12.1.18

'Punten' Nasi Impit Versi Jawa Yang Anda Harus Cuba! Sedap Berlemak Rasanya..


Mungkin ada yang pelik dengan namanya. Tapi, bagi masyarakat Jawa, makanan Punten bukanlah sesuatu yang pelik dan asing bagi mereka. 



Punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa seakan-akan nasi himpit yang popular dalam kalangan masyarakat melayu.

Cuma, yang berbeza ialah Punten mempunyai rasa yang berlemak seperti nasi lemak kerana pembuatannya dicampur dengan santan dan garam. 

Masyarakat Jawa biasanya meminati Punten ini jika dimakan bersama dengan sambal merah ataupun sambal totok Jawa. Memang terbaik!

Nak tahu cara-cara membuat Punten? Jom ikuti perkongsian dari Air Tangan Cik Siti cara-cara nak buat Punten.

Bahan-bahan (untuk 2 orang):

1 cawan beras (sebaiknya beras biasa)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - seperti membuat nasi lemak)
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya

1)  Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam.  
2)  Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan-tekan dengan daun pisang atau plastik.  Ratakan... Mula-mula memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan-tekan sampai rata dan padat.  Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.


3)  Bila dah sejuk, boleh potong...  Kalau potong waktu ia masih panas, jawabnya melekatlah nanti.

Siap untuk dimakan bersama sambal yang anda suka! 


With Love
Papaglamz

-sekian-

Artikel ini pernah aku tulis di portal Cari.my sebagai penulis jemputan. Jom klik disini untuk membacanya.

4 ulasan:

  1. sedapnya. dia ni ala2 nasi impit kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar mmg nasi impit. Tapi versi nasi lemak

      Padam
  2. Tak tahu kenapa, baca nama punten pun dah rasa macam sedap di tekak.. Ni versi nasi impit berlemak laaa ni... ehh sambal totok pun sedap.. lagi pedas lagi best...

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com