Senarai Kuih-Muih Tradisional Di Malaysia Yang Semakin Pupus

Senarai Kuih-Muih Tradisional Di Malaysia Yang Semakin Pupus

Bila menyingkap kembali sejarah penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza, terselit satu kisah tentang beliau berlatih menyanyi ketika menjual kuih-kuih tradisional di kampung. 

Jika dulu, selalu ada budak-budak di kampung yang akan datang jual kuih dari rumah ke rumah sambil membawa bakul.

Sekarang suasana ini sudah jarang kita lihat. Mungkin kuih-kuih tradisional ini sudah ramai yang tidak kenal. Apatah lagi nak buat sendiri kan? 

Buat anda yang ingin mengenang kembali zaman-zaman kegemilangan kuih-muih tradisional, jom tengok kuih tradisi yang semakin hilang ditelan zaman ini.

Kuih tradisi yang semakin menghilang

  • Kuih Kalakatar – Perak – asal Banjar

  • Kuih Wadai Kepeng – Selangor/Perak – asal Banjar

  • Kuih Barongko – Selangor – asal Bugis
  • Burasak – Selangor – asal Bugis

  • Kuih Penyaram – N.9 – asal Minang
  • Kuih Ocong-ocong – Perak – asal Bengkulu
  • Kuih Lemper – Selangor – asal Jawa
  • Kuih Puteri Dua Sebilik – Kelantan – asal Siam
  • Kuih Gedung Chak – Kedah 
  • Kuih Ringgi / Emping Kelapa – Perlis
  • Kuih Kelamai – Perak – asal Rawa
  • Kuih Dodol Kukus Tahi Minyak – Pahang
  • Kuih Halwa Maskat – P.Pinang – asal Arab
  • Kuih Kebebe – Lenggong Perak
  • Kuih Opok-opok – Terengganu
  • Kuih Tepek Pisang – Malaysia – asal tidak diketahui
  • Apam Daun Rambai – N.9 – asal Minang

Yang bukan kuih tetapi dianggap makanan tradisi yang hampir pupus adalah:

  • Ketupat daun tebu
  • Ketupat daun buluh
  • Lemang tepung
  • Pulut kukus periuk kera

  • Nasi Daun Lerek
  • Ikan Bakar Dalam Tanah
  • Nasi Lemuni
  • Kebebe – Lenggong, Perak 

Jadi sebagai generasi baharu, kita seharusnya pertahankan adat resam ini, meskipun ia sekadar kuih muih. Kan?

With Love
Papaglamz

-Sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian Lain
Resepi Mudah Burger Malaysia. Anda Wajib Cuba Tau.!

Resepi Mudah Burger Malaysia. Anda Wajib Cuba Tau.!

Tidak tahu la bagaimana kuih ini boleh mendapat nama burger Malaysia. Mungkin bentuknya seperti burger-burger biasa cuma saiznya yang lebih kecil membuatkan orang di sini memanggilnya burger Malaysia.

resepi pau sambal sukatan cawan, resepi burger malaysia mat gebu, resepi burger sedap, resepi burger ayam, resepi burger daging, mini burger, resepi pau sambal azie, resepi donut sambal,

Bagi yang tidak tahu, negara kita ada burger tersendiri tau! Burger Malaysia namanya. 

Ianya adalah kuih yang diletakkan inti sambal merah (biasanya sambal bilis atau lebih dikenali dengan sambal nasi lemak) dan juga timun di dalamnya.

resepi pau sambal sukatan cawan, resepi burger malaysia mat gebu, resepi burger sedap, resepi burger ayam, resepi burger daging, mini burger, resepi pau sambal azie, resepi donut sambal,

Ok jom cuba resepi membuat Burger Malaysia yang telah dikongsi oleh Che' Nom di laman iresipi.com:

Bahan-Bahan:

2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam

Cara Penyediaan:

  • Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  • Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  • Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  • Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  • Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  • Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit.
  • Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  • Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.


Tips dari Che' Nom - Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian Lain
'Punten' Nasi Impit Versi Jawa Yang Anda Harus Cuba! Sedap Berlemak Rasanya..

'Punten' Nasi Impit Versi Jawa Yang Anda Harus Cuba! Sedap Berlemak Rasanya..


Mungkin ada yang pelik dengan namanya. Tapi, bagi masyarakat Jawa, makanan Punten bukanlah sesuatu yang pelik dan asing bagi mereka. 



Punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa seakan-akan nasi himpit yang popular dalam kalangan masyarakat melayu.

Cuma, yang berbeza ialah Punten mempunyai rasa yang berlemak seperti nasi lemak kerana pembuatannya dicampur dengan santan dan garam. 

Masyarakat Jawa biasanya meminati Punten ini jika dimakan bersama dengan sambal merah ataupun sambal totok Jawa. Memang terbaik!

Nak tahu cara-cara membuat Punten? Jom ikuti perkongsian dari Air Tangan Cik Siti cara-cara nak buat Punten.

Bahan-bahan (untuk 2 orang):

1 cawan beras (sebaiknya beras biasa)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - seperti membuat nasi lemak)
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya

1)  Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam.  
2)  Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan-tekan dengan daun pisang atau plastik.  Ratakan... Mula-mula memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan-tekan sampai rata dan padat.  Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.


3)  Bila dah sejuk, boleh potong...  Kalau potong waktu ia masih panas, jawabnya melekatlah nanti.

Siap untuk dimakan bersama sambal yang anda suka! 


With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Hati-hati Dengan Penyakit Yang Mudah Merebak Ketika Musim Hujan

Hati-hati Dengan Penyakit Yang Mudah Merebak Ketika Musim Hujan

Musim hujan terjadinya perubahan suhu dan kelembapan pada persekitaran kita.

Perubahan persekitaran ini mampu meningkatkan lagi pembiakan dan penyebaran kuman dan juga bakteria-bakteria yang mampu menyebarkan penyakit kepada kita.

penyakit yang sering terjadi pada musim hujan, penyakit akibat hujan, musim hujan dan penyakitnya, penyakit musim kemarau, sakit saat musim hujan, pencegahan penyakit di musim hujan, waspada penyakit musim hujan,

Sebagai langkah berjaga-jaga, semasa musim hujan hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan diri dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan anda dijangkiti bakteria-bakteria berbahaya seterusnya mengundang penyakit pada diri anda.

Berikut adalah 6 penyakit yang mudah menyerang ketika musim hujan

1. Diarrhea


Diarrhea adalah penyakit yang kerap menyerang ketika musim hujan. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh bakteria seperti e.coli, salmonella, shigella dan cholera.

Mungkin anda dengan tidak sengaja memakan makanan yang telah tercemar dengan bakteria-bakteria tadi.  Antara tanda-tanda anda diserang diarrhea ialah anda kerap membuang air besar berbanding kebiasaannya dan perkara ini berlaku sehingga beberapa hari dan minggu.


2. Selesema


Selesema biasanya disebabkan oleh virus influenza A, B, atau C. Virus ini akan menyerang pernafasan dan akan menyebabkan gejala seperti demam, batuk dan pening kepala.

Walaupun ada yang menganggap penyakit ini biasa terjadi, sekiranya tidak dikawal, ia boleh menyebab kepada penyakit lebih serius seperti Pneumonia.

3. Demam Malaria


Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk. Ketika musim hujan, pembiakan nyamuk meningkat. Jadi, kebarangkalian untuk anda terkena penyakit malaria adalah tinggi.

Jika demam ini dibiarkan, ia akan menyebabkan kematian.

4.  Demam Thypoid

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang masuk ke dalam tubuh kita melalui mulut. Kemudian bergerak ke esophagus, perut, usus kecil dan usus besar.

Penyakit ini menyebabkan demam panas yang sangat tinggi. Jika dibiarkan, akan menyebabakan kematian.

5. Leptospirosis

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira sp yang menyebar melalui kencing tikus. Penyakit ini akan menyebabkan kulit menjadi kekuningan dan mengering. Kebiasaannya penyakit ini diiringi bersama dengan diarrhea dan juga sembelit.

Ketika musim hujan, air kencing tikus tersebar melalui air hujan yang masuk ke dalam tubuh anda.

6. Penyakit kulit

Bakteria yang tersebar ketika musim hujan akan menyerang kulit dan akan menyebabkan kegatalan. Jika anda terkena gatal-gatal pada kulit, cepat ubati dengan ubat yang mampu mengatasi kegatalan kulit ataupun minta pendapat doktor untuk mencari ubat.

Selalulah mencuci tangan ataupun mandi agar badan anda terhindar dari sebarang bakteria JAHAT.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Percutian Outdoor Nature Menarik di Sekeping Serendah

Percutian Outdoor Nature Menarik di Sekeping Serendah

Bagi penggemar percutian outdoor yang mewah dan menyamankan, Sekeping Serendah adalah lokasi yang anda boleh singgah untuk menginap. Hotel yang sangat unik dan agak rare ini membuat para pengunjung seperti 'back to nature' kerana lokasinya yang terletak ditengah hutan. Tetapi tetap mengekalkan konsep  mewahnya. 

"Sekeping Serendah is a private retreat attempting to tread lightly on the land. The very transparent and open sheds celebrate the beauty of the natural environment surrounding them. The sheds are intentionally kept basic and free from lavishness. They are seen more as ‘glorified tents’ to provide basic shelter for its inhabitants as they commune with the land. Sekeping Serendah consists of 10 sheds set within 5 acres of tropical rainforest. The sheds float gently over the forest floor beside a bubbling brook.-Sekeping Serendah Retreats"

Di sini, penginapan berkonsepkan terbuka. Bilik-bilik yang dibina memang tidak dipasang langsir langsung. Memang sesuai dengan konsep 'back to the nature'. Dari dalam bilik kita boleh melihat pemandangan luaran seluas-luasnya. Memang sesuai untuk mereka yang suka dengan alam semulajadi. 


Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Sekeping Serendah

Kolam renang

Walaupun terletak di dalam hutan, kemudahan yang disediakan di sini agak banyak. Antaranya termasuklah:


  • Forest living environment.
  • Bedrooms (queen-sized beds with mosquito nets).
  • Outdoor shower* and swimming pool.
  • Cooking stove, kettle and oven toaster.
  • BBQ equipments and cutletries.
  • Fridge and kitchen sink.
  • Outdoor coffee table.
  • Ceiling fans.
  • Share dinner with stars and sounds from the forest.
  • Self-catering or caretaker's meal.


Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah:


  • BBQ – Dapur pemanggang memang disediakan oleh pihak resort dan anda perlu membuat memberitahu pihak resort untuk menyediakan arang jika anda ingin berBBQ di sini. 
  • Berenang – Di resort ini memang disediakan kolam renang yang cantik. Memang sangat sesuai untuk penggemar alam semulajadi. 
  • Jungle trecking – Bagi penggemar adventure, anda boleh melakukan aktiviti jungle trecking menuju ke air terjun serendah dari resort. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit sahaja.
  • Memancing – Buat kaki pancing, ada kolam memancing istemawa untuk anda semua.


Kredit foto : Sekeping.com

With Love
Papaglamz

-Sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Carian Lain


Resepi Mudah Burger Malaysia Anda Semua Mesti Cuba!

Resepi Mudah Burger Malaysia Anda Semua Mesti Cuba!

Tidak tahu la bagaimana kuih ini boleh mendapat nama burger Malaysia. Mungkin bentuknya seperti burger-burger biasa cuma saiznya yang lebih kecil membuatkan orang di sini memanggilnya burger Malaysia.

resepi pau sambal sukatan cawan,  resepi burger malaysia mat gebu,  resepi burger daging,  resepi burger sedap,  resepi burger ayam,  mini burger  resepi pau sambal azie,  resepi burger bakar,

Bagi yang tidak tahu, negara kita ada burger tersendiri tau! Burger Malaysia namanya. 

Ianya adalah kuih yang diletakkan inti sambal merah (biasanya sambal bilis atau lebih dikenali dengan sambal nasi lemak) dan juga timun di dalamnya.

Ok jom cuba resepi membuat Burger Malaysia yang telah dikongsi oleh Che' Nom di laman iresipi.com:

Bahan-Bahan:

2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam

resepi pau sambal sukatan cawan,  resepi burger malaysia mat gebu,  resepi burger daging,  resepi burger sedap,  resepi burger ayam,  mini burger  resepi pau sambal azie,  resepi burger bakar,

Cara Penyediaan:


  • Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  • Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  • Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  • Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  • Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  • Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit.
  • Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  • Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
  • Tips dari Che' Nom - Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.


With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

Carian Lain
Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Isteri Ku

Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Isteri Ku

Assalamualaikum semua. 7 January merupakan tarikh ulang tahun kelahiran wife aku. Alhamdulillah telah bertambah lagi satu angka umurnya. Anak pun dah 2, kira ala-ala dah tua jugak la kan? Bersempena dengan ulang tahun kelahiran wife aku ni, nak buat wish ucapan selamat hari lahir istimewa untuk isteri yang tercinta. Hehehe

selamat hari lahir isteriku, doa ulang tahun untuk isteri tercinta, ucapan hari lahir isteri tersayang, ucapan selamat ulang tahun buat isteri islam, puisi ulang tahun untuk istri tercinta lengkap, ucapan ultah buat istri yang jauh, ucapan selamat ulang tahun untuk isteri tercinta dalam bahasa inggris, gambar ucapan ulang tahun untuk isteri,

Aku berharap wife aku diberi kekuatan, kesihatan, kebahagiaan dan diberikan kehidupan yang harmoni dan bahagia dalam rumah tangga kita insyallah. Harap jangan serik menjadi suri dihati abang tau. Happy birthday my dear.




Buat yang mendoakan dan memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran untuk wife aku di facebook atau di instagram, aku ucapkan ribuan terima kasih di atas doa dan ucapan itu. Semoga allah makbulkan doa-doa korang semua insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain
Jom Cuba Tips Elakkan Makanan Syubhah Ketika Travel Ovesea

Jom Cuba Tips Elakkan Makanan Syubhah Ketika Travel Ovesea

Kalau travel keluar negara, perkara utama yang perlu kita ambil perhatian ialah tempat untuk makan. Sebagai seorang islam, halal dan haram dalam makanan perlu diambil kira. Kadang kala kita akan rasa was-was untuk makan disesuatu tempat sebab tidak yakin dengan status halal makanan yang di sajikan.


Walaubagaimana sekalipun, sebagai serang Islam, kita dituntut untuk mencari sesuatu yang halal tidak kira walau di mana sahaja kita berada. Jom cuba tips untuk elakkan makanan syubhah ketika anda sedang travel.

1. Membuat research di internet tentang tempat makan halal.

Sekarang ni mudah sahaja kan. Semua benda boleh di cari di dalam internet. Sebelum memulakan perjalan atau travel tu, ada baiknya kalau kita membuat sedikit study atau research tentang tempat yang akan kita pergi. Buat senarai tempat makan yang menghidangkan makanan halal supaya kita tidak terpinga-pinga bila tiba disana nanti

2. Cari tempat makan Vegeterian

Jika tidak dapat mencari tempat makan yang halal, untuk menghilangkan syubhah, boleh juga anda pergi ke restoran atau gerai yang menghidangkan makanan vegeterian ataupun restoran india. Kebanyakan restoran India tidak menghidangkan daging, mereka hanya menghidangkan makanan laut sahaja.

3. Cari restoran yang berdekatan dengan masjid

Anda juga boleh mencari tempat makan halal disekitar kawasan masjid ataupun Malaysian Hall. Kebiasaannya disekitar kawasan ini terdapat restaurant makanan halal kerana dikawasan ini tempat tertumpunya mereka-mereka yang beragama islam.

4. Bawa makanan dari Malaysia

Jika anda rajin, boleh juga bawa sendiri makanan dari Malaysia. Setiap kali sebelum keluar berjalan, masak dahulu dan tapau. Cara ini juga selamat dan juga sangat-sangat menjimatkan.

5. Bawa sabun taharah untuk sertu

Sabun taharah boleh didapati di kedai-kedai menjual kelengkapan haji dan umrah di Malaysia. Sebelum memulakan travel, sediakan kelengkapan ini untuk sertu peralatan memasak di hotel atau apartment. Selepas mensucikan semua peralatan boleh la teruskan memasak dengan yakin tanpa rasa sebarang was-was. Insyallah.

6. Beli bahan mentah di pasaraya

Bagi yang menetap lama di luar negara, anda boleh mengikuti tips ini. Mungkin anda boleh membeli bahan-bahan mentah dipasaraya dan memasaknya sendiri. Boleh la beli sayur, ikan, makanan laut dan apa sahaja yang sesuai. Baru la tak rasa syubhah.

Selamat bercuti!

With Love
Papaglamz

-sekian-
7 Cara Mengolah Produk IKEA Untuk Dapur Yang Lebih Teratur

7 Cara Mengolah Produk IKEA Untuk Dapur Yang Lebih Teratur

Suka-tapi-benci adalah satu perasaan yang sering dirasai oleh peminat perabot keluaran IKEA.

Seringkali, perasaan itu terhasil disebabkan cabaran yang harus dilalui untuk memasang sendiri perabot yang dibungkus leper oleh pihak IKEA. Walaupun terpaksa meluangkan masa dan tenaga untuk memahami cara-cara pemasangan, ramai pemilik rumah tetap memilih produk dengan nama aneh keluaran Sweden itu untuk kediaman mereka kerana tertarik dengan reka bentuk produk IKEA yang pelbagai, moden dan bergaya, serta harga yang berpatutan.

Tidak dinafikan juga, bagi pemilik rumah yang inginkan hiasan dalaman rumah yang bertema Scandinavian, produk keluaran IKEA paling menepati ciri-ciri praktikal, ringkas dan minamalis yang dikehendaki.

Jika anda juga adalah peminat setia IKEA seperti saya, dan yang kini sedang mengalami masalah ruang simpanan yang terhad di rumah, saya teruja untuk berkongsi beberapa langkah untuk hack barangan IKEA agar ia menjadi lebih praktikal dan pelbagai guna untuk kegunaan di ruang dapur rumah anda. 

1. Taman herba mini di tepi tingkap

Jika anda inginkan taman herba tetapi tidak mempunyai halaman yang luas untuk bercucuk tanam, gunakan tepi tingkap anda untuk menanam pokok-pokok herba untuk kegunaan dalam masakan anda. Anda hanya perlukan rod BOTAREN, bekas kutleri FINTORP, dan beberapa cangkuk GRUNDTAL untuk projek taman herba mini ini. 

Sumber: jillm.com


2. Ruang simpanan mudah alih

Ruang dapur yang sempit serta ruang simpanan yang terhad dan tidak teratur semestinya akan mengganggu aturan kerja si tukang masak. Adakalanya, anda terpaksa bergerak lebih banyak semata-mata untuk mengambil bahan masakan atau peralatan memasak yang disimpan di tempat lain. Atasi masalah ini dengan ruang simpanan mudah alih beroda keluaran IKEA yang bernama RASKOG



3. Ruang menggantung di dinding

Kabinet dan ruang atas kaunter terlalu penuh? Ikut langkah mudah yang dikongsi oleh Ich Designer ini. Dasar katil LUROY telah diolah dan dijadikan lapik untuk menggantung barang di dinding. Tambah beberapa cangkuk BLECKA untuk menampung barang yang lebih berat dan beberapa cangkuk GRUNDTAL untuk menggantung barang-barang lain. 


4. Kabinet dan para di dinding

Bagi rumah yang mempunyai ruang dapur yang kompak, anda haruslah menjadi kreatif dan efisien dalam memaksimumkan penggunaan ruang yang ada di sekitar dapur. Dengan hanya menggunakan dua unit kabinet IVAR dan para EKBY LAIVA, anda boleh mengubah dapur anda menjadi lebih teratur, menurut langkah yang dikongsi oleh The Fresh Exchange.



5. Tambah ruang simpanan dengan rel

Olah kegunaan rel ampaian tuala VOXNAN dengan menjadikannya tempat untuk menggantung penutup periuk. Pasangkan rel itu di belakang pintu kabinet agar anda tidak perlu lagi memunggah seluruh kabinet semata-mata untuk mencari satu penutup periuk.


Jika anda mempunyai terlalu banyak cawan atau mug di dalam almari, gunakan rel GRUNDTAL dan cangkuk GRUNDTAL untuk menggantung cawan-cawan tadi di bahagian bawah kabinet.


Selain itu, anda juga boleh menggantung peralatan memasak di situ.


6. Kaunter dapur beroda

Jika memiliki lebih banyak ruang kaunter adalah idaman anda, bayangkan betapa mudahnya kerja memasak jika anda mempunyai kaunter dapur beroda. Club Crafter telah berkongsi langkah mudah untuk mengolah rak KALLAX menjadi kaunter dapur mudah alih beroda. Ia bukan saja boleh digunakan sebagai ruang kerja tambahan di dapur, malah boleh dijadikan meja makan kecil serta meja untuk komputer riba juga.


7. Gunakan fail majalah untuk susun atur yang lebih kemas

IKEA hack yang terakhir ini adalah yang paling mudah dan wajib untuk anda lakukan. Kebiasannya, fail majalah KNUFF akan diletakkan di meja belajar untuk menyimpan dokumen atau di ruang tamu untuk menyimpan majalah. Tetapi, tahukah anda yang fail majalah itu juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan gulungan kerajang aluminium dan gulungan plastik pembalut makanan?


Saya berharap perkongsian IKEA hacks di atas akan dapat membantu anda menambah ruang simpanan di sekitar dapur anda. Walau bagaimanapun, untuk penyelesaian jangka masa panjang, anda tetap akan memerlukan kabinet yang lebih kukuh dan tahan lasak di dapur anda. 

Kini anda boleh dapatkan khidmat nasihat daripada cabinet contractor di Recommend.my secara online. Dengan lebih 500 kontraktor berpengalaman yang berdaftar di Recommend.my, anda pasti akan berjaya mengupah kontraktor yang sesuai dengan citarasa dan bajet anda.

With Love
Papaglamz

-sekian-
MACAM TAK PERCAYA! Buat kek coklat moist dalam rice cooker je. Jom tengok resepi mudah ni

MACAM TAK PERCAYA! Buat kek coklat moist dalam rice cooker je. Jom tengok resepi mudah ni

Katanya "No Oven No Problem". Macam tak percaya, walaupun tanpa oven, sekumpulan pelajar ini mampu menghasilkan sebiji kek coklat moist dengan hanya menggunakan rice cooker sahaja. Jom tonton video resepi menghasilkan kek mudah ini


Jom cuba resepi mudah Coklat Moist

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung penaik
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko
Asen vanila

Cara-cara membuatnya
  1. Campurkan serbuk koko dan gula halus
  2. Campurkan minyak masak dan susu pekat. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian masukkan pula air dan teruskan menggaul sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan teruskan menggaul sehingga sebati.
  4.  Masukkan asen vanilla.
  5. Masukan tepung sedikit demi sedikit
  6. Tuang adunan di dalam periuk dan switch on rice cooker. Masak selama 45 minit atau sehingga masak
  7. Untuk topping, campurkan sedikit minyak masak, susu pekat dan serbuk koko. Gaul rata semua bahan dan kemudian tuangkan di atas kek yang telah masak.

Mudah je kan? Selamat mencuba...!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian lain

Nak melihat saya masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com