Baca juga

Farewell Team Aroma Lab โ€“ Terima Kasih Untuk Segalanya

Farewell Team Aroma Lab – Terima Kasih Untuk Segalanya

Dalam setiap tempat kerja, mesti akan ada orang yang datang, ada yang pergi. Ada yang kita kenal sekejap, ada yang sempat jadi kawan rapat, dan ada juga yang tanpa kita sedar dah jadi sebahagian daripada rutin kerja kita setiap hari.

Kali ni, Aroma Lab pula kena lalui satu lagi fasa perpisahan.



Empat orang sample taker kami yang bekerja secara kontrak akan menamatkan perkhidmatan bersama team Aroma Lab. Jadi sebelum masing-masing membawa haluan sendiri, kami sempat buat sedikit makan-makan dan farewell kecil-kecilan di office.

Tak ada majlis besar pun. Sekadar makan bersama, ambil gambar, sembang-sembang dan paling penting… tinggalkan sedikit kenangan sebelum masing-masing melangkah ke tempat baru. ๐Ÿ˜Š

Pali – Rezeki Dah Sampai Dulu

Untuk Pali, kami celebrate awal sedikit.

Bukan sebab nak cepat-cepat halau dia, hahaha. Tapi sebab rezeki dia dah sampai dulu. Pali dah dapat peluang pekerjaan di tempat lain, jadi dia perlu meninggalkan kami lebih awal daripada tiga orang lagi.

Alhamdulillah, walaupun sedih nak berpisah, kami semua tumpang gembira dengan rezeki yang dia dapat.

Semoga tempat baru nanti memberikan suasana kerja yang lebih baik, rezeki yang lebih luas dan peluang untuk dia terus berkembang.

Good luck Pali! Jangan lupa team Aroma Lab.


Izham, Farid & Rafiuddin

Untuk Izham, Farid dan Rafiuddin pula, kami sempat buat farewell bersama-sama di office.

Tiga orang ni masih sempat bersama team untuk beberapa ketika sebelum kontrak mereka tamat.

Bila dah lama bekerja sama, walaupun mungkin hubungan kita bermula sekadar sebagai rakan sekerja, lama-lama dah jadi macam satu keluarga kecil di tempat kerja.

Setiap hari jumpa.

Sama-sama masuk kerja.

Sama-sama kejar sample.

Sama-sama sibuk bila workload banyak.

Sama-sama mengeluh bila kerja tak habis-habis.

Dan kadang-kadang sama-sama gelak atas benda yang entah apa-apa.

Benda-benda macam ni lah yang nanti bila masing-masing dah tak ada, kita akan mula rasa kehilangan.

Sebab tu walaupun farewell ni ringkas, kami cuba abadikan sedikit kenangan bersama. Ada gambar formal, ada gambar posing, dan mestilah ada gambar yang tak berapa formal.

Terima Kasih, Guys!

Untuk Pali, Izham, Farid dan Rafiuddin…

Terima kasih atas segala jasa, bantuan dan kerjasama sepanjang bersama Team Aroma Lab.

Mungkin tempoh kita bekerja bersama tidaklah terlalu lama, tapi setiap orang yang pernah menjadi sebahagian daripada team tetap meninggalkan cerita dan kenangan masing-masing.

Apa yang paling penting, jangan anggap perpisahan ni sebagai pengakhiran.

Ini cuma satu lagi permulaan.

Lepas ni masing-masing akan masuk ke tempat baru, jumpa orang baru, belajar benda baru dan mungkin dapat peluang yang lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.

Semoga Allah permudahkan setiap langkah kalian.

Semoga dipanjangkan rezeki, diberikan pekerjaan yang baik, dipertemukan dengan rakan-rakan kerja yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kalau ada yang tengah mencari kerja, semoga dipercepatkan dapat kerja.

Kalau dah dapat kerja baru, semoga dipermudahkan untuk menyesuaikan diri.

Dan kalau dah jumpa tempat yang lebih baik, semoga terus maju dan berjaya di sana.

Apa pun, all the best guys!

Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada cerita Team Aroma Lab.

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang, bukan sebagai bekas colleague…

Tetapi sebagai kawan.

Good luck Pali, Izham, Farid & Rafiuddin!

Satu team, satu kenangan. 

Sekian...!!!

Hari Sukan SK Beserah 2026

Hari Sukan SK Beserah 2026

Tanggal 11 April 2026, berlangsung hari kemuncak sukan dan olahraga di Sekolah Kebangsaan Beserah. Tapi sebenarnya, kemeriahan hari sukan ni bukan bermula pada hari tu saja. Seminggu sebelum tu lagi dah mula dengan sukan tara dan beberapa acara yang dah dijalankan lebih awal. Suasana memang dah terasa awal-awal lagi. Budak-budak excited, cikgu-cikgu sibuk, ibu bapa pun sama-sama ambil tahu perkembangan.

Rumah merah


Rumah hijau

Rumah kuning

Rumah biru

Untuk anak aku, Husna, memang minggu tu jadi minggu dia. Dalam acara yang dia join, dia berjaya dapat johan lompat jauh dan naib johan lompat tinggi. Sebagai ayah, memang rasa bangga tengok usaha dia. Dari latihan sampai hari kejadian, semua tu hasil usaha dia sendiri. Masa hari kemuncak pula, Husna join perbarisan rumah sukan, tunjuk semangat berpasukan dan disiplin.

Si kakak, Imtiyaz, pula lain ceritanya. Dia tak turun bertanding, tapi dia ada peranan sendiri jadi runner bantu cikgu. Dari urus barang sampai bantu cikgu sana sini, semua tu pengalaman yang bagus untuk dia. Kadang peranan kecil macam ni lah yang sebenarnya besar nilainya.

Kalau nak cerita paling sibuk… memang isteri aku la. Sebagai cikgu rumah sukan, memang tak duduk diam. Urus murid, urus acara, pastikan semua berjalan lancar. Sehari sebelum hari kemuncak lagi dah nampak kesibukan tu. Cikgu-cikgu sibuk menghias khemah, buat latihan perbarisan, dan siapkan semua persiapan. Memang penuh dengan teamwork.

Husna dengan costume perbarisan rumah sukan dia

Replika TV kat pintu gerbang rumah sukan

Aku pula? Tukang bagi support je. Tapi turun padang juga. Datang tengok anak-anak beraksi, especially Husna masa perbarisan. Dalam masa sama, aku kena jaga si kecik Solehah yang darjah satu tu. Biasalah, bini tengah bertugas, jadi aku la ambil alih tugas jaga anak.

Sambil tengok acara, sambil pegang tangan anak, sambil jadi supporter tepi padang. Itu pun dah cukup buat aku rasa seronok.

Selain acara sukan, yang tak kurang menariknya… gerai jualan.

Yang ni memang bahagian wajib singgah.
Makanan, minuman, macam-macam ada.

Deretan gerai jualan
Memang kita serbu.
Datang hari sukan, tak sah kalau tak singgah gerai.

Ya, hari ni semua peranan tu nampak jelas. Ada yang bertanding, ada yang berbaris, ada yang membantu, ada yang mengurus. Dalam keluarga aku sendiri pun sama. Husna dengan pencapaian dia, Imtiyaz dengan peranan dia, isteri aku dengan tanggungjawab dia… dan aku sebagai penyokong setia.

Hari sukan ni bukan sekadar acara tahunan. Dia jadi satu moment untuk kita nampak usaha, semangat, dan kerjasama semua orang. Bila satu keluarga sama-sama terlibat, rasa dia memang lain macam.

Alhamdulillah untuk pengalaman hari sukan tahun ni.

Enjoy...!!!

SHQ Department Engagement & Raya Celebration - 2026

SHQ Department Engagement & Raya Celebration - 2026

Pada 16 April 2026, alang-alang dah masuk musim raya, kali ni program tahunan department kami pun dibuat sekali dengan Raya Celebration. Memang sekali harung la.

Program ni merupakan salah satu acara SHQ Department Engagement, kira macam perjumpaan tahunan untuk semua warga department. Bukan sekadar datang makan-makan, tapi memang ada agenda untuk kami duduk bersama, dengar perkembangan terkini dan tengok balik pencapaian department sepanjang tahun.

Lokasi kali ni memang cun. The Rhu Beach Resort.

Program dibuat selama sehari sahaja, tapi jadual memang agak padat. Kalau dah nama pun department engagement, mestilah ada sesi update, taklimat dan macam-macam aktiviti.

Dengar Update Company & Department

Antara perkara utama dalam program ni mestilah sesi perkongsian dan update daripada pihak company.

Kami dengar perkembangan terkini syarikat, hala tuju company, pencapaian yang telah dicapai dan juga perancangan untuk masa akan datang.

Lepas tu ada juga update daripada department masing-masing.

Antara yang menarik mestilah bila tengok balik KPI-KPI yang dah dicapai.

Kadang-kadang bila kita kerja hari-hari, kita sibuk dengan kerja masing-masing sampai tak sempat nak berhenti sekejap dan tengok sebenarnya sejauh mana kita dah bergerak.

Bila ada sesi macam ni, baru nampak gambaran yang lebih besar.

Apa yang dah berjaya dicapai, apa yang masih perlu diperbaiki dan apa pula yang perlu kita fokus selepas ni.

Kiranya bukan sekadar dengar taklimat, tapi boleh jadi satu sesi untuk kita reflect balik apa yang dah dibuat dan ke mana hala tuju kita selepas ni.

Tapi... Raya Tetap Raya!

Walaupun nama program ni Department Engagement, jangan ingat semua duduk dalam bilik dengar presentation sampai petang.

Yang paling wajib mestilah...

MAKAN...!!!



Alang-alang program dibuat dalam bulan raya, tema jamuan kali ni pun kita bawak sekali konsep sambutan Hari Raya.

Memang meriah la sikit.

Ada yang pakai baju Melayu, ada yang berbaju kurung, ada yang lengkap dengan samping, ada yang terus nampak macam nak pergi open house.

Makanan pun mestilah menjadi salah satu agenda utama.

Sebab kalau program department tak ada makan, macam tak lengkap pula rasanya. Hahaha!

Dengar taklimat boleh tahan.

Tengok KPI boleh.

Dengar hala tuju company pun boleh.

Tapi bila nampak meja makanan...

Fokus terus berubah. ๐Ÿคฃ

Masa Untuk Team Building

Selain sesi taklimat dan makan-makan, kami pun ada buat beberapa game secara berkumpulan.

Yang ni memang seronok.

Sebab masa kerja kita biasa jumpa colleague dalam suasana kerja. Kadang-kadang serius, kadang-kadang rushing, kadang-kadang masing-masing sibuk dengan task sendiri.

Bila masuk game macam ni, keluar pula perangai sebenar masing-masing. 

Ada yang tiba-tiba jadi ketua.

Ada yang tiba-tiba jadi pakar strategi.

Ada yang banyak bagi arahan.

Ada yang kerja dia cuma gelak. 

Tapi sebenarnya aktiviti macam ni bagus juga. Dapat rapatkan lagi hubungan antara satu sama lain dan pada masa yang sama, kita belajar macam mana nak bekerjasama sebagai satu team.

Dan akhirnya...

Tibalah masa untuk umumkan keputusan game.

Team aku pun duduklah dengan penuh debaran.

Tempat ketiga...

Bukan kami.

Tempat pertama...

Bukan juga kami.

Dan akhirnya...

TEAM KAMI DAPAT TEMPAT KEDUA!!!

WOWWWWW!!!

Boleh tahanlah tu.

Tak menang bukan bermaksud kalah. Hahaha!

Number 2 pun dah cukup untuk buat kami bangga.

Yang penting semua sporting dan enjoy sepanjang aktiviti berlangsung.

Secara keseluruhannya, memang best juga dapat buat program macam ni.

Dalam kesibukan kerja setiap hari, dapat luangkan satu hari bersama seluruh warga department memang satu pengalaman yang baik.

Dapat dengar update daripada company dan department, tengok pencapaian KPI, faham hala tuju yang akan datang, sambut Raya bersama-sama dan pada masa yang sama dapat bergelak ketawa dengan colleague.

Itulah sebenarnya tujuan engagement macam ni.

Bukan semata-mata nak keluar dari office.

Tapi nak reconnect dengan team, kenal colleague dengan lebih dekat dan sama-sama bergerak ke arah yang sama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SHQ Department Engagement & Raya Celebration kali ni.

Semoga apa yang dirancang untuk company dan department pada masa akan datang dipermudahkan.

Dan semoga kita semua terus dapat bekerja sebagai satu team, saling membantu dan mencapai KPI yang lebih baik.

Insyallah...

Sekian...!!!

Celebrate Birthday Aku 2026, Surprise yang Menjadi

Celebrate Birthday Aku 2026, Surprise yang Menjadi

Birthday tahun ni simple je… tapi bermakna. Aku sendiri tak expect apa-apa pun sebenarnya. Tapi tiba-tiba isteri dan anak-anak buat surprise kecil-kecilan. Dapat hadiah yang memang praktikal, sport shoes, wallet, dan minyak wangi. Bila tengok kasut tu, dalam hati terus terfikir… macam ada mesej tersirat. Macam suruh aku rajin bersukan lagi la ni. Nak kena tambah lagi step, tambah lagi cardio nampaknya.

Honestly semua hadiah tu memang kena dengan aku. Kasut untuk aktiviti, wallet untuk kegunaan harian, dan minyak wangi bagi nampak segar sikit. Simple, tapi bermakna sebab datang dari orang-orang yang paling dekat. Kadang bukan nilai hadiah tu yang penting, tapi siapa yang bagi.

Sambung Celebration kat Secret Recipe

Tak cukup celebrate kat rumah, kami sambung pula keluar makan di Secret Recipe. Macam biasa, tempat ni memang jadi port tetap setiap kali ada celebration. Sebenarnya bukan apa pun… saja nak makan dan luangkan masa sama-sama.

Disebabkan birthday aku, aku dapat kuasa veto malam tu. Aku pilih kek carrot. Dan seperti dijangka… aku sorang je yang makan. Yang lain memang tak berapa suka kek tu. Tapi tak apa lah, birthday boy kan. Sekali sekala semua orang kena ikut pilihan aku.


Walaupun celebration simple, tapi moment tu yang buat aku rasa bersyukur. Dapat luang masa dengan isteri dan anak-anak, gelak ketawa, makan sama-sama. Itu sebenarnya hadiah paling besar.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada semua yang wish dan doakan aku sempena birthday ni. Semoga semua doa yang baik-baik tu kembali kepada korang juga.

Simple celebration, tapi penuh makna.
Alhamdulillah

Enjoy...!!!

SPM dapat D Bahasa Inggeris, A Chemistry tapi Jalan Hidup Yang Tak Disangka

SPM dapat D Bahasa Inggeris, A Chemistry tapi Jalan Hidup Yang Tak Disangka

Setiap kali musim result SPM tiba, memang timeline media sosial akan penuh dengan macam-macam cerita. Tahun ni, 31 Mac 2026 jadi tarikh yang ditunggu-tunggu. Ada yang share result sendiri, ada parent yang excited share result anak, dan tak kurang juga yang throwback result SPM masing-masing. Semalam petang aku pun sempat dengar sembang santai bersama Anas, sekali dengan Radio Zayyan. Topik pun terarah kepada throwback SPM. Ramai pendengar share result masing-masing, dan memang macam-macam kisah keluar. Ada yang straight A, ada yang struggle, ada yang cerita journey lepas SPM. Best dengar sebab semua orang ada cerita sendiri.

Pernah la dulu-dulu naik pentas amek sijil

Bila tengok semua orang share, aku pun teringat balik result aku. Honestly, result SPM aku tak lah sehebat mana. Ada A, ada B, dan ya… ada juga D. Dan D tu bukan subjek biasa. Bahasa Inggeris. Memang anak jawa sangat masa tu. Bila ingat balik, rasa kelakar pun ada, tapi masa tu memang terasa juga.

Sapa geng Aspura 2004-2005 SMTM angkat tangan

The only four guys dalam kelas aku

Chemistry Yang Tak Disangka

Dalam banyak-banyak subjek, ada satu yang aku still ingat sampai sekarang which is Chemistry. Aku dapat A. Dan jujur cakap, aku sendiri pun terkejut masa tu. Macam tak percaya boleh dapat result macam tu untuk subjek tu. Antara semua result yang aku dapat, yang ni paling unexpected.

Yang mencabar bila result keluar, D dalam Bahasa Inggeris tu jadi satu halangan besar. Time tu kebanyakan sistem nak apply matrik, maktab, pre-science… semua tak lepas. Sebab minimum requirement untuk BI masa tu kena C. Memang rasa down juga. Rasa macam banyak pintu tertutup. Masa tu memang terasa macam “eh macam mana ni nak sambung belajar?”

UiTM Tempat Bermula

Tapi dalam masa yang sama, ada satu pintu yang terbuka iaitu UiTM. Nasib baik UiTM sudi terima aku masa tu. Dari situ bermulalah journey aku. Aku sambung Diploma, dan lepas tu sambung Degree pun dekat UiTM juga. Dari satu langkah kecil, akhirnya jadi perjalanan yang panjang. Memang betul… UiTM di hatiku.

Bila fikir balik sekarang, memang menarik perjalanan tu. Masa SPM dulu aku sendiri tak sangka dapat A dalam Chemistry. Lepas tu aku sambung diploma dalam Microbiology. Masuk degree, aku masih blur sikit nak sambung dalam bidang biology atau chemistry. Tapi last-last aku pilih Analytical Chemistry. Dan sekarang… aku seorang chemist. Bila tengok balik, semua tu macam berkait walaupun masa awal dulu tak nampak jelas.

SPM Bukan Penamat

Kadang kita rasa result SPM tu penentu segalanya. Tapi sebenarnya, SPM hanyalah langkah pertama. Perjalanan sebenar bermula lepas tu. Ada yang straight A tapi jalan hidup dia lain, ada yang result biasa-biasa tapi berjaya dalam bidang sendiri. Yang penting bukan result semata-mata, tapi apa yang kita buat selepas itu.

Bila tengok balik perjalanan ni, aku cuma rasa bersyukur. Walaupun tak perfect, tapi setiap keputusan dan pengalaman tu bawa aku ke tempat sekarang. Dari seorang pelajar yang dapat D Bahasa Inggeris… ke seorang chemist hari ini. Sekarang hari-hari aku 'terpaksa' communicate dalam bahasa inggeris time kerja. Jadi untuk yang baru dapat result SPM tu, jangan terlalu risau. Ini baru permulaan.

Good luck for your journey...!!!

#SempatRaya2026โ€ฆ Hidup Solo di Kuantan & Nasi Gepuk Jadi Penyelamat

#SempatRaya2026… Hidup Solo di Kuantan & Nasi Gepuk Jadi Penyelamat

Kalau dalam post sebelum ni aku ada cerita, raya first aku dah kena panggil masuk kerja. Jadi dari hari tu, aku terus gerak balik ke Kuantan dan bermulalah satu episod yang dah lama aku tak rasa iaitu duduk sorang-sorang. Anak bini semua tinggal kat kampung, aku je kat sini sambung kerja. Dari suasana raya yang meriah, tiba-tiba terus masuk mode sunyi. Memang terasa perubahan tu.

Penuh orang. Berderet order kat screen tu

Bila fikir balik, rasa macam dah lama gila aku tak duduk sorang macam ni. Last aku ingat mungkin sekitar tahun 2020. Lebih 5 tahun dah. Selama ni hidup sentiasa ada bunyi suara anak-anak, gelak ketawa, kadang gaduh kecil, suara orang rumah. Kali ni semua tu tak ada. Rumah jadi senyap. Mula-mula rasa ok, macam tenang sikit. Tapi lama-lama, sunyi tu mula terasa juga. Lain betul feeling dia. Tapi kita kan lelaki takde la nak merentan sangat kan hidup sunyi. Hahaha

Baca juga - Raya Tahun Ni Mode Standby - Antara Tanggungjawab & Syukur

Cabaran Besar Nak Makan Apa?

Yang paling mencabar sebenarnya bukan kerja, tapi nak fikir makan apa. Time raya ni memang susah sikit sebab banyak kedai tutup. Aku pun pusing-pusing area rumah, cari mana yang buka. Dalam kepala dah fikir, kalau tak jumpa, terpaksa la makan apa yang ada saja. Tapi nasib baik…

Tiba-tiba aku nampak satu kedai yang jadi penyelamat, Nasi Gepuk Pak Gembus. Ini je satu-satunya kedai nasi yang aku jumpa buka masa raya kedua kat area rumah aku. Memang tak fikir panjang, terus singgah. Tapi biasalah, bila satu je kedai buka, semua orang pun serbu tempat yang sama. Aku order, dan tunggu… hampir 45 minit baru dapat. Duduk je la tunggu dengan sabar. Nak buat macam mana, dah lapar.

Layan CU aiskirm dulu la sambil-sambil tunggu

Sebenarnya kedai fast food ada je buka. Tapi entah kenapa tak terasa nak makan. Malas. Nak nasi juga. Perut Melayu kan. Kalau tak makan nasi, rasa macam tak makan lagi. Jadi kita tahan je la tunggu nasi tu walaupun lama.


Nasi Gepuk Yang Tak Disangka

To be honest, selama ni aku selalu lalu kedai Nasi Gepuk ni tapi tak pernah pun rasa nak singgah. Kali ni sebab terdesak, kita singgah la. Aku order set A — nasi, ayam, ulam-ulam dan sambal. Part sambal tu aku pilih yang biasa pedas je. Itu pun dah pedas yang amat. Kalau aku ambil level 2 tu, tak tahu la apa yang jadi. Tapi overall, memang boleh makan.

Macam dapat goodies

Kotak pun cantik

Simple but nice

Nampak tak sambal die tu? Aku ni tahan pedas tau, tapi ni pun dah rasa pedas yang amat

Satu benda yang aku tak expect, bungkusan dia memang cantik dan kemas. First time tengok, aku terus perasan detail dia lain macam. Nampak kemas, rasa macam premium sikit walaupun takeaway. Part ni memang impressed.


Hidup Solo Sekejap

Seminggu duduk sorang ni memang satu pengalaman yang dah lama aku tak rasa. Sunyi tu memang ada, tapi dalam masa sama ada juga ruang untuk rehat dan buat benda ikut cara sendiri. Tapi jujur cakap, aku tetap lagi prefer rumah yang riuh dengan anak-anak. Itu baru rasa hidup.

Itulah kisah raya aku sambung di Kuantan. Dari suasana kampung yang meriah, terus ke rumah yang sunyi. Dari makan ramai-ramai, ke makan sorang sambil tengok phone. Apa pun, ini semua sebahagian dari perjalanan hidup. Kadang kita rasa sunyi, kadang kita rasa penuh. Tapi semua tu ada cerita dia. Nasib la… kita jalan je.

Enjoy...!!!

Raya Tahun Ni Mode Standby - Antara Tanggungjawab & Syukur

Raya Tahun Ni Mode Standby - Antara Tanggungjawab & Syukur

Raya tahun ni agak berbeza untuk aku sebab aku kena standby kerja. Dari awal lagi aku dah set dalam kepala, raya kali ni mungkin tak boleh enjoy sepenuhnya macam tahun-tahun sebelum ni. Tapi dalam kesibukan tu, aku cuba juga cari ruang untuk rasa suasana raya walaupun dalam keadaan yang agak terhad.

Alhamdulillah, sehari sebelum raya aku dapat peluang balik kampung. Walaupun last minute, tapi cukup bermakna. Dapat juga hirup suasana kampung, tengok persiapan raya, dan paling penting dapat jumpa family. Kadang tak perlu lama pun, cukup dapat balik sekejap pun dah rasa puas.

Family belah aku. Tema warna warni.


Family belak mertua. Tema brown

Gambar dengan mak. Mak susah nak bangun, so die duduk belah tepi

Dengan mak dan ayah mertua aku

Only us

Pagi Syawal Yang Berharga

Pagi raya tu antara moment yang paling aku hargai. Dapat ambil gambar dengan family belah aku, dan juga family mertua. Alhamdulillah juga rezeki jodoh sekampung, jadi semuanya dekat dan mudah.

Tak perlu rushing ke sana sini. Dalam satu pagi tu, aku dapat luangkan masa dengan kedua-dua belah keluarga. Itu memang satu nikmat yang besar.

Masuk petang raya pertama, mood dah mula bertukar. Dari mode raya, terus kena tukar ke mode kerja. Aku dah mula bersiap dalam kepala untuk balik semula ke Kuantan sebab hari Ahad dah kena masuk kerja. Ada beberapa perkara yang memang perlu aku setelkan.

Memang terasa juga nak tinggalkan suasana raya tu, tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.

Sempat lagi beraya. Alhamdulillah


Mini marhaban family-family sahaja

Reality Check Pagi-Pagi

Yang paling kena, pepagi buta dah masuk WhatsApp suruh masuk kerja. Aku tengok phone, diam sekejap. Tak banyak fikir, tak banyak cakap.

Dalam hati cuma mampu kata,
“Okay… kita jalan.”

Kadang hidup memang macam tu. Kita plan lain, tapi realiti datang dengan cerita dia sendiri. Kita redha saja.

Seruan..!!! Hahaha

Drive Malam Balik Kuantan

Dalam pukul 9 malam aku mula gerak balik ke Kuantan. Drive seorang diri, jalan agak sunyi, suasana pun lain macam bila kita tinggalkan kampung waktu raya.

Aku sampai Kuantan lebih kurang pukul 3 pagi. Penat memang penat, tapi itu lah perjalanan yang perlu dilalui.

Anak bini aku tinggal dulu kat kampung. Bagi mereka sambung raya dengan family. Aku pula sambung tanggungjawab di tempat kerja.

Plan aku, minggu seterusnya aku akan balik semula kampung untuk ambil mereka. Baru lah lengkap balik “team keluarga”.

Raya aku tahun ni memang tak panjang, tak santai sepenuhnya, tapi tetap ada cerita dia.

Raya day 2 be like

Syukur Lebih Baik Dari Merungut

Kalau nak ikutkan, memang boleh merungut. Raya kena kerja, tak dapat cuti lama, kena drive malam seorang diri.

Tapi bila fikir balik, aku masih sempat balik kampung. Masih sempat pagi raya dengan family. Masih dapat jumpa kedua-dua belah keluarga.

Itu pun dah satu nikmat besar.

Kadang hidup ni bukan tentang apa yang kita tak dapat, tapi tentang apa yang kita sempat rasa.

Apapun, ya raya tahun ni mungkin tak sempurna macam yang kita bayangkan, tapi tetap bermakna. Antara tanggungjawab dan keluarga, aku cuba seimbangkan sebaik mungkin.

Dan akhirnya, lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita ada daripada merentan tak tentu pasal. Tibaaa. Hahaha.

Itulah kisah raya aku tahun ni.

Enjoy...!!!

The Journey of Me, Bila AI Buat Aku Fikir Pasal Hidup

The Journey of Me, Bila AI Buat Aku Fikir Pasal Hidup

Baru-baru ni aku tengah scroll TikTok, tiba-tiba terjumpa satu prompt yang menarik. Konsep dia simple je. Kita generate gambar perjalanan hidup kita dari kecil sampai tua. Aku pun saja-saja cuba, nak tengok macam mana AI bayangkan hidup aku.

Biasalah, kadang benda random macam ni yang jadi menarik.

AI generated

Sama Tapi Tak Serupa

Bila gambar tu siap, aku tengok lama sikit. First impression memang jelas. Ya, nampak macam aku, tapi bukan aku sepenuhnya.

Versi budak kecil tu nampak comel sangat. Versi remaja pula nampak tenang dan kemas. Versi dewasa siap pakai lab coat, yang tu memang kena la dengan kerja aku sebagai QC. Siap ada scene dengan anak lagi. Macam AI ni faham jalan cerita hidup kita.

Tapi tetap juga rasa… sama tapi tak serupa.


Wajah Yang Buat Aku Terdiam

Bahagian yang paling buat aku berhenti sekejap ialah versi tua dalam gambar tu. Muka dia memang sebiji macam arwah bapak aku.

Serius tak sangka.

Terus rasa lain macam. Bukan sedih sangat, tapi lebih kepada rindu yang datang perlahan-lahan. Dari gambar AI, tiba-tiba jadi kenangan sebenar.

Al-Fatihah untuk arwah bapak.

Kadang kita tak perasan, tapi sebenarnya banyak benda dalam diri kita ni datang dari mereka.

Atuk Musa dalam kenangan

Versi Kecil yang Terlalu Comel Untuk Jadi Aku

Kalau tengok versi kecil dalam gambar tu, memang nampak comel sangat. Macam budak dalam iklan. Tapi realiti aku dulu jauh beza.

Aku jenis selebet. Main bawah panas, main tanah, main parit. Balik rumah dengan selipar penuh lumpur. Budak kampung, memang macam tu lah hidup dia.

Tak ada istilah aesthetic zaman kecil dulu.


Versi Remaja nampak Sweet Sangat

Versi remaja dalam gambar tu pula nampak terlalu sweet. Tenang, kemas, macam budak baik.

Aku tengok sambil gelak. Itu bukan aku. Zaman remaja aku lebih kepada belajar hidup cara sendiri. Banyak eksperimen, banyak pengalaman, dan tak semuanya nampak “manis” macam dalam gambar tu.


Versi Dewasa as QC Mode

Yang versi dewasa tu aku boleh terima. Lab coat, microscope, gaya macam scientist. Itu memang dunia aku sekarang. Walaupun realiti tak se-dramatic tu, tapi ok lah. Sekurang-kurangnya AI bagi nampak macam kerja aku ni hebat sikit. Tiiibbbbaaahhhh.

Walaupun gambar ni hanya hasil AI, tapi dia buat aku fikir banyak benda. Tentang perjalanan hidup. Tentang perubahan dari kecil sampai sekarang. Dari budak selebet main tanah, ke orang dewasa yang ada tanggungjawab, kerja, dan keluarga sendiri.

Dan satu hari nanti, kita semua akan sampai ke fasa “versi tua” tu juga.

Gambar ni mungkin tak tepat sepenuhnya. Tapi dalam ketidaktepatan tu, ada bahagian yang kena tepat. Terutamanya bila aku nampak wajah arwah bapak aku di penghujung perjalanan tu. Itu cukup untuk buat aku berhenti sekejap, tarik nafas, dan hargai perjalanan hidup sendiri.

Perjalanan ni masih belum habis.

The journey of me… masih berjalan.

Enjoy...!!!

Majlis Iftar PASTI Ar-Rasyidin Taman Dato' Rashid

Majlis Iftar PASTI Ar-Rasyidin Taman Dato' Rashid

Alhamdulillah, pada 14 Mac 2026 selesai sudah satu lagi majlis yang cukup meriah dan bermakna bersama warga PASTI Ar-Rasyidin dan penduduk Taman Dato' Rashid.

Kali ni pula, aku diberi amanah sekali lagi untuk jadi MC bagi Majlis Iftar PASTI Ar-Rasyidin, PASTI Ar-Rasyidin & PAS Taman Dato' Rashid Salleh. Macam biasa, bila dah pegang mic ni, memang kena bersedia dari awal sampai habis.


Majlis bermula dengan ketibaan para tetamu dan anak-anak PASTI bersama keluarga masing-masing. Suasana memang meriah. Anak-anak pun nampak teruja, mak ayah pula sibuk bersembang sementara menunggu majlis bermula.

Lepas semua dah bersedia, majlis pun dimulakan dengan atur cara yang telah disusun. Aku pun mulakan tugas sebagai MC untuk membawa perjalanan majlis dari awal sampai selesai.

Antara pengisian utama pada petang tersebut ialah ceramah daripada ustaz jemputan. Banyak juga perkongsian dan nasihat yang disampaikan, terutama berkaitan Ramadan, kehidupan seharian dan bagaimana kita nak manfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini.

Kemudian majlis diteruskan pula dengan bacaan tahlil ringkas dan doa selamat. Suasana yang tadinya agak meriah bertukar menjadi lebih tenang apabila semua bersama-sama mengaminkan doa yang dibacakan.

Dan akhirnya… tibalah masa yang paling ditunggu-tunggu.

WAKTU BERBUKA!

Masing-masing dah standby dengan juadah yang tersedia. Bila azan berkumandang, terus masing-masing berbuka. Alhamdulillah, rezeki yang ada dapat dikongsi bersama dalam suasana kekeluargaan dan kejiranan.

Selesai berbuka, majlis diteruskan dengan solat berjemaah.

Aku memang suka majlis macam ni. Bukan sekadar datang makan dan balik, tapi dapat berkumpul dengan jiran-jiran, ibu bapa, guru-guru PASTI dan anak-anak. Dalam kesibukan masing-masing dengan kerja dan urusan harian, dapat duduk bersama dalam satu majlis macam ni pun dah cukup bermakna.

Bagi aku sendiri, dapat jadi MC pun satu pengalaman yang menyeronokkan. Walaupun kadang-kadang nampak macam kerja mudah, pegang mic, baca skrip, panggil orang naik pentas, sebenarnya kena sentiasa alert dengan perjalanan majlis. Silap timing, boleh kelam-kabut jadinya.

Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada pihak PASTI Ar-Rasyidin, PAS Taman Dato' Rashid Salleh, para guru, urusetia dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Dan semoga kita semua terus diberi kesempatan untuk berkumpul lagi dalam majlis-majlis yang penuh keberkatan macam ni.

Alhamdulillah untuk satu lagi kenangan Ramadan. 

Sampai jumpa lagi di majlis yang akan datang.

Kalau ada mic lagi, insya-Allah aku standby.

Sekian...!!

Potluck Iftar Dengan Member Office โ€” Bila Semua Jadi Chef Sehari

Potluck Iftar Dengan Member Office — Bila Semua Jadi Chef Sehari

Dalam bulan Ramadhan ni, selain rutin sahur, kerja dan berbuka dengan family, ada juga satu aktiviti yang kami buat dengan member-member office. Kali ni kami buat potluck iftar. Tuan rumahnya bos aku sendiri, Yaakob. Lokasi di rumah beliau di KOTASAS Al-Rembayung. Tibaaaaa. Konsepnya simple je setiap orang kena masak sesuatu dan bawa. Bila semua sampai, meja makan terus bertukar jadi macam buffet mini.

Meriah.. Gambar sebelom balik

Sesi bungkus memungkus

Untuk potluck kali ni, aku ambil bawak siakap masak 3 rasa, telur dadar dan buah. Bab masak ikan tu aku serah kat bini aku la. Die power. Aku tolong sikit-sikit. Masak awal sikit supaya sempat siap sebelum bergerak ke rumah Yaakob. Biasalah bila masak untuk ramai orang ni, dalam kepala macam-macam soalan muncul. Cukup ke lauk ni? Sedap ke masakan ni? Orang makan ke nanti? Tapi yang penting bawa saja, nanti sama-sama makan.

Bila semua dah sampai, memang terasa meriah. Setiap orang datang dengan menu masing-masing. Ada yang bawa ayam goreng, ada daging black pepper, sup sayur, sambal udang petai, pucuk paku goreng belacan, keropok lekor, cocktail dan macam-macam lagi. Yaakob sebagai tuan rumah sediakan nasi putih, popia sira dan siput sedut masah lemak (main menu yang sangat wow). Meja makan malam tu memang penuh dengan lauk sampai rasa macam kenduri kecil.

Dan amek gambar ni je. Yang lain dah dimakan

Bila azan Maghrib berkumandang, semua terus ambil tempat untuk berbuka. Suasana dia santai saja. Tak formal, tak ada agenda berat. Masing-masing makan sambil sembang. Cerita kerja, cerita kehidupan, cerita macam-macam. Kadang-kadang gelak kuat sampai lupa seharian tadi tahan lapar.

Yang buat suasana lagi hidup sebenarnya anak-anak. Mula-mula datang tu semua agak malu-malu. Duduk dekat mak ayah masing-masing, tengok kawan-kawan dari jauh je. Tapi biasalah budak-budak, tak lama lepas tu dah mula kenal, hilang la malu tu. Lepas makan terus jadi geng. Ada yang kejar sana sini, ada yang berlari pusing halaman. Gelak ketawa tak berhenti. Bila keluar mercun, lagi lah seronok. Anak-anak main sama-sama dengan muka penuh excited.

Ni geng lari-lari. Awal-awal jumpa malu.

Lepas iftar, suasana malam tu macam terbahagi kepada dua kumpulan. Kat luar rumah, bapak-bapak yang terlebih excited dengan mercun. Ada yang jadi tukang pasang, ada yang bagi arahan, ada yang sekadar tengok sambil gelak. Kadang tengok gaya tu macam budak-budak pula yang paling seronok.

Mercun time



Kat dalam rumah pula suasana lain sikit. Mak-mak yang ada baby kecil kebanyakannya duduk dalam rumah saja. Sambil jaga anak, sambil borak-borak. Cerita pasal anak, sekolah, kehidupan harian dan macam-macam lagi. Di luar bunyi mercun dan gelak ketawa, di dalam pula sesi sembang santai mak-mak sambil jaga anak. Dua suasana yang berbeza tapi sama-sama meriah.

Dah surrender main mercun, masuk dalam pulak

Sekitar pukul 10.30 malam, masing-masing dah mula kemas-kemas. Mana-mana makanan yang masih ada kami bungkus bawa balik. Tak membazir. Ada yang bawa lauk, ada yang bawa kuih. Lepas tu masing-masing bergerak balik rumah.

Sesi bungkus membungkus


Last but not least

Kadang-kadang moment macam ni yang buat Ramadhan terasa lebih hidup. Bukan sekadar puasa dan kerja saja, tapi ada masa untuk berkumpul, makan sama-sama dan gelak ketawa dengan kawan-kawan. Potluck yang simple, tapi dengan kemeriahan anak-anak, makanan yang pelbagai dan suasana santai… memang jadi satu malam yang sedap dikenang.

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com