati. Tapi cintakan Allah, ia kekal selamanya. Bukan hanya kekal di dunia malah di Syurga nanti. Insyallah. Selamat mencari cinta. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-

17 Resepi Menu Masakan Buat Ibu Sedang Berpantang atau Selepas Bersalin

17 Resepi Menu Masakan Buat Ibu Sedang Berpantang atau Selepas Bersalin

Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan,


Assalamualaikum

Pertamanya ucapan tahniah buat para ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata. Pastinya saat melahirkan adalah waktu yang amat genting buat ibu semua kerana bersabung nyawa demi melahirkan insan cilik ke dunia realiti kan? Rasanya jika ingin bercerita pengalaman melahirkan tu di luar bidang kuasa PapaG la. Sebab PapaG tidak merasa. Wife merasa la. Hehehe. Saat berpantang tentunya waktu yang amat mencabar juga kan? Yela, setelah berhempas pulas melahirkan, badan mesti lemah. Di khabarkan beratus-ratus urat putus sewaktu melahirkan anak. Jadi, anda seharusnya berpantang tak kira dari segi mengelakkan melakukan aktiviti yang berat dan juga mengambil menu-menu masakan yang sesuai buat ibu yang sedang berpantang atau selepas bersalin.

Pengambilan supplement juga merupakan penting ketika berpantang KLIK DI SINI

Jika berpantang zaman dahulu, nenek-nenek kita amat tegas. Pengambilan makanana amat di jaga. Hanya beberapa menu masakan yang dibenarkan untuk ibu yang sedang berpantang makan. Prenah masa wife PapaG dulu berpantang, makan satu menu sahaja. Itu pun menu makanan yang di rebus sahaja. Tapi tak pe la kan? Tubuh badan tu hendak di gunakan 20 ke 30 tahun lagi. Harus di jaga dari sekarang. Jika tidak, kesihatan akan terjejas bila usia tua. Jadi, amalkan pemakanan dan juga menu-menu masakan yang sihat buat ibu-ibu yang sedang berpantang agar kesihatan anda terjamin. Insyallah.

PapaG tejumpa perkongsian dari Rahsia Hawa tentang resepi menu masakan buat ibu sedang berpantang atau selepas bersalin yang boleh anda cuba. Ada 17 resepi kesemuanya. Boleh la guna masa anda berpantang. Boleh la kita bertukar-tukar menu setiap hari kan. Untuk pengetahuan, resepi ini sesuai bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara normal dan juga pembedahan. Ia juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.


1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Haaa menarik bukan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua. Sekali lagi tahniah PapaG ucapkan dengan kehadiran insan baru di dalam hidup anda sekeluarga. Anak adalah amanah Allah. Amanah yang akan membawa kita ke syurga. Anak jugalah kunci pintu syurga buat kita. Selamat menajdi ibu bapa contoh teladan buat anak-anak anda. Insyallah. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com