19.10.15

Resepi Cinta Jauh di Mata

Tips cinta jarak jauh, rahsia hubungan cinta harmoni, cinta jarak jauh suami isteri, long distance relationship, PJJ


Assalamualaikum

Rasanya trend cinta jarak jauh atau perkahwinan jarak jauh atau dalam bahasa inggerisnya Long Distance Relationship (LDR) bagaikan satu fenomena yang biasa kita lihat pada masa kini. Kebanyakan suami isteri yang terpaksa duduk berjauhan disebabkan oleh kekangan kerja. Ramai yang mengakui percintaan jarak jauh tidaklah semudah yang disangka. Cinta ini memaksa si pelaku cinta sentia berfikiran positif agar hubungan yang terjalin kekal harmoni sentiasa.

perkahwinan-jarak-jauh

Sebenarnya PapaG sendiri antara yang termasuk dalam kalangan mereka yang bercinta tetapi jauh dari pandangan mata. Rindu..? Sunyi..? Seriously semua rasa itu lahir dalam hati. Tetapi apakan daya takdir telah menetapkan bahawa kami perlu hidup berjauhan seketika sebelum kami tinggal bersama. Kalau diikutkan siapa yang ingin menderita kerinduan kan? Tapi kami cuba untuk kuat dan sabar dalam menempuhi hari-hari indah kami. Insyallah.

Perkahwinan PapaG yang diatur keluarga ditambah pula setelah kami bernikah terpaksa duduk berjauhan pada mulanya agak menyukarkan kami untuk saling mengenali. Namun berkat sabar, syukur serta redha alhamdulillah kemanisan cinta kami kian terasa. Di tambah pula dengan kehadiran cahaya mata sulung kami. Pada kami, cinta jarak jauh yang kami lalui mungkin kadang lebih manis dari cinta orang lain. Hehehe. Ye la, cuba bayangkan rindu yang tertahan selama seminggu dilepaskan sehabisnya bila bertemu. Rasa macam baru bercinta je bila jarang-jarang jumpa ni. Kahkahkah.

Tapi kan, kalau diberi pilihan, nak sangat duduk bersama dengan wife. Bila duduk sama mungkin urusan rumah tangga lebih mudah. Lebih-lebih lagi bila nak menguruskan anak. Sekarang Imtiyaz wife PapaG yang jaga sendirian. Kesian kan. Letih kerja balik-balik nak jaga anak sensorang pulak tu. Bila masuk bab anak ni rasa lemah pulak. Bila anak sudah mula membesar, dah mula kenal siapa ayah dia , siapa ibu dia, rasa sedih yang amat kalau nak tinggal tu. Pernah satu hari Imtiyaz tak nak lepaskan PapaG masa nak naik bas balik ke kuantan. Sob sob sob. Sabar la ye anak ku. Harapnya Imtiyaz faham apa yang kami sedang kami lalui.

Walau apa yang berlaku, hidup perlu diteruskan. Tak guna andai terus bersedih dengan nasib yang menimpa. Mungkin ini jalan yang telah Allah tetapkan untuk kami sekeluarga. Yang pasti setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Hanya doa dan usaha dalam memastikan hubungan kami suami isteri agar terus subur mewangi bak bunga mekar di dalam taman. Insyallah.

Ok la sampai sini sahaja coretan dari PapaG. Sebelum mengundur diri, ingin PapaG kongsikan tips yang anda boleh gunakan sekiranya anda juga macam PapaG. Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

SETIA

Kesetiaan harus di tanam dalam diri. Jangan sesekali ada rasa ingin curang. Takut-takut nanti diam-diam ada orang yang ketiga. Nauzubillah. Selisih malaikat 44.

PERCAYA

Kepercayaan adalah asas dalam sebuah hubungan rumah tangga. Jika inginkan hubungan yang kekal bahagia, tanamkan sifat saling mempercayai antara suami isteri. Jadi, percayalah antara satu sama lain tatkala anda berjauhan. Jangan CEMBURU BUTA...!!!

KERAP BERHUBUNG

Walau berjauhan, ktia perlu untuk saling berhubung atau berkomunikasi. Sekarang ni banyak medium komunikasi yang kita boleh gunakan. Keraplah berhubung kerana ia tidak akan membuat kita rasa sunyi dan kerinduan. Insyallah

DOA

Doa adalah senjata orang mukmin. Teruskanlah berdoa agar si dia yang jauh di mata sentiasa dilindungi dan hubungan yang sah ini akan kekal bahagia hingga ke syurga.

p/s: Titipan khas buat isteri tercinta Halimatu Sa'adiah Binti Mohd Fauzi dan anak ayah yang ayah sayang Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal. Moga kalian berdua sentiasa dalam lindungan Allah. Amiin....

Salam Dari Kejauhan
Papaglamz

-sekian-

6 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com