4.8.15

Warkah dari Ayah | Wahai Anak Kesayangan Ku

Nasihat Luqman al-Hakim untuk anaknya


Assalamualaikum

Tatkala mendengar berita gembira akan kehadiran insan baru dalam keluarga, tentunya Ayah harus mempersiapkan diri untuk menjadi model contoh bapa mithali. Luqman al-Hakim, insan agung yang diceritakan di dalam al-quran yang sepatutnya dijadikan contoh bapa masa kini. Sejarah yang tercatat dalam al-quran merangkumi aspek-aspek nasihat-nasihat dalam pembentukan keluarga bahagia dan harmoni menjadi panduan dalam melayari bahtera rumah tangga.
Nasihat Luqman al-Hakim untuk anaknya

Nasihat Luqman seharusnya dihayati, bukan hanya percakapan sahaja. Jadikanlah diri ayah itu sebagai contoh tauladan dalam mendidik anak. Orang kata pembelajaran melalui tauladan. Ya..!! jadilah contoh terbaik dimata anak-anak. Biarkan mereka tahu betapa hebat dan bertuahnya mereka mempunyai ayah seperti kita ni. Insyallah.

Dalam merubah lanskap kehidupan rumah tangga, penghayatan dan pengamalan syariat islam harus diterapkan. Jom PapaG kongsikan beberapa nasihat yang sering kali Lukman berikan pada anaknya.

Berbaktilah pada kedua Ibu Bapa wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman menasihati anaknya untuk berbakti kepada kedua orang tua.
    Mentaati ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan ajaran islam.
    Tidak membantah dan kasar tutur bicara.
    Ibu bapa orang paling banyak berkorban demi si anak 

Jangan syirik wahai anak kesyangan ku 


  • Luqman juga menasihati anaknya untuk tidak menyekutukan Allah. Satut-satunya dosa yang tidak mungkin Allah ampunkan ialah dosa mensyirikkannya selagi tidak bertaubat. 

Setiap perbuatan pasti dibalas wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman memberitahu bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan di dunia dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perbuatan tidak akan pernah terlepas dari pandangan Allah yang Maha Mengetahui. 

Solat, amar makruf dan nahi mungkar wahai anak kesayangan ku 


  • Sebagai ayah, luqman memperingati anaknya agar komited dalam mengerjakan solat. Ia sebagai tanda paling asas kita sebagai hambanya.
    Kita juga harus membimbing orang lain untuk menjadi lebih baik bukan hanya sekadar diri kita sahaja. Itulah namanya Amar Makruf Nahi Mungkar.
    Tetap sabar dan tekun dalam melaksanakan perintah Amar Makruf Nahi Mungkar 


Akhlak dilupa jangan wahai anak kesayangan ku 


  • Luqman juga menegaskan pada anaknya bahawa kita perlu menjaga akhlak kita sesame manusia sebaik mungkin.
    Jangan memalingkan muka daripada orang lain.
    Jangan berjalan dengan lagak sombong. Berjalan secara sederhana.
    Bercakap dengan suara yang rendah, tidak lantang dan menjerit-jerit.
    Ramai yang rajin beribadah dan mengaji, namun tidak baik hubunganya dengan orang lain. 

Ternyata Al-quran sebagai rujukan pertama mengandungi panduan-panduan yang harus kita ikuti untuk melangsungkan lanskap kehidupan kita. Jika semua prinsip nasihat Luqman dapat kita ikuti dan hayati, sudah pasti, pembentukan keluarga sakinah mawaddah pasti mudah dan tercapai. Insyallah.

Sebagai rujukan dari surah al-Luqman ayat 12-19. Semoga perkongsian PapaG ini memberi manfaat pada semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

11 ulasan:

  1. insyaAllah...akan along terapkan segalanya dalam keluarga yang bakal along bina dengam bakal isteri nanti...

    BalasPadam
  2. As salam. nasihat yg amat berguna. akan sy amalkan. PD follows your blog. no 496. TQ.

    BalasPadam
  3. terus teringat and rindu arwah AYAH.... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al-fatihah buat arwah ye kak ain..

      Padam
  4. Terima kasih atas ingatan nasihat Luqman Al-Hakim buat anaknya. Sekadar perkongsian Merekalah 'Anak-Anak' di http://travelogisma.blogspot.jp/2015/06/merekalah-anak-anak.html

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com