5.8.15

Masih Adakah Sinar Cahaya…?


Ilmu itu sinar yang menerangi 


Assalamualaikum

Dunia tanpa cahaya tentunya gelap gelita. Peciptaan matahari sebagai sumber cahaya yang menerangi bumi adalah salah satu nikmat yang besar kurniaan Allah pada kita hambanya. Masihkah kita mensyukuri nikmat kurniaannya? Ingatlah tanpa sinar cahaya, pastinya mata hilang fungsinya. Terus meraba dalam kegelapan tanpa sinar cahaya. Hati-hati.
Ilmu itu sinar yang menerangi

Ilmu itu Sinar Cahaya Kekal Abadi 

Ayuh, cari cahaya dalam hidup kita. Pencarian yang pastinya tiada berpenghujung dan tidak sunyi dari ujian. Ya..!! Ilmu itu penyuluh dalam kehidupan. Hidup tanpa ilmu bagaikan bumi tanpa matahari tanpa sinar cahaya. GELAP…!!! Mencari ilmu itu dituntut bagi setiap orang yang beriman. Wahyu pertama dari Allah sendiri ialah BACALAH. Yang membawa maksud tersirat tuntutlah ilmu. Dengan membaca, pastinya kita mendapatkan ilmu. Pujangga ada berkata ilmu itu pelita hidup yang menerangi kegelapan. Dengan ilmu juga kita pasti mampu mencorak lanskap kehidupan kita berlandaskan syariat.

Ilmu lebih baik dari harta 

Ilmu lebih baik dari harta kerana ia adalah warisan para nabi. Manakala harta pula warisan Qarun dan Firaun. Ilmu boleh menjaga diri kamu, sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orang yang mempunyai ilmu memiliki ramai teman. Sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh. Ilmu pengatahuan itu akan bertambah jika diamalkan. Sedangkan harta akan berkurang jika dibelanjakan. Pemilik ilmu pengatahuan akan sentiasa dihormati. Sedangkan pemilik harta akan dikenali sebagai kedekut. Pemilik ilmu akan memberi syafaat. Manakala pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa berlalu, namun ilmu tidak akan lapuk ditelan zaman. Tetapi harta itu semakin lama semakin using. Ilmu pengatahuan dapat menyinari hati. Tetapi harta mengeraskan hati. Orang berilmu mengakui dirinya sebagai hamba Allah. Sedangkan orang yang berharta mengakui dirinya sebagai “PEMILIK’. (Pandangan Saidina Ali R.A mengenai ilmu) 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Akhir kata dari PapaG, carilah cahaya yang menyinari hati. Terangnya hati sudah pasti hidup kita bahagia. Carilah ilmu bekalan diri kerana hidup harus diterangi dan ilmu itu sifatnya menerangi.

With Love
Papaglamz

-sekian-

9 ulasan:

  1. Terima kasih di atas perkongsian papaG...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..selamat pagi...
    Nieyl singgah di sini =)
    terima kasih atas perkongsian =)

    BalasPadam
  3. setujuu. ilmu pelita hidup :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuntulah ilmu walau sampai ke negeri cina..

      Padam
  4. Betul! Ilmu la penyelemat kita sebenarnya. Orang kata, salah satu cara senang & terbaik untuk tuntut ilmu ialah dengan membaca. So, jangan berhenti membaca :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallh teruskn membaca dan sebarkn ilmu bermanfaat..

      Padam
  5. ilmu takkan habis di pelajari

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com