22.1.18

Jangan Sia-Siakan Momen Indah Ketika Anda Bercuti. Ikuti Panduan 'Meletup' Fotografer Ini..

Siapa tak suka travel ataupun bercuti kan? Lagi-lagi kalau bercuti ditempat yang menarik. Melihat pemandangan yang cantik dan indah sudah pasti dapat menenangkan dan hilangkan sekejap stress ditempat kerja.


Tapi, jika keindahan itu tidak dirakam dengan sebaik mungkin rasa rugi la pula. Jadi, jangan lupa untuk rakam gambar-gambar kenangan anda ketika anda bercuti. Anda nak tahu tips mudah untuk anda mengambil gambar ketika travel? Jom baca perkongsian dari Akiey iaitu Photographer 52 negara newbies.


13 Tips Ambil Gambar Cantik Ketika Travel 

1. Travel bersama rakan yang pandai ambil gambar.
2. Kalau tak pandai tidak mengapa, janji kawan sporting untuk tolong ambilkan gambar.
3. Kalau rakan travel tak sporting juga, tidak mengapa, cool je, bawa tripod sendiri atau pastikan muka tebal tak malu tersipu-sipu untuk tegur strangers dan minta mereka ambilkan gambar. Boleh jadi, ini menjadi satu titik pertemuan jodoh anda!


4. Google terlebih dahulu gambar-gambar di tempt yang bakal anda pergi, ambil feel dan berangan dulu gambar bagaimana yang anda impikan atau scroll balik gambar kawan-kawan yang pernah dulu buat korang jeles di instagram.

5. Ambil ribuan gambar, cuba sahaja dari pelbagai sudut, depan, belakang, jauh, dekat, angle atas, dll.

6. Pastikan bawa extra SD card, bawa laptop supaya boleh transfer gambar atau ada account yang boleh sync-kan gambar, seperti Dropbox, Google Drive atau MEGA ; katakan memori phone penuh, lepas sync, boleh delete terus.

7. Bila pose, set mode : POYO habis, baru feel bila ambil gambar. Tak perlu cover macho/ayu. Karang belek-belek gambar dalam kamera dalam flight balik Msia menyesal tak sudah tak cuba posing poyo, nangislah dalam kapal terbang sorang-sorang.


8. Pelbagaikan pose! Antara pose blh cuba; gaya Titanic, gaya meditasi, gaya kuak lentang, gaya I believe I can fly dll.

9. Pastikan gambar nature lebih banyak dari anda. Masukkan elemen alam dalam setiap foto. Awan, burung, ataupun cahaya matahari akan menambah warna di setiap subjectfoto. Kita berjalan bukan untuk ambil gambar diri sendiri semata, tapi nak gambar naturebelakang awak tu. Ye dok?

10. Lokasi-lokasi favorite: gambar-gambar rare cantik selalunya top view,atas bukit-bukit/gunung-gunung tinggi, dalam hutan simpan, tepi tasik, dekat air terjun. bersedialah kaki untuk hike tinggi-tinggi dan basah-basah sedikit. Kalau tak nak hike, boleh labur sedikit duit untuk cable car untuk sampai ke puncak (jika ada).


11. Kalau nak gambar nampak extra international gitu, ambil gambar dengan tourist entah siapa di sebelah. Pastikan dapat kebenaran dulu okay, terutamanya jika ambil gambar anak-anak kecil comel-comel. Jangan selamba badak sangat. Orang putih sangat overprotective dengan anak mereka dan dianggap rude jika ambil gambar tanpa kebenaran parents. Silap-silap balik hostel dengan penampar sebiji hinggap di muka. Siapa yang susah?
12. Kalau ada extra cash, invest on magic camera, bila tangkap terus cantik habis. Seperti mirrorless/iphone dan handphone latest model.
13. Photography ni banyak rules; tapi jangan terlalu rigid dengan rules tersebut, just be yourself (extra excited+poyo) and enjoy!


With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com