Asalamualaikum
Ok pernah dengar tak pasal MyKad Smart Shopper? Kalau tak pernah
meh Papaglamz kasi tau. Huhuhu. Untuk pengatahuan semua, MyKad Smart Shopper
ataupun MSSP ni merupakan satu program aplikasi khas buat mereka-mereka yang
mempunyai MyKad. Program ini telah dibangunkan dan diselaraskan oleh I Synergy Universal Holding SDN. BHD. Siapa yang boleh join? Semestinya semua
rakyat Malaysia kan? Dengan menyertai program ini, anda akan menerima ganjaran
atau point setiap kali berbelanja. Untuk menyemak butiran-butiran ganjaran yang
telah anda terima di dalam program ini, anda bolehlah mengakses di laman web AffiliateJuncton.
Semestinya ada yang bertanya bagaimana ingin menyertai program ni kan?
Mudah sahaja anda hanya perlu mendaftarkan MyKad anda secara online dan
pendaftaran ni adalah percuma. Namun, perlu diingat, anda haruslah menghubungi
ajen-ajen sah Affiliate Junction untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Berikut merupakan kelebihan yang kita perolehi apabila menyertai program
MyKad Smart Shopper:
- Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Kad Diskaun adalah PERCUMA. Sangat berbaloi dan tiadaa sebarang risiko keewangan.
- Tiada sebarang Annual Fee dikenakan (Bermakna PERCUMA seumur hidup).
- Tidak perlu membawa kad tambahan yang pastinya akan menyesakkan dompet anda. Semua orang membawa mykad ke mana-mana untuk kebanyakkan urusan.
- Dapat mata ganjaran dan tidak ada tempoh luput.
- Walaupun anda tidak dikenakan sebarang yuran untuk menyertai program ini dan tiada yuran tahunan dikenakan, tetapi anda berpeluang untuk menebus hadiah daripada pihak syarikat berdasarkan mata ganjaran yang telah anda kumpul ketika berbelanja. Menarik bukan? Kelebihan yang tentunya berpihak untuk semua peserta di bawah program Affiliate Junction ini.
- Aplikasi Mykad Smart shopper melalui IPAD, Iphone dan Smartphone disokong dengan sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini.
PILIHAN DITANGAN ANDA. ANDA YANG MENENTUKAN
-sekian-
Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:
saya pernah mendengarnya.. tapi tak pernah mencubanya
BalasPadamBoleh cuba nanti ..
BalasPadamByk benefit.. mesti register..
BalasPadambagi yang suka berbelanja elok aktifkan mykad untuk dapatkan pelbagai benefits =)
BalasPadamnak kena cuba jugak lah.. terpangaruh dah baca ni hehehehe
BalasPadam