Assalamualaikum
Sekadar perkongsian dari Papaglamz melalui pembacaan Majalah
Pa & Ma berkenaan dengan Pil Perancang.
Soalan : Seorang ibu yang mengambil pil perancang, adakah ia
akan menjejaskan penyusuan bayi? Apakah supplement yang boleh dicadangkan?
Jawapan oleh Puan Sabrina Harun, Ahli farmasi (Pa & Ma
Bil 131 Ogos 2011)
Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh
menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat
digalakkan semasa mengambil pil perancang. Pengambilan pil perancang turut
mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah.
Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.
Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian
payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan
EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.
Terdapat 2 jenis pil perancang:
- Mengandungi progestin dan progesteron.
- Mengandungi progestin dan estrogen
Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk
diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan.
Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan.
Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi
tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.
EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan
aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan
sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.
Berdasarkan soal jawab ini, Berikut merupakan antara Vitamin
yang boleh di ambil mengikut pemerhatian Papaglamz selama mengamalkan Produk
Shaklee.
Vita-Lea
GLA-Complex
*GLA-Complex shaklee mengandungi EPO yang boleh diambil untuk mengurangkan maslah ketika mengambil pil perancang kehamilan.
p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA
-sekian-
Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:
Produk menarik!
BalasPadamHuhuhu
Padamsangat menarik
Padaminfo yg bagus...
BalasPadamTq..
Padambetul tu.. sangat bagus infonya
PadamGood info..
BalasPadamambil pil perancang takde kesan yang buruk sangat kan
BalasPadamdari dulu sampai sekarang akak confuse ttg pil perancang keluarga ni.. doc cakap baik, tapi ada yg kata tak baik amalkan...
BalasPadam