7.10.15

Kenapa Nak Meroyan?

Apakah itu gila  meroyan, Sebab gila meroyan


Assalamualikum

Meroyan atau gila ketika sedang berpantang adalah sesuatu yang sinonim dalam kalangan wanita. Tetapi lelaki juga ade kebarangkalian untuk mengalami situasi gila meroyan. Tapi tahukan anda apa itu meroyan? Secara saintifiknya, meroyan atau dalam istilah sains dipanggil postpartum pyschosis adalah satu penyakit psikolgi yang sering dialami oleh seseorang yang baru sahaja melahirkan anak dan sedang berpantang.
Kenapa-nak-meroyan
Google

Dari cerita-cerita yang PapaG dengar dari mak, bapak dan kawan-kawan, meroyan ini adalah satu tekanan yang dialami oleh seorang ibu yang sedang berpantang. Tekanan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah ibu yang kekurangan tidur. Yela, bila kurang tidur badan akan letih. Bila badan letih otak akan kelesuan. Mungkin pada waktu ini cara berfikir seseorang jadi terganggu. Sebab itulah seseorang itu meroyan. Sebab tertekan.

Tapi kan ade situasi di mana meroyan ni bukan terjadi tatkala seseorang itu sedang berpantang tau. Nak tahu? Cuba buka facebook ke. Instagram ker. Cari #Meroyan. Macam-macam ade. Hehehe. Ramai yang meroyan di satus-status media sosial. Mungkin itu satu cara mereka ingin melepaskan sesuatu yang mereka geram atau tidak puashati. Dengan menulis sesuatu yang ala-ala status meroyan ni, apa yang terbuku dapat di luahkan kot.

Ok kembali ke topik asal. Baru-baru ni Ibu Dhia kan baru berpantang. Jadi PapaG sembang-sembang la dengan Ibu Dhia pasal meroyan ni. Ini realiti, kadang kala perempuan ni yang sedang berpantang hatinya lebih sensitif, mudah stress, dan macam-macam lagi la. Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan ibu-ibu semua mengalami gila meroyan ialah peranan suami itu sendiri. Selalu beri support, kerap bertanya pada isteri tentang kesihatan, lebihkan perhatian pada si isteri dan tunjukkan kasih sayang anda ada isteri anda lebih dari biasa. Insyallah bila kita beri sokongan dan menjadi tempat untuk si isteri meluahkan sesuatu, insyallah masalah gila meroyan tidak akan timbul. Alhamdulillah, selama Ibu Dhia berpantang tak pula dia meroyan. Hikhik

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

#PantunTakdeKenaMengena 

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com