15.10.15

Tip Untuk Dipermudahkan Rezeki Dalam Rumahtangga

Tip murah rezeki, Amalan murah rezeki, Doa murah rezeki, Mencari rezeki halal


Assalamualaikum

Anda pernah mengalami masalah keewangan? Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan. Betul tak? PapaG sendiri pernah mengalami kesulitan wang sementara hendak menunggu gaji masuk pada akhir bulan. Tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan berjimat, tidaklah sampai perlu berhutang. Ramai yang mengatakan dengan berkahwin itu, ia mempermudahkan rezeki kita. Tapi harus ingat, walaupun kita telah berkahwin, rezeki itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Kalau la kawen je duit masuk akaun berjuta-juta secara automatik, PapaG nak kawen banyak-banyak la macam tu. (Mati laaa Ibu Dhia baca ni) Hehehe
Walauapapun dalam sesebuah rumah tangga sudah semestinya tanggungjawab mencari rezeki yang baik lagi halal terletak dibahu seorang suami. Oleh itu suami harus menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya didalam melayari bahtera kehidupan.Sebenarnya, tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah darinya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.
tip-murah-rezeki
Anak juga merupakan REZEKI kurniaan dari Allah

Berikut adalah Tip Murah rezeki untuk suami dan isteri…

  • Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup
  • Murahnya rezeki suami bila belanja isteri
  • Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai
  • Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan
  • Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja
  • Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa
  • Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja
  • Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah
  • Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka
  • Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam
  • Mengamalkan solat dhuha
Mungkin pembaca semua ada lagi tip-tip untuk menjemput rezeki dengan mudah kan? Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat juga cara untuk menjemput rezeki. Mudah-mudahan dengan sentiasa mengingati Allah dan berdoa padanya, rezeki kita  bersama keluarga sentiasa dimurahkan. Aamiin..

With Love
Papaglamz

-sekian-

7 ulasan:

  1. Insyaallah... Semoga boleh ikut semuanya...

    BalasPadam
  2. insyallah..moga dikurniakan rezeki dan keluarga yang bahagia berpanjangan

    BalasPadam
  3. tips yang baik papaglamz....

    anda di tag Giveaway Mama Darwiish Semoga dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  4. wahh terima kasih PapaG... info yang sangat bagus..

    BalasPadam
  5. suka sangat dengan semua tips tu :)

    BalasPadam
  6. Asalam terima kasih akhirnya followe blog Etuza ya

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com