12.8.15

Jadi Bapok Dengar Pendapat Isteri…?


20 Pesanan buat suami dalam menjalani rumah tangga 


Assalamualikum

Dalam melayari bahtera kehidupan rumahtangga, untuk menemui kebahagiaan sebagaimana yang diharapakan memerlukan kita untuk saling memahami. Orang yang mencintai keluarganya merupakan seorang yang sabar dalam mendidik akhlak dan keimanan di dalam rumahtangga. Rasanya hanya mereka yang kuat dan tabah dapat mengharungi pelayaran bahtera dna menjulang kebahagiaan di dalam rumah tangga.
20 Pesanan buat suami dalam menjalani rumah tangga

Suami isteri tentunya mempunyai peranan yang tersendiri yang masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain. Kehidupan rumahtangga pasti akan lebih manis jika sekiranya pasangan saling bekerjasama untuk menguruskan rumah tangga. PapaG kongsikan pada semua pesanan-pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadhilah Kamsah kepada para suami di luar sana. Antaranya ialah:

Hargai 

Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

Prihatin dan beri perhatian 

Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

Jangan membanding 

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

Jangan demand 

Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

Sama-sama menjaga anak 

Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Kerjasama mengemas 

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

Tinggalkan hidangan 

Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

Bagi tahu kalau member nak datang rumah 

Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

Saiz badan isteri 

Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Kentut 

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Hormati Ibu Bapa 

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

Kedekut 

Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

Maruah 

Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

Sikap pengotor 

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

Memberi bantuan 

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

Jangan putar-belit 

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

Kayu tiga 

Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

Tegur secara baik 

Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

Pergi klinik 

Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

Jadi bapok.? 

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati

Kesimpulannya saling la bekerjasama. Macam wonder pet. Apa yang penting.? KERJASAMA… Insyallah jika kita sama-sama dalam melakukan hal-hal kehidupan rumah tangga, pastinya keharmonian rumah tangga pasti kita kecapi. Sambil-sambil tu jangan lupe berdoa mohon rumah tangga kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

8 ulasan:

  1. nasihat yg baik utk saya in the future :)

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  2. Benda yang baik bagus di kongsi kan..ermm...x kan la jadi bapuk plak ye tak...

    BalasPadam
  3. ok... entry ni best...! hahahahaha
    paling epik tang tahan kentut tu...
    baca dalam office masa lunch time dengan kawan office...
    sampai part kentut tu semua ketawa berdekah...
    hahahahhaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha.. Jadi tahan kentut tu yer.. Muahahaha

      Padam
  4. Well written papaglams..

    BalasPadam
  5. Sebenarnya, bukan suami tak tahu hal-hal macam ni.Tapi masih juga nak buat.Sebagai isteri terpaksalah sabar dan terus sabar.Tiada manusia yang sempurna.Yang penting, selalulah ingatkan diri tentang pesanan papaglamz ni.Kesian bini anda makan hati.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com