21.1.15

DIKUTUK LEBIH BAIK DARI MENGUTUK


Assalamualaikum

Korang semua mesti pernah dengan dan kenal kan mereka-mereka dalam gambar ni?

Ada 4 tokoh perniagaan Melayu dalam gambar ni. Dr Romzey pengasas Herba Prima. Dato Vida pengasas Qu Puteh. Kak Ton pengasas produk Umaira dan Dato Aliff Syukri pengasas D HERBS. Apa yang kita lihat pada mereka.? Sebenarnya di dalam media sosial, mereka ini antara personaliti yang sering menerima kutukan. Dr Romzey dikutuk sebagai berambut ala kura kura. Dikatakan sebagai tak sedar diri bila menerbitkan filem 2Alam yg kononnya akan pecah panggung hingga mengutip 50 juta. Dato Vida di kutuk gemuk dan tag linenya dijadikan meme yg beredar dimedia sosial. Kak Ton juga disindir akibat tag line Comey macam Kak Ton. Dato Syukri juga dikatakan menumpang kaya maknya yang merupakan pengasas sendayu tinggi. Rata rata yang mengutuk ini sebangsa dengan mereka.berempat. Kenapa ye?


Hasad dengki ini memang sudah menjadi lumrah agaknya dalam bangsa bumiputera ini. Sikap tak senang dengan kejayaan orang lain lebih-lebih lagi sesama kaum merupakan satu mentaliti yang tiada kelas langsung. Bagaimana kita nak maju jika kita sesama sendiri rela memperlekehkan usaha rakan sebangsa kita? Apa kena dengan kita ni? Martha Tilaar yang mahsyur di seluruh dunia pun berbangga memperkenalkan jamu NYONYA MENERnya. Berjuta rakyat indonesia berbangga dengan dia. Tapi bila dr Romzey membawa kita kehebatan jusmatenya yang dikutuk ialah rambutnya. Apa kaitan jus dengan rambut. Bila Dato Vida memperkenalkan kehebatan produk qu putehnya yang kita nampak bukan putehnya tapi kita lebih membicarakan gemoknya tubuh pengasas. Bila Kak Ton memperkenalkan produk Umairanya yang kita sebut dan sindir ialah hidung dan rupa kenenekan kakton. Bila d HERBS dikenali yang kita umpat ialah gedik si pengasasnya. 


Apa ni? Apakah setiap produk kecantikan perlu diciptakan oleh orang cantik? Produk kurus mesti diformulasikan oleh orang kurus? Salahkah produk putih dicipta oleh orang tembam? Apakah estee lauder tu cantik untuk melariskan bedak asas dan minyak wangi? 

Ubahlah mentaliti kita. Sisiplah rasa bangga pada kegigihan mereka walaupun dalam telinga rasa pedih mendengar nak putih pakailah qu putih.... Jangan lihat apa yang kita nampak dipermukaan sahaja tapi lihatlah usaha mereka. Pengasas produk ini bukan artis yang sedia ada menjual wajah tapi mereka berani membuat sesuatu yang kita sendiri tak mampu lakukan. Jika sikap.hasad dengki ini berterusan maka janganlah kita hairan dalam.senarai 10 billionaire negara hanya Tan Sri Bukhary sahaja yang melayu . Oh ya walau berkoyan kutukan mereka terima... Mereka tetap pakai mercedes berumah agam dan berkepuk dompet dengan wang. Manakala yang menghina mereka masih berhutang keliling pinggang membayar ansuran rumah kereta dan pinjaman peribadi.

p/s: Papaglamz coy dari segmen coaching dalam group Shaklee. Haaaa terus semangat. Biar nak kutuk Papaglamz over ker. Ape ker. Yang penting Papaglamz nak berusaha merubah dari ZERO to HERO. Dari NOTHING to SOMETHING.


Pengedar Shaklee Anda


Faizal (Papaglamz) 
0196141393
Supervisor to be (Feb 2015)
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA
COD: Kuantan

-sekian-

32 ulasan:

  1. biasanye yang mengutuk dalam kerugian sedangkan yg dikutuk dalam keuntungan.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang melayu memang tak lari dari hasad dengki, mintak2 la cn dijauhkan dari orang yang suka mendengki ni

      Padam
    2. mengutuk nih mendatangkan keseronokkan pada mereka.. hehehe.. kadang-kadang saya pun mengutuk juga.. hehehehe.. saya manusia biasa sahaja tak lari dari melakukan kesilapan.. hik hik hik

      Padam
  2. Sangat sokong. Lumrah manusia, bila orang lebih sikit, dikutuk. Usaha dorang sendiri untuk berjaya. They deserve it :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadangkala kita termakan juga kutukan itu.. kerana kadangkala terselit kebenaran dalam kutukan.. hehehe..

      Padam
  3. Biasalah kan. Ada hasad dengki. Diorang bukan buat apa pun, dengan itu saja cara untuk mencari rezeki. Betul apa yang dikatakan, dikutuk lebih baik dari mengutuk! Semoga semua mereka ni berjaya dalam kerjaya dan bisnes masing-masing. Sama juga buat kita semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadangkala kutuk bukan sebab dengki.. tapi kerana hendak perubahan.. semoga ada penambahbaikkan.. hehehehe

      Padam
  4. lebih baik usaha majukan diri dan bangsa dari mengutuk kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakkannya selesa dalam zon mereka sendiri.. sambil-sambil mengutuk mereka yang disekelilingnya.. hik hik hik

      Padam
  5. sokong papaglamz..kadang yang mengutuk tu pon x sedar diri..anyway, nobody's perfect kan..lagi dikutuk lg murah rezeki diorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hik hik hik kita sama kawan kita kalau kutuk mengutuk dipanggil gurau kasar.. hehehehe

      Padam
  6. Orang yang mengutuk nie memang tak ada kerja lain, hanya cari sumber bahan untuk buat cerita jer hari-hari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak buat camne.. kat tv sekarang nih banyak rancangan gosip.. huhuhuhu.. pilihan penonton katanya .. hik hik hik

      Padam
  7. Nurul lebih memilih neutral dalam hal ni, dikutuk dan mengutuk dah memang lumrah bukan hanya pada bangsa melayu.. selagi manusia, yang kita tak suka, kita kutuk, yang kita suka, kita puja.. demikianlah kehidupan. Yang mengutuk tu silalah check diri sendiri dan yang dikutuk pula silalah muhasabah diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ini saya setuju.. bohonglah kalau kita tak pernah mengutuk.. dalam hati kadangkala tedetik juga.. bukan kerana hasad.. tapi kerana ingin lihat diri berada di tahap yang sama.. kita bukan maksum.. tak lari dari melakukan kesilapan

      Padam
  8. sepatutnya kita bangga kan, yang berjaya ni semua orang melayu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka berjaya.. tapi kita di tahap mana? bersama kita berusaha menjadi lebih berjaya dari mereka

      Padam
  9. terfikirkah kita bahawa kutukan dan gosip ini kadangkala nampak macam sengaja dicipta untuk melariskan sesuatu produk atau barangan.. inilah strategi pemasaran yang tersembunyi..
    banyak produk yang tiba-tiba merudum jualannya bila cerita-cerita kutuk ini berhenti..
    macam filem dan rancangan hiburan/realiti tv juga.. orang bukan datang panggung atau tonton nak tengok cerita sangat cuma sebab banyak promosi dan gosip orang tertarik nak tengok

    BalasPadam
  10. Simple je nak tulis;

    1 jari kite tunjuk kat orang.. 4 jari lagi menunding ke kite.. so renung2 kan dan selamat beramal :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya juga nak tulis simple.. jangan takut nak menegur kesilapan hanya kerana diri tak sempurna.. bersama-sama bermuhasabah

      Padam
  11. Hai...saya dah follow sini ..
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/mini-giveaway-by-syira-lokman.html

    BalasPadam
  12. Buat apelah nak kutuk kan?
    Mereka kene kutuk, mereka dapat pahala kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadangkala kutukan itu teselit kebenaran.. bersama kita memperbaiki diri

      Padam
  13. alah bisa tegal biasa....orang yang dikutuk selalunya lebih berjaya daripada mereka yang mengutuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kita akan mengutuk orang yang dah berjaya ni lah

      Padam
    2. biasanya orang berjaya nih berjaya kerana promosi kutuk mengutuk berlebih-lebih.. kontroversi yang sepatutnya boleh dielakkan

      Padam
  14. Betul tu.. baik dikutuk dari mengutuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kutuk mengutuk kadangkala mengundang bahagia.. hik hik hik

      Padam
  15. "Teknik Menggoda Pelanggan" Bab:3 - Pelanggan akan jatuh cinta pada anda walaupun selalu mengutuk anda. Bukan dengan pelaris, bukan juga minyak dagu, tetapi kerana anda selalu mengganggu perhatian mereka dalam kehidupan seharian. Kebencian akan bertukar menjadi cinta.

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com