Assalamualaikum
Di keheningan malam yang sejuk ni, macam biasa la kalau
hari-hari minggu bersendirian je la. Duk wassap-wassap, voice message ngan
berbalas message bergambar bersama wife yang jauh dari pandangan mata. Nasib baik
la ade kemudahan wassap ni. Boleh la sedikit sebanyak menghilangkan rindu
dengan anak dan isteri tercinta tu. Hehehe.
Tibe-tibe tajuk JOM MANDI. Apakah itu? Papaglamz teringat
first time mandikan anak. Masa tu umur masih 5 hari. Haaa lima hari tu.
Terkejut mak mertua den. Memula macam tak konfiden yang Papaglamz boleh
mandikan Imtiyaz yang baru umur 5 hari tu. Don’t judge me by the cover la mak.
Hahahaha. Tak de la Papaglamz nak cakap macam tu kan? Berdosa..!!! Ye la,
Papaglamz saje memberanikan diri untuk memandiakn Imtiyaz tu walaupun baru
berusia 5 hari. Tak cuba tak tau kan?
Mulanya tu agak kekok jugak la. Tapi, Alhamdulillah selesai.
Dan selepas itu, jadilah rutin memandikan Imtiyaz jatuh di atas bahu Papaglamz.
Selagi masih bercuti la. Kalau dah abes bercuti, harus la nenek kesayanganya la
yang mandi kan. Hehehe
Picture yang takde kena mengena langsung dengan tajuk entri. Hehehe |
Bila bercerita tentang mandi ni, teringat Papaglamz akan
satu falsafah tentang Ayah yang memandikan anaknya. Sebelum itu, sememangnya
semua orang tahu akan tanggung jawab seorang ayah kan? Mendidik, melindungi, memahami
dan banyak lagi la. Segalanya terletak dibahu seorang ayah. Jadi, Ayah
seharusnya sentiasa memandikan anak-anak dan isteri dengan ilmu-ilmu yang
bermanfaat agar tanggungjawab mendidik itu terlaksana.
Selain itu juga, mandikan anak anda dengan lautan kasih
sayang yang tidak bertepi. Kerana ayahlah tempat untuk mereka berpegang. Jika keringnya
kasih sayang dari seorang ayah, maka gersanglah jiwa si anak itu nanti. Setuju
tak? Besar kan tanggungjawab ayah ni? So, renung-renungkan dan selamat beramal.
Hehehe
Papaglamz nak share tips untuk memandikan bayi anda dengan
mudah.
- Mandikan bayi anda ketika waktu dhuha kerana pada waktu ini kitaran darah dan degupan jantung bayi adalah dalam keadaan yang tenang.
- Cara siraman perlulah betul yang mana ia seharusnya dimulai dengan siraman di bahagian belakan bayi kemudian kaki, naik ke bahagian punggung dan kepala.
- Semasa mandi, harus diingat supaya kita menggunakan sentuhan-sentuhan lembut ke atas bayi supaya pengaliran darah di dalam tubuh anak kita lancer. Sentuhan ini juga penambah kasih sayang tau.
- Kemudian, siram dari bahagian belakang hinga ke kepala. Perlahan-perlahan untuk mengelakkan air mengalir masuk ke dalam luban telinga dan hidung.
- Ini adalah penting. Semasa memandikan, seeloknya di lakukan oleh AYAH dan sambil itu berzikir di dalam hati di dalam hati “Ya Latif, Ya Hadi”.
- Pastikan siraman tidak di lakukan di bahagian muka bayi. Ditakuti bayi akan lemas.
- Siraman yang terakhir adalah di bahagian dada membawa ke bawah iaitu kaki.
- Setelah selesai mandi, cepat-cepat lapkan dengan tuala. Tutup kesemua tubuh bayi anda dengan tuala agar bayi anda tidak kesejukan.
Penasihat Nutrisi Ibu, Bayi dan Keluarga
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA
-sekian-
Jangan lupa untuk join contest kat bawah ni:
ada tips jugak nak mandikan budak kecik ni rupanya. hahaha. ingatkan boleh buat sesuka hati aje.
BalasPadamSetiap benda ad caranya. Nak kawen pun ade step die.. Hahaha.. Kena tak contoh cmtu?
Padamhidup nih memang penuh peraturan
Padambetul tu, ingatkan boleh mandi suka hati je...ada cara dia sebenarnya
Padamgudjob papa...all the best...semoga ceria selalu disamping keluarga dan bisnes shaklee makin mantop..
BalasPadamAamiin.. Tq atas doanya.. Hehehe
Padamanak-anak saya semuanya ibunya yang mandikan sampai jadi kanak-akanak.Ayahnya tak berani.Kalau tak yakin baiklah macam tu.Kang apa-apa hal susah.
BalasPadamKlu x yakin xpe.. Tp x salah mencuba...
PadamBerani papaglamx mandikan baby. Suami sy tak berani lagi. Dia kata takut air termsk kat telibga baby.. dah besar sikit nnt baru dia berani.
BalasPadamHehehe.. Memberani kan diri je.. Klu x cuba x tau..
Padambagus betul papaglamx hehe.. tapi kalau tak cuba kita tak tahu kan!.
BalasPadamYup.. Btul tu.. Gagah kn hati jer.. :p
Padamgagahkan hati kuatkan semangat =P
Padamtakde pengalaman langsung mandikan baby..nak try pun takde adik atau anak sedara mara yang kecik =)
BalasPadamBuat la anak sndri... Hahaha
PadamTakpe.. ade ank sendri nnt confirm trs boleh bt sndr.. klau tak sape nak mndikan nnt.
PadamPapaglamz : anak sendiri mungkin lambat lagi, haha
PadamSheila Mutalib : tulah kena kena belajar dari awal, kalau anak sendiri nanti takdelah kekok sangat
Padamhihihi.. tunggu ada anak nantii kita suami mandikan... hihihi
BalasPadamPapaglamz doakn smga cecepat dpt anak yer Cik Ash.. Heheje
Padamnice sharing papaglamz :D walaupun yaya bukan ada baby pun tapi anak sedara ramai :D boleh pakai tips ni :D
BalasPadamHaaa blh la praktis2 sblm dpt sndri punya.. Kakaka
PadamTips yang sangat bagus untuk dikongsi buat semua yang bergelar ayah dan ibu
BalasPadamAlhamdulillah, seorang ayah yang baik semoga kasih sayang akan kekal sepanjang hayat hingga ke syurga, amin. :)
BalasPadamAamiin.. Tq doanya..
Padampicture tu apa pula takde kena mengena, dah cerita pun pasai Imtiyaz dan papanya.. tapi awat Papa Imtiyaz posing mcm nak masuk calon wakil rakyat je hahahahahaha!!
BalasPadamAde potensi ni. Jgn lpe undi saya.. Haha
PadamAnk PG nama Imtiyaz jugak ..hehehe sama la ngan bongsu Kak Lya ...Akif Imtiyaz
BalasPadam