24.8.15

7 Ilmu Wajib Cuba Memikat Hati Perempuan

Cara memikat hati perempuan


Assalamalaikum

Memikat hati perempuan kadang kala susah. Tapi sebenarnya ada skill-skill yang teramat mudah yang boleh kita cuba. Skill ini boleh kita katakan sebagai ilmu penunduk memikat hati perempuan. Korang wajib cuba. Wanita secara umumnya merupakan satu ciptaan yang amat misteri. Kadang tu bila didekati, dia menjauh kan diri. Bila kita menjauhkan diri, dia merapatkan diri pada kita pula. Ada kalanya juga, bila si lelaki menyatakan hasrat cintanya dengan mudah, hati perempuan tidak mahu hubungan yang serious hanya sekadar teman bisa. Pening bukan. Jangan riau. mari PapaG kongsiakn cara mudah untuk memikat hati perempuan. Leboh elok jika di praktikan pada isteri sendiri. Cinta rumah tangga bertambah-tambah nanti. Insyallah.
7-Ilmu-Wajib-Cuba-Memikat-Hati-Perempuan

7 cara memikat hati perempuan

Jaga penampilan diri sendiri

Ya penampilan itu penting. Orang kata first impression kan. Jadi, sebelum anda berhasrat untuk menggoda mana-mana perempuan, cermin diri tu dulu. Tampilkan imej yang baik dan positif. Tidak semestinya perlu kacak. Tetapi asalkan nampak kemas dan tidak selekeh, ia sudah memadai. Tak kan keluar dating akai baju pagoda.. #Pitam

Be your self atau jadi diri sendiri

Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain.Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia.HENTIKAN niat tak cerdik anda tu.Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho, buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat. Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan PapaG yakin beliau akan terima anda seadanya. Tak kan kalau dah kawen nak menjadi orang lain sleamanya. Letih bro..!!!

Bijak berkomunikasi

Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan. Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan PapaG gerenti wanita akan cair dengan anda. Bagi wanita, lelaki yang pandai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang, mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat. Kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”. Tak percaya cuba la..

Bersifat prihatin dan ambil berat.

Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka.tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE”tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye.Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.

Jangan kedekut

Sifat ni cukup wanita tak gemar. Cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah. Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan. Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab. Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda mahu pikat seperti belanja si dia makan. Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau. Si dia pasti akan terharu.

Jejaka yang periang

Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Macam mana ye… Mudah je... Perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan PapaG yakin dia pasti akan tersenyum. Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”. Sure dia takkan selesa. Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja. Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi.. Buat malu je nanti.. hehe.

Jangan suka main “remote control”

Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke?? eh bukan.. Maksud PapaG jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar. Wanita cukup pantang pasal benda ni. Wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka. Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka. Tiap minit nak tahu dia ada kat mana. Bosan la macam tu.. Bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga. Ini baru cara memikat wanita yang gentleman.

Macam mana..? Rasa-rasa menjadi tak? Korang boleh cuba. Hehehe. Insyallah hasrat anda ingin memiliki insan bernama wanita tercapai. Tapi, bila dah dapat tu jaga elok-elok. Jangan pula hanya nak mempermainkan perasaan mereka. Kesian. Anak orang tu. Satu nak pesan, perempuan kalau dah jatuh hati atau cinta sangat susah nak melupaan orang yang dicintai. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. memnag bagus..hehehe..memng tak suka yang remote control..nasib my hubby tak remte control..hahaa

    BalasPadam
  2. follow papaglamz..ingatkan dah follow lama..ehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita rakyat biasa jer.. Spe la sudi nk follow.. Hahahah. Tq mommy to be...

      Padam
  3. Mohon bakal husben saya baca ni. Kahkahkah ;P

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com