31.12.14

Tinta Papaglamz |#| Lambaian Syahdu 2014

Assalamualaikum

Sungguh tak disangka begitu cepat masa berlalu. Hari ni hari terakhir 2014. Sayu bila mengenang kembali kenangan-kenangan mengusik jiwa yang berlaku di dalam hidup Papaglamz. Yang pasti kenangan-kenangan ni pasti akan tersemat kukuh dalam ingatan Papaglamz.

Awal tahun tiada apa yang special untuk di ceritakan cuma bada 1 April 2014 isteri Papaglamz mula bertugas sebagai pendidik di Sekolah Rendah At-Taqwa Temerloh. Bejujuran air mata kami berdua kerana kena duduk berjauhan di tambah pula wife time tu tengah mengandung kan? Masa mula-mula tu agak kekok la. Tapi ni dah hujung tahun macam kami dah boleh adapt dah. Kami gembira dengan kehidupan kami di samping meredhakan diri. Alhamdulillah.

Kenangan yang paling tak dapat Papaglamz lupakan. Kelahiran Puteri sulung Papaglamz Dhia Imtiyaz Binti Muhammad Faizal pada 17 Mei 2014. Kalau tahun 2013 kenangan terbesar ialah menikahi isteri Papaglamz yang di cintai, tahun ni dapat baby pulak. Cepatnye la masa bergerak. Sekarang ni Imtiyaz dah 7 bulan. Dari status suami naik satu darjat lagi seorang AYAH. Boleh jadi wali lagi. Memang berat tapi, ni la matlamat hidup manusia untuk menjadi Khalifah kan? Sahut cabaran dengan redha.
Umur Sehari
Selepas 7 bulan
Tak lupa jugak kenangan menjaga orang berpantang, Kenangan teman orang berjaga malam. Walaupun sebenarnya Papaglamz x selalu pun bangun. Cik isteri tersayang la yang rajin sangat bangun. Demi anak tercinta. Kesukaran digagahi jua. Hehehe

Kalau tahun lepas kami beraya berdua tapi tahun 2014 ni kami beraya bertiga. Ya Allah rase seronok sangat-sangat. Nak pergi beraya dah kene mangangkut barang si Imtiyaz pulak la. Rasanya barang die la yang paling banyak daripada barang kami berdua. Kalau dulu balik kampung 3 beg je sekarang balik kampung 4 kadang-kadang mau 6 beg jugak. Hahahaha. Ape la yang di bwak tu kan?

Ok masuk bulan sepuluh Papaglamz.com pun dilahirkan pada tarikh 29 Oktober 2014. Kiranya hari ni Papaglamz.com berumur 2 bulan 2 hari. Haa dua dua dua gitu. So far ok la. Seronok jugak berblogging ni. Berceloteh itu ini. Walau kekadang tu terover kan? Harap maaf la. Dari template simple Papaglamz cuba belajar tukar-tukar template yang agak best la. Untuk keseluruhan selama 2 bulan usia Papaglamz.com ni Papaglamz ad 10K page view, 196 follower dan sebanyak 117 entri telah di nukilkan termasuk entri yang ni la. Hehehe. Semoga Papaglamz terus istiqomah. Insyallah.

Dan ni yang terbaru. Melalui platform Papaglamz.com, Papaglamz cuba untuk mencuba di dalam perniagaan online. Mesti semua perasan kan? Sana sini kat blog ni pasal Shaklee je kan? Huhuh. Orang kata sambil menyelam minum air kan? Ni la Papaglamz nak minum. Kita tengok hilang ke tak kehausan bila minum sambil-sambil menyelam ni. Hehehe. Harapnye Papaglamz tak akan berhenti sekerat jalan. Jom support Papaglamz. Order satu dua botol apa salahnye kan? Hehehe. Walaupun banyak entri pasal Shaklee, jangan risau Papaglamz akan teruskan juga untuk update-update pasal Tinta Papaglamz, Foodsglamz, Travelglamz dan semuanya la untuk semua follower. Insyallah.

p/s: Kta bersama-sama berdoa agar setiap apa yang kita lakukan di redhai Allah dan boleh mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik. Walaupun hanya dengan berblogging jer. Insyallah.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

11 ulasan:

  1. semoga memori 2014 terpahat di hati, dan all the best on 2015. Selamat tahun baru !!!

    BalasPadam
  2. comelnye Dhia Imtiyaz..mata sepet macam cite oshin.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam ayah die jugakz.. hahaha..
      #Perasan

      Padam
  3. Alhamdulillah tahun yg penuh kegembiraan buat Papaglamz. yg sedih2 tu anggap lah sebagai ujian hidup kan... semoga menjadi agen shaklee yg berjaya!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhh..!!! Kak Eny thankz atas doanya.. Ni semakin bertambah-tambah semangat ni.. huhuhu

      Padam
  4. selamat tahun baru papaglamz. semoga tahun mendatang lebih baik dan manis buat kitaa :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun baru.. Tq doanya.. Aamiin..

      Padam
  5. salam tahun baru....semoga terus berjaya di tahun baru mendatang ini...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. Untuk Mama Amir juga. Semoga suksess selalu..

      Padam
  6. usia imtiyaz sama usia perkahwinan cik ash dengan suami... 7 bulan baru kahwin.. hihihi......

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com