2.8.15

Adab Seorang Isteri Biarpun Uzur

Assalamualaikum

PapaG tertarik dengan kisah ini. Betapa setianya dan beradapnya seseraong isteri itu pada suaminya walaupun dia telah uzur. Mari baca. PapaG kongsikan dari facebook.

********

Dari Facebook Amir Muttakin

KASIH SEORANG SUAMI, ADAB SEORANG ISTERI

Hari ini, saya dijamu makan tengahari di Leha Kel Food di Taman Melati usai menyampaikan khutbah jumaat di Masjid al Ridhuan, Jalan Hulu Klang.

Selepas makan, mata kami terpaku dengan tindakan seorang makcik. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau bangun ke tempat basuh tangan dengan mangkuk kosong. Kami terpana, atas tujuan apa dipenuhkan bekas tersebut dgn air paip tersebut.

Sekembalinya makcik tersebut ke meja makan, beliau membasuhkan tangan suaminya dan melayan suaminya untuk menjamah dan menjamu selera bagai seorang putera raja. Subhanallah, Allah hadirkan satu fenomena dan sketsa ringkas yang sukar dilihat pada hari ini. Ramai isteri takut dan gusar kehilangan suami, tetapi tidak tahu bagaimana nak bahagiakan suami.

Kadangkala, ada isteri yang bergelar ustazah pun belum tentu boleh melayan dan memuliakan suami sedemikian rupa. Saya mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga Allah. Semoga sketsa yang dihidangkan secara spontan ini mendidik wanita diluar sana agar menghargai dan memuliakan suami pada tempatnya.

Wallahu'alam.
Senyumlah sahabat, Allah bersama kita!

*********

Masyallah.. Hebat kan? Benarlah, wanita ni mudah sahaja nak masuk syurga hanya taat pada suaminya sahaja. Sebab syurga itu di bawah tapak kaki suami. Ade satu hadis dari Rasulullah tentang betapa wajibnya isteri-isteri untuk mentaati suaminya.

Dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)

“Seorang perempuan telah berkata: wahai Rasulullah, saya adalah wakil orang-orang perempuan untuk menemui tuan, kemudian perempuan itu menyebutkan pahala yang orang lelaki dapat di dalam jihad pada jalan Allah bersama harta rampasan perang,ia berkata: apakah habuan untuk kami pula? (kerana kami tak boleh turut berjuang). Jawab baginda: Sampaikanlah kepada perempuan yang kamu temui, bahawa sesungguhnya taat kepada suami dan mengakui dengan hak mereka adalah menyamai pahala jihad, dan tidak ramai dari kalangan kamu yang dapat melakukannya. (taat dan mengetahui hak suami) (Al Bazzar dan Tabarani, Az Zawajir, 2/64)

Itu sahaja perkongsian dari PapaG. Harap bermanfaat.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. Buat isteri yang mengharapkan balasan syurga pastinya tidak akan terlihat penatnya dunia

    BalasPadam
  2. Bukan mudah nak jadi yang terbaik di pandangan mata

    BalasPadam
  3. kalau agama didahulukan, mereka akan nampak, betapa untungnya mereka kan? tak akan merungut, tak akan menuntut hak untuk setaraf dengan perempuan, kan?

    BalasPadam
  4. Kak Ain ingatkan "uzur" yang lain... *tutup muka*

    hehehehee..

    Apapun, thanks atas perkongsian ni.. sangat bermanfaat..
    Semoga kak ain mampu menjadi isteri terbaik untuk Pokchik.. doakan eh.. tQ.. :)

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com