Baca juga

Balik Kampung, Mee Siput Tetap Jadi Pilihan

Balik Kampung, Mee Siput Tetap Jadi Pilihan

Entah kenapa kan, bila nampak mee siput ni terus rasa macam balik zaman kecil. Dekat kampung memang antara makanan yang senang sangat nak jumpa. Kadang-kadang beli yang masih mentah, balik rumah goreng sendiri. Lagi best kalau makan dengan sambal tumis. Simple, tapi memang layan!


Tapi sekarang ni dah makin senang. Ada juga yang jual mee siput yang dah siap digoreng, siap dengan sambal sekali.

Memang konsep buka plastik, makan je. Tak perlu dah nak goreng mee siput, tak perlu nak buat sambal. Sesuai sangatlah untuk orang yang tiba-tiba rasa nak mengunyah sesuatu waktu petang.

Yang dalam gambar ni pun nampak macam sedap je. Mee siput tu rangup-rangup, kemudian ada sambal tumis sekali. Kalau dapat secawan kopi atau teh panas, memang boleh habis satu pek sambil sembang-sembang. 

Aku rasa mee siput ni antara makanan yang nampak biasa-biasa, tapi bila dah lama tak makan, boleh tiba-tiba craving.

Balik kampung → nampak mee siput → beli → makan.

Itulah rutin yang tak pernah mengecewakan. 

Ada tak geng yang sama macam aku? Balik kampung je mesti ad craving something.!

Enjoy...!!!

Cuti Raya Haji, Bila Ada Daging Korban, Aku Dah Tahu Tugas Aku

Cuti Raya Haji, Bila Ada Daging Korban, Aku Dah Tahu Tugas Aku

Raya Haji tahun ni macam biasa, cuti pun tak adalah pergi mana-mana sangat. Banyak masa dihabiskan dengan keluarga. Tapi bagi keluarga aku, Raya Haji memang ada satu aktiviti yang dah macam acara tahunan ibadah korban.



Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku turut buat korban. Jadi pagi-pagi lagi dah mula sibuk dengan urusan melapah, memotong dan membahagikan daging. Suasana memang meriah. Yang dewasa buat kerja masing-masing, anak-anak pula sibuk tengok dan sesekali join membantu.

Kerja korban tu bukan kerja seorang dua. Ada yang melapah, ada yang memotong, ada yang menimbang dan membahagikan daging. Kaum ibu pula biasanya dah mula fikir, “Daging ni nak masak apa?”



Dan kalau dalam keluarga aku, bila dah ada daging korban ni, aku memang dah boleh agak apa tugas aku

Aku akan kena buat rendang daging. 

Entah macam mana, benda ni dah jadi macam job scope aku setiap tahun. Kalau ada daging, maka akan ada rendang. Tak boleh lari dah. Hahaha.


Biasanya daging yang dapat tu akan diasingkan , mana yang nak diberikan kepada keluarga, mana yang nak dimasak dan mana yang nak disimpan. Dan antara bahagian yang paling aku suka mestilah bila dah sampai masa untuk masak rendang.

Masak rendang ni bagi aku bukan sekadar masak. Ada proses dia. Kena tumis bahan, masukkan santan, masukkan daging dan kemudian kena tunggu sampai kuah tu betul-betul pekat dan naik minyak. Lagi lama dimasak, lagi sedap biasanya.

Yang paling best, bau rendang masa tengah masak tu satu rumah boleh tahu. 

“Eh, dah masak rendang ke?”

Belum siap lagi pun dah ada orang mula datang menjenguk periuk.

Itulah antara benda yang aku suka tentang Raya Haji. Tak semestinya kena keluar berjalan jauh atau buat aktiviti besar-besar. Kadang-kadang cukup dengan berkumpul dengan keluarga, buat korban sama-sama, bergotong-royong uruskan daging dan akhirnya makan ramai-ramai.

Dan untuk aku, selagi ada daging korban, selagi itulah tugas tahunan sebagai tukang rendang akan diteruskan. 

Raya Haji, daging korban dan rendang, memang combo wajib keluarga kami!

Enjoy...!!!

First Time Try Aiskrim Bingxue

First Time Try Aiskrim Bingxue

Baru-baru ni first time aku try aiskrim Bingxue. Tu pun sebab pergi dengan anak-anak saudara aku kat Pasir Gudang. Sebelum ni asyik nampak orang post je, tapi tak pernah berkesempatan nak cuba. Jadi bila dah ada peluang, kita cuba lah kan. 


Aku ambil yang mix matcha dengan krim. Rupanya boleh pilih nak satu flavour atau mix dua-dua sekali. Bagi aku, not bad lah! Aiskrim dia lembut, rasa pun sedap dan yang paling penting… saiz dia memang boleh tahan besar! 

Sampai kat Kuantan pula, aku gigih juga mencari outlet Bingxue. Rupanya ada satu je outlet yang aku jumpa. Hahaha! Nampaknya kalau craving Bingxue, kena tahu port dulu.

Overall, aku boleh kata puas hati lah untuk first try. Sedap, portion besar dan harga pun kira okay. Cuma bila dapat cone besar macam ni, nak habiskan tu memang satu cabaran juga. 

Lepas ni kalau lalu Bingxue, bolehlah singgah lagi. Tapi mungkin kena pilih saiz yang sesuai dengan kemampuan tekak sendiri. Hahaha!

Korang dah pernah try Bingxue? Flavour apa yang korang recommend? 

Enjoy...!!!

Sambut Birthday Imtiyaz di Secret Recipe - 17 May 2026

Sambut Birthday Imtiyaz di Secret Recipe - 17 May 2026

17 Mei merupakan tarikh lahir Imtiyaz. Tahun ni kami sambut secara simple-simple je. Tak ada plan besar pun, cuma ajak anak-anak keluar makan dan singgah di Secret Recipe. Yang penting dapat berkumpul satu keluarga dan raikan hari istimewa Imtiyaz.


Mestilah birthday girl dapat kek juga. Kami pilih kek coklat, siap tulis ucapan atas pinggan. Nampak simple, tapi seronok tengok Imtiyaz happy bila dapat kek birthday dia. Lepas tu acara wajiblah… potong kek dan makan ramai-ramai. Hahaha!

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam Imtiyaz kecil, sekarang dah makin besar dan dah ada macam-macam cerita sendiri. Sebagai ayah, doa aku simple je. Semoga Imtiyaz sentiasa sihat, dipermudahkan urusan, rajin belajar, jadi anak yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Selamat hari lahir, Imtiyaz! Semoga panjang umur dan terus jadi anak yang membanggakan ayah dan mama.

Enjoy...!!!

Wellness Hiking Challenge 2026 – Hiking Bukit Tembeling Teruntum

Wellness Hiking Challenge 2026 – Hiking Bukit Tembeling Teruntum

Pada 16 Mei 2026, sekali lagi aku join satu program anjuran company, kali ni program Wellness Hiking Challenge 2026 yang diadakan di Bukit Tembeling Teruntum, Kuantan.


Kalau tengok gambar memang nampak macam santai je kan? Tapi bila dah masuk dalam hutan, baru tahu langit dengan bumi. Hahaha! Laluan dia memang mencabar juga. Ada bahagian tangga, ada laluan tanah, ada naik turun bukit dan kena lalu dalam kawasan hutan yang agak tebal. Tapi itulah yang bestnya hiking. Tak boleh nak fikir sangat pasal penat. Jalan je perlahan-lahan, yang penting sampai.


Program ni memang best sebab dapat buat aktiviti luar bersama-sama dengan kawan-kawan sekerja. Kalau hari biasa kita jumpa dalam office, sibuk dengan kerja masing-masing, kali ni dapat pula berpeluh sama-sama dalam hutan. Ada yang laju, ada yang santai, ada yang berhenti ambil gambar. Tapi akhirnya semua saling tunggu dan saling bagi semangat.

Sepanjang perjalanan tu memang banyak juga peluang untuk bergambar. Kalau dah jumpa spot cantik, mesti berhenti. Tak kiralah dah penat macam mana pun, gambar kena ambil dulu! Jadi kalau tengok gambar-gambar ni, jangan ingat kami hiking sambil senyum sepanjang jalan. Sebenarnya ada yang tengah tahan penat tu. Hahaha!


Yang menariknya, program ni bukan sekadar hiking. Lepas selesai aktiviti, ada juga sesi berkumpulan dan cabutan bertuah. Dan inilah bahagian yang paling aku suka.

Sampai masa cabutan bertuah, nombor aku pula yang naik.

GRAND PRIZE 3!

Terus aku macam…

“Eh, aku ke ni?!” 

Alhamdulillah, rezeki hari tu. Aku dapat voucher Lotus’s bernilai RM350! 


Memang tak sangka langsung. Datang asalnya nak hiking, nak beriadah dan luangkan masa dengan colleagues. Sekali balik dapat voucher RM350. Boleh tahan juga hasil hiking hari tu. Hahaha!

Kalau ikutkan, penat hiking tu terus hilang bila nampak hadiah. 

Apa pun, memang satu pengalaman yang best. Dapat jaga kesihatan, hirup udara segar, masuk hutan, berpeluh bersama colleagues dan paling penting dapat luangkan masa di luar suasana kerja.

Terima kasih kepada pihak company dan semua yang terlibat dalam menjayakan Wellness Hiking Challenge 2026 ni. Program macam ni memang bagus untuk kita keluar sekejap daripada rutin kerja dan buat aktiviti yang sihat bersama-sama.

Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. 

Datang dengan niat nak sihat, balik dengan voucher RM350.

Kalau setiap hiking macam ni hadiahnya, memang aku kena rajin hiking lepas ni! 

Enjoy...!!!

Tukar Alamat Mengundi Dari Johor Ke Kuantan – Sekarang Officially Orang Pahang!

Tukar Alamat Mengundi Dari Johor Ke Kuantan – Sekarang Officially Orang Pahang!

Selama ni kalau bab mengundi, nama aku masih lagi berdaftar di kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor. Walaupun dah lama menetap di Kuantan, Pahang, kalau tiba-tiba pilihan raya kena mengundi, alamat mengundi masih lagi jauh nun di Johor. Nak balik mengundi tu boleh je, tapi kalau dah lama duduk Kuantan, rasa macam lebih praktikal kalau tukar terus kawasan mengundi ke sini.


Jadi baru-baru ni aku pun ambil keputusan untuk buat pertukaran alamat mengundi dari Johor ke Kuantan, Pahang. Ingatkan proses dia leceh dan banyak sangat benda nak kena buat. Rupanya… tak susah mana pun!

Benda pertama yang kena buat mestilah tukar alamat pada kad pengenalan terlebih dahulu. Bila alamat IC dah bertukar kepada alamat tempat tinggal sekarang, barulah boleh teruskan proses kemas kini maklumat pengundi.

Lepas tu aku buat permohonan melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isi borang permohonan secara online, kemudian ada beberapa dokumen yang perlu dimuat naik. Antaranya gambar kad pengenalan dan selfie sambil pegang IC. Yang selfie tu paling menarik. Hahaha! Macam nak apply akaun bank pula. 

Lepas semua dah lengkap, submit je permohonan dan tunggu proses kelulusan. Tak perlu berulang-alik banyak kali atau pergi pejabat sana sini. Boleh buat secara online dari rumah.

Dan akhirnya, permohonan aku dah diluluskan. Bila semak balik, sekarang nama aku dah didaftarkan di Taman Dato’ Haji Rashid Salleh, Kuantan, dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah.

Jadi sekarang aku dah boleh kata…

Aku officially orang Pahang!

Walaupun satu benda masih tak berubah.

Nombor IC aku masih 01.

Hahaha! 

Jadi dari segi nombor IC memang orang Johor lagi, tapi dari segi tempat tinggal dan sekarang dah berdaftar sebagai pengundi di Pahang, kira dah boleh claim sikitlah sebagai orang Kuantan.

Baca juga - 5 Ways to Get the Most Out of Malaysia as an Expat

Sebenarnya pengalaman ni buat aku sedar yang kalau kita dah berpindah dan menetap lama di tempat lain, urusan untuk kemas kini kawasan mengundi taklah serumit yang kita bayangkan. Yang penting, pastikan alamat IC dah betul dan ikut proses permohonan yang ditetapkan SPR.

Lepas ni kalau ada pilihan raya, tak perlu lagi fikir nak balik jauh-jauh ke Batu Pahat.

Undi kat Kuantan je! 

Cuma kalau orang tanya aku,

“Orang Pahang ke?”

Aku boleh jawab dengan yakin…

“Yes! Tapi IC 01.”

Enjoy...!!!

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 3

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 3

PART 3 – Berenang, Masuk UiTM & Balik Kuantan

Esok paginya, hari Ahad, kami bangun dan breakfast dulu. Sebelum checkout, kami sempat turun mandi di pool apartment tempat kami menginap.

Pool dia tak adalah besar mana. Tapi bolehlah untuk anak-anak berenang-renang dan bagi mereka rasa pengalaman mandi pool. Kiranya cukup untuk sesi penutup sebelum check out. 




Lepas selesai, kami kemas barang dan checkout.

Kemudian kami cari makan untuk lunch sebelum meneruskan agenda terakhir kami di Shah Alam.

Kali ni aku bawa anak-anak masuk pula ke UiTM Shah Alam.

Bila dah sampai sini, terus masuk mode nostalgia ayah. 


Kami singgah Masjid UiTM Shah Alam untuk solat Zohor. Sambil tu aku pun bercerita dekat anak-anak.

"Ni lah tempat ayah belajar dulu..."

"Dulu ayah selalu jalan kat sini..."

"Ni masjid tempat ayah solat..."

"Dulu ayah belajar sekian-sekian..."

Hahaha!

Mungkin bagi anak-anak, cerita ayah dia ni biasa saja. Tapi bagi aku, benda tu cukup bermakna.

Sebab aku dapat bawa mereka tengok sendiri tempat yang pernah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan aku suatu masa dulu. Enam tahun bukan tempoh yang pendek. Banyak kenangan, pengalaman, kawan-kawan dan cerita hidup yang berlaku di Shah Alam dan UiTM.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 1

Dulu aku datang ke sini sebagai seorang student.

Kali ni aku datang semula dengan isteri dan anak-anak.

Memang rasa lain.

Dulu fikir pasal assignment, kelas, exam dan kehidupan student.

Sekarang dah fikir pasal kerja, anak-anak, keluarga dan kehidupan yang jauh berbeza. 

Selesai solat dan pusing-pusing sekejap dalam UiTM, kami pun bersiap untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan.

Perjalanan balik pun lebih kurang macam biasa. Berhenti mana yang perlu, makan mana yang sempat dan akhirnya sampai Kuantan lebih kurang pukul 8 malam.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 2

Sampai rumah, selesai sudah trip kami.

Esoknya?

Sekolah dan kerja macam biasa. 

Itulah kehidupan.

Jumaat cuti, Sabtu Ahad jalan-jalan, Ahad malam sampai rumah, Isnin pagi terus sambung rutin.

Tapi walaupun cuma trip pendek selama tiga hari, aku rasa cukup puas hati. Dapat bawa family jalan-jalan, anak-anak dapat pengalaman baru, dapat luangkan masa bersama dan yang paling best, aku dapat bawa mereka menyelusuri sedikit kisah kehidupan ayah mereka dulu.

Kadang-kadang kita tak perlukan trip yang terlalu jauh pun. Tak perlu sampai luar negara. Cukup sekadar keluar bersama, makan bersama, gelak bersama dan cipta kenangan bersama.

Sebab akhirnya, benda yang anak-anak mungkin akan ingat bukanlah berapa mahal hotel yang kita duduk atau berapa banyak tempat yang kita pergi.

Tapi mungkin mereka akan ingat…

"Dulu ayah pernah bawa kami jalan-jalan Shah Alam dan tunjuk tempat ayah belajar." 

Dan bagi aku, itu dah cukup.

Selesai satu lagi cerita perjalanan family kami.

Next trip… entah ke mana pula.

Enjoy...!!!

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 2

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 2

PART 2 – I-City WaterWorld, Check-In Hotel & Jalan Malam

Esok paginya, lebih kurang pukul 9 pagi, kami gerak dari PJ menuju ke Shah Alam. Sampai Shah Alam, kami terus menuju ke i-City WaterWorld.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami dah mula masuk. Dan bila dah masuk tempat air, anak-anak memang susah nak keluar.



Kami lepak dan main air sampai lebih kurang pukul 2.30 petang. Hampir empat jam juga tu! Main air, gelongsor, berenang dan macam-macam lagi. Yang penat bukan anak-anak saja, ayah dia pun boleh tahan penat. Hahaha!

Lepas puas mandi dan masing-masing dah mula lapar, kami pun bersiap untuk check-in hotel. Lebih kurang pukul 3 petang, kami check-in penginapan yang terletak di kawasan i-City juga.

Aku booking penginapan ni melalui Booking.com. So far, aku boleh kata okaylah untuk family. Konsepnya lebih kurang macam apartment atau rumah kecil. Ada dua bilik tidur, satu bilik air, pantry, TV dan meja makan. Basic semuanya ada.




Tak adalah mewah sangat, tapi untuk aku yang datang dengan isteri dan tiga orang anak, memang agak selesa dan praktikal. Yang penting lepas seharian mandi air, dapat balik bilik, mandi dan rehat. 😂

Malam tu kami keluar pula makan di Seksyen 2, Shah Alam. Kat situ memang ada kawasan food court dan macam-macam pilihan makanan.


Tapi bagi aku, datang ke Seksyen 2 ni bukan sekadar nak makan. Tempat ni penuh dengan nostalgia.

Aku pernah belajar di UiTM Shah Alam selama lebih kurang enam tahun. Jadi bila datang balik ke kawasan ni selepas sekian lama, macam-macam memori lama datang balik.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 1

Kali ni pula aku datang dengan anak-anak. Jadi sambil makan, aku pun mula bercerita.

"Ni dulu tempat ayah selalu pergi..."

"Dulu ayah belajar kat sini..."

"Dulu ayah dengan kawan-kawan selalu makan sini..."

Entah anak-anak faham ke tak cerita ayah dia ni. Tapi tak kisahlah. Sekurang-kurangnya mereka tahu sedikit sebanyak kisah kehidupan ayah mereka dulu.

Lepas makan, kami pergi pula ke i-City waktu malam. Kalau datang i-City malam-malam memang lain suasananya. Lampu-lampu menyala, kawasan nampak meriah dan banyak permainan yang boleh dicuba.




Adik ipar aku pun join sekali sebab mereka pun tinggal di PJ. Jadi kami ajak mereka sama-sama pusing Shah Alam dan i-City.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 3

Malam tu memang puas berjalan. Sampai lebih kurang pukul 12 malam, kami pun balik ke bilik.

Semua dah penat.

Tak perlu cerita panjang..

Masuk bilik → mandi → baring → tidur.

Enjoy...!!!

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 1

3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 1

 PART 1 – Bertolak Dari Kuantan, Singgah PJ & Jalan Malam di KL

Dah lama sebenarnya aku tak buat cerita jalan-jalan family macam ni. Jadi kali ni aku nak cerita pasal trip aku dengan family ke Shah Alam pada 1 hingga 3 Mei 2026. Trip pendek je, tiga hari dua malam, tapi itinerary boleh tahan padat. Ada jalan-jalan, mandi air, makan, bawa anak-anak tengok tempat lama ayah dia belajar dan paling penting… dapat luangkan masa sama-sama dengan family.

Trip kami bermula pada 1 Mei 2026. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kami bertolak dari Kuantan menuju ke Shah Alam. Biasalah kalau perjalanan dengan anak-anak, tak boleh nak straight terus sampai. Kena berhenti beberapa kali juga. 

Kami sampai di Maran dan berhenti sekejap untuk solat Jumaat. Lepas selesai solat, kami sambung semula perjalanan. Kemudian kami singgah pula di R&R Temerloh untuk makan dan berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

Lepas beberapa jam atas jalan, akhirnya kami sampai di Petaling Jaya dan singgah di rumah adik ipar aku. Memandangkan malam tu masih awal, kami pun tak nak duduk saja kat rumah. Jadi kami keluar jalan-jalan ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 2

Bawa anak-anak jalan malam memang seronok juga. Dapat tengok suasana bandar, bangunan-bangunan lama dan kawasan sekitar Dataran Merdeka. Tak ada itinerary yang berat pun. Sekadar jalan-jalan, ambil angin, bergambar dan luangkan masa bersama.

Baca juga - 3 Hari 2 Malam Jalan-Jalan Shah Alam Dengan Family - Part 3

Lepas puas berjalan, kami balik semula ke rumah adik ipar dan tidur. Esoknya pula kami akan bergerak ke Shah Alam untuk agenda utama trip kali ni.

Enjoy...!!!

Apa ChatGPT Anggap Tentang Aku?

Apa ChatGPT Anggap Tentang Aku?

Aku saja nak share satu gambar yang aku generate menggunakan ChatGPT. Aku bagi sedikit gambaran tentang diri aku, kerja, keluarga, minat dan gaya hidup, lepas tu ChatGPT buatlah satu infographic macam ni. Hahaha!

Kalau nak kata 100% tepat, memang taklah. Ada beberapa benda yang terlebih, ada yang tersasar sikit, dan ada juga yang ChatGPT pandai-pandai tambah. Tapi kalau tengok secara keseluruhan, quite nice la… ada sipi-sipi kena dengan kehidupan aku.

Ada bahagian kerja sebagai orang QC, ada keluarga, ada exercise, ada bab makan, ada target hidup dan macam-macam lagi. Kira macam ChatGPT cuba buat satu “snapshot kehidupan Papaglamz” dalam satu gambar.

Yang paling best, walaupun tak tepat sepenuhnya, bila tengok gambar ni rasa macam, “Eh, macam aku je ni…”

Bolehlah simpan sebagai kenangan. Mana tahu beberapa tahun lagi tengok balik, boleh compare apa yang dah berubah dalam hidup.

Tak 100% betul, tapi 100% seronok tengok.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com