25.8.15

Bukit Gambang Resort Wall of Fame

Majlis makan tengahari di Bukit Gambang Grand Ballroom, Kuantan Pahang


Assalamualaikum 

Kembali lagi bersama PapaG. Entri ala-ala sambungan entri Family Day BASF PETRONAS Chemical SDN BHD 2015 di Gambang Water Park Resort, Kuantan . Siapa yang belum baca mohon klik link tu tau. Ok, lepas je abes program di padang, kami beramai-ramai ala-ala rombongan mak jemah bergerak menuju Bukit Gambang Grand Ballroom untuk menghadiri majlis makan tenghari. Biasa orang buat acara makan malam kan? Ni kita lain sikit. Acara makan tengahari. Dewan ni berdekatan dengan Lobby Arabian dalam resort ni. 

Sebelum masuk dewan kami mendaftar di kaunter untuk periksa kedudukan meja dan juga mengambil tiket masuk ke water park. Nak tahu tak apa yang best kat dewan ni? Firstly, dewan ni boleh la di katakana besar. Sebab boleh memuatkan kami yang lebih kurang 1500 orang. Tapi PapaG tertarik dengan satu sudut di dewan ni. Wall of Fame. Sudut wall of Fame ni adalah satu sudut di mana telah di letakkan beberapa gambar kenangan acara-acara rasmi atau bukan rasmi yang pernah di adakan di sini. Yang sangat sangat sangat menarik perhatian PapaG ialah poster konsert Dato, Siti Nurhaliza. #NampakTakSangatTuBanyakKali #Teruja 
Bukit-Gambang-Grand-Ballroom-Kuantan-Pahang

Siti Nurhaliza Live Concert at Gambang Water Park, Kuantan 

Dato’ Siti Nurhaliza pernah buat konsert di Bukit Gambang Grand Ballroom pada 9 November 2012. Masa ni PapaG baru nak mengenal selok belok jalan di Kuantan ni. Tak berani lagi jalan ke mana- mana. Huhuh. Mesti seronok kalau dapat pergi konsert Siti live ni kan? Khabarnya konsert yang di taja oleh Xpax ni dihadiri pelbagai tetamu kehormat termasuklah Yang Mulia Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Syah, mencemar duli ke konsert ini. Terbaek..!!! Ini cerita lama. Dah lepas. Tinggal kenangan je la. Sebab tu poster konsert Dato’ Siti terpampang di Bukit Gambang Resort Wall of Fame. Marvelousss…!!! 
Bukit-Gambang-Grand-Ballroom-Kuantan-Pahang

Makan Tengahari di Bukit Gambang Grand Ballroom 

Ok ok. Terlajak cerita pasal Dato’ Siti pulak. Ok la tengahari tu kami makan dalam dewan sebelum masuk ke water park. Makanan yang disajikan pun ok and just nice. Kebanyakan masakan melayu di tambah beberapa spaghetti yang menunjukkan ke Italiannya. PapaG dan wife makan dengan aman sekali sebab Imtiyaz tidur dengan lena. Dari majlis start sampaila habis majlis. Imtiyaz tidur je. Ya Allah heavennye. Hahhaa. 

Ok la. Jom PapaG kongsikan beberap gambar kenangan masa majlis makan tengahari di Bukit Gambang Ballroom yang lepas. 
Bukit-Gambang-Grand-Ballroom-Kuantan-Pahang

Bukit-Gambang-Grand-Ballroom-Kuantan-Pahang

Bukit-Gambang-Grand-Ballroom-Kuantan-Pahang

Bukit-Gambang-Grand-Ballroom-Kuantan-Pahang

Bukit-Gambang-Grand-Ballroom-Kuantan-Pahang
Tengok dak tecit ni tido
Siap je makan PapaG dan wife bersiap-siap nak masuk ke water park. Tak sabar ok. Masa ni Imtiyaz dah bangun. Macam tau-tau je yang kami nak masuk water park terus bangun dari tidur. Lepas siap solat ape semua. Kami pun masuk la. Cerita dalam water park PapaG sambung nanti ea. Hehehe. Stay tuned. 

To be continue.......

With Love 
Papaglamz 

-sekian-

Baca juga:

1 ulasan:

  1. Ramaiii gila orang. Fuhh. Imtiyaz tido sebab nak bagi peluang pak mak dia makan, bagus Imtiyaz ni, hehe =)

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com