28.10.15

Tarikan Menarik di Muzium Sungai Lembing

Muzium sungai lembing di Pahang


Assalamualaikum

Salam bahagia buat semua pembaca yang PapaG sayangi. Harapan PapaG agar anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Amiin. Korang ingat lagi coretan artikel yang pernah dikongsikan pada semua berkenaan Sungai Lembing? Kalau tak ingat, boleh klik di sini. Semasa di sini, PapaG melawat Muzium Sungai Lembing. Muzium ini mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menarik minat para pengunjung yang datang. Muzium ini membawa para pengunjung menerokai zaman kegemilangan Sungai Lembing yang menjadi pusat perlomgbongan terbesar di dunia suatu masa dahulu.

Gambar kenangan di Muzium Sungai Lembing

Semasa di dalam muzium ini, PapaG sempat merakam beberapa gambar kenangan yang boleh dikonsikan dengan anda semua. Bila melangkah masuk sahaja ke dalam muzium, anda akan di hidangkan dengan jamuan mata tentang fakta-fakta dan sejarah-sejarah berkaitan sungai lembing dan juga perkembangan kegiatan perlombongan di sini. Antara yang di kongsikan ialah tentang asal usul Sungai Lembing, perkembangan awal Sungai Lembing dan objektif penubuhan muzium ini.

Muzium-sungai-lembing

Selepas membaca sejarah penubuhan muzium dan serba sedikit perkembangan aktiviti perlombongan di sini, di satu sudut lain, pengunjung akan di perkenalkan dengan bermacam jenis batuan dan logam yang pastinya menerujakan. Batuan ini terbentuk hasil daripada proses di dalam bumi. Ini kena tanya pakar geologi la untuk keterangan yang lebih lanjut. Tapi memang best. Banyak batuan yang tak pernah PapaG jumpa ada di pamerkan di sini. Dan yang pasti bijih timah yang mentah dapat Papag lihat dengan mata kepala PapaG sendiri. Selain itu, pihak muzium juga mempamerkan model tempat di mana aktiviti perlombongan di lakukan. Ini dapat memberi gambaran kepada para pengunjung tentang lokasi dan juga suasana di tempat perlombongan. Menarik tau.

Muzium-sungai-lembing

Sebenarnya banyak lagi pameran-pameran yang menarik berkenaan aktiviti perlombongan di muzium ini. Antaranya peralatan-peralatan yang digunakan unutuk melombong, replika terowong untuk melombong dan macam-macam lagi. Yang menarik sangat perhatian PapaG ialah peralatan pejabat kuno yang di gunakan oleh syarikat perlombongan di sini. Antara alatnya ialah telefon-telefon lama sebagai alat komunikasi, alat-alat menaip, mesin kira-kira dan bermacam lagi la. Korang mesti teruja bila melihat mesin-mesin yang biasanya di gunakan di pejabat pada zaman dahulu.

Muzium-sungai-lembing

Muzium-sungai-lembing

Muzium-sungai-lembing

Muzium-sungai-lembing

Rasanya kalau PapaG nak ceritakan satu persatu apa yang ada di sini memang tak cukup satu entri kan. PapaG rasa korang perlu datang sendiri ke muzium ini untuk merasai keterujaan dan keseronokan meneroka zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Sungai Lembing ni. Selamat datang ke Sungai Lembing...

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com