Tidak tahu la bagaimana kuih ini boleh mendapat nama burger Malaysia. Mungkin bentuknya seperti burger-burger biasa cuma saiznya yang lebih kecil membuatkan orang di sini memanggilnya burger Malaysia.
Bagi yang tidak tahu, negara kita ada burger tersendiri tau! Burger Malaysia namanya.
Ianya adalah kuih yang diletakkan inti sambal merah (biasanya sambal bilis atau lebih dikenali dengan sambal nasi lemak) dan juga timun di dalamnya.
Ok jom cuba resepi membuat Burger Malaysia yang telah dikongsi oleh Che' Nom di laman iresipi.com:
Bahan-Bahan:
2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam
Cara Penyediaan:
- Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
- Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
- Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
- Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
- Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
- Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
- Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit.
- Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
- Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
- Tips dari Che' Nom - Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat.
With Love
Papaglamz
-sekian-
Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.
Carian Lain
nak cuba la
BalasPadamsedapnyaaa
BalasPadamBoleh Cuba nanti
BalasPadam