Hati-hati Si BUNCIT! Ya Anda COMEL Tapi Anda 'In DANGER'. Jom Baca Sebabnya

Hati-hati Si BUNCIT! Ya Anda COMEL Tapi Anda 'In DANGER'. Jom Baca Sebabnya

Ramai yang mengatakan buncit itu comel. Ya! memang comel tapi bagaimana kalau terlmpau buncit dan boleh membahayakan kesihatan kita? Tidak lagi comel namanya tu kan? Mempunyai perut buncit bukan sahaja menjejaskan penampilan, malah beberapa jenis penyakit turut berselindung disebaliknya.

penyebab perut buncit pada wanita kurus, kenapa perut buncit seperti hamil, punca perut buncit perempuan, punca perut buncit di kalangan wanita, penyebab perut buncit dan keras pada wanita, minuman untuk kempiskan perut, senaman kempiskan perut buncit, cara mengecilkan perut buncit tradisional,

Tidak dapat dinafikan, mempunyai perut buncit membuat kita berasa sangat tidak selesa. Apa tidaknya, dengan saiz yang tidak sepadan dengan badan kita tentu sekali membuat kita tidak selesa. Bukan itu sahaja, mempuyai perut buncit akan menyebabkan kita berasa cepat letih dan menjejaskan aktiviti-aktiviti seharian kita. 

Bagaimana boleh buncit?

Tepuk dada tanya la hati anda. Lihat semula bagaimana gaya hidup anda. Makanan-makanan yang anda ambil, aktiviti-aktiviti yang anda lakukan setiap hari dan macam-macam lagi. Sudah pasti pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi dan jarang melakukan aktiviti adalah punca utama anda buncit.

penyebab perut buncit pada wanita kurus, kenapa perut buncit seperti hamil, punca perut buncit perempuan, punca perut buncit di kalangan wanita, penyebab perut buncit dan keras pada wanita, minuman untuk kempiskan perut, senaman kempiskan perut buncit, cara mengecilkan perut buncit tradisional,

Bahaya menanti anda wahai si perut BUNCIT.

Berikut ini adalah beberapa bahaya memiliki perut buncit:

1. Merosakkan Sistem Metabolisme Tubuh 

Pengumpulan lemak yang terjadi di dalam tubuh menghasilkan hormon yang menghambat sistem metabolisme. Perkara ini akan mengubah ‘receptor insulin’ dalam tubuh, sehingga tubuh akan menjadi sukar untuk mengatur tahap gula darah. Perkara ini boleh menyebabkan diabetes pada seseorang yang memiliki perut buncit.

2. Kolestrol Yang Tinggi

Lemak di bahagian perut boleh berubah menjadi asid lemak pada tubuh dan boleh menyebabkan munculnya kolestrol yang buruk. Asid lemak bebas juga boleh menyebabkan menurunnya tahap kolestrol baik dalam tubuh. Bersamaan dengan obesiti di bahagian perut dan juga kerosakan pada arteri. Kolestrol buruk boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi atau bahkan juga stroke. Anda disarankan mendapatkan berat badan ideal dengan cara semulajadi untuk menghindari penyakit ini atau hidup dengan pola pemakanan sihat serta amalkan gaya hidup sihat.

3. Kanser

Orang yang obesiti berisiko untuk terkena penyakit seperti kanser usus besar, kanser hempedu, kanser buah pinggang dan lain-lain lagi. Anda yang berperut buncit perlu menjaga berat badan agar tetap ideal dan stabil.

4. Fungsi Paru-Paru Mula Menurun

Menurut para penyelidik dari Finland, perut yang terlalu besar turut berkaitrapat dengan penurunan volume dan fungsi paru-paru. Perbandingan telah dibuat ke atas seorang lelaki yang tidak memiliki perut buncit. Lelaki yang memiliki kelebihan lemak pada perut dikatakan menpunyai rekod buruk ketika menjalani ujian pernafasan. Jika ianya dibiarkan berterusan boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan dan menimbulkan penyakit paru-paru kronik atau asma.

5.Penyakit Demensia dan Alzheimer

Pengumpulan lemak yang berlebihan pada perut boleh menyebabkan terjadinya beberapa penyakit yang unik seperti alzheimer. Jumlah lemak di perut dikatakan turut berkait rapat dengan penurunan volume otak, yang mana pada akhirnya boleh menyebabkan penyakit otak seperti demensia dan juga alzheimer.

penyebab perut buncit pada wanita kurus, kenapa perut buncit seperti hamil, punca perut buncit perempuan, punca perut buncit di kalangan wanita, penyebab perut buncit dan keras pada wanita, minuman untuk kempiskan perut, senaman kempiskan perut buncit, cara mengecilkan perut buncit tradisional,

Nah! Memang banyak penyakit yang disebabkan oleh perut buncit kerana penggumpulan lemak pada perut. Amalkan gaya hidup sihat dan hindari sebarang aktiviti yang boleh membuatkan perut anda semakin buncit. Jom elakkan makan sesuatu yang mengandungi gas, tidur setelah makan, jarang bersenam dan kerap mengunyah junk food supaya perut anda tidak semakin buncit. Jadi, usahakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang berzat dan bersenam secara rutin.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Carian lain
Buat Peminat Kek Unicorn, Jom Baca 4 Tips Ini Jika Mahu Membuatnya Sendiri

Buat Peminat Kek Unicorn, Jom Baca 4 Tips Ini Jika Mahu Membuatnya Sendiri

Kuda bertanduk atau Unicorn sering kali dikaitkan dengan cerita-cerita fantasi kanak-kanak. Animasi tentang kecantikan dan juga kehebatan yang dimiliki oleh Unicorn ini sering kali kita tengok di dalam siri-siri cerita kartun. Kini, watak Unicorn bukan sahaja diterjemah di dalam cerita-cerita fantasi, ia juga diterjemah dalam dunia bakeri.

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

Kek berbentuk Unicorn akhir-akhir ini sering kali mencuri perhatian awam. Berbagai jenis kek sudah mula menggunakan bentuk-bentuk seakan Unicorn dan dihiasi warna-warna menarik perhatian ramai. Memetik kata Emma Reyna dari cnnindonesia.com, beliau berkata membuat kek Unicorn tidaklah sesulit yang dibayangkan. Hanya perlu kreatif dalam proses membuatnya sahaja. 

Betul ke mudah nak buat kek Unicorn?

Nah! Jom baca 4 tips mudah jika anda ingin membuat Uncorn Cake

1. Pilih kek yang agak keras

Jika ingin membuat kek unicorn sendiri, pastikan anda memilih kek yang agak keras sedikit. Hal ini penting supaya kek lebih stabil. Jangan gunakan kek span atau kek-kek yang agak lembut kerana dikhuatiri kek anda akan runtuh. 

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

2. Penggunaan buttercream yang baik

Gunakan juga buttercream yang stabil dan mempunyai rasa yang sesuai. Jangan pula gunakan buttercream yang mudah cair ya. Ditakuti kek anda akan cair pula nanti. Apalagi suhu di Malaysia ini agak panas kan?

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

3. Sabar dalam menghias kek

Ingat! Jangan terburu-buru semasa menghias kek anda. Harus diingat, menghias kek memerlukan ketelitian yang sangat tinggi. Gunakan 'cake stage' yang boleh  berpusing-pusing supaya mudah untuk anda menghias kek anda. Seni menghias kek adalah berbeza dengan seni lukis atau seni-seni yang lain. Jadi, bersabarlah semua.

Cara buat kek unicorn, Tutorial kek unicorn, Cara mudah menghias kek unicorn, Gambar kek unicorn,

4. Bermain dengan warna

Sudah tentu kecantikan sebiji kek itu akan lebih menyerlah dengan kebijaksanaan anda untuk bermain dengan warna. Anda harus bijak menggunakan kreativiti anda untuk menghiasi kek dengan penambahan perincian seperti mata, mulut, bunga-bunga, tanduk dan sebagainya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian lain
MAHUKAN KELAINAN? Jom Ke Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor. Sambil Membaca Boleh Beraktiviti

MAHUKAN KELAINAN? Jom Ke Perpadanan Perpustakaan Awam Selangor. Sambil Membaca Boleh Beraktiviti

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan Perpustakaan Awam Selangor. Memang sangat berbeza dengan perpustakaan-perpustakaan lain. Jika anda kemari, anda bukan sahaja boleh membaca untuk menimba ilmu, teapi anda juga boleh melakukan aktivit-aktiviti lain yang menyeronokkan seperti  menonton teater secara maya, boleh juga bersenam, mendengar bacaan al-quran dan lepak bersama keluarga di kafetaria yang indah sambil-sambil menjamu mata melihat tasik di hadapan perpustakaan ini.


6 Perkara yang anda boleh lakukan di Perpustakaan Awam Selangor

Ruangan membaca yang privasi mengikut umur

Di Perpustakaan ini ruang bacaan terbahagi antara kanak-kanak dan dewasa. Ruang bacaan kanak-kanak yang berkonsepkan taman ini memang sangat menarik minat kanak-kanak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan mereka. 


BUKAN HANYA membaca sahaja ya, macam-macam aktiviti menarik seperti Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Interaktif dan Zon Siber pun ada. Sudah pasti dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat merangsang minda kanak-kanak untuk meneroka ilmu dengan lebih interaktif. Jika nak memasuki ruang kanak-kanak ini, ia terletak di sayap kanan tingkat bawah perpustakaan ini. 




Bagi remaja dan dewasa, ruangan berasingan turut disediakan. Ruangan remaja hanya untuk berumur 13-17 tahun terletak di tingkat 1. Manakala untuk zon dewasa terletak di tingkat 2 dan tingkat 3.

Membaca diruang terbuka

Ha! Bagi yang inginkan kelainan, anda juga boleh membaca diruangan luar sambil menikmati keindahan alam semesta. Ruang terbuka ini dilengkapi meja dan kerusi untuk anda duduk membaca dengan selesa.


Menonton teater

Ini yang paling menarik! Di perpustakaan ini, anda berpeluang untuk menonton teater 3D dan juga XD. Bilik teater 3D terletak di Aras G menyediakan filem-filem animasi yang menarik. Terdapat 2 sesi tayangan iaitu pukul 10.30 pagi dan 2.30 petang dan bayaran RM7.00 dikenakan bagi setiap sesi.



Berlainan pula dengan teater 6D/XD, ia merupakan wayang simulasi yang mencabar dan menghiburkan. Dalam teater ini, anda berpeluang merasai sendiri efek-efek angin, bunyi dan pergerakan semasa menonton. Bayaran yang dikenakan ialah RM10.60 bagi setiap individu dan tayangan dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan am.

Pusat Gimnasium

Di sini, terdapat 2 gimnasium mini dan 1 gimnasium utama. 

Gimnasium mini di tingkat 3 - Khas untuk wanita

Gimnasium mini di tingkat 4 - Khas untuk lelaki

Gimnasium utama di tingkat 1 bawah - Lelaki dan wanita

Di sediakan juga bilik mandi, bilik persalinan dan loker


Bayaran menggunakan ginasium:

Walk in : RM5 - 3 jam penggunaan
Ahli: RM40 (bulanan) dan RM30 (bayaran pendaftaran seumur hidup)
Personal coaching) RM35 sejam

Kelas Mengaji Alquran

Perspustakann Awam Selangor juga menyediakan ruang untuk kelas mengaji al-quran. Kita boleh mendalami ilmu seperti tajwid dan tafsir. Sesiapa sahaja boleh menyertai kelas ini dan dibimbing oleh guru yang berpengalaman tinggi dalam Al-Quran. Bilik mengaji ini terletak di Tingkat 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.


Kafetaria

Bagi yang rasa lapar atau ingin bersantai sambil minum-minum, boleh la singgah di kafetaria di luar perpustakaan berhadapan dengan tasik yang selesa dan damai.


Macam mana? Menarik kan aktiviti yang anda boleh lakukan di Perpustakaan Awam Selangor. Ruang yang besar dan luas serta berbagai aktiviti boleh dilakukan, menjadikan perpustakaan antara perpustakaan yang terbaik di Malaysia. Janga lupa singgah disini dan explore la sendiri.

Waktu operasi

Isnin : 10.00 pagi - 7.00 malam

Selasa - Jumaat : 9.30 pagi - 7.00 malam

Sabtu -Ahad : 9.30 pagi - 9.00 malam

Alamat : Jalan Kelab Golf 13/16, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor



With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
RAMAI TAK TAHU! Minuman Kunyit berkhasiat untuk ibu berpantang. CEPAT cuba resepi ini.

RAMAI TAK TAHU! Minuman Kunyit berkhasiat untuk ibu berpantang. CEPAT cuba resepi ini.

Cepat cuba resepi air minuman kunyit ini. Insyallah ia berkhasiat untuk ibu-ibu yang sedang berpantang di luar sana. Ternyata bahan yang selama ini kita guna sebagai perasa semasa menggoreng ikan mempunyai khasiat mampu mengecut dan membersihkan rahim ibu-ibu selepas bersalin.

aturan minum jamu kunyit asam, cara membuat kunyit asam untuk, menurunkan berat badan, jus kunyit, cara membuat kunyit asam untuk melancarkan haid, resepi jamu buatan sendiri, cara membuat jamu kunyit asam sirih sendiri, resepi jamu manjakani, cara buat jamu perapat,

Dan berita baik buat wanita di luar sana, sebenarnya jus kunyit ini bukan sahaja baik diamalkan oleh ibu-ibu lepas bersalin, malah untuk semua wanita juga baik kerana 'anti-radang' yang terkandung di dalam kunyit itu sendiri mampu menghalang rasa kesakitan tatkala anda period. Boleh la anda semua sediakan minuman kunnyit mengikut resepi ini awal-awal sebagai persediaan period anda setiap bulan.

Tetapi harus diingat, kita tak boleh kerap sangat minum air kunyit. Dipercayai sifat kunyit yang mengeringkan mampu menyebabkan anda cepat monopos. Mungkin seminggu sekali sudah cukup untuk diamalkan.

aturan minum jamu kunyit asam, cara membuat kunyit asam untuk, menurunkan berat badan, jus kunyit, cara membuat kunyit asam untuk melancarkan haid, resepi jamu buatan sendiri, cara membuat jamu kunyit asam sirih sendiri, resepi jamu manjakani, cara buat jamu perapat,

Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa

Antara bahan-bahan yang anda perlu sediakan untuk membuat jamu ini seperti dibawah:
  • Kunyit hidup - 1 inci
  • Asam Jawa - 2 Sudu besar
  • Gula melaka - 3 Sudu besar
  • Manjakaki (Jika ada)
Cara nak membuat jamu ini amatlah mudah. Anda cuma perlu hiris halus semua bahan tadi dan masukkan dalam shaker. Tuang air panas dan shake. Siap untuk diminum. Ada juga cara lain. Anda hiris semua bahan tadi. Masukkan dalam periuk. Tambahkan air 2 cawan. Kemudian reneh dengan api yang kecil sehingga air menjadi satu cawan. Cara ini lambat sikit tapi lebih baik sebab pati-pati ramuan akan keluar dengan banyak bila kita memasaknya.

Mudah sahaja kan nak buat? Jadi suami-suami sekalian, nak sayang isteri tolong la jaga mereka ketika berpantang. Insyallah isteri bertambah-tambah sayang.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
Buat la sosej sendiri, baru la lebih sihat. Jom cuba resepi ini

Buat la sosej sendiri, baru la lebih sihat. Jom cuba resepi ini

Assalamualikum semua. Sosej atau hot dog sudah pasti makanan yang sangat diminati oleh anak-anak kecil. Namun sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam sosej itu sendiri. Ditakuti jika makan terlampau banyak akan memudaratkan kesihatan. Tambah-tambah lagi bila kebanyakan sosej dipasaran ni dalam kategori makanan diproses dan sudah pasti mengandungi bahan pengawet dan garam yang tinggi.

Apa kata sekali sekala kita buat sosej sendiri. Resepi yang mudah ini sudah pasti terjamin lebih berkhasiat, bersih dan halal. Aku dapat resepi ini dari perkongsian Puan Zarina Jaidon dalam facebook beliau.

cara masak sosej yang sedap, sosej goreng tepung, resepi sosej masak black pepper, sosej masak kicap, resepi sosej masak sos, cara goreng sosej tidak kecut, sosej masak sambal,

Bahan-bahan:

1 kg ayam
1 1/2 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh oregano
1 tangkai cili kering
1 gelas air atau stock ayam

Cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
  3. Masukkan pipping bag, picit memanjang di atas cling film. Gulung kemas, pusingkan hujung cling film hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
  4. Didihkan air, rebus balutan cling film tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Juga boleh disimpan beku.
  5. Sosej ayam siap di goreng.
Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber: Facebook @Puan Zarina Jaidon & Majalah Pama

Carian Lain


Melihat Matahari Terbit di Puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

Melihat Matahari Terbit di Puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

Assalamualaikum semua. Sekali lagi aku berpeluang mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing. Dalam entri sebelum ni, aku share gambar-gambar di Puncak Bukit Panorama. Kali ni aku berpeluang melihat sunrise di atas puncak bukit secara live. Memang rezeki aku la. Last time aku pergi keadaan agak mendung. So tak dapat la nak tengok matahari terbit.

Melihat matahari terbit di puncak Bukit Panorama sememangnya amat mengujakan. Seperti biasa seawal jam 6 pagi lagi aku dan geng-geng "Nak Kurus" dah mula memanjat. Kiranya kami solat subuh dahulu di kaki bukit (memang ada masjid di sini) sebelum kami mendaki. 

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

Seperti yang pernah aku kongsikan sebelum ni, ketinggian bukit ni aku tak sure pulak berapa tinggi. Tapi average masa dari kaki bukit sehingga ke puncak dalam 35 minit. Tapi kalau berlari boleh je naik dalam masa 15 minit. Pernah orang buat ye. Tapi memang berbaloi kalau korang hiking disini. Tak la mencabar sangat. Sebab dah tersedia treck bertangga untuk kita gunakan. Ok la. Yang penting kita dapat mengeluarkan peluh kita kan. Memang betul-betul berpeluh bila sampai kat puncak.

Nah aku kongsikan buatp embaca semua gambar-gambar yang kitorang ambil semasa matahari tengah terbit. 

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

bukit panorama height, mendaki bukit panorama, laluan ke bukit panorama, panorama hills kuantan, bukit panorama map, bukit panorama (peak) sungai lembing, pahang, malaysia, bukit panorama kuantan height, bukit panorama kuala terengganu,

Itu sahaja lah perkongsian aku untuk entri kali ni. Jangan lupa menonton video aku mendaki bukit panorama di youtube (Klik disini) dan jangan lupa untuk subscribe youtube channel Papaglamz dot com. 





With Love
Papaglamz

Cara Mengira Body Mass Index (BMI) Menggunakan Rumus dan Formula Yang Mudah

Cara Mengira Body Mass Index (BMI) Menggunakan Rumus dan Formula Yang Mudah

Assalamualaikum semua. Mesti ramai yang sudah sedai maklum ataupun tahu tentang Body Mass Index (BMI). Dalam bahasa melayunya Index Jisim Tubuh. Tapi, korang tahu tak cara mengira BMI dengan menggunakan rumus atau formula yang mudah. Senang cakap kira BMI secara manual la. 

kalkulator bmi, cara kira bmi kanak kanak, formula bmi, bmi kalkulator malaysia, kira bmi kalkulator, kalkulator bmi berat badan, bmi ideal untuk wanita, carta bmi,

Ya aku setuju sekarang ni banyak laman web yang memembolehkan kita mengira BMI secara automatik. Hanya masukkan berat dan tinggi, then BMI kita akan dikira secara automatik. Cara ini memang mudah. Tetapi mesti ada yang tak tahu bagaiman BMI yang kita dapat ni dikira. Ok la dalam entri kali ini, aku nak kongsikan untuk korang semua bagaiman cara dan memahami rumus atau formula matematik mudah untuk mengira index jisim body korang.

Cara mengira Body Mass Index (BMI)

Secara asasnya, pengiraan BMI menggunakan formula matematik seperti di bawah:
kalkulator bmi, cara kira bmi kanak kanak, formula bmi, bmi kalkulator malaysia, kira bmi kalkulator, kalkulator bmi berat badan, bmi ideal untuk wanita, carta bmi,
Kalau kita tengok formula di atas, untuk mengira BMI, kita hendaklah mengetahui berat dalam kg dan juga tinggi kita dalam meter. Di bawah ni aku bagi contoh untuk korang supaya mudah untuk cuba kira BMI korang sendiri.

Contoh berat anda 60 Kg dan tinggi 1.70 M

66 Kg / 2.89 (*2.89 dapat hasil darap 1.70 x 1.70)

= 22.8 (kg/m2)

Kategori berat badan mengikut BMI

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa gunanya nilai BMI ni kan? Untuk apa kita kira BMI? Sebenarnya nilai BMI yang kita dapat ni kita akan mengetahui kategori berat badan kita sama ada kita kekurangan berat badan, normal atau kita mempunyai berat badan yang berlebihan. Mungkin jadual di bawah ni boleh membantu korang menilai kategori berat badan korang selepas korang mengira BMI korang.

kalkulator bmi, cara kira bmi kanak kanak, formula bmi, bmi kalkulator malaysia, kira bmi kalkulator, kalkulator bmi berat badan, bmi ideal untuk wanita, carta bmi,

Kepentingan mengetahui BMI

Segelintir kita langsung tidak ambil tahu akan kesihatan diri sendiri.  Cara yang paling asas ialah mengetahui cara berdiet mengikut keperluan badan.  Bagi mengetahui keperluan badan sudah pasti kita perlu tahu cara menghitung BMI untik diri kita sendiri.  Ini kerana diet antara kita tidak akan sama berdasarkan BMI yang perlu dicapai.  

Pentingnya berat badan ideal adalah bagi menjaga kesihatan yang sewajarnya diamalkan oleh semua orang jika ingin sihat. Berat berlebihan lebih mudah 'mengundang' berbagai macam penyakit seperti gangguan pernafasan, jantung koroner, tekanan darah tinggi, diabetes, stroke serta gangguan hormon. Bagi menentukannya tidak cukup hanya dengan berdiri di depan cermin. Jadi, kira BMI korang sekarang dan mulakan cara hidup yang sihat. Insyallah hidup kita lebih baik nanti.

Kalau korang nak kira BMI secara automatik boleh klik di sini --> BMI Calculator

With love
Papaglamz

-sekian-

Carian Lain
Antara Amalan, Tips dan Doa Ketika Memasuki Rumah Baru Serta Cara Memagar Rumah

Antara Amalan, Tips dan Doa Ketika Memasuki Rumah Baru Serta Cara Memagar Rumah

Assalamualaikum semua. Pertamanya aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan limpahan rezekinya, alhamdulillah aku dah pindah ke rumah baru aku sendiri. Dah tak payah nak sewa menyewa dah lepas ni. Bayar hutang rumah sendiri je la kat bank sekarang. Bila nak masuk rumah baru ni dah pasti aku tercari-cari antara amalan, tips dan doa ketika memasuki rumah baru serta cara memagar rumah. 

cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, doa pagar rumah dari makhluk halus, ayat pagar diri, doa pelindung rumah, cara memagar diri dari gangguan jin, ayat pendinding diri dari sihir, cara masuk rumah yang lama ditinggalkan, doa masuk rumah baru, cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, adab masuk rumah, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, surah al baqarah,

Angkut barang

Perkara paling malas nak pindah rumah ialah nak mengemas dan angkut barang. Sebab malas nak angkut-angkut ni la aku jarang pindah-pindah rumah sewa. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya nak kemas dan mengangkut barang. Aku perlukan lebih kurang dua minggu nak kemas-kemas rumah dan nak angkut barang ke rumah baru.

cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, doa pagar rumah dari makhluk halus, ayat pagar diri, doa pelindung rumah, cara memagar diri dari gangguan jin, ayat pendinding diri dari sihir, cara masuk rumah yang lama ditinggalkan, doa masuk rumah baru, cara pagar rumah dari gangguan makhluk halus, adab masuk rumah, cara pagar rumah guna garam, doa pagar rumah dari pencuri, surah al baqarah,

Kaedah atau cara memagar rumah secara islam

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.

Sumber: Darussyifa'

With Love
Papaglamz

-sekian-

Carian Berkaitan
Video Resepi Butter Kek Mudah Step by Step

Video Resepi Butter Kek Mudah Step by Step


Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua video resepi butter kek mudah step by step. Jangan lupa untuk mencuba. Kalau nak baca resepi butter kek, boleh klik disini. Jangan lupa subscribe channel you tube Papaglamzdotcom sekarang (klik disini). Insyallah aku akan update video-video best untuk korang semua.

With love
Papaglamz

-sekian-

Carian berkaitan
Resepi Daging Masak Kicap Yang Simple dan Mudah

Resepi Daging Masak Kicap Yang Simple dan Mudah

Assalamualaikum semua. Hari ni aku rasa nak kongsikan resepi daging masak kicap yang simple dan mudah buat pembaca semua. Aku guna daging kurban hari tu. Masih ada lagi ye. Biasa la orang tak rajin nak masak daging kan. Dalam banyak-banyak masakan, daging adalah sesuatu yang aku malas sangat nak masak. Sebab apa? Sebabnya aku kene tunggu lama nak biarkan daging tu lembut. Lain la kalau ada pressure cooker kan? Bestnya kalau ada yang hadiahkan aku pressure cooker. Hihihihi

daging masak kicap berkuah simple resepi daging masak kicap istimewa daging masak kicap pedas daging masak kicap berempah daging goreng kicap kelantan daging masak kicap lada hitam daging masak kunyit daging masak kari

Jom kita layan resepi yang aku gunakan hari ini. Sekadar berkongsi dan mungkin. Simple-simple sahaja dan hanya menggunakan bahan-bahan basic je. Mana tau berguna untuk korang-korang yang nak cuba menu daging masak kicap ni kan.  Jom layan. Nak tengok video, kena singgah di channel youtube aku (Klik Di Sini).

daging masak kicap berkuah simple resepi daging masak kicap istimewa daging masak kicap pedas daging masak kicap berempah daging goreng kicap kelantan daging masak kicap lada hitam daging masak kunyit daging masak kari

Resepi Daging Masak Kicap

Bahan-bahan

1/2 kg Daging lembu dipotong halus
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada sulah
1 inci halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
Kicap manis Jalen
Gula dan garam secukupnya

Cara-cara memasak

  1. Cuci daging yang telah dipotong.
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, putih, halia dan lada sulah.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
  4. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkeh.
  5. Setelah semua bahan tumis agak garing, masukkan daging dan air. Biarkan sehingga air kering atau daging menjadi lembut.
  6. Masukkan kicap dan perasakan dengan gula dan garam mengikut kesesuaian.
  7. Sedia untuk dihidang.

Mudah je kan? Makan dengan nasi putih panas-panas memang syok tau. Boleh la korang cuba untuk lunch atau dinner korang. Selamat mencuba. Jangan lupa tengok video aku masak daging masak kicap kat channel youtube aku (Klik Di Sini).

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!



Carian lain
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com