14.10.15

Jambatan Gantung di Temerloh

Jambatan gantung di temerloh, banjir besar di temerloh


Assalamualaikum

Salah satu daerah yang terkenal di Pahang ialah Temerloh. Korang mesti tahu Temerloh terkenal dengan apa kan? Ya betul, Temerloh terkenal dengan gelaran Bandar Ikan Patin. Selain ikan patin, ada satu lagi tarikan menarik di bandar Temerloh iaitu terdapatnya jambatan gantung yang merentasi sungai Pahang. Baru-baru ni PapaG dan family berkesempatan berjalan-jalan di sekitar kawasan jambatan gantung ni. Sebenarnya sudah lama jabatan gantung ini di bina. Kira-kira pada akhir tahun 2010 pembinaan dimulakan dan siap sepenuhnya pada Februari 2011. Agak lama jugak jambatan gantung di temerloh ini telah dibina rupanya.

Jambatan Gantung di Temerloh Merentasi Sungai Semantan

Untuk mengetahui lokasi sebenar jambatan gantung di Temerloh ni, ia terletak di Sungai Semantan. Jambatan yang dimerentasi sungai ini menghubungkan antara Esplanade Temerloh sebagai menara A dengan Dataran Ikan Patin sebagai menara B. Selian itu, lokasi jambatan ini juga terletak berhampiran dengan Pekan Sehari Temerloh yang diadakan setiap hujung minggu di sini. Sehingga kini, pekan sehari masih ad atau. PapaG pernah pergi dan macam-maca mada di pasar ni. Kalau datang Temerloh wajib datang pasar ni.

Banjir di Temerloh merubah suasana Jambatan Gantung

Penghujung 2014 Temerloh telah dilanda banjir yang besar. PapaG pasti ramai tahu tentang perkara ini. Ternyata bencana bancir yang melanda pada tahun lepas sedikit sebanyak melumpuhkan keadaan di sekitar jambatan gantung ini. Sebagai contoh, sebelum ini, terdapat satu gerai makan yang sangat popular dinamakan "Dataran Ikan Patin". Kedai makan ini menyajikan makanan buat pengunjung yang datang. Pengunjung dapat menikmati makanan sambil-sambil menikmati keindahan latar sungai Pahang yang mengasyikkan. Tetapi, kini kedia makan ini sudah ditutup. Sebenarnya banyak kisah-kisah pasca banjir yang melanda Temerloh penghujung 2014 yang lepas. Rata-rata yang bercerita tentang kisah ini terkejut dengan apa yang berlaku. Rumah wife PapaG sendiri naik air masa banjir tu. Pernah PapaG kongsikan dalam entri Tinta Papaglamz |#| Pasaca Banjir di Temerloh yang menceritakan kisah membersihkan rumah selepas banjir. Sampai demam. Huhuhu.

Gambar kenangan di Jambatan Gantung Temerloh

Ok la sebelum PapaG meletakkan nokhtah terakhir dalam entri ni, PapaG kongsikan sedikit gambar sekitar kawasan jambatan gantung ini. Enjoy.....!!!

Jambatan-gantung-di-temerloh-banjir-besar-di-temerloh

Jambatan-gantung-di-temerloh-banjir-besar-di-temerloh

Jambatan-gantung-di-temerloh-banjir-besar-di-temerloh

Jambatan-gantung-di-temerloh-banjir-besar-di-temerloh

Jambatan-gantung-di-temerloh-banjir-besar-di-temerloh

Sampai di sini sahaja coretan dari PapaG untuk kali ini. Lain kesempatan kita jumpa lagi. Insyallah. Eh sebelum tu. Memandangkan PapaG tulis artikel ini pada 1 Muharram. PapaG nak ucapkan salam maal hijrah buat semua. Ayuh kita lakukan penghijrahan dari sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik dan bertambah baik. Jom azam dalam diri untuk memperbaiki amalan-amalan yang wajib kita lakukan sebagai hamba Allah SWT. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. Baru tahu ada jambatan gantung.

    Salam maal hijrah Papa G :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar kan sha. PapaG memula tak percaya kat temerloh ni ada jambatan gantung..

      Padam
  2. menarik entri papaG, lebih menarik ada pic Dhia yang cumel tu...in shaa Allah jika ke Temerloh mungkin boleh ke sini menikmati pemandangan tepian sungai pula :)

    BalasPadam
  3. Owh jambatan ni femes masa banjir besar baru ni sebab menjadi tanda aras kenaikan air yang luar biasa

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com