31.12.14

Tinta Papaglamz |#| Rintihan 2014

Assalamualaikum

Hari ni Papaglamz nak share satu sajak yang Papaglamz dapat dati group wassap. Mulanya tak bertajuk. Tapi Papaglamz letak la tajuk sendiri. Sajak yang betul-betul menyentuh Papaglamz bila membacanya. Walaupun simple tapi bermakna. Enjoy reading.


Rintihan 2014



Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan m


u disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...


Mac 2014...

Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...


Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...


Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...


Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, 
si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...


Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...


Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...

Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...


2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...


Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...

Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, 
Terima kasih 2014... 
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...




p/s: Sila jangan kaitkan sajak ini dengan mana-mana politikus.

Pengedar Shaklee Anda
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Rayyan Faizullah @ Papaglamz
COD: Kuantan
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

15 ulasan:

  1. berwajah baru dah Papaglamz.com...byk sangat dugaan negara kita tahun 2014 kan, arap 2015 lebih bermakna buat kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah....!!! Ade yg perasan.. Hehehe..
      Tula Kak Asiah, semoga 2015 ni ad sinar kebahagiaan. Kena lebih dekat kan diri pada tuhan.

      Padam
  2. betul tu setiap kejadian yg di beri mesti ada sebab mengapa terjadi kejadian ini kan..allahuakhbar

    BalasPadam
  3. Nice papaglamz! Ana suke sajak ni. Mohon share. Byk peristiwa besar yg berlaku sepanjang 2014. Bila ana baca balik entri2 lama ana, byk rupenye yg berlaku. Allah je yg tahu. Semoga 2015 membawa kegembiraan. Aminn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Ana.. Silakan.. Insyallah 2015 akan membawa sinar bahagia dan gembira untuk semua. Aamiin.

      Padam
  4. itulah yang telah berlaku..sama2 berdoa agar ada sinar yang lebih baik di masa akan datang..welcome 2015

    BalasPadam
  5. macam2 dugaan buat kita, semoga 2015 menjanjikan kegembiraan. happy new year papaglamz!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dugaan mengajar erti untuk bersyukur..
      Selamat tahun baru Kak Eny..

      Padam
  6. Selamat tahun baru...!! Ada terima sajak berkiut jugak dari WhatsApp.. semoga ia memberi pengajaran untuk kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun baru..
      Semoga kite sentiasa beringat akan kekuasaan tuhan. Insyallah..

      Padam
  7. wow kuit muit sajaknya

    BalasPadam
  8. 2014 terlalu banyak kejadian yang menimpa Malaysia

    BalasPadam
  9. Moga tahun 2015 ada berita yang membahagiakan untuk mengubat luka dihati

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com