21.10.15

"Sweat Challange" di Pusat Badminton Semambu

Badminton lover, Lokasi Pusat Badminton Semambu, Kuantan


Assalamualaikum

Semalam PapaG berkesempatan ala-ala beriadah bersama-sama rakan sepejabat di Pusat Badminton Semambu, Kuantan. Setelah sekian lama tak turun gelanggang badminton, tetiba rindu zaman kegemilangan muda-mudi dulu main badminton masa kat universiti. Walaupun tak la sehebat Lee Chong Wei kan. Tapi at least pandai la nak buat pukulan servis dan balas shuttle dari pihak lawan kan. Memandangkan dah lama tak main badminton, raket lama pon entah ke mana entah. Jadinya, semalam petang jugak PapaG cari reket baru sebab malamnya nak main dah. #Gigih

Lokasi-Pusat-Badminton-Semambu

By the way, PapaG beli reket memurah je. Tak mampu la nak beli yang memahal sangat. Asal boleh pukul dan selesa cukup la. Beli ni pun sebab baru dapat payment produk review dalam blog. Kalau tak, memang tak beli la. Guna konsep pinjam meminjam je la. Hehehe. Kalau nak harapkan duit gaji, memang tak la. Cukup-cukup pakai tampung untuk perbelanjaan bulanan keluarga jer. Tapi, I is bersyukur. Alhamdulillah. Cukup...!!!!

Dimana lokasi Pusat Badminton Semambu?

Tak kenal maka tak cinta. Betul tak? Macam tu la, tak sampai maka tak tau la tempatnya kat mana. Rasanya selama 3 tahun PapaG menetap di Kuantan, baru 3 kali menjejakkan kaki di Pusat Badminton Semambu. Pada awal-awal dulu memang sesat. Tapi selepas kali ke tiga tak sesat dah. Lokasi pusat badminton ini terletak berdekatan kawasan perindustrian semambu. Sebenarnya memang agak tersorok sikit la. Tapi kalau nak mudah korang google map je koordinate lokasi dia ni (3.8404588,103.3320109) insyallah jumpa la nanti.

Sebenarnya banyak je lagi pusat badminton di Kuantan selain di Semambu. Pusat badminton di semambu bukan sahaja menyediakan gelanggang badminton, tetapi di tingkat atas bangunan terdapat gelanggang bagi mereka yang ingin bermain ping pong atau table tennis. Kira-kira ada 5 gelanggan ping pong di sediakan. Gelanggang badminton pula memang banyak la. Lebih 20 gelanggang kot. Tak sempat pula nak kira. Hehehe.

Lokasi-Pusat-Badminton-Semambu

Lokasi-Pusat-Badminton-Semambu

Walau apapun seronok dapat lepaskan gian main badminton. Terima kasih la buat member-member yang sudi mengajak kita ni. Memula malu nak join. Last-last kita redha je la. Masa ni la nak berpleuh. Kalau tak, dok mengada p blog je la kerjanya.

P/s: Tq guys, make sure next time ajak aku lagi. Mahal aku beli reket ni. Tak kan main sakali jer. Kalau tak ajak, aku SEMBELIH...!!!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com