2.12.14

Tinta Papaglamz |#| Warkah cinta buat isteri (MERISIK)


Assalamualaikum

"Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

 Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

 Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

 Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

 Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."
Sumber: google
Pertamanya, ribuan terima kasih buat Halimatu Sa'adiah Binti Mohd Fauzi dan keluarga sebab sudi menerima kehadiran rombongan Cik Kiah yang tak berapa tau malu time merisik aritu. Alhamdulillah la sebab tak kena perambat. Huhuhu.

Seterusnya, SAYA nak mintak maaf kalau-kalau warkah yang saya bagi ni mengganggu AWAK. Sebenarnya SAYA rasa bagai mimpi. Betul ke ape yang SAYA dan family buat ni? Huhuhuhu. Merisik anak orang untuk dijadikan permaisuri hati SAYA. Macam nak terMENINGGAL. Hehehe. Gurau jerkk.

Malunyee SAYA. SAYA tak ada apa yang boleh SAYA janjikan untuk menjamin masa depan kita bersama nanti. Tapi apa yang pasti, Allah itu ada. Dia yang akan berikan saya kekuatan untuk saya berusaha demi rumah tangga kita dan memberi rezeki untuk kita dan anak anak anak anak anak (eh terover plak. hehehe).

Sebelum tu, SAYA tidak memaksa kalau AWAK nak tolak risikan SAYA dan family SAYA sebab SAYA tahu kita ni tak berapa kenal sangat. Tapi SAYA pasti jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah. SAYA merayu cinta AWAK melalui family saya dengan cara yang terhormat. Insyallah, jika baik jalan dan caranya maka baiklah hasilnya. SAYA redha. :-)

Walaupun kita tak kenal sekarang ni. Kita ada masa seumur hidup kita untuk saling mengenali. SAYA harap saya dapat bercinta dengan AWAK lebih dalam lagi lepas kita bernikah kelak.

SAYA rasa itu sahaja untuk warkah kali ini. Doakan SAYA nak memandu balik ke tempat kerja. Semoga AWAK sentiasa dalam lindungan Allah dan diberkati. Nanti kalau cuti lagi, SAYA datang rumah lagi. Elok-elok study tau. Study tu harapan Ibu dan Ayah. Kena buat bersungguh-sungguh. Mereka mahu melihat kejayaan kita.

p/s : Puisi segala bagai kat atas tu SAYA copy and paste jer. Khas buat bakal makmum SAYA. Heheheh

-sekian-

6 ulasan:

  1. Amboi...warkah online jer skang yek haha

    Www.adaa-inspiration.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. Ni re-write semula.. Yg ori atas kertas siap ade dedebu bedak yg wangi lagi.. Classicc.. Thank jalan2 blog papaglamz..

      Padam
    2. warkah tanda kasih le nih.. hehehehe

      Padam
  2. hahahahha lain kali scan dan share kt sini papaglamz.. tu mesti ada ayat lagi jiwang tu kan hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah.. Xpe la.. Show mne yg blh jer.. Sensord2 x mo.. Huhu

      Padam
    2. yang rahsia biarlah rahsia papaglamz

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com