29.1.18

Antara Best Places to Stay in Melaka. My Own Experienced Yang Anda Patut Tahu

Melaka adalah antara tempat menarik yang boleh kita pergi untuk bercuti and it is a lot of places to stay in Melaka

Nak tahu tempat percutian tebaik di Melaka? Sebelum tu, kalau korang nak tahu, Melaka terkenal dengan nama Bandaraya Bersejarah. Tahun lepas, aku berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga aku di Melaka. Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di Melaka. 

tempat menarik di melaka waktu malam,  tempat mandi manda di melaka,  pantai di melaka,  air terjun di melaka,  tempat bersejarah di melaka,  hotel menarik di melaka,  tempat penginapan menarik di melaka,  tempat menarik di negeri sembilan,

Antaranya Pantai Kelebang, Dataran Pahlawan, Taman Burung Melaka dan macam-macam lagi. Tapi satu je yang adventure bila bercuti di Melaka ni ialah traffik dia. Ya ampuuunnn. Lagi-lagi kalau bercuti masa cuti sekolah. Siapa yang pernah pergi tu rasa la kan.

Tapi nak buat macam mana kan? Masa cuti sekolah la kita nak luangkan masa bersama keluarga. Hari lain tak sempat dah rasanya. Aku yang kerja dengan jadual shiftnya. Bini aku pula jadi cikgu. Masa waktu cuti sekolah la merupakan masa yang sesuai untuk bercuti. Ramai orang pun ramai orang la. Jalan sesak pon jalan sesak la. Aku sahut cabaran. Baru la ADVENTURE kan?

1. Melaka Bird Park

Antara tempat yang menarik yang pernah aku pergi dan aku anggap tempat ni adventure ialah Melaka Bird Park. Aku cakap adventure sebab aku sesat jalan. Then salah masuk hala mana entah. Aku guna maps dah, tapi entah mana tempat dia pergi. Dok pusing-pusing je la. Tapi alhamdulillah last-last jumpa jugak. Berbaloi la dok mencari-cari taman burung melaka ni. 

tempat menarik di melaka waktu malam,  tempat mandi manda di melaka,  pantai di melaka,  air terjun di melaka,  tempat bersejarah di melaka,  hotel menarik di melaka,  tempat penginapan menarik di melaka,  tempat menarik di negeri sembilan,

Sebenarnya, Taman Burung Melaka ini telah dibuka untuk para pengunjung pada bulan Mei 2013. Berada di taman burung ini amat menyeronokkan. Apa tidaknya, melihat kelibat-kelibat burung pelbagai jenis, warna dan spesis yang amat jinak memang mengasyikkan. 

Antara aktiviti yang menarik di taman burung ini ialah memberi makan pada burung-burung di sini. Pengunjung-pengunjung akan dibekalkan dengan tiga bekas makanan iaitu jagung, kuaci dan air madu. Makanan-makanan ini perlu dibeli di kaunter pendaftaran dengan harga RM 10.00 sahaja. 

tempat menarik di melaka waktu malam,  tempat mandi manda di melaka,  pantai di melaka,  air terjun di melaka,  tempat bersejarah di melaka,  hotel menarik di melaka,  tempat penginapan menarik di melaka,  tempat menarik di negeri sembilan,

Selain memberi makan pada burung-burung disini, aktiviti lain yang menarik ialah sky walk. Berjalan merentasi sky walk ni memang menarik. Kita akan dapat melihat keseluruhan taman burung ini dari pandangan atas. Memang menarik. Di tambah pula sepanjang sky walk ni ada banyak burung yang menemani kita berjalan. Dah macam dalam kayangan gitu. Hehehe


Rasanya tempat ni sesuai untuk mereka yang meminati fotografi alam semulajadi. Yela banyak burung yang jinak-jinak dan mudah untuk kita ambil gambar. Selain itu, landskap taman ini juga sangat cantik. Dengan terbinanya air terjun buatan manusia, ia bagai melengkapkan lagi taman ini umpama habitat sebenar burung-burung ini di dalam hutan. Memang menarik. Sesiapa yang ke Melaka mesti singgah. Memang tak rugi la. Kalau nak merasai lebih lagi keseronokan di sini, boleh la datang.

2. Coconut Shake Klebang

Selain Taman Burung Melaka, sekiranya datang ke Klebang, tak sah rasanya kalau tak mencuba coconut shake yang popular di sini. Terletak di Jalan Besar Klebang bersebelahan dengan stesen petrol Caltex (GPS : N 2 12.984E 102 12.292).


Coconut shake pantai Klebang sememangnya menjadi tumpuan ramai pengujung. Apa tidaknya, semasa aku hendak mencuba coconut shake di sini, terkejut bila melihat ramai sangat orang yang beratur di kaunter untuk membeli. Memang betul-betul popular la coconut shake ni. 

Mencuba coconut shake original dengan family memang best la. Walaupun pada permulaannya kami macam ala-ala nak give up sebab melihat betapa ramai orang yang beratur. Tapi, atas nasihat isteri tercinta, aku sabar je la menanti. Dan akhirnya dapat la 2 cawan coconut shake. Satu untuk aku dan satu lagi untuk wife. Imtiyaz kongsi je la. 


Selain coconut shake, ade juga makanan ringan lain yang dijual antaranya kuih muih, keropok lekor, dan juga nasi lemak. Boleh la sambil-sambil minum coconut shake yang famous ni, makan keropok ke ataupun kuih.

Kalau korang nak tahu, aku suka dengan coconut shake ni, lebih-lebih lagi waktu-waktu panas kan. Orang kata untuk refreshing gitu la. Dengan harga RM 2.50 secawan, korang boleh la menikmati coconut shake yang best ni. Rasa dia sama juga macam coconut shake di tempat lain, tapi yang bestnya coconut shake ni ade rasa kelapa die lebih manis dan berlemak sikit. Kalau ke Melaka jangan lupa singgah tau.

3. Masjid Cina Melaka

Ni adalah favourite aku. Aku kalau pergi bercuti,mencari masjid adalah kegemaran aku. Kadang, seni bina sesebuah masjid itu berlainan mengikut tempat. Jadi, bagi yang datang ke Melaka jangan lupa untuk menjadikan Masjid Cina Melaka sebagai tempat untuk anda lawati.


Kalau korang nak tahu salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan masyarakat di Melaka ialah terbinanya masjid Cina. Keseluruhan konsep seni bina masjid ini diilhamkan daripada seni bina masyarakat China yang didapati daripada kajian masjid serta seni bina di sekitar Beijing, Shanghai dan Xian.

Masjid ini dibina di atas tanah seluas 2.8 hektar dan ianya mampu memuatkan jemaah kira-kira 2000 jemaah dalam satu-satu masa. Kalau korang nak tahu, masjid ini merupakan masjid yang bercirikan konsep senibina cina yang ketiga dibina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Masjid ini mula beroperasi pada 29 Syaaban 1435 H bersamaan 27 Jun 2014 dan Solat Jumaat pertama telah diadakan pada 06 Ramadhan 1435H bersamaan 04 Julai 2014M. 


Pertama kali melangkahkan kaki ke dalam masjid ini membuatkan mata aku terpukau. Apa tidaknya, masjid yang dibina atas usaha Persatuan Cina Muslim Melaka (PERTIM), bersama-sama dengan dana daripada masyarakat setempat, sangat menggamit pemandangan yang indah. 

Ciri-ciri bangunan masyarakat cina terbina dengan indah. Warna asas merah putih dan juga bentuk bangunan yang seakan-akan tokong menguatkan lagi ciri-ciri seni bina cina yang ada pada masjid ini. Disebabkan kecantikan masjid ini jugaklah, maka tempat ini pun tempat yang best untuk bergambar. Tak hairanlah, di sini jugak adakalanya menjadi tempat shooting untuk album perkahwinan.


Untuk pengatahuan semua, lokasi masjid Cina ini berada di daerah Krubong Melaka. Masjid ini dibina berdekatan dengan Stadium Hang Jebat Melaka. Lokasi ini mungkin memudahkan para peminat bola sepak yang datang ingin menonton perlawanan secara langsung di stadium ini. 

Kalau nak lebih mudah korang cari sahaja di google map atau waze dengan carian "Masjid Cina Melaka". Nak lagi mudah nah aku kongsikan koordinat masjid ini (2.2959235,102.1952413,13). Copy paste je koordinate ni. Sampai la nanti. Insyallah.

4. Dataran Pahlawan Melaka

Dataran Pahalawan adalah tempat wajib singgah jika anda datang ke Melaka. Waktu malam, anda akan melihat kemeriahan dengan limpahan cahaya-cahaya yang sangat cantik di dataran ini. Lebih-lebih lagi lampu-pampu yang meriah dan diiringi dengan iringan lagu di beca-beca yang ada di sekitar dataran. Sememangnya menggamit suasana. Beca yang dihias dengan berbagai rupa dan warna lampu amat menarik perhatian para pengunjung untuk mencuba. Ada yang dihias bagaikan burung helang, merak dan macam-macam lagi. Dah macam pesta cahaya pun ada.


Aku pun tidak melepaskan peluang untuk menaiki beca mengelilingi Dataran Pahlawan. Satu pusingan dari Dataran Pahlawan menuju ke A Famosa dan berpusing semula ke dataran dikenakan cas sebanyak RM 25.00 sahaja. Agak jauh juga la pusingan yang di buat. Melihat orang yang membawa beca tu pun sampai mengah-mengah. Kira berbaloi la kan.


Selain menaiki beca, di dataran ini terdapatnya satu lagi tarikan iaitu Menara Taming Sari. Tetapi menarai ini hanya di buka pada waktu siang sahaja.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang korang boleh pergi. Macam aku cakap tadi, 'it is a lot os places to stay in Melaka'. Memang tak cukup kalau hanya bercuti selama 2 hari untuk round satu Melaka.

Walauapapun, perkara yang wajib buat sebelum bercuti ialah planning. Ye la, plan mana tempat nak pergi, harga fees kalau ada, tempat makan yang terdekat dan murah dan macam-macam lagi planing kita kena buat. 

Kalau tanya aku, untuk buat planning bercuti ni memang aku akan refer page Unseen Malaysia je untuk tau mana-mana tempat menarik kita perlu lawati. Bukan hanya di Melaka sahaja. Malah info tempat-tempat menarik bercuti satu Malaysia ada kat page ni. Memudahkan kita kan?

So, untuk anda yang hendak bercuti tu, apa kata singgah kejap di page Unseen Malaysia untuk plan percutian korang.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian Lain
tempat mandi manda di melaka,
pantai di melaka,
air terjun di melaka,
tempat bersejarah di melaka,
hotel menarik di melaka,
tempat penginapan menarik di melaka,
tempat menarik di negeri sembilan,

10 ulasan:

  1. p melaka tahun lepas xsempat naik taming sari tu, kelam kabut kejar masa =) insyallah akan ke Melaka lgi nnti

    Salam isnin =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Sy pun tak dpt naik. Ramai sgt org fn masa tu anak sy mengamuk dh

      Padam
  2. Tak pernah melawat masjid cina tu..nnt nak g la juga..huhu

    BalasPadam
  3. Wah bestnya jalan2 melaka

    BalasPadam
  4. Bestnya Melaka! Rindu nak bercoconut shake. Dulu zaman study Negeri Sembilan selalulah lepak Melaka dgn kawan-kawan.

    BalasPadam
  5. tq share, kot2 ada rezeki nak ke Melaka, bolehlah terjah tempat2 menarik ni ...

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com