Assalamualaikum
Setelah usia kandungan mencecah 32 minggu kehamilan, tentunya hati Ibu berdebar-debar untuk menanti saat kelahiran. Pada waktu ini Ibu seharusnya perlu kerap menenangkan diri dan sentiasa berjaga-jaga akan segala aktivit yang Ibu lakukan. Kerana pada bila-bila masa sahaja anda akan bersalin. Segala persiapan dan keperluan ibu dan bayi seharusnya telah disiapkan awal agar tidak ada yang tetinggal. Berikut Papaglamz kongsikan 15 perkara yang perlu dibawa ke hospital sekiranya sudah tiba masanya anda bersalin:
- Tuala mandi dan kain batik – Sehelai sudah cukup melainkan ibu tahu akan berada di hospital dalam tempoh lebih daripada 1 hingga 2 malam atau ibu akan masuk hospital lebih awal dari tarikh dijangka bersalin atas faktor kesihatan ibu dan kandungan.
- Keperluan mandi – berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencuci muka dan sebagainya.
- Penjagaan diri – bedak, sikat, getah ikat rambut, deodorant dan sebagainya.
- 1 helai pakaian untuk pulang dari hospital – Semasa dalam ward, pakai baju yang disediakan oleh pihak hospital jer.
- 1 pasang Stokin tebal – Boleh pakai semasa dalam labour room kerana suhu dalam labour room sangat sejuk. Selain itu, boleh juga dipakai selepas bersalin nanti.
- 1 plastik berwarna hitam (kecil) – untuk letak uri.
- 1 plastik besar – untuk letak kain kotor.
- Minyak selusuh – Papaglamz dulu sediakan minyak kelapa dara je.
- Air zam-zam dan buah kurma Ajwa – Untuk diminum / dimakan oleh ibu dan untuk tujuan mentahnik (belah mulut) bayi. Papaglamz mentahnikkan Imtiyaz selepas wife dan baby masuk wad selepas bersalin.
- Bengkung moden – Supaya perut ibu sentiasa terjaga. Ingat yer, sebelum makan, pastikan berbengkung dahulu. Guna yang jenis moden lebih mudah semasa dalam wad. Bila dah balik rumah, barulah guna bengkung yang berlilit-lilit tu.
- Tungku elektrik – Bagus untuk digunakan sekiranya ibu berada lama di hospital selepas bersalin.
- 1 pack tuala wanita maternity (khas untuk wanita selepas bersalin) – Banyak pilihan di pasaran. Pilih la mana yang berkenan. Tapi better tanya dulu la wife nak guna yang mana. Kang beli tak nak pakai pulak. Rugi uollzz.. Huhuhu
- Pakaian dalam wanita – Bra menyusu dan panties (seluar dalam) biasa yang bukan untuk ibu mengandung. Untuk lebih mudah boleh juga guna disposable panties (seluar dalam pakai buang).
- Buku laporan mengandung – pihak hospital perlukan untuk rujukan. Jangan lupa tau, kang tak pasal-pasal kena marah.
Dan jangan lupa bakal-bakan libu sekalian. Rancang pantang anda dengan memakan makanan yang berkhasiat. Memang kit tengah sakit. Kadang-kadang tu memang tak lalu makan kan? Anda harus ingat bayi anda perlukan susu anda. Jadi makan dengan sihat. Untuk mudah, apa kata sediakan vitamin-vitamin khas untuk ibu-ibu selepas bersalin. Macam SET BERSALIN SHAKLEE Sememangnya banyak kelebihannya. Ini terbukti dengan testimoni-testimoni positif dari pelanggan yang pernah menggunakan set ini.
Antara kelebihanya ialah:
- Boleh menambah dan mengayakan lagi susu badan.
- Luka bersalin akan cepat sembuh.
- Dapat mengawal emosi Ibu selepas bersalin dengan adanya B-Complex.
- Membekalkan tubuh anda dengan nutrisi-nutrisi yang mencukupi ketika anda berpantang.
PILIHAN DI TANGAN ANDA
p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA
-sekian-
Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:
Bagus perkongsian papaglamz ni. Berguna untuk siapa yang memerlukan!
BalasPadamSila lah baca yer.. Hehee
Padambelum beristeri.. baca sekadar tambah ilmu.. thanks..
BalasPadambetul, baca sekadar info..nanti boleh guna bila tiba masanya =)
Padamentri yang sangat membantu untuk bakal ibu =)
BalasPadamHehehe.. Btul2.. Papaglamz shar je ni..
PadamPerkongsian menarik ..thanks PG
BalasPadamSama-sama Kak Lya..
Padamni lelaki pun kena tau ni.. mana la tau si isteri tetiba kena masuk wad sbb apa2 komplikasi. atau bersalin x cukup bulan ke, si suami kena la tau barang2 apa nak kena bwk. xdenya sempat si isteri nak packing barang2 ni semua.
BalasPadamgood sharing papaglamz. :)
seeloknya packing awal2..sebelum due date lagi dah kena packing
Padam