Assalamualaikum
Esok, Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1436
Hijrah. Tahu tak tarik apakah itu? Tentunya kita sebagai umat islam seharusnya
tahu tarikh tu ialah tarikh di mana Rasulullah S.A.W nabi junjungan kita lahir ke dunia ni. Bagi
orang-orang islam kita seharusnya tahu tentang peristiwa ini. Betepatan dengan
sambutan Malidur Rasul pada tahun ini, Papaglamz ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan selamat pada semua. Semoga kita dapat mengambil seberapa banyak
pengajaran yang boleh kita ambil panduan daripada peristiwa kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W.
Baginda sememangnya baginda seorang tokoh pemimpin yang
terulung. Selain sebagai pembawa rahmat sekalian umat, baginda menjadi tauladan
dan panduan bagi umat islam dengan sunnah-sunnah baginda. Akhlak baginda harus
la kita ikuti demi menjamin kesejahteraan kita di akhirat kelak Insyallah.
Akhlak Rasulullah S.A.W:
Baginda menyambut seseorang dengan sambutan yang baik yang tidak
lepas dari senyuman di wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan
kebaikan, mengelakkan perkara-perkara yang tidak perlu.
Baginda mengajar umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka
yang paling bagus akhlaknya, Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang
paling baik di antara kamu adalah yang paling baik akhlaknya.”
.
Bahkan Baginda mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat
tempatnya dengan Baginda nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik
akhlaknya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya
orang yang paling daku sukai di antara kamu dan yang paling dekat tempatnya dengan
daku nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”
.
Akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang terpuji
tidak hanya untuk para pengikutnya saja, bahkan Baginda juga melakukan hal yang
sama terhadap musuh-musuhnya, ketika Baginda di minta untuk mendoakan
orang-orang musyrik, Baginda bersabda: “Sesungguhnya
daku tidak di utuskan sebagai pelaknat, tapi daku di utus sebagai pembawa
rahmat (kasih sayang).”
Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA
-sekian-
salam maulidur rasul papaglamz..
BalasPadamSalam maulidurrasul juga...
Padamsalam maulidur rasul juga buat papaglamz
BalasPadamTerima kasih. Utk amanina jgak.
Padamnice sharing..
BalasPadammari selalu berselawat kepada Nabi SAW..
Insyallah jdikn amalan..
Padamnice info... inshaAllah semoga jadi amalan nanti...
Padamsentiasa mengingati Nabi Muhamad SAW dgn selawat =)
BalasPadamSelawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w
BalasPadam