Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Traveloka Official Online Travel partner KL2017

Assalamualaikum semua. Demam sukan SEA KL2017 terus membara. Kehangatannya seiring dengan betapa hangat dan agresifnya team Malaysia mengumpul pingat-pingat kejuaraan hari demi hari. Penganjuran kali ini bagi aku sangat unik dan tersendiri. Sesungguhnya Malaysia sangat berbesar hati menerima kujungan atlit-atlit dari negara yang menyertai sukan ini. Lihat sahaja dengan kemeriahan, warna-warni dan persembahan-persembahan yang penuh dengan ciri-ciri kemodenan dan berteknologi tinggi di Majlis Perasmian Pembukaan Sukan SEA ke-29 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari, menunjukkan Malaysia sudah sepenuhnya bersedia untuk penganjuran kali ini.
Traveloke,

Bersempena dengan Sea Games KL2017, Traveloka telah menjadi salah satu sponsor untuk penganjuran KL2017. As one of the sponsors for KL2017, Traveloka pasti membuat promosi besar-besaran untuk semua pengguna aplikasi online Traveloka kan? Seronok la buat mereka yang suka jalan-jalan or traveller bila ad promosi macam ni. Untuk promosi hebat dari Traveloka ini, korang boleh check di  www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia untuk melihat senarai tawaran yang disediakan.

Selain promosi-promosi hebat yang Traveloka tawarkan buat korang, kalau korang berkesempatan untuk berkunjung di Stadium Nasional Bukit Jalil, jangan lupa untuk singgah di booth Traveloka. Apa yang menariknya buat korang yang berkungjung ke booth traveloka ni, korang boleh menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan di Booth Traveloka dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang berjumlah RM200,000. Lumayan sungguh hadiah yang ditawarkan. Jadi, korang yang berkunjung ke sana jangan lupa untuk singgah ke booth traveloka tau.

Ok la korang yang duduk dekat stadium, boleh la nak menang RM 200K tu kan? Macam mana yang duduk jauh? Tak dapat la nak menang duit yang banyak tu. Jangan risau. As official online travel partner for KL2017, Traveloka memudahkan korang-korang yang mungkin tidak berkesempatan untuk ke Bukit Jalil menonton secara live, korang juga boleh menonton acara Sea Games KL2017 ini melalui live streaming di Traveloka Livestream page di travelokakl2017.com.my. Sambil layan livestream tu, korang boleh menyertai peraduan yang disediakan di Livestream page.


Menarikkan tawaran yang ditawarkan oleh Traveloka sempena KL2017 ini? Jangan lupa untuk menikmati tawaran yang disediakan dan berkunjung ke booth Traveloka di Bukit Jalil sempena Sea Games KL2017. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.traveloka.com/en-my/

Tahniah Malaysia capai emas ke-111 – PM

Update terkini, biarpun Sukan SEA masih lagi berbaki 2 hari lagi, kontingen Malaysia sudah mencapai sasaran 111 pingat emas. Detik-detik pingat ke 111 yang diperolehi Azizul Awang dalam acara pecut final di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan semalam sudah pasti satu detik yang sangat bersejarah buat kita. Aku pasti, acara sukan yang masih lagi berbaki lagi 2 hari sudah pasti kontingen negara bakal menambah lagi koleksi pingat emas. Memang terbaik. Syabas dan semoga berjaya Team Malaysia. Bersama kita berjaya.

MALAYSIA BOLEH…………..!!!!!!!!!
With Love
Papaglamz

-sekian-
Shalin Zulkifli Srikandi Pejuang EMAS Di Medan Bowling

Shalin Zulkifli Srikandi Pejuang EMAS Di Medan Bowling

Assalamualaikum semua. Ok tak pernah-pernah aku tulis entri tentang Sukan Sea 2017 tetiba malam ni aku nak tulis pasal sorang atlet bowling wanita negara iaitu Shalin Zulkifli. Ceritanya harini acara terakhir arena bowling acara masters wanita. Kalau orang tengok acara ini memang panjang. Bermula seawal pagi lagi diperingkat saringat sehinggalah keperlawanan akhir dekat-dekat nak maghrib.

malaysia, indonesia, shalin zulkifli, tannya roumimper, sukan sea ke-29 acara bowling, emas malaysia acara
Shalin Zulkifli Srikandi Pejuang EMAS Di Medan Bowling

Ok la, bercerita tentang ratu bowling negara kita tak lain tak bukan Shalin Zulkifli, pertemuan di antara Shalin dan Tannya Roumimper dari Indonesia dalam perlawanan akhir ternyata amat sengit selepas kedua-dua jaguh itu terikat 245-245. Kemudian game pertama ditambah 2 balingan dan menyaksikan Shalin menang game pertama.

Kedudukan itu mengheret ke perlawanan kedua. Perlawanan kedua ni ya ampun. Ni lebih dramatik tau. Lagi-lagi bila score antara Shalin dan pesaingnya itu bergilir-gilir mendahului permainan. Rasa nak tercabut nyawa tengok diorang main. Hahaha. Pada satu ketika tu Shalin tertinggal sangat jauh. Aku dah rasa macam die nak kalah dah tau. Tapi tu la orang kata rezeki kan. Tannya iaitu pemain dari Indonesia ada melakukan kesilapan. Apa lagi, Shalin mengorak langkah la.

Kelebihan jatuhan 1 pin sudah cukup untuk membawa pulang emas

Masa last-last game ni la ya ampunnn. Jantung ni macam nak pecah tau. Kau bayangkan bila masing-masing saling mengejar antara satu sama lain, ratu boling negara itu akhirnya menamatkan pusingan kedua dengan kedudukan akhir 224-223 untuk menggapai emas ketiganya dalam temasya kali ini.

Terduduk menangis depan lane Shalin bila tau dia menang. Aku sendri turut berbangga tau. Memang game yang sangat EPIC. Secara keseluruhan, untuk temasya Sukan SEA kali ini, Shalin telah merangkul 3 pingat emas untuk acara bowling secara berkumpulan dan individu. Tahniah Shalin. Semoga kejayaan ini menjadi satu semangat buat genarasi baru.

TERUS BERJUANG HINGGA KE JATUHAN PIN TERKHIR. 

Chayooookkk...!!!!! Gambate....!!!!! Malaysia BOLEH....!!!!

Sekian
Papaglamz

-sekian-
Siapa Putera Kacak Dari Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen

Siapa Putera Kacak Dari Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen

Assalamualaikum semua. Padamulanya aku tak kenal siapa pon Pangiran Muda Abdul Mateen yang dikatakan sangat kacak ni. Lepas aku tertengok satu video Pangiran Mateen yang cool gila amek selfie dengan peminat di sukan SEA yang viral difacebook, aku pun nak tau la siapa la lelaki ini. Korang nak tahu siapa putera kacak dari Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen? Check it out.

prince abdul mateen biodata, Putera Mateen, pengiran muda abdul mateen, biodata prince mateen

Biodata Pengiran Muda Abdul Mateen


  • Nama Penuh: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mui’izaddin Waddaulah
  • Gelaran: Prince Mateen of Brunei / Putera Mateen
  • Tarikh Lahir: 10 Ogos 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Zodiak: Leo
  • Asal: Bandar Seri Begawan, Brunei Darul Salam
  • Keluarga: Anak ke-sepuluh daripada 12 adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Brunei
  • Instagram: https://www.instagram.com/tmski
  • Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Prince_Mateen_of_Brunei

prince abdul mateen biodata, Putera Mateen, pengiran muda abdul mateen, biodata prince mateen

prince abdul mateen biodata, Putera Mateen, pengiran muda abdul mateen, biodata prince mateen

Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen



  • Merupakan anak daripada hasil perkahwinan kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan bekas isterinya bernama Hajah Mariam.Ibunya iaitu Hajah Mariam merupakan bekas pramugari di Royal Brunei Airlines.
  • Sukan polo, bola sepak, boxing dan scuba driving merupakan antara aktiviti sukan kegemarannya. 
  • Pernah menyertai pasukan bola sepak Brunei, AM Gunners.Merupakan graduan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London.
  • Merupakan pencinta haiwan di mana Pengiran Muda Abdul Mateen membela beberapa ekor anak harimau dan kucing.
  • Pernah mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan.
  • Boleh menerbangkan pesawat jet.
  • Dilaporkan, Pengiran Muda Abdul Mateen hanya mempunyai satu media sosial sahaja iaitu Instagram di mana mempunyai hampir 500,000 pengikut.
  • Berpandukan Instagram miliknya, Pengiran Muda Abdul Mateen gemar berswafoto dengan berkongsi aktiviti sosial dan rutin kehidupannya.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Cara Mudah Memasak Sardin Capsicum Cameron Highland

Cara Mudah Memasak Sardin Capsicum Cameron Highland

Assalamualaikum semua. Diam-diam dah seminggu aku balik bercuti di Cameron Highland bersama family aku last week. Cepat sungguh masa berlalu. Untuk entri kali ini aku nak kongsikan pada korang semua cara mudah memasak sardin capsicum Cameron Highland. Nak tahu kenapa nama dia ada Cameron Highland? Sebenarnya aku masak sardin ni then letak capsikum atau lada banggala buat-buat penambah rasa dan bersayur gitu kan. Biasanya aku suka letak kentang bila masak sardin. Oleh sebab aritu ada beli banyak lada banggala, aku masukkan la.

cara masak sardin, resepi sardin, masak sardin, resepi masak sardin, cara mudah masak sardin,

Sebelum aku so called share cara-cara nak masak sardin yang sememangnya ramai dah tahu ni, just nak tanya korang suka sardin jenis ap? Yela, kat pasaran sekarangni bermacam jenis sardin ada kan? Aku pernah cuba bermacam jenis sardin tapi satu je pilihan dihati. Tak lain tak bukan sardin botan la. Ikannya lembut dan tak terlampau hanyir. Kuah pun sedap. Ada sardin tu bila makan ikan dia keras ya ampun dan lidah kita jadi gatal-gatal bila makan. Tapi botan memang terbaik.

Ok la cukup membebel nah aku kongsikan cara aku masak sardin bersama capsicum dari Cameron hihgland

cara masak sardin, resepi sardin, masak sardin, resepi masak sardin, cara mudah masak sardin,

Cara mudah masak sardin

Bahan-bahan

1 tin sardin cap botan
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - ketuk
1 batang serai- ketuk
1 sudu besar cili kisar
1 biji lada banggala / capsicum - hiris besar-besar
1 keping asam keping
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kisar. 
2. Masukkan sardin.
3. Masukkan asam keping.
4. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
5. Masukkan lada banggala yang korang hiris tadi dan matikan api.
6. Sedia dimakan.

Selamat mencuba..!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-
Program Kembara Jom Jimat Elektrik

Program Kembara Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017.

SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata,

"Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik." 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan

"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

With Love
Papaglamz

-sekian-
Panduan Buat Suami Jika Isteri Anda Fully Breastfeeding

Panduan Buat Suami Jika Isteri Anda Fully Breastfeeding

Assalamualaikum semua. Aku pasti menjadi matlamat setiap ibu bapa kat dunia ni yang mahukan anak-anaknya disusukan dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Dalam islam sendiri kita amat disarankan untuk menyusukan anak kita dengan susu ibu sehingga umur 2 tahun. Namun, menyusukan anak dengan susu ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi zaman sekarang. Kalau dulu kebanyakan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa mungkin mempunyai peluang yang tinggi untuk mereka menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Tapi kini, kebanyakan ibu-ibu sudah bekerjaya. Sudah pasti menyusukan anak dengan susu ibu akan menjadi sesuatu yang mencabar. 

Breast feeding husband, Cara untuk suami membantu isteri yang menyusukan anak, penyusuan susu ibu secara eksklusif,

Pengalaman aku sendiri, masa anak pertama memang isteri aku cuba untuk menyusukan anak kami dengan susu ibu. Tapi dek kekangan kerja dan ditambah pula kami duduk berjauhan, rezeki anak sulung aku untuk fully breast feeding hanya tahan selama 6 bulan. Selepas itu mix la susu tepung dan juga susu badan sampai la umur 2 tahun. Untuk anak kedua, memandangkan kami sudah duduk bersama, kami berazam untuk sama-sama saling membantu menjayakan projek FULLY BRESTFEEDING anak kami sehingga 2 tahun. Insyallah.

Bagi aku, untuk memastikan penyusuan susu ibu ini berjaya, kedua-dua pihak suami dan isteri harus berkorban sama. Suami dan isteri perlu memainkan peranan yang tersendiri dan saling berkorban bagi memastikan projek menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya berjalan dengan lancar. Sebagai seorang suami, walaupun kita tiada "susu" yang kita nak berikan pada anak kita, tapi ada cara lain yang kita boleh lakukan bagi memberi sokongan pada isteri kita untuk menjajayakan projek penyusuan susu ibu ini. Mungkin boleh aku kongsikan pada pembaca semua tentang Panduan Buat Suami Jika Isteri Anda Fully Breastfeeding based on pengalaman aku sendiri.

Breast feeding husband, Cara untuk suami membantu isteri yang menyusukan anak, penyusuan susu ibu secara eksklusif,

Cara untuk suami membantu isteri yang menyusukan anak

Cari info tentang breast feeding

Sebagai suami, untuk memastikan isteri berjaya untuk fully breasfeeding anak, perkara pertama yang harus korang tahu ialah fahami apa itu breastfeeding. Segala info tentang penyusuan susu ibu seharusnya kita tahu dari segi kelengkapan atau alatan untuk membantu breast feding, penyimpanan susu yang diperah, tips-tips atau cara nak menambah susu ibu tak kira secara tradisional ataupun moden dan macam-macam lagi info tentang breasfeeding yang suami perlu tahu. 

Sekarang ni bukan susah nak cari info kan? Google je. Kalau rajin pergi kelas-kelas bakal ibu bapa. Selalunya hospital atau klinik akan mengadakan sesi taklimat atau kursus buat bakal-bakal ibu dan ayah ni. Boleh la korang korek ilmu sebanyak yang boleh tentang penyusuan susu ibu ni nanti. Sebenarnya banyak sangat topik atau perbincangan tentang susu ibu ni. Korang belajar then share pada isteri. Sudah pasti bila isteri melihat si suami begitu bersungguh-sungguh mendalami ilmu tentang breastfeeding, sudah pasti isteri anda semakin BERSEMANGAT untuk fully breastfeeding anak nanti. 

Bantu isteri

Dalam memastikan penyusuan susu ibu dapat dijayakan dengan sempurna, suami perlu sentiasa membantu isteri. Suami perlu cuba sedaya upaya membantu isteri bermula dari berpantang lagi. Mungkin sebelum ini pernah aku kongsikan pada pembaca semua tentang suami perlu lakukan 5 perkara ini ketika isteri berpantang sebagai titik permulaan untuk anda membantu isteri menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. 

Selain itu, semasa cuti berpantang la si ibu mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk membuat stock susu ibu sebagai backup untuk digunakan bila ibu sudah mula bekerja nanti. Jadi, suami harus bijak menguruskan hal-hal rumah dan anak yang lain bagi memastikan isteri anda mempunyai masa dan ruang yang selesa untuk isteri membuat stock susu ibu. 

Kalau korang nak tiru, aku dan isteri aku siap buat perjanjian lagi. Semua urusan dapur dan rumah tangga memang terpikul di atas bahu aku. Dan kerja isteri aku kena fullfill requirement untuk pam sehari minimum 4-5 kali termasuk lah buat power pumping. Sebab tu kalau korang mengikuti update di facebook aku, setiap hari ada sahaja tentang menu-menu simple untuk breakfast, lunch dan dinner. Korang cuba la buat perjanjian dengan isteri korang ye.

Sokongan dan semangat

Memang aku akui, isteri aku sendiri ada masanya semangat untuk terus mengepam stok susu kadang kala merudum. Aku faham, bila bekerja ni mesti la penat. Bila penat, emosi agak tak stabil. Jadi terus jadi malas nak mengepam. So, sebagai seorang suami berilah sedikit suntikan semangat pada isteri korang. Kalau aku, aku akan ceritakan semula bagaimana susah payah kami bersama-sama untuk memastikan stock susu ibu mencukupi dari awal-awal isteri aku berpantang. Tak ke sayang kalau tiba-tiba nak berhenti ditengah jalan. Jadi kuatkan semangat untuk menjayakan projek penyusuan susu ibu ni.

Mungkin juga suami boleh mengambil inisiatif untuk lakukan sesuatu yang buat isteri happy agar isteri tidak mudah stres dan penat. Cotohnya beri hadiah ke, masakan menu kegemaran diorang ke. Bak kata orang-orang dulu, kata-kata kita ni kadang kala boleh jadi penawar. So, berilah isteri kata-kata penghargaan. Lebih-lebih penghargaan dari si suami tecinta kan. Mesti mereka seronok. Insyallah. Cubalah.

Doa dan tawakal

Selepas kita usaha bermacam cara, sudah pasti last sekali kita perlu doa dan tawakal. Kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan dan kuat untuk menghadapi sepanjang tempoh penyusuan. Kalau semua sudah kita lakukan, makan vitamin sudah, suami dah bantu isteri, dan macam-macam kita dah buat tetapi susu masih tidak mencukupi untuk anak kita, maka kita redhalah. Berserah je pada Allah. Mungkin bukan rezeki untuk anak kita menyusu badan lagi. Ada hikmah disebalk setiap kejadian kan? So, teruskan membesarkan anak dengan sesempurna mungkin. Insyallah bila anak besar nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin.

p/s: Entri ni aku karang khas buat isteri aku. Harapnya bila dia baca, dapat la sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk dia terus menyusukan anak kami dengan susu ibu. Dan aku juga nak dia tahu yang betapa aku MENYOKONG sepenuhnya pilihan kami untuk menyusukan anak kami dengan susu ibu secara eksklusif. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary

Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary

Assalamualaikum semua. Semua pasangan ada cara tersendiri untuk menyambut ulang tahun perkahwinan masing-masing. Untuk aku, anniversary kali ini aku saja bawak family aku berjalan-jalan di Cameron Highland. Last week aku dan isteri aku melawat tempat menarik di Cameron Highland sempena anniversary yang ke-4 kami. Jadi, dalam entri kali ini aku nak kongsikan pada korang semua antara lokasi dan ladang-ladang yang kami singgah semasa percutian kami di sini.

Tempat menarik di cameron highland, bercuti di cameron highland, Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary

Cameron Valley Bharat Group

Aku gerak dari Kuantan pukul 6.30 pagi dan sampai di Tanah Tinggi Cameron dalam pukul 11.30 pagi. Sampai-sampai je di sini aku terus singgah Cameron Valley Bharat Group. Tempat ni macam ladang teh gitu la. Siap ad tempat untuk makan-makan dan santai bersama keluarga. Boleh turun ke ladang untuk mengambil gambar. Tapi keselamatan adalah tangungjawab sendiri. 

Tempat menarik di cameron highland, bercuti di cameron highland, Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary

Sebenarnya di sini banyak juga ladang teh yang ada. Ladang teh kepunyaan Bharat Group sahaja ada 3 tempat. Ada juga ladang teh BOH. Tapi aku tak pergi yang ladang teh BOH sebab jalan nak ke ladang tu agak adventure, jadi aku pergi yang tak berapa adventrue la. Cameron Valley ni tepi jalan je. 

Di Cameron Valley aku dan keluarga makan-makan dan minum. Kebanyakan makanan kat sini hanyalah makanan untuk santai. Kek-kek, roti-roti dan nasi lemak je. Oleh sebab kelaparan 5 jam dari Kuantan dan kelaparan kami layan je Nasi lemak, pastri gulung dan manggo cheese cake. Yang penting kenyang.

Tempat menarik di cameron highland, bercuti di cameron highland, Melawat Tempat Menarik di Cameron Highland Sempena Anniversary
Pemandangan dari cafe ladang teh Bharat Group

Dalam cuak-cuak tetap amek gambar family juga di ladang teh

Raju's Hill Strawberry 

Selepas kami makan-makan dan amek gambar di Cameron Valley, kami teruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Sebenarnya banyak gila ladang strawbery. Parking juga agak susah nak cari. Jadi dalam banyak-banyak ladang tu aku singgah Raju's Hill Strawberry Farm atas sebab ladang strawbery ni dia punya parking mudah. Huhuhu


Apa yang menarik di sini? Aku rasa sama je macam semua ladang yang memberi peluang kepada pegunjung untuk memetik strawberry dengan sendiri. Tapi bukan rezeki kami untuk memetik strawberry sebab masa kami datang ni buah-buah strawberry tak menjadi sangat. Owner ladang siap cakap bukan ladang dia sahaja buah tak menjadi semua ladang lain juga sama. Buah-buah strawberry yang dijual dipasar-pasar kebanyakannya dibawa dari luar. 


Walaupun tak dapat nak petik buah strawberry, pengunjung boleh la juga masuk ke ladang untuk mengambil gambar dan pusing-pusing kalau nak kenal pokok strawberry dengan lebih dekat lagi. Selain masuk ladang, di ladang ni ada juga cafe untuk pengunjung berehat. Macam biasa la, setiap kali ada cafe, setiap kali itu juga la kami stop kejap minum-minum. Aiskrim strawberry dan jus pure strawberry dia sangat WOW dan mengancam. Kalau korang kesini boleh la cuba.


Lepas je dari ladang strawberry kami decide untuk check in hotel nak rehat-rehat kejap dan bersiap-siap untuk aktivity malam pulak. Kami menginap di Check Inn Hotel 2 di Brinchang. BTW, parking di Brinchang ya ampuuunnnn tuhan sahaja yang tahu. Aku pusing-pusing 4 or 5 kali tempat yang sama baru la dapat parking berdekatan dengan hotel kami. Alhamdulillah. Fuhh..!!!

Malam tu kami ingat nak jalan-jalan di pasar Brinchang. Yela, pasar ni kan popular. Katanya siapa yang datang Cameron tak sah kalau tak pergi pasar ni. Tapi, malam tu kami agak kesedihan sebab malam kami menginap tu HUJAN. Tak dapat la kami nak jalan-jalan pasar Berinchang. Kami just makan di warung ikan bakar berdekatan dengan hotel kami. Lepas tu balik semula ke hotel dan tido.

Cameron Highland Butterfly Garden

Hari kedua kami di Cameron Highland, kami singgah di Cameron Highland Butterfly Garden. Sebenarnya aku rasa ada 2 butterfly garden kat sini. Tapi hati aku tergerak nak singgah taman yang ni. Macam biasa la taman rama-rama mesti la ada rama-rama kan? Jinak-jinak rama-rama kat sini. 




Anak aku si Imtiyaz tak abes2 nyanyi lagu rama-rama terbang tinggi yang didi & friend nyanyi tu. Seronok sangat dia kat sini. Agak lama jugak kami di sini.

Taman Bunga

Selepas taman rama-rama, dekat-dekat area tu jugak ada satu taman bunga yang kecik. Tapi macam-macam bunga ada. Untuk tak melepaskan peluang kami singgah dan posing la fefeeling kat ovesea kejap. Hehehe. Cantik-cantik bunga kat sini. Suhu masa ni dalam 17 darjah selsius. Suam-suam gitu walaupun matahari terpacak di atas kepala. 




Selepas dari taman bunga ni, kami dah bergerak untuk turun dari sini. Sambil nak turun tu kami singgah kejap di pasar di tepi jalan untuk membeli apa yang patut sebagai ole-ole untuk kawan-kawan dan family. Tak sempat nak amek gambar sebab berkejar. Tak nak lambat sangat turun nanti jalan nak balik Kuantan gelap gelita. Isnin pulak dah kerja. Jadi ada la kami beli coklat, pokok kaktus, sayur-sayur, strawberry (OFKOS), baju, dan fridge magnet. 

Alhamdulillah perjalan pergi dan balik kami dipermudahkan. Kiranya segala plan tempat-tempat yang aku nak singgah tu dapat la aku singgah. Cuma pasar Brinchang tu la tak dapat nak pergi sebab hujan kan. Lagi satu tak dapat nak petik strawberry. Untuk korang yang nak datang sini dan bawak baby, sila bawak sweater untuk baby sebab waktu malam dan pagi sangat-sangat sejuk. Anak aku Husna dapat selsema malam tu kat hotel. So, prepare awal-awal la ye. 

With Love
Papaglamz

-sekian-
Lirik Lagu Rintihan Rindu - Wany Hasrita

Lirik Lagu Rintihan Rindu - Wany Hasrita

Assalamualaikum semua. Diam-diam Wany Hasrita keluar dengan single terbaru lagi. Aku dah dengar lagunya kat youtube. Ok la. Lagu yang tak berapa berat dan gaya seakan sama seperti lagu Menahan Rindu juga. Walau apapun, tahniah Wani. Jom aku kongsikan lirik lagu Rintihan Rindu oleh Wany Hasrita. Enjoy.

Lirik lagu wany hasrita, Lirik lagu rintihan rindu,

Tirai Malam melabuhkan
Kenangan Kita bersama
Dan Bersaksikan
Gerimis Yang memilukan

Sungguh Lintuh hati ini
Bagai Dihiris sembilu
Dan Menarilah
Irama Yang menyedihkan

Walau Hati ku menangis
Walau Jiwa ku merintih
Rindu Yang bertamu
Meruntun Ragaku

Dalam Beribuan bintang
Yang Sering bergemerlapan
Tanpa Ku sedari
Rembulan Pun menyuram

Andai Takdir menyuratkan
Kisah Terhenti di sini
Akan Ku abadikan
Segala Memori

With Love
Papaglamz

-sekian-
Masjid Kristal Terengganu | 2 Masa Berbeza Matlamat Tetap Sama

Masjid Kristal Terengganu | 2 Masa Berbeza Matlamat Tetap Sama

Assalamualaikum semua. Puas meneliti gambar-gambar lama aku dan family yang ada di dalam laptop, blog dan juga dalam phone, tetiba hati aku tertarik nak kongsi kat korang semua 2 gambar yang berbeza tapi ditempat yang sama. Sebenarnya baru aku perasan dulu pernah aku kongsikan pada pembaca semua tentang pesinggahan aku sebentar di Masjid Kristal, Kuala Terengganu bersama keluarga. Masa ni anak aku Imtiyaz baru umur 6 bulan. Dan baru-baru ni pun aku pergi lagi sekali ke masjid ini. Tapi kali ini anak dah 2 pulak. Imtiyaz pun dah umur 3 tahun dengan adiknya Husna umur 7 bulan.

Masjid Kristal Kuala Terengganu, Lokasi Masjid Kristal,
Dulu 2014

Masjid Kristal Kuala Terengganu, Lokasi Masjid Kristal,
Sekarang 2017

Melihat semula 2 gambar ni, rasa macam time flies soooo fast tau. Tempat yang sama tapi hari berbeza, bilangan berbeza dan 'SAIZ' yang berbeza. Hahaha. Tak sangka dapat singgah lagi. Bercakap tentang perubahan persekitaran, tiada apa pun perbezaan yang ketara. Semua masih sama. Kedai-kedai yang ada di sekitar masjid ini pun masih sama. Kesibukan orang tetap sama. Ramai yang datang ke masjid ini. Dan majoritinya adalah pengunjung-pengunjung dari luar Kuala Terengganu.

Sempat juga aku berborak-borak dengan satu pak cik ni. Jauh datang dari Melaka bersama anak-anak dan cucu-cucu katanya. Datang ke Terengganu hantar pengantin katanya. Sambil-sambil tu singgah la masjid yang terkenal di Kuala Terengganu ni kan? Tu la, memang tak dinafikan Masjid Kristal sememangnya begitu terkenal di Terengganu ni.


Oh tidak...!! Melihat gambar ni, terus aku tengok cermin tau. Pernah juga rupanya aku melalui zaman kurus ye. Hahaha. Sekarang ni tak tahu la nak kata apa. Alahai Imtiyaz pun comelnya lah. Tak pandai lagi berjalan masa ni tau. Menggamit memori sangat tau....!!!!

Sedikit tentang Masjid Kristal

Ternyata binaan concrit yang berasaskan kaca dan keluli menggamit pandangan dengan keindahannya. Di tambah pula apabila gabungan antara struktur bangunan dan juga alam terjalin harmoni. Begitu indah, sehinggakan aku terkesima. Bukan itu sahaja, binaanya yang terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam sememangnya satu bonus bagi para pelawat untuk singgah di masjid ini untuk menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.

Keluasan masjid 2,146 hektar persegi yang mana boleh memuatkan seramai lebih kurang 700 orang sesuatu masa, membuktikan juga masjid ini dibina untuk menampung kebanjiran pelancong ke kawasan ini untuk mengerjakan solat.

Alhamdulillah, sememangnya hajat di hati aku dari dulu lagi untuk bersama-sama si jantung hati yang halal untuk melawat masjid ini. Semoga selepas ini boleh lah bersama-sama pergi masjidil haram pula. Insyallah. Doakan ye semua.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Happy Anniversay | 4 Tahun Menjalin Kasih

Happy Anniversay | 4 Tahun Menjalin Kasih

Assalamualaikum semua. 10 Ogos 2013, sudah pasti satu tarikh yang aku tak akan lupakan. Tarikh aku bertukar status dari bujang menjadi suami orang. Dari seorang yang kurang bebanan tanggungjawab kepada seorang yang memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk menjadi seorang pemimpin dalam rumah tangga. Tanpa aku tak sedar, sudah 4 tahun usia perkahwinan kami berdua.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.– ayat 21, surah ar-Rum
Melayari bahtera rumah tangga sudah pasti ada suka dan duka yang akan kita lalui. Memang betul la orang-orang cakap awal-awal usia perkahwinan memang masa untuk kita mengenal hati budi masing-masing dan juga masa untuk kita cuba untuk ‘mergekan’ perbezaan antara suami isteri menjadi satu adunan yang cantik. Sebab tu la ramai yang mengatakan awal-awal usia perkahwianan ni antara masa yang bahaya dan kebanyakan perceraian berlaku pada tahap ini. Nauzubillah.
Alhamdulillah. Dah 4 tahun bersama dengan dikurniakan 2 orang puteri yang comel, bagi aku kehidupan kami suami isteri semakin baik. Kami semakin saling memahami. Rezeki untuk duduk bersama berbanding 2 tahun sebelum ini kami terpaksa PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) kerana tuntutan kerja, sudah pasti memudahkan kami untuk mengenal hati budi antara satu sama lain.

Perkahwinan dirancang keluarga

Kalau sesiapa yang mengikuti penulisan aku dari awal-awal aku berblog, tentu dah tahu perkhawinan aku bersama isteri aku adalah perkahwinan atas rancangan keluarga. Walaupun ada sesetengah yang beranggapan perkahwinan family yang arrange ni agak kalut, tapi bagi aku perkahwinan sebegini ada manisnya dan kelebihannya. Apa tidaknya bila family yang arrange, sudah pasti redha kedua ibu bapa dengan perkahwinan ini terjamin. Yela, kebahagiaan sebuah perkahwinan itu bermula dari redha ibu dan ayah kedua belah pihak. Tanpa redha mereka, sudah pasti perkahwinan kita itu tidak barokah dan ditakuti tidak bahagia. Mintak dijauhkan la.

Anak-anak penyeri hidup

Alhamdulillah seusia perkahwinan kami 4 tahun ni, kami telah dikurniakan 2 orang anak. Dan kedua-duanya adalah puteri-puteri yang sangat comel. Keriuhan dengan senyuman, tawa memberi penawar di jauh sudut hati kami berdua dikala penat bekerja mencari rezeki yang halal untuk mereka berdua. Tapi kadang kala tu hilang juga kesabaran kami dengan kerenah diorang ni tau. Yang pasti setiap saat lima waktu sehari insyallah kami panjatkan doa buat korang berdua yang semakin membesar dan semakin CANTIK….!!! Hikhikhik

Hanya untuk insan bernama isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
With Love
Papaglamz
-sekian-

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com