AYAH.. JOM MANDI

AYAH.. JOM MANDI

Assalamualaikum

Di keheningan malam yang sejuk ni, macam biasa la kalau hari-hari minggu bersendirian je la. Duk wassap-wassap, voice message ngan berbalas message bergambar bersama wife yang jauh dari pandangan mata. Nasib baik la ade kemudahan wassap ni. Boleh la sedikit sebanyak menghilangkan rindu dengan anak dan isteri tercinta tu. Hehehe.

Tibe-tibe tajuk JOM MANDI. Apakah itu? Papaglamz teringat first time mandikan anak. Masa tu umur masih 5 hari. Haaa lima hari tu. Terkejut mak mertua den. Memula macam tak konfiden yang Papaglamz boleh mandikan Imtiyaz yang baru umur 5 hari tu. Don’t judge me by the cover la mak. Hahahaha. Tak de la Papaglamz nak cakap macam tu kan? Berdosa..!!! Ye la, Papaglamz saje memberanikan diri untuk memandiakn Imtiyaz tu walaupun baru berusia 5 hari. Tak cuba tak tau kan?

Mulanya tu agak kekok jugak la. Tapi, Alhamdulillah selesai. Dan selepas itu, jadilah rutin memandikan Imtiyaz jatuh di atas bahu Papaglamz. Selagi masih bercuti la. Kalau dah abes bercuti, harus la nenek kesayanganya la yang mandi kan. Hehehe
Picture yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entri. Hehehe
Bila bercerita tentang mandi ni, teringat Papaglamz akan satu falsafah tentang Ayah yang memandikan anaknya. Sebelum itu, sememangnya semua orang tahu akan tanggung jawab seorang ayah kan? Mendidik, melindungi, memahami dan banyak lagi la. Segalanya terletak dibahu seorang ayah. Jadi, Ayah seharusnya sentiasa memandikan anak-anak dan isteri dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat agar tanggungjawab mendidik itu terlaksana.

Selain itu juga, mandikan anak anda dengan lautan kasih sayang yang tidak bertepi. Kerana ayahlah tempat untuk mereka berpegang. Jika keringnya kasih sayang dari seorang ayah, maka gersanglah jiwa si anak itu nanti. Setuju tak? Besar kan tanggungjawab ayah ni? So, renung-renungkan dan selamat beramal. Hehehe

Papaglamz nak share tips untuk memandikan bayi anda dengan mudah.
  • Mandikan bayi anda ketika waktu dhuha kerana pada waktu ini kitaran darah dan degupan jantung bayi adalah dalam keadaan yang tenang.
  • Cara siraman perlulah betul yang mana ia seharusnya dimulai dengan siraman di bahagian belakan bayi kemudian kaki, naik ke bahagian punggung dan kepala.
  • Semasa mandi, harus diingat supaya kita menggunakan sentuhan-sentuhan lembut ke atas bayi supaya pengaliran darah di dalam tubuh anak kita lancer. Sentuhan ini juga penambah kasih sayang tau.
  • Kemudian, siram dari bahagian belakang hinga ke kepala. Perlahan-perlahan  untuk mengelakkan air mengalir masuk ke dalam luban telinga dan hidung.
  • Ini adalah penting. Semasa memandikan, seeloknya di lakukan oleh AYAH dan sambil itu berzikir di dalam hati di dalam hati “Ya Latif, Ya Hadi”.
  • Pastikan siraman tidak di lakukan di bahagian muka bayi. Ditakuti bayi akan lemas.
  • Siraman yang terakhir adalah di bahagian dada membawa ke bawah iaitu kaki.
  • Setelah selesai mandi, cepat-cepat lapkan dengan tuala. Tutup kesemua tubuh bayi anda dengan tuala agar bayi anda tidak kesejukan.
Haaa.. Mudah kan? Jom sama-sama kita mandikan anak kita. Seronok tau mandikan anak ni. Bagi yang belom berkahwin tu, pinjam-pinjam la anak sedara ke, anak jiran ke, anak sesiapa la untuk practice mandik an bayi. Tapi hati-hati, kang pape berlaku kesian nak orang. Huhuhuhu.

Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

SENARAI SEMAK KELENGKAPAN DAN BARANG KEPERLUAN BAYI YANG BARU LAHIR

SENARAI SEMAK KELENGKAPAN DAN BARANG KEPERLUAN BAYI YANG BARU LAHIR

Assalamualaikum

Tentunya menanti kehadiran insan baru dalam keluarga sesuatu yang mengujakan. Pasti si Ibu dan si Ayah ternanti-nanti dan perasaan penuh tanda tanya kan? Lelaki ke... Perempuan ke... Ade yang dah scan dah tau jantina nak tau nanti baby kluar ikut muka siapa. Ayah ke Ibu? Huhuhu. Macam-macam la. Semua ni apa yang Papaglamz rase dulu masa menanti kehadiran Imtiyaz. Kalau sebelum ni Papaglamz share tentang surah-surah amalan ketika ibu hamil. Tapi, kali ni Papaglamz nak share keperluan ataupun barangan yang perlu kita sediakan untuk baby yang bakal menjengah ke dunia realiti ini.
>>> IHSAN DARI DAMIA<<<
Fisrt and most mesti semua akan terpikir pasal baju ataupun pakaian kan? Yer, ni penting sebab bayi perlukan baju untuk menutupi badanya. Kalau ade baju ni, tak la anak kite togel tidak berbaju. Pakian juga seeloknya diperbuat daripada kain cotton kerana ia lebih selesa untuk bayi. Antara baju atau pakian yang boleh disediakan ialah:
  • Baju berlengan pendek atau panjang.
  • Seluar pendek atau panjang.
  • Barut.
  • Sarung kaki dan tangan.
  • Kain bedung atau napkin.
  • Topi.

Selain pakaian, kita harus juga menyediakan lampin untuk bayi kita. Yela tak kan lepas-lepas je keluar dari perut ibu nak suruh masuk tandas buang air segala bagai kan? Hehehe. Jadi, boleh lah kita sediakan:

  • Lampin pakai buang.
  • Pelapik lampin.
  • Tisu kering atau basah.
  • Penyembur air.
  • Beg menyimpan lampin.

Selain itu, jangan lupa untuk menyediakan set mandian bayi anda. Bayu juga perlu mandi macam Ibu dan Ayahnya juga. Tapi tak boleh la brangan mandian bayi berkongsi sama dengan ibu dan ayah. Kang lain pulak jadinya. Yela kulit bayi ni kan ala-ala sensitif gitu. Jadi anda boleh la sediakan:

  • Cecair mandian khas untuk bayi. Macam-macam produk ade di pasaran.
  • Syampu bayi.
  • Besen untuk mandi.
  • Tuala mandi.

Seperti orang dewasa, bayi juga perlu set penjagaan yang khusus. Lagi-lagi la bayi ni sangat sensitif dengan persekitaran kan. Penjagaan ni meliputi penjagaan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Kita boleh la sediakan:

  • Baby losyen.
  • Baby oil.
  • Baby powder.
  • Minyak telon.
  • Alat pemotong kuku.
  • Kapas muka.
  • Krim mengelak ruam lampin.
  • Thermometer digital.

Selain set penjagaan kita juga seharusnya menyediakan barang-barang keperluan untuk bayi tidur lena. Penyediaan keperluan ini mengikut kemampuan anda. Tak perlu nak over-over sangat sampai terover budget la. Untuk tidur bayi yang lena, boleh kita menyediakan:

  • Tilam yang sesuai untuk bayi.
  • Bantal kepala.
  • Bantal peluk.
  • Cadar atau sarung tilam.
  • Selimut.
  • Untuk tilam Papaglamz gunakan toto je. Lipat-lipat jadi tebal.

Bayi semestinya hendak menyusu kan? Amat bertuah bagi ibu-ibu yang mampu menyusukan anaknya secara eksklusif. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda bolehlah mempersiapkan keperluan seperti:

  • Pam payudara.
  • Bekas penyimpanan susu.
  • Beg pendingin.
  • Nursing cover.
Bagi bayi yang minum susu formula

  • Botol susu bebas BPA.
  • Puting botol susu.
  • Berus botol.
  • Bekas untuk menyimpan botol susu.
  • Bekas untuk menyimpan air panas.
  • Bekas untuk menyimpan air sejuk.
  • Alat untuk sterill.
Bagi si Ibu, anda jangan lupa untuk menyediakan peralatan ketika anda berpantang. Antaranya adalah makanan kesihatan. Untuk pengatahuan, Shaklee mempunyai rangkian produk untuk Ibu-ibu berpantang dan juga menyusukan anak. Banyak kebaikan yang pastinya anda akan rasai dengan mengamalkan produk ini. Sebabnya banyak testimoni pelanggan yang positif. Apa kata anda mencubanya.
Jadi, itu lah tadi beberapa guide untuk kita menyediakan kelengkapan untuk menyambut kehadiran insan baru di dalam rumah tangga kita. Buat para Ibu, jaga kesihatan anda.

IBU SIHAT BAYI PUN SIHAT KELUARGA PUN BAHAGIA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad

Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad

Asalamualaikum

JOM AKTIFKAN MYKAD adalah SEO contest yang sedang berlansung sekarang ni. Penganjuran contest ini bertujuan untuk menghangatkan lagi keywords Jom Aktifkan Mykad. Papaglamz tertarik nak join sebab nak mencabar kebolehan diri bermain dengan seni SEO ni. Mana tau Papaglamz.com berada di top rank #1 di Google search Malaysia. Insyallah. Hehehe

Tidak dinafkan setiap orang semestinya mempunyai MyKad kan? Terkini satu program telah dibangunkan yang mana ia bertujuan untuk menampung keperluan 30 juta rakyat Malaysia iaitu program MykadSmart Shopper. Program ini amatlah mudah anda hanya perlu mendaftar kan Mykad anda secara online sahaja dan FREE. Bila dah daftar, boleh la gunakan kad itu ketika shopping dan akan mendapat ganjaran dan diskaun.
Jom Aktifkan MyKad
MyKad_Smart_Shopper
>>>KLIK DISINI UNTUK JOIN<<<
Syarat-syarat Kontest SEO Jom Aktifkan MyKad seperti beriku:

  • Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia. Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Tetapi entri anda perlu fokus pada keyword Jom Aktifkan Mykad.
  • Setiap bloggers boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Tetapi penyertaan yang berjaya berada di Rank 1-10 google Malaysia untuk keyword "Jom Aktifkan Mykad" akan dipilih sebagai pemenang tempat pertama hingga kesepuluh.. Setiap blogger hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
  • Jangan lupa letakkan banner Pertandingan pada entri yang anda hasilkan. (Sekiranya tiada banner pertandingan, entri anda tidak akan dinilai).
  • Letakkan link entri penyertaan anda di ruangan komen entri ini.
Di akhir entri anda letak ayat ini " Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com

Cabaran Contest ini akan berlangsung sehingga 2 Mac 2015. Walaubagaimanapun tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Februari 2015 (Ahad) iaitu seminggu sebelum contest ini berakhir.

Mudah kan? Apa kata jom ramai-ramai join contest ni. Hadiah menarik menanti pemenang.
  • Tempat Pertama : Wang Tunai RM500
  • Tempat Kedua : Wang Tunai 300
  • Tempat Ke tiga : RM200
  • Hadiah Saguhati (4-10) : Wang tunai RM50 bagi setiap pemenang
Jangan lepaskan peluang ini. Untuk pengatahuan, Kontest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar dan ditaja oleh www.aktifmykad.com

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

MyKad Smart Shopper Di Dalam Aplikasi Telefon Mudah Alih (Mobile Phone)?

MyKad Smart Shopper Di Dalam Aplikasi Telefon Mudah Alih (Mobile Phone)?

Assalamualaikum

Seperti yang Papaglamz ceritakan mengenai MyKAd Smart Shopper dalam entri sebelum ni, sememangnya bannyak kelebihan-kelebihan dengan menyertai program ini. Ini di tambah pula dengan kemudahan aplikasi MyKad Smart Shopper di dalam telefon mudah alih. Melaui aplikasi ini, mereka-mereka yang telah mendaftarkan Mykadnya di bawah program ini lebih mudah untuk menggunakan perkhidmatan ini. Antara perkhidmatan yang di tawarkan melalui aplikasi ini antaranya ialah:
  • Mencari senarai kadai yang membolehkan kita menggunakan MSSP.
  • Pendaftaran ahli baru.
  • Memeriksa Affiliate Junction point reward.
  • Menebus barangan berdasaran point yang diperolehi
Untuk membolehkan telefon anda mempunyai aplikasi ini, mudah sahaja hanya muat turun daripada laman sesawang GooglePlay Store dengan carian Affiliate Juntion. Mudah kan? Bermacam kemudahan yang bakal anda nikmati.

SELAMAT MENCUBA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

MyKad Smart Shopper (MSSP)

MyKad Smart Shopper (MSSP)

Asalamualaikum

Ok pernah dengar tak pasal MyKad Smart Shopper? Kalau tak pernah meh Papaglamz kasi tau. Huhuhu. Untuk pengatahuan semua, MyKad Smart Shopper ataupun MSSP ni merupakan satu program aplikasi khas buat mereka-mereka yang mempunyai MyKad. Program ini telah dibangunkan dan diselaraskan oleh I Synergy Universal Holding SDN. BHD. Siapa yang boleh join? Semestinya semua rakyat Malaysia kan? Dengan menyertai program ini, anda akan menerima ganjaran atau point setiap kali berbelanja. Untuk menyemak butiran-butiran ganjaran yang telah anda terima di dalam program ini, anda bolehlah mengakses di laman web AffiliateJuncton.
 MyKad_Smart_Shopper

Semestinya ada yang bertanya bagaimana ingin menyertai program ni kan? Mudah sahaja anda hanya perlu mendaftarkan MyKad anda secara online dan pendaftaran ni adalah percuma. Namun, perlu diingat, anda haruslah menghubungi ajen-ajen sah Affiliate Junction untuk memudahkan urusan pendaftaran.

Berikut merupakan kelebihan yang kita perolehi apabila menyertai program MyKad Smart Shopper:
  • Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA. Sangat berbaloi dan tiadaa sebarang risiko keewangan.
  • Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup).
  • Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
  • Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
  • Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan? Kelebihan yang tentunya berpihak untuk semua peserta di bawah program Affiliate Junction ini.
  • Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.  
Banyak bukan kelebihan yang bakal kita terima? Jadi jangan lepaskan peluang ini. Jom ramai-ramai mendaftarkan MyKad anda di bawah program ini. Kelebihan yang pasti akan memberi manfaat pada kita semua.

PILIHAN DITANGAN ANDA. ANDA YANG MENENTUKAN

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

8 SURAH PILIHAN UNTUK AMALAN KETIKA IBU SEDANG HAMIL ATAU MENGANDUNG

8 SURAH PILIHAN UNTUK AMALAN KETIKA IBU SEDANG HAMIL ATAU MENGANDUNG

Asalamualaikum

Mendapat perkhabaran tentang kehamilan merupakan sesuatu yang amat menggembirakan seisi keluarga. Dalam masa 9 bulan lagi, akan hadirlah penyeri di dalam sesebuah rumaha tangga. Tentunya banyak persiapan yang dilakukan untuk menyambut kelahiran yang bakal tiba. Namun, dalam kegembiraan itu, Islam telah mengaturkan beberapa tatacara yang sangat elok agar kegembiraan yang kita rasa seiring dengan rasa bersyukurnya kita atas nikmat yang di kurniakan Allah S.W.T.
Ibu yang sedang mengandung ataupun hamil seeloknya mengamalkan beberapa surah pilihan yang terkandung di dalam Al-quran kerana ia mempunya khasiat yang tersendiri yang mana ianya baik untuk kesihatan anda dan juga bayi.

SURAH AL-FATIHAH
  • Pengamalan surah Al-Fatihah dengan kerap dapat menenangkan hati disamping menguatkan daya ingatan ibu dan bayi yang bakal di lahirkan.

SURAH YUSUF
  • Dengan mengamalkan bacaan surah Yusuf insyallah anda akan mendapat seorang cahaya mata yang cantik dan elok dari segi paras rupa dan kelakuan.

SURAH YAASIN
  • Pengamalan seluruh surah Yusuf ketka anda hamil berupaya memberi ketenangan ketenangan hati pada bayi disamping mengelakkan anak dari terpengaruh oleh godaan syaitan dan maksiat.

SURAH LUQMAN
  • Untuk mndapatkan seorang cahaya mata yang cerdik akal dan jiwa, anda bolehlah mengamalkan pembacaan surah Luqman. Insyallah.

SURAH MARYAM
  • Membaca surah Maryam dipercayai dapat memudahkan si Ibu untuk bersalin dan akan memperolehi cahaya mata yang sabar dan taat kepada kedua Ibu dan Bapa.

SURAH AT-TAUBAH
  • Membaca surah ini dengan kerap insyallah dapat membersihkan jiwa dan terpelihara daripad maksiat

SURAH HUJURAT
  • Pengamalan surah Hujurat dikatakan baik untuk memperbanyakkan Ibu dan akan melahirkan anak yang mempunyai perasaan berhati-hati dalam setupa tingkahlakunya

SURAH AN-NAHL (Ayat 78)
Kerap membasahu lidah dengan ayat ini, insyallah anda akan memperoleh anak berdisiplin.

Begitulah 8 surah pilihan yang boleh Ibu-ibu amalkan ketika sedang mengandung insyallah segala yang dihajati akan tercapai. Perlu diingat, bukan ibu sahaja yang perlu amalkan. Si ayah juga seharusnya mengamalkan juga. Kerana doa seorang ayah adalah makbuk untuk anaknya.


JOM AMALKAN SAMA-SAMA. INSYALLAH.

Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Foodsglamz |#| Steam Boat & Grill Buffet House, TEMERLOH

Foodsglamz |#| Steam Boat & Grill Buffet House, TEMERLOH

Assalamualaikum

Memandangkan sabtu ahad yang lepas Papaglamz menghabiskan hujung minggu bersama wife di Temerloh, puas la kami berdating sakan. Kebetulan pula ade satu kedai makan steam boat yang baru bukak. Then, yang best lagi tu owner kedai tu ayah kepada anak murid wife Papaglamz. Jadinya, kami terasa nak meraih simpati la kat kedai baru tu. Hahaha. Alhamdulillah berjaya. Rezeki-rezeki.
Ni lah dia Steam Boat & Grill Buffet House terletak di tengah-tengah bandar temerloh dan sememanya mudah untuk kita temui. Sebabnya jalan di dalam bandar Temerloh ni kebanyakannya one way. Mesti akan lalu la. Dengan tagline "Makan Sepuas-puasnya", pastinya menarik minat ramai pelanggan untuk datang menikmati hidangan yang di sajikan. Ternyata bebaloi dengan harga untuk dewasa RM 22.00 dan kanak-kanak RM 11.00 sememangnya sangat berpatutan. Tambahan pula pelbagai pilihan makanan di sajikan antaranya udang, sotong, ayam, kupang, kerang dan sebagainya. Kebanyakan makanan laut. Best kan?

Kedai yang berkonsepkan warna oren ni sememangnya akan membuat parap pengunjung berasa teruja untuk singgah kerana dari jauh sudah kelihatan menarik sekali. Selain itu terdapat juga kumudahan-kemudahan lain seperti seperti tandas dan tempat meletak kereta yang mudah.

Jadi, ayuh jom kita serbu Steamboat & Grill Buffet House ni. Pemiliknya orang melayu ok. Sudah terjamin semestinya HALAL.
Harga yang berpatutuan kan.
Pilihan makanan yang disajikan
Seafood menjadi pilihan utama kami
2 dalam 1. Steamboat dan juga grill
Kami berdua yer untuk semua ini. Hehehe
 Pilihan ditangan anda.

Steamboat & Grill Buffet House

No. 15G Jalan Dato' Bahaman, 2800 Temerloh Pahang
Waktu operasi Selasa - Ahad (10 am - 10 pm)
Koordinate: 3.453156, 102.408637


-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

PENGAMBILAN PIL PERANCANG KEHAMILAN DAN KESAN YANG DIHADAPI OLEH IBU DAN BAYI

PENGAMBILAN PIL PERANCANG KEHAMILAN DAN KESAN YANG DIHADAPI OLEH IBU DAN BAYI

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian dari Papaglamz melalui pembacaan Majalah Pa & Ma berkenaan dengan Pil Perancang.
Soalan : Seorang ibu yang mengambil pil perancang, adakah ia akan menjejaskan penyusuan bayi? Apakah supplement yang boleh dicadangkan?

Jawapan oleh Puan Sabrina Harun, Ahli farmasi (Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011)

Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.

Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.

Terdapat 2 jenis pil perancang:
  • Mengandungi progestin dan progesteron.
  • Mengandungi progestin dan estrogen

Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.

EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Berdasarkan soal jawab ini, Berikut merupakan antara Vitamin yang boleh di ambil mengikut pemerhatian Papaglamz selama mengamalkan Produk Shaklee.

Vita-Lea
GLA-Complex


*GLA-Complex shaklee mengandungi EPO yang boleh diambil untuk mengurangkan maslah ketika mengambil pil perancang kehamilan.

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

OSTEOMATRIX SUMBER KALSIUM TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

OSTEOMATRIX SUMBER KALSIUM TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum

Ibu yang sedang mengandung tentunya memerlukan kuantiti Kalsium yang mencukupi kerana ia membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta jantung yang kuat untuk Ibu dan bayi. Semasa proses kehamilan juga, Kalsium di perlukan dalam perkembangan otot dan saraf bayi. Selain daripada Kalsium, kehadiran mineral juga dapat membantu pembinaan jantung yang kuat untuk berfungsi secara normal.

Jika sumber Kalsium kurang ketika Ibu sedang mengandung, ini akan menjejaskan tahap kesihatan Ibu di mana Kalsium dari Ibu akan diserap oleh bayi, dan lama-kelamaan Ibu akan kekurangan Kalsium dan boleh mengundang kepada penyakit osteoporosis di masa hadapan.

Perlu diingat wanita yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg Kalsium sehari manakala bagi wanita 18 tahun ke bawah, memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari. IBU YANG SEDANG MENGANDUNG MEMERLUKAN SEKURANG-KURANGNYA 4 KALI HIDANGAN PRODUK TENUSU ATAU PENGAMBILAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM SETIAP HARI.
ibu_hamil
Bagi memenuhi keperluan Kalsium yang mencukupi semasa mengandung, OSTEOMATRIX adalah pilihan yang terbaik. Berikut merupakan kelebihan-kelebihan OSTEOMATRIX:
  • Setiap 4 biji bersamaan dengan 1000 mg keperluan tubuh anda dan ianya berbentuk tablet sangat mudah untuk diambil.
  • Selain Kalsium, ia mengandungi Kalsium Karbonat, Kalsium Sitrat, Kalsium Sirat Malet, Magnesium dan vitamin D yang mana semua mineral ini menghalang kita daripada terkena sembelit dan lebih selamat daripada risiko batu karang.
  • Dengan kehadiran beberapa mineral dan vitamin di dalam OSTEOMATRIX, ia dapat mengoptimumkan penyerapan Kalsium oleh tubuh kita.
  • Ianya sangat sesuai untuk mereka yang merasa mual atau alah dengan produk tenusu. Anda perlu ambil 4 biji tablet OSTEOMATRIX bagi menggantikan beberapa gelas tenusu. Hebat bukan?

Anda juga boleh mengambil set ketika hamil yang akan memberi anda nutrisi lengkap ketika anda hamil.


ibu_hamil

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Assalamualaikum

JOM SAMA-SAMA MERIAHKAN SEGMEN CIK MANIS NI.

TERASA MANIS SELALU
KLIK DISINI
NAK JOIN KLINK LINK KAT BAWAH BANNER TU

PAPAGLAMZ JOIN YER CIK MANIS YANG ALWAYS MANIS.

HEHEHEHEHEHEHEHE

-sekian-

Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com