26.10.15

Selfie Anak Bapak

Gambar selfie anak dan bapak


Assalamualaikum

Korang sihat ke hari ni? Alhamdulillah kita bertemu kembali. Ok la dalam entri ini PapaG hanya nak berkongsi pada pembaca semua perkembangan puteri PapaG sorang tu. Sapa lagi Dhia Imtiyaz la. Sekarang ni Imtiyaz dah berumur setahun 5 bulan. Selari dengan pertambahan umur, bertambah la juga keletah-keletah yang mencuit hati. Yang best Imtiyaz dah pandai selfie tau. Ni ikut perangai ayah dia kot. Hahaha

Satu perangai yang buat PapaG ketawa seorang diri kalau teringat ialah, bila kita cakap CANTIK dekat Imtiyaz nanti sebok dia cari cermin nak tengok muka dia. Hurmm, kalau dah namanya perempuan tu kan? Dengan cermin memang tak boleh di pisahkan. Tu belum lagi tiru gaya ibu die berbedak. Kalau di biarkan habis la bedak satu botol di kerjakan. Baru-baru ni Ibu Dhia ade belikan tudung kecik yang comel untuk Imtiyaz. Yang peliknya, bila Ibu dhia yang pakaikan, kejap je sebok nak suruh bukak. Tapi, kalau PapaG yang pakaikan, tak nak bukak pulak. Siap selfie bagai lagi. ANAK BAPAK katanya. Walau pun tak duduk dengan PapaG, tapi die macam naja jugak la ngan PapaG ni. Hehehe. (Alaaa imtiyaz sayang jugak dengan ibu dhia la. Majuk kang ibunye kalau cakap macam ni.)

Selfie-anak-bapak-yang-ceria

Selfie-anak-bapak-yang-ceria

Selfie-anak-bapak-yang-ceria

Selfie-anak-bapak-yang-ceria

Selfie-anak-bapak-yang-ceria

Selfie-anak-bapak-yang-ceria

Bila imtiyaz dah besar ni, tetiba teringat kata-kata seseorang pada PapaG berkenaan anak ni. Dia kata anak ni rezeki dalam hidup kita. Tapi, bukan rezeki yang datang bergolek tanpa usaha kita lakukan. Anak ni boleh jadi pemberi rezeki pada kita untuk kita masuk ke syurga. Tapi, dia juga akan menyebabkan kita masuk ke neraka. Jadi, sebagai ayah yang juga merupakan ketua keluarga, tanggungjawab memimpin keluarga itu bukan sahaja untuk hidup aman di dunia malah di akhirat nanti. Insyallah. Jadi, para ibu ayah sekalian, didiklah anak-anak dan keluarga sehabis baik dengan ajaran-ajaran berlandaskan islam. Insyallah hidup kita akan diberkati dan dirahmati oleh Allah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com