28.10.15

Rahsia Kulit Kepala Sihat Dengan Limau Nipis

Rawat kulit kepala gatal dengan perahan limau nipis dan semula jadi


Assalamualikum

Masalah kulit kepala gatal adalah antara yang menghantui PapaG. PapaG ada la juga pakai shampoo yang ada di pasaran untuk menghilangkan kegatalan di kepala. Tapi kalau pakai shampoo selalu, rambut akan jadi kering pulak. Kadang-kadang tu terasa nak mentradisionalkan diri. Cuci rambut dengan perahan limau nipis. Ramai yang tahu limua nipis sering kali di gunakan dalam ramuan untuk merawat rambut yang gatal. Sifat limau yang berasid dan mampu mencuci juga menjadikannya antara extract terpenting dalam pembuatan shampoo pada masa kini. Oh maaf entri ni bukan entri review produk yer. Hehehe..

Cara-hilangkan-gatal-kulit-kepala

Ha berbalik pada mencucui rambut dengan limau nipis ni. Memang best. Apa tidaknya lepas je basuh korang akan tersa rambut begitu bersih. Bau pun segar jer. Cara untuk mencuci rambut dengan perahan limau nipis mudah sahaja. Korang ambil sebiji limau nipis. Potong kepada dua. Perahkan di atas kepala dan tenyehkan di seluruh rambut. Urut-urut sikit rambut tu. Biarkan perahan limua meresap ke dalam kulit. Biar kan 10 hingga 15 minit. Kemudian cuci. Mudah kan. Hasilnya pasti memuaskan. Cuba lah.

Cara-hilangkan-gatal-kulit-kepala
Yang atas tu sebelum. Dan yang bawah tu selepas. Haaa berbezakan? Lebih kemas dan SANTIK....!!!!

Sebenarnyakan banyak lagi petua-petua orang dulu yang boleh kita ikut untuk mengubati kulit kepala yang gatal dengan menggunakan sumber alam semulajadi. Betul tak? Jom PapaG kongsikan beberapa tips dan cara untuk kita mengatasi masalah kulit kepala yang gatal dengan bahan-bahan semulajadi.
Dengan menggunakan daun rosemary, cincang daun dan rebuskan dengan manambahkan 3 uncang teh charmmomile. Didihkan selama 5 minit. Kemudian cucilah kepala anda dengan air rebusan tadi.
Gunakan aloe vera pun boleh juga. Mudah je. Sapukan aloe vera di kawasan kepala anda. Biarkan seketika dan cuci
Boleh juga guna kan kulit tembikai. Tenyehkan kulit tembikai di seluruh kepala anda. Biar seketika dan cuci
 Mudah kan? Selamat mencuba tau. Kita usaha selebihnya serah pada Allah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

  1. sgt mudah petua ni... limau nipis byk khasiat n kegunaanya tp ada penyakit M ni fuhhh ssh le nak amal..... penyakit M nyahhkan jauh-jauh...

    BalasPadam
  2. Along nak cuba lah... Nampak juga sebelum dan selepas tu.. banyak juga perubahannya...

    BalasPadam
  3. Limau nipis ni memang macam2 khasiat boleh buat... Nanti boleh amalkan..

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com