2.8.15

Tip Percutian Budget Rendah

Tip percutian di Malaysia


Assalamualaikum

PapaG rasa lama dah ter bercuti dengan family. Last year rasanya yang latest PapaG bercuti. Sudah hampir setahun tak bercuti. Yela, kekangan masa dan keewangan kadang menghalang untuk PapaG untuk bercuti. Lagi-lagi zaman ekonomi yang agak tinggi sekarang ni, kita kena bijak merancang percutian yang ber budget rendah supaya ia tidak membebankan kita kan.? Rasa nak bercuti la lepas ni. Tu yang tercari cara-cara belanjawan percutian berbudget rendah.

Tip+percutian+di+Malaysia


Antara langkah yang boleh diambil untuk percutian berbudget rendah antaranya:


Berkelah tepi pantai atau air terjun

Bermalam di hotel, resort atau chalet bukan pilihan bijak apabila anda mahu mengehadkan perbelanjaan percutian. Berkelah di tepi pantai atau berkhemah di hutan lipur berhampiran air terjun mungkin idea paling tepat. Anda boleh menyewa kanopi serta kerusi dan meja untuk kemudahan anda sekeluarga saat bersantai di tepi pantai dengan harga cukup murah. Paling jimat ialah membawa khemah sendiri ketika bersantai di tepi pantai atau hutan lipur. Ingin lebih keseronokan dan menjimatkan, sesi barbeku adalah yang terbaik dan meninggalkan kenangan tersendiri.

Berkeluarga di Homestay

Jika ingin percutian menyenangkan serta jauh dari kesibukan kota serta tidak memerlukan belanja yang besar, apa kata anda mencuba percutian ‘inap desa’ atau Homestay. Namun, percutian homestay ini bukan hanya menyewa rumah kosong, tetapi tinggal bersama pemilik rumah. Dengan hanya membayar jumlah wang mengikut pakej, anda berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik. Selain bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti kampung menarik, anda juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bersama ahli keluarga angkat.

Lepak di rumah

Lepak mungkin bukan percutian tetapi lepak di rumah memberikan percutian cukup menyenangkan buat anda sekeluarga. Dengan berehat di rumah, ia percutian paling menjimatkan. Ia juga bukan saja menjimatkan tetapi tidak perlu ada undang-undang yang perlu anda ikuti. Maksudnya, anda bebas melakukan apa saja. Namun, untuk memberikan lebih keseronokan berbanding hari-hari biasa di rumah, lakukan pelbagai aktiviti menarik, antaranya menonton televisyen sambil barbeku di luar rumah.

Pilih tarikh bukan musim cuti

Percutian yang menjimatkan memerlukan perancangan teratur. Dengan melakukan tempahan awal dan tarikh yang bukan musim ramai bercuti, ada boleh mendapatkan lokasi percutian dengan belanja lebih murah. Syarikat penerbangan juga sentiasa menawarkan harga murah jika menempah awal dan mendapat harga lebih murah jika anda adalah ahli yang berdaftar. Jadi, jika anda bijak merancang, anda dapat bercuti di mana saja tanpa perlu perbelanjaan banyak.


- sekian-

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com