Balik kampung kali ni kami ramai-ramai singgah ke Pontian, Johor. Kebetulan adik ipar aku baru je masuk rumah baru, jadi kami ambil kesempatan untuk datang melawat sambil-sambil tu bermalam di rumah dia.
Bila dah ramai-ramai macam ni, memang susah nak duduk diam dekat rumah. Malam tu kami pun keluar jalan-jalan ke Dataran Pontian. Tempat ni memang meriah waktu malam. Lagi-lagi weekend. Ada yang jalan-jalan, ada gerai makanan dan paling penting… budak-budak memang seronok!
Budak-budak apa lagi, nampak motor elektrik terus nak naik. Bergilir-gilir naik satu keluarga. Ada yang naik motor, ada yang main buih sabun, ada yang berlari-lari dekat kawasan lapang. Yang dewasa pula… layan je kerenah budak-budak sambil borak dan makan.
Yang bestnya bila keluar ramai-ramai macam ni, tak perlu pun aktiviti yang mahal atau fancy. Cukup sekadar keluar bersama, makan, jalan-jalan dan tengok anak-anak seronok.
Malam tu memang simple, tapi cukup untuk jadi satu memori keluarga. Lagi-lagi dapat berkumpul ramai-ramai di rumah baru adik ipar.
Selamat datang ke rumah baru! Semoga rumah baru ni sentiasa dimurahkan rezeki, dipenuhi kebahagiaan dan jadi tempat berkumpul keluarga untuk bertahun-tahun akan datang.
Kadang-kadang benda simple macam inilah yang kita akan teringat balik nanti.