15.12.14

Duhai Si Bawang Putih


Assalamualaikum

Dengar je bawang putih Papaglamz teringat sambal goreng bilis yang bapak Papaglamz selalu buat. Kalau bapak buat sambal ni, mesti letak banyak sangat bawang putih. Mesti orang-orang yang tak suka bawang putih tertanya-tanya sedap ke sambal yang letak banyak bawang putih?

Supprisingly sambal yang bapak buat tu sangat la sedap. Kami adik beradik suka makan dengan ubi rebus. Ya Allah sedapnyer. Rindddduuuuu kat bapak n mak. Sob sob sob.

Memangla bawang putih tu tak berapa sedap kan? Tapi banyak sangat khasiat kalau kita amalkan pemakanan bawang putih ni dengan konsistent. Antara khasiatnye jom Papaglamz share ni.

1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


p/s: Eny Abdullah.... Sup bawang putih satu.... Hahahaha

-sekian-

18 ulasan:

  1. ada orang nasihatkan suruh makan mentah2 sebab khasiatnya... cuba juga tapi muntah sebab asid dia yg terlalu tinggi... jadi sekarang ni makan kapsul bawang putih jer yg dah di ekstrak tu... mudah2an berkesan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. Shaklee pon ade kluarkn satu produk garlic based. Penuh dgn kebaikan. Insyallah.

      Padam
    2. bawang putih yang penuh khasiat

      Padam
  2. iqha suka makan bawang putih,,tapii,,kalau dah masak,,kalau mentah2 iqha tak boleh nak telan,,hehe,,btw,,iqha singgah sini ye,, :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mst la yg dh masak... Klu yg mentah mmg x la kan? Hehhe. Tq singgah sini

      Padam
    2. boleh mentah.. cuba buat sos bawang putih.. perghh sedap giler.. bawang putih mentah blenderkan dengan sos cili dan sedikit lada besar.. perghh sedap tu...

      Padam
  3. Sup bawang putih?? Siapppp... tunggu nak post kat Papaglamz je ni hahahaha....
    mmg betul bawang putih banyak khasiat nye.. kena tahan bau lah hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waowwwwww...!!!! Dah siap??? Hebat2.. Belanje la entri satu.. Kikiki.. Berkhasiat, tahan je la bau..

      Padam
    2. nak jugak sup tu..

      Padam
  4. jom join give away kat blog akak... http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah join dah.. Akak, komen2 yg sebelum ni x di kira ke?? Heheh

      Padam
    2. giveaway dah tamat.. huhuhuhu

      Padam
  5. biase gi makan kat mamak, confrim bawang putih banyak... tak tumbuh lumat lak tu... hishhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eeerkk... Mamak... Papaglamz anti MAMAK. Ada sejarah hitam... Huhuhu

      Padam
    2. mamak??? sekarang nih susah nak cari mamak.. india mari banyaklah

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com