Panduan Lengkap Jana Income Dari Rumah

Panduan Lengkap Jana Income Dari Rumah

Jana income mudah dari rumah


Assalamualaikum

Panduan Lengkap Jana Income Dari Rumah | Jeles bila tengok orang mampu melihat anak-anak membesar depan mata. Dapat jaga anak sendiri tak payah susah-susah nak hantar kepada pengasuh. Alangkah seronoknya duduk rumah tapi kita mampu menjada income yang luar biasa. Kadang rasa bosan juga kalau setiap hari asyik duduk di pejabat melayan kerenah rakan sekerja yang macam-macam. Kalau nak di ikutkan,waktu bersama keluarga adalah lebih sikit berbanding waktu di tempat kerja. Lebih-lebih lagi macam PapaG yang duduk berasingan ni. Orang kata weekend husband gituuu. Tu la kadang-kadang mencari alternatif yang lain bagi membolehkan kami duduk bersama. Selain berpindah tempat kerja yang lebih dekat tergerak hati juga nak cuba berbusiness. 

cari-duit-dari-rumah

Sekarang ni sebok orang bercakap tentang berniaga dari rumah. Kirannya rumah kita ni la jadi kedai, pejabat, dan tempat berurusan jual beli. Tapi...... Nak berniaga tanpa ilmu adalah sesuatu yang salah. Orang kata bagai menyerahkan nasib tanpa usaha. Yela, setiap apa yang kita nak buat tentunya perlukan ilmu. Ia bagi membolehkan kita mempunyai panduan yang lengkap dalam mengatur pergerakan perniagaan kita nanti. Lebih-lebih lagi perniagaan dari rumah yang kita hendak usahakan. 

Sebenarnya kini mudah je kalau nak mencari ilmu. Macam-macam panduan dan juga tips serta pengalaman dari mereka-mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing yang boleh kita baca dan ambil iktibar supaya kita dapat aplikasikan dalam hidup kita ni. Supaya kita mampu berjaya seperti mereka. Dalam usaha mencari income walaupun hanya duduk di rumah, kita harus mengatahui garis panduan asas yang penting antaranya ialah:
  1. Konsep perniagaan yang kita hendak jalankan
  2. Matlamat Bekerja Di Rumah 
  3. Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
  4. Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 
  5. Pelan Perancangan dan Bertindak 
  6. Mencari Idea Bekerja Di Rumah 
Jika keseua garis panduan asa in telah anda kaji, maka boleh la kita mengorak langkah untuk memulakan pencarian income kita dari rumah. 

TAPI TUNGUUUUUU......!!!!!

Cukup ke dengan hanya mempelari enam perkara itu, kita mampu menjadi menjana income dari rumah secara besar-besaran. Sudah pasti tidak. Banyak lagi ilmu serta panduan dan juga garis panduan untuk kita pelajar bagi merealisasikan impian kita untuk menjana income dari rumah berjaya. 

Apakata dapatkan satu buku PANDUAN LENGKAP JANA PENDAPATAN DARI RUMAH yang hanya berharga RM 20.00 SAHAJA......!!! Buku yang sant lengkap mengandungi keseluruhan panduan termasuklah motivasi-motivasi untuk anda terus bersemangat untuk menjana income dari rumah. Boleh klik banner di bawah untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki ebook yang murah tapi isikandungan yang mahal ni cepat. 


P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.

With Love 
Papaglamz

-sekian-
Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016

Assalamualaikum

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 2016 | Umpama mimpi jadi kenyataan bila mendapat peluang di panggil untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). PTD adalah kerjaya impian ramai. Apa tidaknya jawatan yang begitu eksklusif dengan tawaran gaji yang lumayan tentu sahaja menjadi rebutan ramai. Namun, tak semua yang memohon jawatan ini mampu mengharungi kesemua cabaran untuk mengenggengam jawatan ini.


Dengan syarat perlantikan PTD M41 yang ketat dan tinggi, jawatan ini tentu sahaja menjanjikan gaji dan imbuhan yang besar. Apa tidaknya, PTD adalah antara jawatan teritnggi dalam heararki organisai perkhidmatan awam di Malaysia. Seperti kata pepatah, “Bukan Senang Untuk Senang dan Bukan Susah Untuk Susah”. Jadi, sebelum anda layak untuk di terima menjawat jawatan ini, beberapa siri temuduga harus anda lalui. Antaranya ialah peperiksaan secara atas talian.

Ramai yang tahu peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 merupakan peringkat pertama ujian saringan untuk memauski peringkat seterusnya. Ternyata RAMAI YANG GAGAL dalam ujian peperiksaan PTD online ini. Untuk tahun 2016, peperiksaan akan dijalankan secara atas talian pada 19 January 2016. Ramai kawan-kawan yang mendapat tawaran untuk menduduki peperiksaan ini. Good luck PapaG ucapkan pada rakan-rakan yang terpilih. Buat dengan baik.

JADI…!!!!!!

Jika anda dipanggil ke sesi exam PTD 19 Januari ini, berikan senyuman 
untuk diri anda! Bukan sesuatu yang mudah kerana puluhan ribu yang memohon melalui borang SPA8i ditolak dan diketepikan.

Jadi sekarang dah ada peluang, manfaatkan sebaik mungkin. Buat persediaan semaksimum mungkin.

Jika anda perlukan rujukan, PapaG tak mahu cadangkan rujukan lain selain rujukan yang telah terbukti membantu lebih 12,000 calon PTD sebelum ini.

Anda boleh dapatkannya di;


Gunakan sepenuhnya. Biarkan senyuman di wajah ibu ayah apabila anda berjaya nanti :)

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Sup Ayam Berempah

Resepi Sup Ayam Berempah

Resepi masakan menggunakan ayam


Assalamualaikum

Resepi Sup Ayam Berempah | Ok kali ni nak kongsikan resepi sup ayam berempah. Makan sup berempah ni baik untuk menghangatkan badan. Tap ingat jangan terlalu masin pulak. Nanti blood pressure tinggi pulak kan. Ok la jom try masak sup ayam berempah yang mudah ni. Enjoy. Resepi dari FB : SheeNa HaseeNa

sup-ayam-berempah

Sup Ayam Berempah

Bahan-bahan :-

1 kg ayam
2 biji ubi kentang 
1 biji ubi kentang (direbus & dilenyek)
1 biji tomato
1 sup bunjut adabi
2 kiub pati ayam
1/2 sd teh serbuk kunyit
4 sd mkn lada hitam (dikisar)
2 sd mkn jintan manis,jintan putih & biji ketumbar yg (dikisar)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Segenggam daun sup
Segenggam daun bawang yg telah dihiris kecil
Sedikit bawang goreng

Cara-cara :-

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan minyak yg sikit.
2. Masukkan kiub pati ayam
3.Masukkan ayam dan kentang. (kentang yang dilenyek jangan masuk dulu).Gaul sebati dan biarkan sebentar(dalam 3 minit).
4.Masukkan bahan yang dikisar kecuali lada hitam dan kacau.
5.Tambah 1.5 liter air.(anggaran saja,lebih kurang boleh tambah)
6.Masukkan sup bunjut, lada hitam & serbuk kunyit.
7.Biar hingga mendidih dan masukkan tomato.
8.Biarkan mendidih semula sehingga ayam masak dan sekarang barulah masukkan kentang yg dilenyek.Kacau sebati.
9. Perasakan dengan garam.(masuk sikit2 sebab kiub pati ayam dah ade garam)
10.Tutup api dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap..

SELAMAT MENCUBA....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Coklat Moist

Resepi Coklat Moist

Coklat Moist


Assalamualaikum

Resepi Coklat Moist | PapaG nak kongsikan resepi coklat Moist yang best ni. Selamat mencuba.

ckocolate-moist

Bahan-bahan

2 cwn tpg gandum
2 cwn gula
2 biji telur
1 tsp soda bikarbonat
1 1/2 tsp baking powder
1 cwn air suam
1 cwn susu (susu cair / fresh)
1 cwn minyak
1 cwn serbuk koko (sy suke kurangkan sikit)
1 tsp esen vanila...

Cara-cara membuat

- pnskan periuk kukus hingga mendidih
- putar telur hingga kembang
- masukkan air, susu, minyak, dan esen vanila...putar sebati..
- masukkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, dan baking powder ( tapiskan sedikit2 dlm adunan sambil kacau sebati)
- sapu sedikit mentega pd loyang lapik dgn baking paper.
- kukus 1 jam 10 mnit..api sdrhana..

** Adunan tepung td kacau jer.. x gne mixer dh..
** mse kukus balut dgn aluminium spya air x masuk dlm kek..

** DONE ~ selamat mencuba..kek mmg moist :)
Sme2 kita share benda yg bermanfaat..

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags : Resepi coklat moistChocolate heavenResepi kek coklat Kek kukus

Resepi Kuah Steamboat Mudah

Resepi Kuah Steamboat Mudah

Jom cuba buat kuah steamboat sendiri


Assalamualaikum

Resepi Kuah Steamboat Mudah | Selalu jugak dapat keyword steamboat hasil carian dari google ke blog Papaglamz.com ni. Dan baru-baru ni dok bersembang dengan kawan tetibe tercerita tentang steamboat. Masing-masing bercertia la kedai steamboat mana yang best dekat tempat masing-masing. Kalau kat Kuantan ni restoran steamboat yang PapaG pernah pergi ialah Aniq Steamboat. Pernah PapaG ceritakan tentang tempat makan aniq steam boat dalam entri INI. Korang rasakan, macam mana nak buat kuah steamboat tu ek? Dalam entri kali ini, PapaG nak kongsikan resepi kuah stemaboat. Sumber : Zaila

resepi-kuah-steamboat

Resepi Kuah Steamboat

Bahan-bahan :

- 10 biji cili merah (cili besar)
- 4 ulas bawang putih
- 5 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka epal (jika tiada guna cuka biasa pon boleh)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar pati sunquick
- 1/2 sudu kecil tepung jagung
- 1 cawan air
- gula dan garam secukup rasa
- 2 sudu besar bijan digoreng tanpa minyak
- sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-caranya :

- Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus.
- Tuang bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan semua bahan sos-sos tadi
- Panaskan api dan masukkan 1 cawan air dan tepung jagung
- Masak hingga kuah pekat dan berkilat
- Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
- Sebelum ditutup apinya, tabur bijan yang telah digoreng bersama daun ketumbar

Macam mudah jer. Insyallah satu hari nanti nak cuba la. Heheheh

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 Rahsia Penulisan Resume Berkesan Umpama Santau Buat Bakal Boss Anda

5 Rahsia Penulisan Resume Berkesan Umpama Santau Buat Bakal Boss Anda

Maklumat penting dalam resume


Assalamualaikum

5 Perkara Penting Dalam Menulis Resume | Sekian lama anda bekerja, mungkin agak lama tidak mengemaskini resume. Besar kemungkinan resume anda mengandungi informasi yang tidak lagi diperlukan, atau sudah lapuk untuk dikongsikan. Akibatnya, resume anda akan kelihatan tidak professional dan tiada sentuhan. Di sini PapaG senaraikan 5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume anda.



1. Bertanggung  jawab kepada.... Sekiranya anda melakukan sesuatu perkara, pastinya anda bertanggung jawab tentangnya. Menggunakan perkataan “bertanggung jawab kepada…” ini kelihatan tidak menarik kerana kurang efektif dan anda tidak serius dengannya. Sebagai contoh, “bertanggung jawab kepada rekaan senibina menara Kuala Lumpur” tidak memberikan impak berbanding “mereka senibina menara Kuala Lumpur”. Perkataan ini tidak akan menambah nilai kepada pencapaian anda.

2. Format yang pelik. Menggunakan tulisan yang bersimpul seperti rekaan kad kahwin memang tidak sesuai. Atau paling kurang anda meletakkan font dengan gaya tulisan komik. Pilih font yang biasa digunakan dalam dokumentasi sudah cukup. Elakkan juga dari mewarnakan resume anda kerana biasanya pengurus jawatan kosong berkenaan akan mencetak resume anda dengan hitam putih sahaja mengakibatkan resume anda tidak kelihatan seperti yang anda mahukan.

3. Pengalaman kerja yang lama. Kerjaya anda mungkin sudah melebihi 10 tahun, namun anda tak perlu tuliskan secara panjang lebar. Pilih pengalaman yang berkaitan dengan skop kerja yang bakal anda pohon. Anda boleh letakkan senarai syarikat yang pernah anda sertai dalam surat iringan resume.

4. Emel yang meloyakan. Perkara ini nampak enteng sahaja, namun ia perlu diambil kira. Gunakan emel yang kelihatan profesional dan serius. Ia bakal digunakan untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak di kemudian hari. Usah letakkan budaknakal@yahoo.com sebagai emel anda, kerana sedikit sebanyak ia mencerminkan siapa diri anda. Ambil inisiatif untuk menghasilkan satu emel khas untuk kerjaya anda.

5. Senarai sekolah dan institusi yang meleret. Kecuali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerja yang pertama, informasi ini tidak perlukan senarai yang panjang. Anda hendak memohon pekerjaan yang baru, jadi keluarkan senarai sekolah rendah dan sekolah menengah. Masukkan pendidikan yang tertinggi dan senarai pengalaman anda.

Begitulah 5 perkara yang perlu anda titik beratkan di dalam penulisan resume. Sesuaikan ia dengan keperluan syarikat atau bakal majikan yang anda pohon. Resume anda mencerminkan bagaimana anda bekerja. Biar resume anda kelihatan skema asalkan ia berpotensi untuk menjadi tiket kejayaan anda. 

Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta.

DAPATKAN PANDUAN MENULIS RESUME BERKESAN DENGAN CARA (KLIK DI SINI) Seriously, panduan menulis resume dari A-Z yang boleh membuatkan bakal majikan anda terpesona. Tempah sekarang.....!!!!!!



RESEPI ASAM REBUS BATANG KELADI

RESEPI ASAM REBUS BATANG KELADI

Masakan berasaskan batang keladi


Assalamualaikum

RESEPI ASAM REBUS BATANG KELADI | Nah PapaG kongsikan resepi mudah Asam Rebus Batang Keladi. Jangan tak cuba tau. (Resepi asal : Ummu Durrah) 

Masakan-batang-keladi-asam

ASAM REBUS BATANG KELADI

Bahan-Bahan

3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
2 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan

Cara Memasak

Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
Masukkan daun kesum dan perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

Siap...!!! Mudah kan. SELAMAT MENCUBA.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags : Resepi masakanResepi masak asamAsam pedas berapiResepi mudahBatang keladi sedap


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Resepi Pais Ikan Mengancam

Resepi Pais Ikan Mengancam

Resepi masakan ikan pais yang sihat


Assalamualaikum

Resepi Pais Ikan Mengancam | Ya allah sedapnya Pais Ikan. Menu masakan ikan yang paling PapaG gemari. Selain rasanya yang sedap ianya juga merupkana antara masakan yang boleh menyihatkan kerana kita bakar atau kukus bila memasaknya. Jadi, entri kali ini PapaG kongsikan pada semua resepi mudah dan ringkas Pais Ikan yang korang harus cuba.

ikan-pais

Resepi Pis Ikan

Bahan-bahannya

4 ekor ikan selar besar
daun pisang, disalai
toothpick

Bahan untuk dikisar

8 batang lada merah
8 batang cili padi thailand 
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 cm belacan
1 helai daun kunyit sederhana besarnya 
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula 
garam secukup rasa
serbuk peras jika suka

Cara-caranya

1. Bahan-bahan dikisar dengan sedikit air. Digaul dengan ikan dan diperap 1 jam.
2. Letakkan ikan diatas daun pisang bersama rempahnya. Balut rapi dan disemat hujung daun pisang dengan lidi.
3. Kemudian boleh dibakar atau dikukus pais ikan sehingga masak.

Selamat mencuba..

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Resepi masakan ikan kembung yang sihat


Assalamualaikum

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang | Ok untuk entri kali ini, PapaG nak kongsikan resepi yang PapaG jumpa dalam FB Ummu Durrah lagi. Resepi kesihatan yer. Resepi Ikan Kembung Masak Pindang. PapaG memang suka sangan masak pindang. Kalau hirup kuah die, rasa segar jer. Lebih-lebih kalau rasa dia pedas sikit. Memang terangkat. Biasayany masakan pindang ni orana-orang lepas bersalin je yang makan kan. Sebabnya ianya adalah menu yang baik untuk ibu-ibu yang sedang berpantang kerana bahan-bahan untuk memasaknya adalah baik untuk pemulihan luka bersalin. Jom cuba resepi Ikan Kembung Masak Pindang ni. Enjoy.

ikan-kembung-masak-pindang

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang


Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya
Cara memasaknya:

1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa 
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. 
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api 
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk 
dihidangkan.

With Love
Papaglamz

-sekian-


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
RESEPI SIAKAP STIM LEMON

RESEPI SIAKAP STIM LEMON

Resepi masakan ikan


Assalamualaikum

Nak melihat saya masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!



RESEPI SIAKAP STIM LEMON | PapaG percaya, ramai yang suka makan ikan siakap ni kan? Kalau di kedai-kedai ikan bakar, ikan siakap adalah antara ikan yang paling popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung. Ok, apa kata PapaG kongsikan satu resepi mudah untuk anda semua iaitu Resepi Ikan Siakap Stim Lemon. Lemon atau limau pun boleh. Mana-mana pun tak kisah. Resepi ni meyihatkan tau. Jadi, siapa yang nak kuruskan badan tu boleh makan siakap stim lemon ni setiap hari. Hehehe


SIAKAP STIM LEMON

Bahan-bahan

1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus

2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Cara Penyediaan

Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. 
Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. 
Kukus kembali selama 5 minit.
Angkat dan hidangkan.

Mudah kan? Jadi, apa lagi selain masakan yang enak ia juga menyihatkan. BOLEH KURUS. Hehehhe. SELAMAT MENCUBA..

With Love
Papaglamz

-sekian-



Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com