Tinta Papaglamz |#| Akhlak terpuji Rasulullah S.A.W menjadi ikutan

Tinta Papaglamz |#| Akhlak terpuji Rasulullah S.A.W menjadi ikutan

Assalamualaikum
Rasulullah, Nabi Muhammad
Esok, Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1436 Hijrah. Tahu tak tarik apakah itu? Tentunya kita sebagai umat islam seharusnya tahu tarikh tu ialah tarikh di mana Rasulullah S.A.W nabi  junjungan kita lahir ke dunia ni. Bagi orang-orang islam kita seharusnya tahu tentang peristiwa ini. Betepatan dengan sambutan Malidur Rasul pada tahun ini, Papaglamz ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pada semua. Semoga kita dapat mengambil seberapa banyak pengajaran yang boleh kita ambil panduan daripada peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Baginda sememangnya baginda seorang tokoh pemimpin yang terulung. Selain sebagai pembawa rahmat sekalian umat, baginda menjadi tauladan dan panduan bagi umat islam dengan sunnah-sunnah baginda. Akhlak baginda harus la kita ikuti demi menjamin kesejahteraan kita di akhirat kelak Insyallah.

Akhlak Rasulullah S.A.W:

Baginda menyambut seseorang dengan sambutan yang baik yang tidak lepas dari senyuman di wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan kebaikan, mengelakkan perkara-perkara yang tidak perlu.
Baginda mengajar umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka yang paling bagus akhlaknya, Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu  adalah yang paling baik akhlaknya.”
.
Bahkan Baginda mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat tempatnya dengan Baginda nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling daku sukai di antara kamu dan yang paling dekat tempatnya dengan daku nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”
.
Akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  yang terpuji tidak hanya untuk para pengikutnya saja, bahkan Baginda juga melakukan hal yang sama terhadap musuh-musuhnya, ketika Baginda di minta untuk mendoakan orang-orang musyrik, Baginda bersabda: “Sesungguhnya daku tidak di utuskan sebagai pelaknat, tapi daku di utus sebagai pembawa rahmat (kasih sayang).”


p/s: Sebenarnya banyak lagi akhlak-akhlak yang sepatutnya kita contohi dari baginda.


Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Debaran menanti kehadiran cahaya mata

Tinta Papaglamz |#| Debaran menanti kehadiran cahaya mata

Assalamualaikum
 
Ehsan dari Google
Entri ni Papaglamz tujukan khas buat bakal ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana. Papaglamz percaya sesiapa yang sudah bergelar ibu dan ayah pastinya pernah memalui detik-detik yang mendebarkan lagi-lagi masa nak tau yang isteri kita tu preggy ke tak kan? Siap buat urine test segala bagai. Ada yang buat sendiri kat rumah, ade yang terus ke klinik. Ade juga yang beli pregnancy strip tu kat farmasi then x menyabar nak balik rumah pegi la toilet kat shoping mall tu test kat situ. Jangan tipu mesti ade punye. Hehehe.

Walau apapun tahniah Papaglamz ucapkan pada mereka-mereka yang akan menimang cahaya mata. Semasa mengandung ni akan banyak dugaan yang bakal dihadapi. Jadi, suami isteri perlu bersedia untuk menghadapinya. Si ibu jagalah kesihatan kerana kesihatan anda penting bagi memastikan tumbesaran janin dalam kandungan pada tahap yang optimum. Amalkan pemakanan yang seimbang di samping makan la makanan tambahan bagi menampung nutrisi untuk tumbesaran bayi dalam kandungan itu.

Bagi si ayah tu, jangan la dok tengok saje isteri sensorang mengandung. Sentiasa bagi support. Belai-belai manja. Selalu bercakap-cakap dengan bayi dalam perut tu. Biar la orang nak kata gile, tapi ni la yang terbaik sebenarnya. Ia dapat membantu perkembangan bayi di samping meningkatkan kasih sayang antara ibu, ayah dan anak itu sendiri.


Bab jaga kesihatan tu, Papaglam just nak sharing. Shaklee ade mengeluarkan satu set produk lengkap untuk ibu yang sedang mengandung. Set ini terdiri daripada beberapa produk yang khusus untuk nutrisi lengakap ibu dan bayi dalam kandungan. Yela kan, masa sarat mengandung ni la tahap kesihatan ibu tu tak tentu. Jadi, dengan pengambilan set lengkap mengandung ni insyallah ibu akan mendapat nutrisi lengkap di samping menjaga kesihatan tubuh badan yang unggul.


p/s: Klik link atas tu untuk details ye. Hehehe

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Tinta Papaglamz |#| Keluarga Soleh

Tinta Papaglamz |#| Keluarga Soleh

Assalamualaikum

[CONTEST]
Jom Like Picture contest ni

Caption seperti di bawah.

"Keluarga Soleh ialah sebuah keluarga yang terbina atas landasan iman dan taqwa yang setiap ahlinya ingin mencapai matlamat keluarga sakinah mawaddah wa rahmah melalui pengamalan agama islam yang menyeluruh, saling menghormati dan berkasih sayang sesama keluarga tidak kira tua ataupun muda, bersederhana dalam berbelanja agar tiada pembaziran serta mempunyai dasar pengharapan yang baik antara suami isteri (hunna libasun lakum wa antum libasun lahunna, Al-Baqarah:187)"


Jom kawan-kawan pakat support Papaglamz dan Harash Collection dalam dakwahnya mengajak kita mencapai keluarga yang soleh.

p/s: Sila klik banner or link kat bawah banner tu baru like yer. Korang akan masuk ke Facebook.
Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Happy 2 Month Papaglamz.com

Tinta Papaglamz |#| Happy 2 Month Papaglamz.com

Assalamualaikum

Hari ni cukup 2 bulan lebih sikit umur Papaglamz.com. Dalam dua bulan ni banyak jugak la perubahan-perubahan yang ketara dalam blog ni. Yang pastinya mesti semua perasan kan Papaglamz.com dah berwajah baru. Cantik kan cantik kan cantik kan? Hehehe. Bila dah tau nak tukar-tukar template ni rasa hari-hari nak tukar template baru jer. 

So macam biasa setiap bulan Papaglamz akan membuat sedikit rumusan tentang blog sepanjang Dec 2014: 


Pageviews :  11146

Follower : 201
Bilangan entri : 118
Bilangan komen : 725
Top komenter : Eny Abdullah. Kebanyakan entri Kakak ni rajin komen. Bulan lepas pu Kakak ni jugak Tq Akak.
Post yang paling popular : 

Foodsglamz |#| Cekodok goreng LUAHAN HATIKU (120 view)



Haa tu je la rumusanye. Harapnye untuk bulan ni Papaglamz akan terus istiqamah dan glamz gituuu.. hahaha. Tahniah n terima kasih bagi yang termasuk lagi dalam bloglist Papaglamz. Ok la. Nak sambung kerja.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP)

Nama Vitamin

Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein

Fungsi
Fungsi Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membekalkan tenaga.
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
  • Penting bagi ibu yang menyusukan anak, kanak-kanak dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
  • Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  • Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  • Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  • Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Simptom kekurangan

Kekurangan protein yang serious oleh seseorang akan menyebabkan tumbesarannya terganggu. Kemungkinan beberapa symptom akan kelihatan seperti:
  • Mudah keletihan.
  • Kulit yang kusam dan tidak bertenaga.
  • Mudah terkena penyakit.
  • Simptom ramut gugur yang melampau.

Sumber makanan
  •  Susu
  • Telur
  • Keju
  • Daging
  • Ikan
  • Ikan Teri
  • Bijian-bijian yang masih berkulit
  • Kentang
  • Kacang tanah

 Golongan yang memerlukan

  • Wanita HamilProtein di perlukan bagi memastikan tumbesaran tulang dan sel-sel bayi dalam kandungan.
  • Ahli sukanProtein di perlukan untuk membina sel-sel  otot yang di khuatiri tercedera ketika melakukan aktiviti sukan.
  • Mereka yang sedang pulih dari sakitProtein di perlukan bagi membantu pembentukan sel-sel pemulihan sebagai contoh jika pesakit mengalami luka yng teruk ESP akan membantu pembenutkan sel-sel baru sekaligus mempercepatkan luka pulih.
  • Kanak-kanakKanak-kanak semeangnya memerlukan protein yang secukupnya bagi membantu tumbesaran mereka. ESP boleh bertindak sebagai agen member tenaga di samping membantu pembinaan sel-sel tulang, kulit, antibody dan sebagainya.

 Kelebihan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Ramuannya terdiri daripada kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah. Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Harga 

RM 150.00
850 g



Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Tinta Papaglamz |#| Lambaian Syahdu 2014

Tinta Papaglamz |#| Lambaian Syahdu 2014

Assalamualaikum

Sungguh tak disangka begitu cepat masa berlalu. Hari ni hari terakhir 2014. Sayu bila mengenang kembali kenangan-kenangan mengusik jiwa yang berlaku di dalam hidup Papaglamz. Yang pasti kenangan-kenangan ni pasti akan tersemat kukuh dalam ingatan Papaglamz.

Awal tahun tiada apa yang special untuk di ceritakan cuma bada 1 April 2014 isteri Papaglamz mula bertugas sebagai pendidik di Sekolah Rendah At-Taqwa Temerloh. Bejujuran air mata kami berdua kerana kena duduk berjauhan di tambah pula wife time tu tengah mengandung kan? Masa mula-mula tu agak kekok la. Tapi ni dah hujung tahun macam kami dah boleh adapt dah. Kami gembira dengan kehidupan kami di samping meredhakan diri. Alhamdulillah.

Kenangan yang paling tak dapat Papaglamz lupakan. Kelahiran Puteri sulung Papaglamz Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal pada 17 Mei 2014. Kalau tahun 2013 kenangan terbesar ialah menikahi isteri Papaglamz yang di cintai, tahun ni dapat baby pulak. Cepatnye la masa bergerak. Sekarang ni Imtiyaz dah 7 bulan. Dari status suami naik satu darjat lagi seorang AYAH. Boleh jadi wali lagi. Memang berat tapi, ni la matlamat hidup manusia untuk menjadi Khalifah kan? Sahut cabaran dengan redha.
Umur Sehari
Selepas 7 bulan
Tak lupa jugak kenangan menjaga orang berpantang, Kenangan teman orang berjaga malam. Walaupun sebenarnya Papaglamz x selalu pun bangun. Cik isteri tersayang la yang rajin sangat bangun. Demi anak tercinta. Kesukaran digagahi jua. Hehehe

Kalau tahun lepas kami beraya berdua tapi tahun 2014 ni kami beraya bertiga. Ya Allah rase seronok sangat-sangat. Nak pergi beraya dah kene mangangkut barang si Imtiyaz pulak la. Rasanya barang die la yang paling banyak daripada barang kami berdua. Kalau dulu balik kampung 3 beg je sekarang balik kampung 4 kadang-kadang mau 6 beg jugak. Hahahaha. Ape la yang di bwak tu kan?

Ok masuk bulan sepuluh Papaglamz.com pun dilahirkan pada tarikh 29 Oktober 2014. Kiranya hari ni Papaglamz.com berumur 2 bulan 2 hari. Haa dua dua dua gitu. So far ok la. Seronok jugak berblogging ni. Berceloteh itu ini. Walau kekadang tu terover kan? Harap maaf la. Dari template simple Papaglamz cuba belajar tukar-tukar template yang agak best la. Untuk keseluruhan selama 2 bulan usia Papaglamz.com ni Papaglamz ad 10K page view, 196 follower dan sebanyak 117 entri telah di nukilkan termasuk entri yang ni la. Hehehe. Semoga Papaglamz terus istiqomah. Insyallah.

Dan ni yang terbaru. Melalui platform Papaglamz.com, Papaglamz cuba untuk mencuba di dalam perniagaan online. Mesti semua perasan kan? Sana sini kat blog ni pasal Shaklee je kan? Huhuh. Orang kata sambil menyelam minum air kan? Ni la Papaglamz nak minum. Kita tengok hilang ke tak kehausan bila minum sambil-sambil menyelam ni. Hehehe. Harapnye Papaglamz tak akan berhenti sekerat jalan. Jom support Papaglamz. Order satu dua botol apa salahnye kan? Hehehe. Walaupun banyak entri pasal Shaklee, jangan risau Papaglamz akan teruskan juga untuk update-update pasal Tinta Papaglamz, Foodsglamz, Travelglamz dan semuanya la untuk semua follower. Insyallah.

p/s: Kta bersama-sama berdoa agar setiap apa yang kita lakukan di redhai Allah dan boleh mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik. Walaupun hanya dengan berblogging jer. Insyallah.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Rintihan 2014

Tinta Papaglamz |#| Rintihan 2014

Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz nak share satu sajak yang Papaglamz dapat dati group wassap. Mulanya tak bertajuk. Tapi Papaglamz letak la tajuk sendiri. Sajak yang betul-betul menyentuh Papaglamz bila membacanya. Walaupun simple tapi bermakna. Enjoy reading.


Rintihan 2014



Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan m


u disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...


Mac 2014...

Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...


Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...


Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...


Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, 
si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...


Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...


Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...

Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...


2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...


Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...

Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, 
Terima kasih 2014... 
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...




p/s: Sila jangan kaitkan sajak ini dengan mana-mana politikus.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-
Lirik Separuh Nyawa - Alyah

Lirik Separuh Nyawa - Alyah


Assalamualaikum

Haaa entri kali ni lain macam siket. Tak pernah2 upload lirk lagu. Tetibe.. Papaglamz suka lgu ni.. Projection suara Alyah mantap...!!! Good job. Good luck untuk Anugerah Juara Lagu nanti ye Alyah.

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

p/s: Alhamdulillah ramai artis bertudung sekarang ni.


Tinta Papaglamz |#| Banjir di Pantai Timur

Tinta Papaglamz |#| Banjir di Pantai Timur

Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz berada di kampung Johor. Meninggalkan sebentar Kuantan tempat mencari rezeki tu. Pepagi buta bukak FB ramai yang mengupdate status-status tentang banjir di Pantai Timur. Nampaknya banjir semakin mengganas. Risau pulak tinggal kan rumah kat Kuantan tu. Harap tak ade ape la yang berlaku.

Jom rakyat Malaysia semua. Sama-sama kita doakan supaya banjir yang berlaku ni cepat la sampai ke penghujungnya. Dan kepada semua mangsa banjir, Papaglamz doakan agar anda dan family anda tabah dalam menempuhi dugaan ini. Jaga keselamatan anda.

p/s: BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.
#Prayforpantaitimur

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-
Tinta Papaglamz |#| Coklat Cadbury HALAL

Tinta Papaglamz |#| Coklat Cadbury HALAL


Assalamualaikum

Pernah beberapa bulan lepas kita di gemparkan dengan isu coklat cadbury mengandungi DNA babi tu. Tapi JAKIM dah pon membuat kenyataan yang coklat tu halal. Siap ad cop Halal lagi yer.

Tu bukan isu untuk entri Papaglamz kali. Isunya ialah pendekatan Cadbury untuk menarik semula pelanggan dalam nak menyampaikan pada semua yang produk mereka halal tu. Agak menarik, si ayah baeu balik dari surau membawa buah tangan cadbury. Memang penuh maksud yang tersirat di situ.

Papepon, good work pada marketing team work yang come up dengam idea sebegiti rupa. Baru menampakkan Malaysia ni negara beragama islam kan?

p/s: Agak-agak la kan, macam mana iklan DOVE n Lux nak meniru konsep macam iklan cadbury tu?
#Ternanti-nanti

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA


-sekian-
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com